Tuesday, December 30, 2008

Antara Kepercayaan dan Tanggungjawab

"Eh kamu je lah present".."saya nak lantik kamu jadi ini.."..apa kata kamu masuk bertanding jawatan.."....

Terkejut aku apabila pengetua kolej aku, call pada hujung cuti semester lalu, diminta untuk masuk bertanding sebagai wakil pelajar di universiti aku. Aku terdiam pada mulanya kerana memikirkan akan besarnya kepercayaan & tanggungjwab yang diberikan pihak universiti. Di atas, aku letakkan beberapa ayat2 lazim yg menunjukkan kepercayaan yg diberikan oleh masyarakat terhadap aku. Tapi sebenarnya dalam hati, aku berasa sedikit gusar dan bimbang, bukan krn kurangnya keyakinan diri, tetapi memikirkan akan tanggungjawab.

Aku di Tahun Baru

Salam wahai sahabat sekalian!Insyaallah aku sentiasa doakan kesejahteraan anda semua..em. Di kesempatan masa yang sentiasa mencemburui, aku ingin ucapkan salam maal hijrah pada semua pembaca blog perancang ini. Semoga di tahun baru ini akan terus dikurniakan sinar dan hidayah dari Tuhan Semesta Alam, Allah SWT!

Monday, December 15, 2008

City Life?

Salam apa khabar semua. I hope u all sihat2 always!. Guapo die city life nih? Keghidupan bandar? gamoknye lah..guane ek kehidupan di bandar nih?Orang kate best. maklum ler, orang kat kampung tuh smeua nak datang duduk bandar. Tajuk nie aku petik sempena tajuk game yang aku dok main selama cuti semester nih. Banyak jugak lah journey aku buat. dari selatan ke pantai barat ke utara kemudian kembali ke barat, sambung semula ke pantai timur. pecah rakod! Perjalanan yang paling banyak dalam masa 2 minggu. nanti aku akan xceritakan tujuan dan tempat yang aku pergi sepanjang cuti nih. Insyaallah. Kesempatan hari nih aku online kat cc, alang2 nak pergi potong rambut singgah jap cc..hehehe. tengok ler blog Atie..my kawan dari TIKL dulu. Wah best betul dia..Si Atie ni banyak pengalaman! Dia join banyak persatuan, dari apa yang aku baca lah. terbaru dia jadi sukarelawan di Bkt. Antarabangsa. Wah aku minat betul nak join bende2 ginih. cuma peluang dok tubik lagi. Atau aku yang tak pandai nak cari peluang!!.
bagi kekawan di luar sana aku memang rindu semua orang! Ukhwah selama-lamnya.

Friday, December 5, 2008

Sekitar KKA08


"Sesi test gajet oleh abang Izwan"


"Emm..nie lah makanan yang penulis masak dengan group, nampak je sedap".


"Chef Im & Suhaimi".


"Pergh semua ngah menggigil tuh..".


"Padan muke Im!". Kata Cik Im dan Cik Fiza..













Kiri: Cik Hafiza & Cik Ainun, Kanan: Din dan Ami


"hip2 bulih!!..barisan kepimpinan baru JKM09"


"Sesi ta'aruf"

Thursday, December 4, 2008

KRONOLOGI KKA 08

Kronologi Kursus Kepimpinan Asas 2008
Di
Sg. Pauh, Cameron Highland & Kolej Rahman Putra
Pada
24-29/11/2008

Ahad 23/11/08

Petang
1800 Pendaftaran peserta di Dewan Seri Meranti Kolej Rahman Putra. Peserta dan staf lebih kurang 80 orang.
1900Solat berjemaah & kuliah maghrib.
1930 Aktivti LDK dan Ice Breaking.
2030 Pembahagian kumpulan.
2130 Majlis Perasmian KKA08
2200 Persiapan untuk berlepas. Bas1- peserta, Bas2- Ajk, fasilitator
staf,Bas3-Teknikal/peralatan.
2300 Bertolak ke Cameron Highland.

Isnin 24/11/08

Pagi
0840 Tiba di Pejabat Hutan, Sg. Pauh, Cameron Highland.
Gotong royong sediakan tapak perkhemahan, peralatan.
1000 Siap khemah, ice breaking, killer game.
1225 Taklimat malam kebudayaan

Petang
1400 Modul kuliah- Teknik belajar dalam kesuntukan masa
1600 Modul bendera- Cipta bendera, logo, moto, visi dan misi kumpulan
1700 Modul payung- Teamwork, buat payung dari surat khabar.

Malam
1900 Solat maghrib dan isyak, tazkirah
2030 Pembentangan bendera kumpulan, sesi perbahasan.
0030 Refreshment, taklimat dan persediaan night walk
0110 Night walk-terdapat beberapa task untuk dapatkan kunci bahan asas makanan.
0425 Tiba semula di tapak khemah

Selasa 25/11/2008

Pagi
0530 Subuh dan berehat.
0900 Modul gajet dan pertandingan masakan.

Petang
1400 Modul Strategic Planning
1800 Refreshment

Malam
2100 Debat, sajak, pengucapan awam.
0250 Refreshment dan berehat

Rabu 26/11/2008

Pagi
0530 Subuh
0750 Refreshment, Senaman & Taklimat ekspedisi Gunung Berembun
0850 Pendakian bermula-track licin, hujan lebat. Tiba di ladang teh MARDI dan strawberry.

Petang
1830 Tiba di tapak perkhemahan
1900 Solat dan persiapan malam kebudayaan

Malam
2100 Malam kebudayaan-persembahan bertemakan iklan
2340 Sesi muhasabah diri

Khamis 27/11/2008

Pagi
0530 Subuh
0700 Persediaan exam.
0845 Senaman pagi
0915 Modul exam
1000 Pertandingan poco-poco
1100 Berkemas dan persedian pulang

Petang
1500 Mula bergerak tinggalkan kem, Membeli belah di sekitar Cameron Highland.
1800 Bertolak pulang ke UTM
0300 Tiba di UTM

Jumaat 28/11/2008

Pagi
0800 Gotong royong kemas, bersih khemah

Petang
1430 Ujian personaliti bersama unit kaunseling
1730 Perlawanan futsal dan riadah

Malam
2100 Muhasabah diri

Sabtu 29/11/2008

Petang
1400 Sesi temuramah

Malam
2100 Majlis penutup Kursus Kepimpinan Asas 2008

*Masa yang dicatatkan mungkin tidak tepat. Peserta tidak dibenarkan memakai jam tangan dan buku catatan penulis telah basah semasa mendaki G.Berembun.

im back..for a moment!


"bersama para peserta lelaki.."

salam buat semua rakan mahupun sahabat di mana jua. Alahamdulillah..dapat lagi kita berjumpa untuk catatan ringkas kali ni..aku online dari hotel seri malaysia, sg petani, kedah. meraikan pertunangan pakcik aku pada esok lusa..aku bersyukur sangat, sebab baru saja selesai menjalani kursus asas kepimpinan di cameron highland baru2 nie. Aku baru pulang ke rumah pada ahad lepas. Seminggu aku bergelumang dengan penat lelah, perasaan tertekan (pengurusan stress), emosi, of coz leadership skill..paling aku tak tahan suhu rendah. Sedia maklum cameron highland tempat dah confirm sjuk. Ditambah lagi musim hujan. Hujan setiap hari, dengan pakaian basah. Semakin sejuk bila satu2nya jaket aku basah kena hujan...ok nanti aku edit semula, nak solat..

Segalanya bermula disini..

Sunday, November 23, 2008

Ciri-ciri suami pilihan

Ciri-ciri suami pilihan
January 11, 2007, 10:56 pm
Filed under: Cinta, Perkahwinan, Wanita & Keluarga

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

suamisoleh.jpgITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/01/11/ciri-ciri-suami-pilihan/

Yaallah.. tidak layak lagi hambaMu ini untuk menerima tanggungajwab tersebut maka,pertambahkan terlebih dahulu ilmuku..

Nampak gayanya..lambat lagi la nak menikah...


Hmm..sementara hujan berhenti nih sempat jugalah aku post sekeping dua ye tak. Malam nih insyaallah aku akan pergi ke Cameron seperti yang aku katakan sebelum ni, bagi mengikuti kursus kepimpinan kolej. Wah tak sangka aku ramai juga bagi komen2 yang membina supaya blog ni jadi lebih mantap. Insyaallah aku akan cuba perbaiki mana2 kekurangan dari masa ke semasa. Terima kasih juga pada Cik Izati, kawan semasa belajar di SMKHC dahulu yang sentiasa bagi cadangan dan idea. Buat sementara waktu ni, aku berehat terlebih dahulu bagi mengikuti kursus yang akan bermula dari jam 6pm ini. Insyaallah jika ada masa dan peluang saya akan teruskan menyampaikan sebarang isu berkaitan planning, masyarakat, dan penulisan umum saya yang lain di blog PERANCANG!!

Aku seorang pemimpin!

Salam..usaha untuk mencari pemimpin baru bukanlah suatu tugas ringan. Pemimpin muda di kalangan sebarangan persatuan atau organisasi ini amat penting dicari dan digilap potensi mereka agar kesinambungan kepimpinan dalam sesebuah organisasi tersebut sentiasa berterusan. Sebenarnya sedar atau tidak kita telah dididik dari kecil sehingga dewasa kini bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai contoh, di rumah, abang atau kakak diamanahkan oleh kedua ibu bapa untuk menjaga adik-adik mereka yang lebih kecil. Kita secara tak langsung belajar bagaimana untuk memimpin. Kepimpinan bukanlah suatu tindakan yang boleh dibelajar dari buku-buku ilmiah di perpustakaan dan bahan bacaan lain, walaupun tidak dinafikan akan sumbangan bahan bacaan dalam membentuk daya kepimpinan seseorang itu. Namun, pengalaman individu tersebut yang terlibat dalam peluang kepimpinan yang lebih banyak mengajar dan mendidik diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. Jika dilihat pada konteks universiti, mereka yang banyak terlibat dalam aktivti persatuan, organisasi, pentadbiran dan sebagainya lebih cemerlang akan akademik berbanding mereka yang hanya menghabiskan pengajian tanpa melibatkan diri dalam sebarang bentuk persatuan. Tidak benar sama sekali jika dikatakan bahawa faktor masa dijadikan penghalang utama. Apa yang penting adalah pengurusan masa. Semua manusia dikurniakan masa yang mencukupi. Cuma selebihnya terpulang pada kita menguruskannya. Kepada meraka yang akan mengikuti sebarang kursus kepimpinan di semua peringkat, saya mengucapkan selamat berkursus. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin. Bukalah minda dan hati kita untuk menghadapi hari-hari muka yang penuh debaran. Jika anda ingin menjadi seorang pemimpin maka berkawan lah dengan pemipin, nescaya mereka akan berikan seribu ilmu, jika anda berkawan dengan golongan pemalas maka mereka akan berikan seribu tohmahan, herdikan dan alasan.

Saturday, November 22, 2008

contengan aku

Salam...wah..udah cuti sem rupanya aku. Pergh tapi walaupun anda semua sedang bercuti sakan. Aku terpaksa dan sukarela datang balik ke UTM ni bagi mengikuti kem asas kepimpinan JKM KRP. Kem ini akan berlangsung di Cameron Highland dan Hutan Rekreasi UTM. Nasib baik pagi tadi tak tertinggal bas! Punya la aku berlari dari stesen LRT Hentian Rakyat ke terminal bas PuduRaya. Bus pukul 10.30am, ke JB. Tapi disebabkan aku keluar lewat dari rumah so balance 5 minit gituh. Mana tak rush..haha..Sepanjang perjalanan ke JB ni, aku mengelamun, berfikir, dan TIDUR!..yelah takkan la nak cakap sorang2. Tak pasal2 kena turun kat tepi highway!. Sesekali melayan sms dari rakan2 ku. Ada juga yang call katanya pergi berjalan di Mid hari ni yeh! Oo..saja bagi Im jeles ke?hahah..ada juga yang menolong mok nya menggoreng ikang!haha..bagus2 buat la aktivti berfaedah time cuti nih ok! Sorry lah tak banyak yang aku dapat postkan semenjak aku pulang hari tuh. Pertama, tiada it di rumah. Kedua, aku akan disibukkan dengan urusan camping kali ini..so aku mohon maaf kepada anda semua! Buat pesanan terakhir, teruskan PERUBAHAN DIRI KE ARAH CEMERLANG!!!

*Psst nak strawberry's?.hehehehe..

Monday, November 17, 2008

Adik hafiz..



salam...malam nih aku termenung panjang..memikirkan hari2 mendatang. Tanggunjawab dan tugas2 yang sedia menanti. Hari ini aku rasa bertambah lagi seorang kenalan yang capai level SAHABAT! Alahamdulillah dah lama aku tunggu saat ini. 3sem. Rasanya layak benar aku nak gelar pemuda ini sahabat. Rasanya rakan terakhir yang yang cpai level ni mase kat matriks dulu my practicum. Saudara fatratullah..kini di u nie aku dah jump sorang. Aku bersyukur. dalam kesyunyian dan pening memikirkan telatah dan kejahilan manusia. masih ada insan2 istimewa disisi aku. Bukan saja waktu senang. malah waktu2 kita perlukan sokongan. Malam ni semasa aku menaip catatan ringkas ini dia tertidur di hadapan aku di meja cafe. menemani aku sepanjang masa. Walau dia seusia dengan aku, disebabkan dia junior coures, dia still respect aku as senior. Dan aku kagum dengan stlye tersendri. Cukup menyenangkan aku. hari ni dia sehari suntuk membawa aku ke bandar baru uda bagi mengruskan jpa. aku pada mulanya ingin naik teksi saja. tapi ntoh pagi tadi datang blok ajak aku naik motor. Berhujan panas. beberapa kali berhenti berteduh di mall bagi elak hujan lebat. Sesekali aku jadi tempat utk dia berdiskusi. Ilmu perancangan dan agama. aku senang dengan sifat rendah dirinya. rakan-rakannya siapa? Itu semua orang2 yang lebih tua dari nya. dari pakcik jual roti john di pasar malam, cashier di pamp station, makcik jual pisang goreng..sebaya?sedikit. Patutla pemikiran dia agak matured jika aku nak compare dengan orang sezaman aku nih. yang masih tercari2 identiti diri. Kononnya dgn mendengar lagu rock yg entah apa-apa itu dinamakan identiti, memakai pakai pakaian sendat dan memusat itu katanya identiti diri mereka, meniru segala aksi dan perlakuan yang entah mana sumber itu namanya identiti mereka katanya. tapi saudara yang aku kenal ini? bukan begitu orangnya. Dia bergaul dari semua jenis. Dari keras hingga tak seberapa keras. dari tua ke orang muda. semua ditegur. Patutla aku tak heran bila aku berjalan dengannya eh ramai plok orang tegur di luar ngalah kan artis. tapi kerana sifat rendah diri beliau membuatkan aku rasa diriku kecik lagi kerdil...

"buatmu teman, aku sentisa mendoakan kalian supaya senantisa bahgia bersama insan tersayang!. Aku doakan kamu sihat sejahtera di dunia dan akhirat. Dengan senyuman dan nasihat mu itu aku semakin nampak jalam yang lurus..Mungkin setakat makan bersama nasi lemak telur di nan senja hari dan mungkin saja dengan telatah tawa mu berdrama dengan aku memecah gelak tawa..semuanya aku masukkan kemas dalam memori".

SALAM PERSAHABATAN

Salam

UCAPAN KHAS DARI PERANCANG

Kepada,


Cik Nurul

“Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke-20”

Daripada,

Im


SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA TEMAN SEPENGAJIAN DI SEMUA IPT!

Saturday, November 15, 2008

mind set lagi

NOOR AIMRAN SAMSUDIN: selama ni saya cari keyakinan diri
NOOR AIMRAN SAMSUDIN: cari punya cari
NOOR AIMRAN SAMSUDIN: rupanya kat dalam kepala je
NOOR AIMRAN SAMSUDIN: mind set!
tomato hillcrest: yes! betull.... the power of mind set...wah...aimran.. boleh r terbitkan buku pasal tu... sebenarnye mind set ini berkaitan dgn perception kiter , dn cr kiter aplikasi ... betul perception kiter pada sesuatu insyaAllah betul la kte aplikasi , klw perception salah tu yang jadi samting that is not relevant.

petikan diatas adalah perbualan saya dengan seorang rakan kelas (Form3, SMKHC) di dalam ym malam nih..wah..dia bukan main minat lagi nak tahu dan berkongsi dengan saya hal2 motivasi, mind set dan change's our self!. Cik Izatti, rupanya selama ini ada manusia di sekeliling kita yang berkongsi minat dan daya pemikiran yang sama, cuma kita tak terbuka mata dan hati untuk melihat dan mengenal mereka. Rupanya kawan kita yang dah bertahun tak berhubung still ingat kan kita, tapi kita adakah ingatkan seperti mereka kalian? tahniah buat anda yang sentiasa menghargai sahabat di sekeliling anda!

Salam motivasi buat anda...

penghayatan ALAM






Menakluk HUJUNG DUNIA!



Sabtu, 15/11/2008- Hari ni, aku bersama dengan beberapa junior couremate telah pergi ke Gunug Pulai dan Tanjung Pia, Kukup sempena program kembara ”pengahayatan alam08”..hahah..tu aku bagi name..so awal pagi tadi aku dengan semangatnye bangun Subuh..Eh sebelum nih pon semangat. Tapi bile ada program lagi semangat!..idea nak pergi mengembara hari nih datang dari ’adik’ hafiz, my junior coursemate. Pada mulanya aku tak nak ikut. Al maklum la ujung sem, krisis ekonomi ler..After dapat sponsor dari adik hapis ni, so aku pon stuju ler nak ikut. ”Hapis abang Im pinjam dulu ok..kehkeh..t JPA masuk aku belanja KFC kt JJ..hahah”. Tunggu punya tunggu bebudak nih last2 pukul 9.00am gituh mereka pon menjemput aku di blok g30 nih ngan kereta honda..eh pe model ek? Hahaha..em tapi aku panggil bus tranasional! Sebab seat depan dia ade pengalas lengan cam bas tuh!hahahaha...kami tergelak2 sambil buat2 lawak. Ye lah pepagi lagi semua semangat. Kang balik confirm terlentok. Kate semalam nak kuo kul 7am. Aku dari pepagi dah tunggu. Sambil tunggu diorang datang aku sempat lagi setelkan few masalah peribadi..Eh biasa lah. Conflict itu ini..baru meriah hidupkan..eh bab nih aku cite kat lain ok!. Aku duduk depan. Wah mewah betul kereta adik hapis nih. Aku sendiri pon takde lesen lagi..hahaha. Junior dah boleh drive. Aku still menumpangkan? Ah tak kire, public transportkan banyak!. Tak osah drive. Hahaha. Sempat lagi singgah jumpa Cik Nurul, past gambar pasport for camp JKM. Eh Cik Nurul my best friends kat KRP. Jangan salah paham!. Ler..lari tajuk lagi..Ish aku nak tulis report nih. Dah2 cibuk je. Ok so kami singgah breakfast di Pekan Nanas. Menu, nasi lemak + sup! Ye sup! Le..pekehe bagi sup nih. Aku order nasi lemak telur je. Rupa-rupanya memang satu set siap sup. Hahaha.pelik2 je. Tu lah orang suh berjalan, explore dunia, boleh cari pengalaman. Kalau setakat duduk di bilik apa yang kita tahu, bau, rasa, sentuh, lihat dll..So pe tunggu lagi Jom !. Gerai nih tepi jalan utama je. So senang kami parking kat depan kedai. Sambil minum2 dan menikmati makanan tuh, kami berdiskusi pasal MLM. So adik Hapis turut backup aku tak sokong business ni..share, nasihat anatara satu sama lain gitu. Kan bagus. Eh lupa plok nak kenalkan, ada 3 orang lagi. Adik alip, amy, and...er..sape ek sorang lagi? Hah Si Pie kan?Hahaha aku lupa lah..Sorry. ye lah tak semua junior aku kenal. Perjalanan diteruskan. “bus transnasional” nie skali lagi stop kat pekan Pekan Nenas..eh bakpe banyak pekan daa..deretan kedai lama menggamit perhatian aku. Eh biasa ler..penghayatan bandar gituh. Kami ingat nak beli few makanan, such as roti ke, pe ke..utk dimakan kat G. Pulai nanti. Confirm lapar past mandi. Cari punya carik lah takde satu kedai pon jual roti macam kat koop UTM nih..hahah. Ntoh apa cap ler..tak berani nak beli..keh2..nih was2..tak boleh.kekekekh. Trip diteruskan!. Misi pertama mandi di air terjun Gunung Pulai. Selepas bertanya ngan few penduduk kampung kami pon sampai ler around. Ceh kamu nih Pis padahal dah pernah pergi. Boleh pulak dia lupa jalan!. Aku nih selama 3 sem terperuk kat blok pon tahu..ye lah tuh tengok google earth!hahahah. Pemandangan sepanjang jalan berselekoh ditambah vista kelapa sawit, rumah kampung, kekanak berlarian, cukup mendamaikan hati nurani aku..cewah..alah engkau cakap ayat berbunga sikit geli konon. Padahal cakap kat awek tak geli!..eee. lagi lah. Aku dah tinggal kerja2 tuh!. Time jahil dulu ler..EH sorry2 lari tajuk lagih. Emm...sampai kat kaki gunung tuh kami disambut pemandangan hutan belantara mengHIJAU!ye..cantik sungguh..beruntunglah bagi mereka yang berfikir!. Sambil deruan air mencelah batuan dan akar kayu saling bersahutan dengan bunyi alam lain. Memang mendamaikan hati2 orang2 yang berFIKIR..Gunung didaki. Air terjun jelas menyambut kami. Wah aku tak sabor bila melihat pecahan air di bebatuan!. Cantik, sesejuk mata memandang. Panjat punya panjat, sampai ler port utk dilanding. Ruang kecik. Cukup hanya utk satu group ja. Nasib baik kami datang waktu pagi. Takde orang. Tukar baju semua..then apa lagi, gedebush! Brrrp..sejuk woo..boleh la stakat rendam2 badan dan bersandar pada batu dan biarkan air terjun ke atas badan!. Tapi sebab dasar bebatu so aku tak bagi bebudak ni main stunt2!. Tapi boleh pulak diorang panjat dinding air terjun tuh! Benda tuh dah ler licin. Kalu tergolek aku jugak yang susah. Sempat la bergambar. Pukul 12tgh hari gituh berangkat untuk misi ke2, ke hujung benua Asia! Tanjung Pia..Masa nak turun tuh jumpa lah abang merempit nih berpeluk, berkepit dan bermandi-mandian bersama-sama ’isteri’ mereka barangkali..Ada jugak terjumpa few family betul. Tapi mereka lebih gemar mandi di kaki gunug saja. Abang rempit mana suka port2 terdedah gitu kan2? Sendiri pikir... ”tranasional” bergerak laju meniggalkan Gunung Pulai yang indah, tapi dicemari aksi2 gegadis dan jejakong berkepit di kawasan ciptaan indah pencipta. Sedikit geram. Pemandangan kampung memang cukup mendamaikan..Kalau lah tempat ginih tak dirancang sebaik mungkin oleh para perancang seperti kami ini kelak..aduh! musnah semua alam..Mana taknye..RASUAH itu ini. Malah aku boleh kata bebudak U yang praktikal di majlis perbandaran pon dah mula lentok dengan ’hadiah’ dari tokey2 besar, nak masuk projek katakan. Bagi kasut, belanja itu ini..itu tak kerja lagi. Kalau dah kerja? Confrim rasa terhutang budi kat tokey besar nih! Ok kita sambung cerita kita.. So jam dah mula memasuki waktu petang. 2pm. Papan tanda 12km, Tanjung Pia. Alamak jauh plok. Kami stop sekali lagi di sebuah masjid untuk menunaikan hak2 kepadaNYA dan hak-hak badan..heee..then akhrinya kami pon sampai ler di Taman Negara Johor, Tanjung Pia. Ler ingat free..parking RM3, tiket masuk RM3. Sampai kaunter..”dik maaf ya, kat ujung tuh ditutup untuk pengunjung, kerja pembinaan”. Ler..dah alang-alang sampai. Masuk jugak lah. Memang cantik pemandangan pokok bakau tinggi melangit. Lantainya lumpur pekat dipenuhi siput, ketam, dan belacak. Kat atas pokok, monyet dan lotong. Kat atas jeti..mestilah manusia!hahaha..ada sebuah pelantar dibina tinggi sedikit dijadikan tapak berkhemah. Di tengah2 hutan bakau..wou..menarik. Facilities semua ok. Cuma sampah sarap bersepah kat bawah tuh. Ngan botol, plastik..paling menarik, selipar! Yep, selipar pengunjung yang tercicir jatuh dari track kayu kot. Tak boleh nak turun. Selut. Bahaya. Tapi heran juga, apa yang dibuat duit tuh kalau tak kutip sampah yang melekat kat celah2 pokok tuh? Kata taman negara. Tak jaga pon. Bukan salah managment jugak..nie mentaliti rakyat Malaysia la..siapa lagi. Takkan mat salleh ngan makcik salleh!hahaha..Few bahagian semakin terhakis oleh ombak. Maybe sebab kerja-kerja penambakan oleh jiran kita yang ’baik’ kat seberang tuh. Kekadang ada jugak program penanaman semula dibuat oleh pelbagai pihak. That good. Tiba2 ternampak cenderamata dari UTM!wah..bangga2..nak2 plok dari FAB (FAKULTI ALAM BINA). Time kat jeti tuh terserempak ngan En Nyet. Garang! Boleh plok dia melompat nak terkam. Pebende lagi lari lah weh! Takkan nak biar dia kekoh (gigit) kan. Hahhahah..Di penghujung jeti sebuah pemandangan mengagumkan aku menanti. Lautan luas sambil melihat kapal2 kargo sebesar dinasour bertali arus ke Tanjung Pelepas Port. Aku hirup udara segar sepuas2, sebelum pulang ke UTM pada jam 4pm. Semua tertidur dalam kereta. Eh driver tak lah. Kalau tertidur jugak alamatnya aku tak post cerita la hari ni!. Kami tiba pukul 6pm selepas makan di restaurant di Tmn U. Perut lapar ooo...

Thursday, November 13, 2008

PRESENTATION STUDIO

KENYATAAN AKHBAR PERANCANG

STUDIO 13NOV-Mengikut silibus yang terkandung brief studio maka, dikehendaki semua pelajar mempersembahkan hasil kerja projek studio mereka di STUDIO 2SBW, FAB pada 14/11/08 pukul 9.00am. Sila maklumkan pada rakan anda yang lain. Seperti yang telah dipersetujui oleh pensyarah, pemarkahan perbentangan ini turut diambil kira bagi penilain keseluruhan studio. Oleh itu diharapkan semua pelajar dapat menghadiri diri seperti yang dinyatakan di atas. Harap Maklum.

GILA seks!

Salam para pembaca budima sekalian, tajuk bagi posting komentar kali ini pasti menarik perhatian anda sekalian. Isu yang saya cuba pertengahkan kali ini ialah GILA seks!, termasuklah menonton video porno yang nyata lagi bersuluh akan keHARAMan nya dari segi agama. Malah dari kajian saintifik pula boleh merosakkan daya pemikiran kita. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini dikalangan pelajar perancang bandar dan umumnya seluruh mahasiswa! Kononnya bersumpah dan berjanji ketika mula memasuki alam universiti untuk mencari ILMU..walhal..Saya cukup terkejut melihat gejala tidak sihat lagi merugikan umat bangsa ini seolah-olah suatu kemestian utk melihat dan menonton video2 porno ketika menuntut di pusat pengajian tinggi. Barangkali dalam pemikiran pelajar ini, ibu bapa mereka tidak melihat apa yang mereka lakukan di bilik2 asrama! Saya mencabar pelajar2 ini untuk menonton di hadapan ibu bapa mereka sendiri..pasti MALU..Walhal mereka lupa masih ada yang MELIHAT kita semua, iaitu PENCIPTA. Pelajar ini sebenarnya tidak layak untuk menuntut ilmu disini jika hanya semata-mata ingin memuaskan hawa nafsu serakah semata-mata. Kemudahan internet di studio misalnya disalah guna oleh golongan ini untuk melayari dan mendownload video ini. Amat malang tempat berkembang ilmu, tempat berdiskusi dan membuat kerja ilmiah dikotori oleh kaki2 seks seperti ini. Saya hairan selain ingin mengharapkan mereka ini mendengar ceramah agama di masjid atau surau kolej pun belum tentu apatah lagi mendengar khutbah sewaktu hari jumaat pun hadir kerana malu pada manusia. Apa lagi usaha yang boleh digembleng bersama pihak pengurusan universtiti, kolej kediaman dan persatuan pelajar bagi membanteras gejala ini. Jika bangsa dan agama lain meja belajar mereka dipenuhi buku2 ilmiah, bangsa kita tersusun kemas vcd seks pelbagai tajuk!! Ini lah golongan yang dikatakan terpelajar yang akan menggalas amanah sebagai seorang perancang bandar khususnya, ataupun setidak-tidak sebagai seorang manusia di luar sana!Jika golongan ini tidak dibantu/tidak dinasihati dan diteguri dari masa ke semasa saya rasa golongan pegawai perancang bandar dan golongan profesional lain yang terhasil dari gedung2 ilmu ini hanya sia2..

PENGHARGAAN KEPADA TAHUN 1SBW

PENGHARGAAN KEPADA TAHUN 1SBW

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya ke majlis makan malam 1SBW di Dewan Merdeka Kolej Rahman Putra, sebagai wakil tahun 2sbw. Majlis yang bermula pada 9.00pm dimulakan dengan ucapan alu-aluan, ucapan ketua studio, dan abang khairul (xplanner student), sebelum sesi jamuan dan simbolik penyerahan kuasa kepada ketua studio baru 1sbw. Turut menghadiri majlis, pres. PEWIBAWA dan MT.
Sekali lagi terima kasih diucapkan..

sekejap benor!

salam..wah dah 2hari berlalu mcm gitu jeh. langsung tak sedo kan!tuptaptuptap akhrnya aku pun dah habis exam..yee udah habes! diharapkan usaha aku slama ini membuahkan hasil lagi baik speerti sem2 sebelumnya..anda? tak habis lagih? keputusan upsr pon udah kuo. tahniah la pada adik2 sekalin nnti leh masuk UTM!hahaha..jadi perancang bandar.huhuhu..lepas periksa semalam aku rasa masa bergerak slow sngat..dah dia dah start le tuh..apa lagi kalu bukan encik boring menjelma!Ye encik boring..ah aku time cuti memang tak best. lah time cuti tak best? ade ke gituh. bebudak nie kata time cuti la nak enjoy kate mereka..boleh bangun lewat. boleh malas2 kan diri..ye la tuh tak osah tunggu cuti! tak cuti pon dah malas..nak tunggu cuti konon..wat aku tergelak je..haih..tak cukup rasanya ilmu di dada..pendek lagi daya pemikiran aku..banyak lagi aku nak ceburi..semuannya perlu kekuatan dirikan? banyak jugak la pengalaman aku kutip di sini..aku berharap akan digunakan sebaik mungkin sebaik saja kuo dari pintu gate "KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA"!

Tuesday, November 11, 2008

Karya Ekpressi Jiwa

Karya Ekpressi Jiwa
Khosyatullah, Ahmad Baihaqi Saharun
www.iluvislam.com
Editor:afdhal87



Semua orang yakin jika saya mengatakan menulis itu mudah.Memang mudah,Tetapi kalau Allah tak mengizinkan ,tidak walau sepatah atau sebaris ayat pun kita mampu nukilkan.Itulah kita, manusia yang sememangnya lemah dan kelemahan itu sifat kita.Kita takkan berdaya menyalahi sifat itu dan menjadi kuat tanpa bantuannya.

Susah Vs Mudah

Mudah atau susah bergantung pada Ilham yang Allah kurniakan.Ilham atau idea tidaklah sukar untuk diperolehi, hanya meneliti dan mentafsir senario masakini saja sudah mampu membuahkan seribu juta Idea, tetapi kenapa ianya masih kelihatan sukar untuk diterjemah dalam media yang menarik?

Interpretasi Idea dan Pengimplementasiannya

Apabila sebuah Idea telah menyelinap masuk dalam aqal pemikiran sempit kita, haruslah kita perkembangkan dan menginovasikan menjadi sebuah karya Kreatif yang mana mampu saja menawan hati sesiapa yang membacanya.

Bagaimana?

Skill dalam penterjemahan idea terlalu banyak.Ada antara kita suka untuk melukis,maka dengan lukisanlah idea itu disampaikan.Ada yang suka menulis lirik lagu,Maka dengan Lagulah dia mempamerkan Idea yang terwujud dalam benak pemikirannya.
banyak wasilah dan methode dalam penyampaian atau penterjemahan Idea , dan ia boleh diasah dengan latihan yang bersungguh.


"Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).

Hasil sesuatu latihan boleh sahaja dikira dengan berapa ramai yang menjadi pengomentar karya anda.Semakin banyak yang memberikan pandangan semakin baiklah penulisan itu atau karya tersebut.Skill tersendiri boleh tercipta mengikut naluri kita, personaliti kita.Dengan cara penterjemahan Idea sahaja sudah mampu menggambarkan Personaliti seseorang itu.Benar atau tidak?

Anda mungkin tidak percaya tetapi itu adalah kebenaran kerana ia adalah terjemahan daripada sikap kita samada kita adalah seorang yang sistematik,romantik,jiwang ataupon mempunyai semangat juang yang tinggi. Itu semua boleh dilihat daripada hasil karya yang kita implementasikan tidak kira dalam bentuk apa pun metode yang kita pilih ia tetap mencermin jiwa anda.

Seni Dakwah

Berkaryalah kerana Agama dan itu banyak manfaatnya.
wahai pengembang dakwah, perlulah kamu semua ingat sesungguhnya setiap mad'ue itu berbeza-beza sifatnya dan bukan setiap yang kita usahakan kena pada jiwa mereka. Maka salah satu wasilah pengetuk hati-hati mereka adalah karya kreatif.ada yang diantara saudara baru kita tertarik pada islam hanya melalui tulisa khat.ada pula melalui novel dan adapula yang melalui lagu-lagu islam.Telah saya tekankan pada artikel pertama saya bahawa wasilah dakwah itu banyak selagi mana tidak bertentangan dengan syariah islam maka pergunakanlah dengan sebaiknya.Islam itu indah dan telah Allah kurniakan Quran sebagai petunjuknya dan oleh itu alangkah baiknya Alquran yakni karya Agung ini di inovasikan isinya dan di jadikan karya yang pelbagai .Dengan itu jalan-jalan kebenaran itu makin luas dan makin terang.

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu: menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh
serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.(Surah ali imran 3:7 )


Islam amat memerlukan bakat-bakat ataupun potensi-potensi dalam apa jua bidang untuk di pergunakan dalam dakwah islam.Maka , sedarlah tiap pada kamu ada potensi daie masing-masing yang telah Tuhan Sekelian Alam ini kurniakan.Ketahuilah bahawa apa guna bakat itu jika tiada sedikit partisipasi dalam jalan yang telah Allah memberikan jaminan kebahagiaan kelak.


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)(surah assaf 61:10-11)


“Yes, We are able to put together in perfect order the very tips of his finger"
-the Holy Quran on the identity in the fingerprint, far before CSI was even establish!

Monday, November 10, 2008

kepada yang berkenaan aje...

wahai sahabat..maafkan aku, jika selama ini, aku melukai anda.
wahai sahabat..maafkan aku, kerana aku tidak menjaga budi bicara.
wahai teman..sudikah anda menjadi temanku seperti sedia kala?
tanpa perasaan sangsi keikhlasan yang terbina.
wahai teman jika tidak, hilanglah lagi seorang insan istimewa.
wahai kawan..masihkah sudi anda bertegur sapa, cukuplah hanya ucapan salam.
wahai kawan..nasihatilah diri ini jika aku alpa!
aku tidak lagi salah erti nilai persahabatan ini..


im berharap masih ada berlapang hati menerima..hanya sebagai SAHABAT.

mari kita mulakan balik seperti sedia kala..semuanya kerana DIA!

SALAM PERSAHABATAN! :]

*psst nasik lemak, fresh orange satu! :] hahaha..nanti kalau OK please send your SMILE to me, if KO please send this :[ to me. Remember no IN BETWEEN!

ape nak buat?

Next….

Apa nak buat lagi..

Hari ini..

1.Petang nie aku nak mendaki balai cerap menikmati alam.
2.Kemudian aku ingin menikmati nasi lemak telur bersama junior course mate sambil berbicara isu2 semasa.
3.Siapkan panel2 yang dikehendaki AyahSaid.
4.Mengaji dan bersolat seperti sediakala.
5.mengulangkaji subjek amalan perancangan

Esok hari..

1.Aku bangun dan terus memanjat syukur, sebab diberi peluang terus mencari..
2.Menikmati suasana pagi di taman-taman hijau dan bertegur sapa dengan makhluk ciptaaNYA.
3.Menghirup secawan air nescafe barangkali dengan sebungkus nasi lemak.
4.Mungkin juga berdiskusi dengan pensyarah disini, agar mentaliti, ketajaman berhujah, kritikal idea, pendapat, pemerhatian aku tidak seperti mereka yang lain.

“Kemudian..hidup aku masih serupa. Aku sibukkan diri dengan berpersatuan, berbincang, menikmati panorama alam, mencari ilmu di setiap helaian, sentiasa menjaga hak-hak orang lain disekeliling, menjaga hati, menjaga pemikiran. semoga aku menjadi insan yang diredhai..”

“Sudah penat aku melayani perasaan..hanyut entah kemana, ini bukan nada kecewa, bahkan jauh sekali sakit hati”.

“Aku terus pelajari dari pengalaman, tapi juniorku kata, pengalaman pun masih tidak boleh menjadi guru jika tidak disertai ilmu”.

Maka aku putuskan [PENGALAMAN+ILMU].

“Aku ingat dalam dunia sudah pupus manusia seperti ini, manusia yang masih ada kewarasan untuk berbicara dengan pemikiran yang dikurnia!. Sebab aku sedih, manusia tidak lagi minat pada ilmu. Tidak minat untuk berdiskusi. Aku masih terus mencari”.

”Dan aku akan terus tersenyum memikir hal peribadi, tanpa sedikit tergugat usaha aku perbaiki diri”.

ape nak buat

10/11/2008 penghayatan alam balai cerap
11/11/2008 revision amalan perancangan
12/11/2008 exam paper amalan perancangan
13-17/11/08 "waktu lapang sebelum sesak"
18/11/08 majlis menghargai nilai persahabatan!
19/11/08 pulang dari perantauan
22-30/11/08 pulang berkursus di utm dan cameron highland-tanggungjawab menanti!

'cahaya' itu dari Ilahi..


'cahaya' itu dari Ilahi..

allahamdulillah...
aku panjatkan syukur pada ilahi,
dalam kelam aku disinari,
dengan cahaya aku menghargai.

cahaya itu menerangi meja study,
mencari kejayaan untuk umi,
aku redha dengan ilahi,
dalam mencari erti peribadi.

tidak larat aku tempuhi,
jika hati ini tidak disuluhi,
terus hanyut dalam duniawi,
aku alpa pada illahi.

dia datang, dia pergi.
aku perlu pergi mencari,
mungkin disini, mungkin ditepi,
biarkan diri terus mencari.

dalam cahaya aku mencari,
dalam gelap aku sunyi,
jika dibiar, hatiku mati,
aku ucap syukur pada ilahi..

Sunday, November 9, 2008

YES or NO

Salam semua reader..kekadang kita perlu belajar untuk MEMILIH. Betul tak? bukan TERANG aje..tapi LAGI BERSULUH..ya betul tuh. aku bagi simple example, contohnya kalau anda mahu makan, takkan ler nak pilih lauk pon berejam kalau kita takde decision!. eh jap aku ase cam nak makan kari..eh jap2 aku nak makan ayam goreng la..emm tengok gulai nih sedap plok..alamak mne satu aku nak pilih nih..contoh..orang kat belakang alamak kak dah beratur panjang aku kate..skali lagi ini cerita rekaan..aku bagi satu lagi contoh. hah ni sape kena sure tersyum lebar.terase katakan. Let say kita nak pilih calon isteri. so dah sampai la seru. cukup semuanya. agama, ilmu, harta, pendek cite cukup sifat lah!hahaha. tibe2 rupa-rupanya kita ada 2 atau 3 pilihan. stakat 2,3 takpe jugak nih ada samapai 10orang hah guane gituh?sendiri jawab. dah jenuh buat solat istikharah. tak boleh2 jugak nak wat decision. eh mak2, boboy rase si A la..sok plok mak2 boboy rase si B la..sampai la ke si z! tak sudah2. Ini lah payah kalau tak pandai buat keputusan. Cuba anda bayangkan kalau dalam hidup ini ada 3 jenis pilihan. Contoh BAIK dan JAHAT. Orang mesti pilih baik. takde lah plok aku pilih tengah2. ntoh bile konsep TENGAH2 ni wujud. Kalau say NO ckap NO. Kalau say YES, say YES. simple sangat dalam hidup ini hanya ada 2 pilihan bukan satu bukan 3 atau seterusnya..nak jadi baik atau jahat. nak masuk syurga atau neraka. nak makan atau tak nak makan. nak tidur atau taknak tidur. NO or YES. That its! kalau tak boleh cakap tak boleh. kita pon tak pening kepala. macam dalam iklan tuh.Kan senang ada dua pilihan dalam hidup ini. Dalam pesawat ada butang BERLEPAS or MENDARAT. Air plok ada dua jenis. KOPI dan TEH. channel TV kat remote BERITA dan MOVIE...Aku fikir balik mengapa tidak diberi hanya 2 pilihan saja dalam semua situasi? islam itu mudah, walau ada perkara HARAM tapi bila dalam kes tertentu kita diberi rukhsah. Rasanya baik anda cari lagi contoh lain. ilmu aku sangat terhad. Maknanya kita kena ikut situation. Kadang-kadang kita tak boleh buat decision on that time. Atau pada masa itu, itulah keputusan terbaik dalam hidup. dalam sesuatu perkara bagi aku MEDIUM is the best! Tapi dalam say NO or YES tiada in BETWEEN. kekadang sebab kita tak bagi kata putus, hidup orang lain merana. BULATKAN HATI, TETAPKAN TEKAD.Tetapkan pendirian anda.

tafsiran IM kat JANUARIAN!


"jadi lah kamu akan diri sendiri, setiap makhluk diciptaNYA ada keistimewaan masing-masing.."

RAHSIA KELAHIRAN

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

apakah bulan anda???

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
-sesuai dengan trademark.."dari perancang utk masyarakat"..

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
-i like to be cirtical person, kalu tak nak "dibaca" dok jauh2..haha..careful!

* Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
-insyaAllah.."kerana TUHAN aku bekerja"

* Suka smart, kemas dan teratur
-ehem..cmnih im pakai smart day setiap hari!ciap tie boleh? :]

* Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
-WAHH!sangat2..bakal pengganti Ayah Said (lecturer urban design)-penghayatan bandar gituh, peghayatan manusia jugakk..

* Pandai mengambil hati org lain
-kena tanya orang lain ler nih..

* Pendiam kecuali telah dirangsang
-yep!ciap sedia dengar opinion im..

* Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
-shy2 kucin..focus..TARGET AKU JAUH!

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
-allahamdulillah..

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
-susah dapat demam, tapi kalu dah time dia..pergh 1 pakej.
ulser, sakit tekak, batuk, selsema, demam. jarang pening.

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
-hehehehe...sendiri kenal ler.tulis kat blog boleh kire?hee

* Cukup sayang pd kanak-kanak
-sejak prses perubahan ni..hati im mudah touching.

* Suka duduk rumah
-aa..time2 dulu. that y tak mudah terpengaruh. pe tuh hip hop?pe tuh punk? what ever it is..who im am? TRY TO BE THE BEST MUSLIMIN..

* Setia pada segala-galanya
-tak berani nak jwab..im try.

* Perlu belajar kemahiran sosial
-dalam proses. buku pasal komunikasi tak habis lagi..hahaha

* Cukup cemburu yg sangat tinggi
-err...

tafsiran IM kat NOVEMBER

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara (perkara apa la tu ek??)
-nak bukak bakery?

* Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya (I cant event understand myself!+_+)
-sangat2 kadang tak "terbace" and ada bidang ilmu "membaca orang" nih!

* Berfikiran kehadapan (of course!)
-ithink so u

* Berfikiran unik dan bijak (am i??)
-tak nampak lagi, tak jumpa lagi situation tuh.

* Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa (need my idea anyone??)
-ada idea lebih? meh bagi kat IM!

* Pemikiran yg tajam (oh yeahh?)
-Jage2 terkoyak otak. bahaye..

* Daya firasat yg sgt halus dan tinggi (see I told u..but u wouldn’t listen!)
-yeh ican see it..very halus mulus..i can read it

* Bagus utk jadi doktor (doktor falsafah mungkin??hmm)
-eh nie firasat im kat kedai ayam goreng smalam!

* Cermat dan teliti (VEERRRY!)
-i can see it. that good.

* Personality dinamik (ehh?)
-ntoh im pon tak paham.

* Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia (dats very me!*winks*)
-nampak sangat...hahaha

* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra (u r s0oo RIGHT!hmm kdg2 kemesraan disalahertikan…atau mgkn slh Nur krn tlalu mdh mesra?ahhh)
-nak kata bagus, tak jugak, berpada2. perlu lebih berteus terang. YES or No. takde in between ok.

* Berani, pemurah,setia dan byk kesabaran (depends..)
-yakin pada diri

* Terlalu degil dan keras hati (h0h0h0! *org tu slalu ckp, ‘syg ni degil la!!’* =P)
-siapa le tuh cakap gituh, tunjuk kat IM! HAHAHA..

* Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya (d0nt ever give up bebeh!)
-eleh bulan satu pon ade...

* Tak suka marah kecuali digugat(s0 me..)
-same ler kite, im akan pendam sampai KABOOM!

* Mudah ambil berat terhadap orang lain (baik kan?hee~)
-sweet...

* Pandai muhasabah diri (x jugak..kdg2 tlalu lemah -_-)
-semua orang perlu penasihat peribadi. bace balik my writing.

* Cara berfikir lain dari org lain(im unique!ehhe)
-i think so.

* Otak yg sangat tajam(really?never knew..)

* Pandai mendorong diri sendiri(perlu ada pemangkin!)
-telan bahan kimia, pemangkin or catalyst hahaha..

* Tidak hargai pujian(hargai la..cume xsuke dipuji!)
-oo...tak lepas nih kite kutuk ramai2..takde lah :}

* Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi apabila hendak

sesuatu (go for it girl!)
-yeh!that it.

* Cuba sampai berjaya(till I say ‘YES I DID IT!’)
-yeh!

* Badan yg tough(ahahaha nak gelak boleh?)
-no comment..HARAM..huhuh..

* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantic(pheewwwiitt!uhuh *shy*)
-so sweet..

* Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang(excuse me?)
-hahahahhahaha....tengok ler alam!

* Suka duduk dirumah(hey!kaki ni kuat berjalan tau!)
-yeke nih?

* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi(owh xberkemampuan dr segi kewangan..hee~ rajin tu b0leh la..)
-i believe it.

* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia(well,dats me!)
-yep!

* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi(Nur,dat is so you..)
-lelaki pon kekadang gituh

* Bercita-cita tinggi(setinggi bintang di langit!)
-same ler kite!

* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah(don’t try to understand me..i can be a different person da next time u see me,trust me!)
-i like to analyzed..

comment kat atas nih hanya lah sekadar gurauan, penulis blog ini memohon maaf jika posting ini tak betul..kepada mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada NOVEMBER ini SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN!

"Semoga Allah memberkati mu.."

bace plok kat posting pasal bulan 1.

Thursday, November 6, 2008

semanis abc

emm..manis. aku hirup sedikit abc tuh. Rasa sejuk menyocok gusi dan gigi aku dengan serta merta. Fuh..aku menarik nafas dan lepas. Penat. Hari ni agak penuh aktiviti aku bersama rerakan kolej. Petang tadi kami ke hutan rekreasi utm berjalan menikmati suasana utm di petang hari. Pokok hutan yang masih terpelihara di belakang sana memukau pemandangan orang seperti aku. mUngkin anda pon begitu. Sebab aku suka tengok HIJAU! Wah dah lama aku tak masuk ek hutan rekreasi ni..mula aku tak berani jugak nak masuk ke situ, terpencil dan bukan kawasan pilihan student nak berjogging di tempat penghisap darah, sang nyamuk menunggu mangsa. habis tersembul-sembul bintikan merah di tangan aku. merah dan gatal dibuatnya. Takpa lah demi kekawan aku nih. Bawak jugalah mereka masuk ke situ. Bukan apa aku risau keselamtan mereka. Jalan ke balai cerap yang terletak di puncak tertinggi utm ni tempat babi melintas. Silap hari bulan..hah..jenuh nak lari. hahaha..udah ler aku ni tak kuat lari. Tulah Im malas lagi jogging. stamina tak kuat. hehehe. lepas menjelajah masuk utan tuh, maka balik tuh kami hilangkan dahaga ngan abc!woo sedap2 berbaloi kene gigit nyamuk... terima kasih cik farah ngan cik shu..

MLM

Jika ingin ketahui hukum mlm..sile tgok kat laman web nih.

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Wednesday, November 5, 2008

pembungkus roti

Daun pintu dibuka luas. Satu persatu selipar putih ini aku sarung. Lapar. Perut aku mula menyanyi tanda perlu disuap dengan sedikit makanan. Hmm.nak makan apa ye malam nih? Ingatkan nak makan petang tadi tapi tiada plok kawan yang sudi menemani aku. Bukan apa jika ada kawan semasa makan nanti seronok sedikit aku berkongsi cerita atau pendapat. Macam pagi tadi. Selepas pulang dari Tmn Tropika bagi En Ikan makan roti dengan junior ku. Adik Hafiz. (walau umur sama). Sampai saja di arked Meranti aku duduk bersama senior aku, saudara Hadi. Bekas presiden JKM KRP. Isu pagi nih..wah..tau pe. Pasal kahwin!. Hahaha..Takpe dia dah final year..macam tak percaya orang macam tuh tak berminat bercinta atau bercouole macam bebudak lain. Bukan sekejap kat universiti nie..3, 4 tahun jugak. Kalau jenis Pak Buaya dan Pak Biawak tuh rasanya dah berapa orang jadi mangsa. Tapi alahamdulillah, aku masih dapat temui pemuda seperti ini di menara gading..anda macam mana? Pak Biawak or Pak Buaya. Dua ekor spesis ni asyik cari mangsa je. Macam gitu ler jugak manusia macam kita ni.. Ada yang bagus. Ada yang kepala jingga (tak betul ler tuh). Asyik menunggu mangsa. Lalai saja siap! Habis ditelan anda hidup2. Wuu..tragis. Dua menatang nie biasanya umpan dengan janji manis. Sampai semut datang hurung! Maka mangsa-mangsa kita terdiri daripada mereka yang lemah lagi terpedaya. Nak pendek cerita, persiapkan diri anda. Tak kira lah dengan ilmu ke apa ke. Jangan lah mudah terpedaya sangat dengan Pak Buaya dan Pak Biawak. Kalau belum apa-apa dah sentuh sana sini, peluk, paut tengkuk, berpimpin tangan dan banyak lagi..tak osah percaya lah. Aku yakin sangat bukan perkahwinan yang ditarget oleh mereka tapi hawa nafsu semata-mata. Kalau berkahwin pon kelak agak2 bahagia tak? Boleh jawab? Dah basi katakan..ye lah cuba roti yang aku beli malam ni takde plastik pembungkus. Open air gitu. Orang leh sentuh2 roti ni. Picit. Tak ke rosak jadinya. Basik. Makan confirm sakit perut. Macam gitu lah jugak manusia..

Nak tergelak pon ada, kesian pon ada masa nak turun dari blog tadi. Aku tekan lah butang lif. Tunggu punya tunggu kenapa lif tak kunjung tiba. Lampu isyarat tunjuk lif ondway naik. Eh mana tak sampai nih!. Aku turun pakai tangga. Sampai bawah tengok ramai pak arab berkumpul kat pintu lif. Rupanya member dia stuck dalam lif. Loo..Aku cuba nak tolong call security. Rupanya dah ada orang call.. Tengok macam takde masalah, aku pon teruskan perjalanan ke Sabina Café, mencari makanan untuk perut ni..terserempak ler aku dengan Cik Syumi dan rerakan. Aku diajak untuk makan bersama. Makcik nil ah satu-satunya kawan sekolah teknik yang masih aku berhubung di universiti ini. Kadang-kadang bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. Sedikit sebanyak hilang jugak kebosanan aku malam nie mendengar lawaknya. Dia nilah start panggil aku pakcik kat universiti ini. Ada lah few member panggil aku pakcik. YaAllah tua sangat ke aku nih? Hahaha..usia mematangkan kita! Tak gitu cik bertudung hijau? :] tersenyum dia melihat kelibat aku di café nih. Aku tunduk malu. Kebetulankan? Ok aku terpaksa pergi, ada discussion ngan bangsa lain di bilik. Selamat mengulangkaji semua!

AMARAN

AMARAN


STUDIO 2SBW MERUPAKAN KAWASAN LARANGAN BAGI AKTIVTI SELAIN KERJA-KERJA STUDIO UNTUK PARA PELAJAR 2SBW DAN KAJIAN AKADEMIK SAHAJA. MANA-MANA PIHAK YANG MENGGUNAKAN RUANG STUDIO BAGI AKTIVTI SELAIN YANG DINYATAKAN DALAM SURAT PERJANJIAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI MENCEROBOH. SEMUA PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG PENGGUNAAN STUDIO INI. MANA-MANA PIHAK LUAR YANG TIADA KAITAN TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN SEBARANG KEMUDAHAN DI STUDIO INI. SILA PATUHI SEMUA PERATURAN SEDIA ADA. HARAP MAKLUM.

TEMPAT LARANGAN BAGI AKTIVTI:

1. MELAYARI LAMAN WEB LUCAH.
2. AKTIVTI SELAIN TUJUAN AKADEMIK.
3. PERKARA LAIN YANG DIANGGAP MELANGGAR PERJANJIAN.


WARNING

STUDIO 2SBW IS RESTRICTED AREA. STUDENT 2SBW ONLY ARE ALLOWED TO USE THIS FACILITIES.

Dilema mahasiswa melayu..

Dilema mahasiswa melayu..


Minggu peperiksaan aku bermula. Seperti biasa pada malam peperiksaan pasti aku akan berdiskusi dengan rakan sekuliah. Bukan apa, mana tahu, kot-kot selama ini kita ingat betul rupanya salah. So bila study dalam kumpulan boleh jugak tegur-tegur. Sangat lah malang bagi mereka yang berilmu tapi menunjuk-nunjuk pada mereka yang kurang berilmu, supaya dirinya jadi sebutan oleh masyarakat bahwa dirinya pandai lagi bijak. Salah tuh, bukan begitu caranya wahai rerakan sekalian. Aku sedikit pelik melihat anak-anak Melayu belajar. Sorang-sorang, study group? Apa tuh tak pernah dengar barangkali..ish2 takkan teruk benar..pelik mereka tidak gemar berdiskusi ilmiah. Jika mengumpat dan mengata keaiban manusia agaknya bangsa kita lah yang pakat berkumpul bercerita. Bila ilmu?hmm..Takpelah aku tak belajar lagi. Err kendian je lah aku ada kerja lain. Dan banyak lagi alasan bila di ajak berdiskusi ilmiah secara berkumpulan atau study group. Semalam bagi memastikan kesinambungan study group in last night setiap kali malam exam menjelma diteruskan, aku pergi cari rakan berbangsa Cina. Segala nota dari senior dikeluarkan. Buku photocopy ntoh dari mana tersusun atas meja. Eh pahal aku takde nota2 nie..Segala slide dan nota kuliah rakan2 dari kuliah pengajian lain turut disimpan dan dikongsi. Asalkan ada relation ngan apa dia belajar. Wou..patutla. Aku tah heran kalau dapat best student kalau gini caranya. Apa yang aku heran, bila ler student Melayu nak buat macam tuh? Kalau buat assingment pon setakat buat cukup-cukup makan. Tiada usaha nak dapatkan bahan lebih. Jika projek ke apa ke. Copy dari senior. Edit tukar nama aje..Apa punya loklak Melayu. Aku cukup risau tengok generasi pelapis nie di universiti. Bukan aku bertujuan untuk jatuhkan bangsa sendiri. Bukan tujuan aku mengaibkan orang lain. Bahkan menyedarkan kembali bagi mereka yang masih tertidur. Masih terpinga-pinga mencari matlamat hidup. Apa sangat lah aku sebagai seorang mahsiswa kecil dan tak berdaya mahu melihat bangsa terus unggul di negara sendiri. Apakan daya aku ingin mengubah rakan sekuliah, jika aku sendiri tidak mulakan? Jika aku sendiri terpinga-pinga mencari arah tujuan? Bukan kerana perhatian manusia, hanya kerana si DIA. Kerana tanggungjawab yang aku pikul. Tiada siapa di dunia ini dapat mengubah diri kita jika bukan tuan empunya badan tidak mahu berubah!

Dilema mahasiswa melayu..

0000 4/11/08
G30-324
KRP, UTM.

Hari ESOK lagi bahagia.

Hari ESOK lagi bahagia.

Aku tak sabar nak menanti hari mendatang, hari-hari ceria aku. Hari-hari yang membahagiakan aku. Aku tak sabar menanti hari esok, kerana aku ingin melihat kehijauan tumbuhan, ketenangan alam di pagi hari. Riang. Hidup kembali meriah.Puisi dan bait-bait cinta kembali ditulis. Segala luahan hati kembali satu persatu ditaip. Pantas. Sepantas tercuit hati diriku oleh insanMU. Sejadah kembali menerima sujud solat sunat hajat dan istikharah pada malamnya. Aduh manusia..Barulah nak mencari kembali ketenagan hidupNYA. Selama ini mana aku pergi? Mana ucap syukurku? Mana segala ucap kata indah ku? Kini dia kembali. Nikmat Allah SWT yang menyentuh hati semua umat manusia di dunia. Dari seawal terciptanya ADAM dan HAWA. Rupanya aku dah jatuh CINTA! Ya tak syak lagi. Kali ni hati kembali berbunga kembali selepas menempuhi tempoh musim salju. Meriah dengan warna-warna bunga. Ada HIJAU, ada BIRU, ada MERAH JAMBU. Cantik YaAllah. Bergetar hatiku melihat kecantikan ciptaan MU ini Ya Allah. Aku malu pada Mu, kerana aku tahu, tak layak aku memandang wajahnya. Cantik akhlak dan tingkah laku insanMU ini..sifat keibuan, tanggungjawab dan berkasih sayang insanmu ini terpapar seikhlasnya. Ketika mula bertemu, dia sambut dengan seringkas sedekah, iaitu senyuman. Cukup dengan senyuman. Indahnya tika tertawa, asyik berbicara, berbincang hal kerja. Bila ditutur katannya, semua terdiam kerana karisma dan nur yang dikurnia oleh NYA. Mana tidak meruntun hati selemah pemuda biasa ini melihat akan indahnya ciptaanMU seperti itu? Tapi apa daya, aku insan lemah. Selalu tewas dengan tipu daya musuhMU. Bantulah hambaMu ni YaAllah. Tak puas pipi ini merasa basah air mata berjujuran memikirkan kesilapan lampau. Nekad dipasang jauh disudut hati. Terikat kemas di sana. Supaya ikatan yang sah dipermudahkan. Ya mahu aku diijab kabulkan dengan insan ini, supaya aku bebas melihat ciptaanMU ini..Tapi pengalaman aku mengajar. Sabar! Lengkapkan diri terlebih dahulu. Perkuatkan iman dan taqwa. Supaya kamu tak terus hanyut di lautan luas. Supaya diri tidak tersalah langkah ke lembah maut. Lembah yang terus melalaikan manusia kerana perasaan ini. Perasaan yang bukan asing lagi bagi para manusia. CINTA, cinta dan terus cinta. Dengan cinta manusia kenal TUHANnya, dengan cinta salam selawat disampai pada rasul. Dengan cinta ibu menyusu anaknya diriba. Ayah pulang dinihari mencari rezeki. Dengan cinta juga binatang dan alam mendapat perhatian manusia. Semuanya kerana nikmat hidup secuit ini bagiNYA, tapi sebesar nikmat yang pernah diterima oleh manusia, selepas nikmat terbesar iaitu IMAN. Aku tidak mampu mengungkap dengan kata-kata dan bait indah puisi seperti seniman. Apatah lagi berani mengungkapnya pada empunya badan. Kembali pada Tuhan yang menjadi perantara..supaya gelombang niat suci ini sampai ke tuan empunya diri.

”Ya Allah, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi, jika benar si dia adalah insan yang bakal menjadi teman hidup ku kelak, maka simpanlah hatiku untuk dirinya, hatinya untuk diri ku..Permudahkan lah segala urusan kami untuk diijab kabul seperti disyariatkan oleh MU. Menghadapi hari-hari muka dengan keluarga bahagia..................”.

DARI CATATAN REMAJA2

Kahwin Kerana Apa?

Kahwin Kerana Apa?
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : naurah_islam


ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

Kriteria

Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)


Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya."

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. "Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.


Oleh: Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Catatan dari PERANCANG

Catatan dari PERANCANG

Salam semuanya..ish dah lama jugak tak writing with feeling nie..hehehe. So pagi-pagi buta nie (manusia yang buta..not pagi hari!) aku berpeluang kembali menulis dengan penuh perasaan ceewah..yo o ler kamu nie..ish2. Ye lah few posting sebelum nie semua main copy saja dari rerakan atau laman web lain kan..so posting utk edisi kali ni cuba membawa kepelbagaian dalam blog nie insyaallah. Kata orang kampung aku variety !. Boleh la kenal sikit antara satu sama lain ye tak? Itu lah antara tujuan utama aku menulis for ruangan Catatan Dari PERANCANG.

Semua catatan peribadi adalah cerita berdasarkan pengalaman aku sebagai bekas pelajar tadika, sekolah, sebagai rakyat biasa, muslimin (walau tak alim), motivator (walau tak diiktiraf), pengacara, bakal perancang bandar, bakal aboh pada baby comey , sebagai anak, abang, pemimpin secara langsung atau tak, sebagai pemerhati alam dan banyak lagi..senarai ler sendiri. Tak larat aku nak tulis kat sini..hahaha. Aku cuba menyeragamkan balik tajuk2 posting dalam blog nie supaya tak berterabur macam pakaian aku kat bilik nie kot? Eh tak dela..heee..peace. Biasa lah bilik bujang. Tu sebab aku nak menikah awal. At least ada orang yang lipatkan my pakaian hahahaha..eh sorry lari topik. Heee.

Hah satu lagi kalau perasan penulisan aku lebih berbentuk kejiwangan kata orang. Eh? Betul ke? Jap2 aku check...Aaa betul lah.hahhaha.. Macam nie biar aku explain sebenarnya pendekatan yang aku cuba bawak ialah isu-isu yang dekat dengan golongan seusia aku.. apa lagi kalau bukan isu cintan cintun nie? Kan? Betul tak alah tu sengih2 tu betul lah. Aku buat tasmilan macam ni bukan ikut pikir logik je. Nie from my observation dan pembacaan aku. Seriously kalau tak percaya tanya eventhought budak2 ”otai”, rockers2, jiwang2, ntoh apa bende lagi tittle pon segala jenis bentuk manusia, seusia aku, pasti tak boleh elak hal macam nie.

Yo o ler tuh kalau dia cakap aku tak main la cintan cintun nie..Tuu alien namanya. Dah Allah SWT kurniakan, pandai2 lah uruskan. Jadi hok tak betul tuh bila tak pandai nak urus. SeIslamik macam mana atau sekular macam mana pun seseorang tuh, pasti terlibat walau sekumit rasa. Perasaan ini normal. Dan selepas pembacaan dan mengikuti ceramah hal-hal gini baru aku paham kenapa Allah SWT mengurniakan perasaan cintan cintun nie..Eh ingat cerita, artikel (copy), dan hasil kreativiti lain yang aku post dalam ni takde isi ke? Memang lah tak bagus. Aku tak pernah mengikuti mana2 kursus atau bengkel penulisan secara formal. Semuanya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Secara tak langsung aku dapat berdakwah kan?

Teras aku ialah PERUBAHAN DIRI!. (pstt bukan perubahan matan!.heee). Yep bukan berubah jadi masked rider pakcik oi..berubah jadi orang, jadi manusia dalam maksud sebenarnya! Orang yang sebenar. Dari malas jadi rajin, Dari tak yakin jadi berkeyakinan, dari buruk jadi semakin baik..dan sebagainya. Memang benarlah kata-kata pensyarah aku. Nak ubah sekumpulan manusia belum tentu dapat. Tapi kalau dapat seorang dua jadi lah. Supaya seorang dua nie dapat cari sorang dua lagi. Begitu lah dia..makin lama, makin ramai yang jadi BAGUS!. Aku juga bersedia mendengar komen, pandangan, dan nasihat dari pembaca sekalian..jika ada fakta tersalah, kenyataan tak berasas ke, bidang ilmu yang tak mampu aku kuasai ke..harap sesangat dapat ditegur dan berkongsi. Aku memohon maaf jika ada posting yang aku letak dalam nie macam terkena mana-mana pihak sama ada wujud atau tak..sengaja atau tak. Eh mana tau kisah anda boleh buat orang lain BERJAYA?! Free2 dapat pahala kan? Hah sekali lagi aku nak ingatkan para pembaca supaya mengambil perkara baik lagi bersuluh baiknya. Kalau kelam2 tak nampak baik ke tak baik dikaji dan bertanya pada pakar. Karang cakap aku ngajo benda tak betul. ”Eleh kamu nie cakap je lebih, buatnya tak” contoh ayat-ayat manusia yang tak paham2 konsep saling menasihati nie..habis tuh nak tunggu manusia seluruh dunia nie jadi baik dulu? Jadi orang semuanya baru boleh menasihati antara satu sama lain, gitu ke? Bila agak2nya? Bagi tahu sedikit...Hmm Aku pon manusia biasa wahai rerakan. Tak dapat nak elak dari buat silap. Tapi sekurangnya aku cuba buat terbaik untuk diri sendiri dan masyarakat sekitar..akhir kata dari penulis, aku, Im, Aimran, Dikran, Tamrin, pakcik, and what ever else Selamat MEMBACA!


”Aku bukan mencari NAMA, supaya menjadi TERKENAL macam selebriti, tapi aku mencari REDHA dari ILAHI..”

BLOG PERANCANG

http://perancang-perancang.blogspot.com

1. KENYATAAN AKHBAR PERANCANG
2. CATATAN DARI PERANCANG
3. Journal of PERANCANG
4. Tips of PERANCANG
5. Activities of PERANCANG
6. Commentary of PERANCANG

Dari Perancang untuk Masyarakat!

G30-324
0421 5/11/08
KRP, UTM

Tuesday, November 4, 2008







MENUJU WAWASAN


cik nurul, cik shahida, cik hidayah


Post on November 3rd, 2008 by miznunu

buat semua yg menghadapi peperiksaan..semangat3x!=) dgn ilmu,kita boleh pergi jauh melangkah dan maju!

MENUJU WAWASAN - Suara Firdausumat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam

jgn buang masa
siapa kata kita tdk boleh
kita ada Allah Masa Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata

umat Islam sentiasa boleh 3x

umat Islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha
bersatu tuju wawasan
dunia dan akhirat

wawasan dunia dan akhirat

akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

**
wawasan diri
penuhi dada dgn ilmu
wawasan agama
bekalan masa depan dan akhirat

kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
ulama’ warisan anbiya’
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

Monday, November 3, 2008

Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!

Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!
www.iLuvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : kasihsayang


Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat..


Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

AKTIVITI PERANCANG


AKTIVITI PERANCANG AKAN DATANG….

THIS WEEK

3-5/11/08 REVERSION & PROJECT URBAN DESIGN -Studio & KRP
6/11/08 PAPER: TEKNOKRAT -KTR
7-9/11/08 REVERSION & PROJECT URBAN DESIGN -Studio & KRP

NEXT WEEK

10/11/08 PAPER: AMALAN PERANCANGAN -KTR
11/11/08 REVERSION -Studio & KRP
12/11/08 PAPER: URBAN DESIGN. -KTR
13/11/08 PREPARATION PRESENTATION STUDIO -Studio
14/11/08 PRESENTATION FINAL STUDIO -Studio

FUTURE WEEK

17/11/08 CELEBRATION BIRTHDAY cik nurul -JUSCO Tmn. U
18/11/08 BACK TO SERI GOMBAK -Seri Gombak
22/11/08 BACK TO UTM -UTM
23-30/11/08 KURSUS ASAS KEPIMPINAN JKM -Cameron Highland

KENYATAAN AKHBAR PERANCANG

Salam,

PERHATIAN KEPADA WARGA PERANCANG 2SBW!

1.PRESENTATION PROJECT 5 STAGE 3 AKAN DIBUAT PADA 14/10/2008.

MAKLUMAT LENGKAP AKAN DIPAPARKAN DI PAPAN KENYATAAN STUDIO.

2.MARKAH/ SENARAI TAMPAL URBAN ENGINEERING

SENARAI TAMPAL SUBJEK INI TELAH DIKELUARKAN DAN DITAMPAL DI BILIK KETUA KURSUS, DR NORSIAH. HARAP MAKLUM.

3.LANJUTAN TARIKH PENGHANTARAN PROJEK5

ATAS DASAR KEMANUSIAN..hehehe ANDA SEMUA BOLEH MENGHANTARNYA SELEWATNYA PADA HARI JUMAAT 14/10/2008.SILA HANTAR SALINAN ANIMATION DAN DESIGN SKECTHUP ANDA PADA WAKIL KUMPULAN MASING2. bukan dekat TAMRIN!

KENYATAAN AKHBAR PERANCANG

salam,

merujuk kepada posting "IM MENANGIS", ingin dimaklumkan bahawa posting tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Catatan tersebut hanya dibuat atas dasar catatan peribadi agar segala kejadian yang berlaku di sekeliling penulis boleh dijadikan pedoman dan pengajaran.

Moral: Sila lihat catatan peribadi daripada penulis dari sudut positif sahaja!

MANA YANG BAIK IKUT, HOK DOK MOLEK TINGGAL JAUH2 NEH...

SELAMAT MENJALANI MINGGU EXAM

PERANCANG mengucapkan selamat menduduki minggu peperiksaan akhir sem1 1 2008/2009 bagi semua sahabat handai di UTM, dan seluruh kekawan di universiti kat satu dunia, itu pun kalu ade..

INGATlah, ilmu tidak berguna jika anda tidak SAMPAIKAN, dan tidak berfaedah jika tidak amalkan..!

PERANCANG,
Studio 2sbw,
FAB, UTM

Saturday, November 1, 2008

4

4
Salam bagimu sekalian sahabatku. Semoga kamu diberkati oleh ALLAH swt. Sepanjang hari. Supaya kamu sentiasa ceria bagi orang-orang yang BERFIKIR! Aku mulakan cerita dengan 4..ya empat, EMPAT, FOUR.

Eh apa benda no 4 nie? Im kamu main no ekor ke? Eh taklah..memandai je buat tasmilan begitu. Nanti biar aku jelaskan. Emm..apa dia ye? Hmm..aku memikir panjang. Angka yang buat aku ternganga mendengarnya! YaAllah adakah dia memahami maksud aku? Maksud apa pulak nie Im? Cuba bagitau terang-terang. Eh aku sendiri tak pasti. Macam mana nak beritahu anda semua. Looo...gitu ler plok. Aku teringat akan pesan En. Ikan..

”Sabar wahai pemuda, lengkapkan dirimu dengan selengkapnya!”

Aku tunduk.

”Wahai pemuda kamu akan berlayar, kena ada ilmu. Nanti boleh tenggelam kapalmu..Sabar. Sediakan diri, kapalmu akan berlayar kelak.”

Aku mengangguk tanda faham.

”Saya 3. Kamu 4!”

Aku telan air liur. Apa maksud dia? Aku tak paham. Otak aku mula menggerakkan sel di dalamnya memikirkan maksud EMPAT.

4 biji donut?
4 bungkus nasi lemak?
4 ringgit?
4 sen?
4 hari lagi?
4 saat ?
4 baby comel?
4 kucing gebu?
Atau
4tahun?

Subahanallah..benarkah apa yang aku dengar? Jika benar maksudnya, maka benarlah! Aku terdiam. Balik petang tadi, persoalan tersebut terus bermain-main dalam minda. Aku nampak angka tu terlompat-lompat, riang agaknya. Tak tahukah hampir sekali lagi air mata pemuda ini berguguran. Mata berair, aku cover beb, malu ditengok orang. Dah normalnya begitu, pemuda macam aku ni tak pandai nak tunjukkan perasaan. Sampai ke meja study aku memikirkan. Itulah buat aku terkejut lagi. Kena heart attack kat tempat tuh baru tahu..hahahaha, kan dah susah kena call ambulans, nauzubillah. Rasanya aku paham...Tapi aku nak bagitahu bukan empat sebanarnya, tapi 2.5 lagi! hahahaha..Sendiri paham lah. Salah kira tuh. Cuba kira betul-betul, guna calculator tuh. Aku tersenyum menulis posting ni. Teringat pesan En Ikan dan rakannya di tasik. Terima kasih alam. Allahmdulillah..


Penulisan diakhiri dengan iringan lagu Suara Firdaus, Menuju Wawasan..

”Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam..jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh..kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata..umat Islam sentiasa boleh..”

Ayat yang sentiasa diulang setiap malam di sekolah teknik dahulu..akhirnya aku dah jumpa lagu asalnya..Terima kasih. Aku teringat kenangan aku tidur di atas katil double deck di asrama dulu..Jauh. Memang jauh TARGET ku..setinggi 4.00!

Bertemu EN IKAN!


Bertemu EN IKAN!

Salam wahai sahabatku sekalian, yang berada di utara, timur, selatan, dan barat! Hari nie aku berjumpa dengan EN.IKAN..eh tak kenal encik ikan ke? Alahai yang ade sirip ngan insang kat tepi tuh. Yep yang tu lah, Encik Ikan. Aku sarung kasut siap dengan tracksuit putih dengan baju ejen putih dulu. Pagi nie selepas makan nasi lemak bersama nescafe panas, aku terus menyelusuri jalan bertentangan trafik. Eh takkan la berjalan tengah jalan. Nak mampiuh!hahaha..Sampai saje kat Tmn. Tropika aku disambut oleh makhluk TUHAN yang lain. Ada yang hijau, ada yang tengah berenang dan terbang. Semua ceria. Sentiasa bertasbih pada penciptaNYA tanpa lelah. Manusia? Lupa? Sibuk? Ish2. Takkan lah kot gitu sekali sampai lupa. Jangan sampai terlupa ok! Nanti kita ”dilupakan” hah..padan muka. Mula rasa resah, risau, dan sebagainya. Masa tuh hah baru teringat nak cari PENCIPTA. Kenapa manusia lupa? Dah nama pon INSAN. Dulu time aku mengaji kat sekolah, kata cikgu, INSAN maksudnya TERLUPA! Hah betul ke?hahaha..Patut la insan ni kena selalu diingatkan. Sebab pelupa rupanya. Ooo..aku mengangguk bila habis tutur kata Encik Ikan. Aku tanya lagi, habis perasaan gembira dan sedih tuh semuanya dari ”sana”? Yep..katanya lagi. Semua perasaan itu sebahagian ujian. Boleh jadi kita rasa gembira. Tapi tak perasaan itu ialah ujianNYA. Nak tengok kita nie kalau seronok terlupa tak. Lalai tak. Camtu juga perasaan sedih. Oo..melopong aku dengar. Paham En. Ikan! Terima kasih ya. Ikan itu beredar, dari jauh En. Biawak memerhati. En Ikan pernah cerita kat aku, En. Biawak tuh jahat! Asyik nak musnahkan aku katanya..Bila En. Biawak nampak aku, dia terus beredar meredah air cokelat kelam tuh. Deruan air di celah batuan memanggil aku terus memerhati alam. Mendung. Tiada cahaya matahari walau dah pukul 9.00pagi. Semua diliputi kitaran alam mengikut Sunatullah. Salam diberi pada sekumpulan anak muda yang sibuk berdiskusi. Berkopiah. Alim. Aku kenal mereka. Aku pilih untuk tidak mengganggu mereka. Aku duduk di kerusi kayu di atas pelantar kayu menjulur ke tengah tasik. Terus memerhati. Pemandangan kubah biru Masjid Sultan Ismail di hadapan. Jelas. Kenderaan tak putus-putus ulang alik di Jln. Universiti. Jalan yang telah berjasa membawa ribuan manusia untuk mencari ilmu di gedung ilmu ni. Di situ juga terdapat pintu gerbang. Kelak aku akan bergambar berlatar belakangnya. Dengan jubah dan scroll bewarna merah!.

” Dari Tuhan Untuk Manusia”

En Deer melambai bagi salam..”salam wahai pemuda!”. Aku membalas ringkas. ”Maaf ya aku tak boleh bersembang dengan kamu hari ni..”..balas aku. ”Nota urban engineering menunggu di bilik..” sambung aku. ”Tak mengapa lah wahai pemuda..jumpa lagi.” Kata En Deer. Mereka terus meragut rumput hijau di rumahnya. Aku menyelusuri pulang.

”Dari perancang untuk masyarakat..”

Penulis
DARI CATATAN REMAJA2
12.45am, 1/11/08
G30-324, KRP.

Aku suka HIJAU


Seindah ALAM

Aku suka HIJAU!..sALAM semua rerakan..eh de ke rerakan?hahaha..apo khbar?eh mesti ler sihat. Confirm. Ubat untuk tak sakit-YAKIN diri tak sakit. Cuba anda kata setiap masa, aku tak sihat la, pening la, itu la ini la, banyak pulok cekodok kamu ye?..betul sebenarnya tak payah ubat doktor pun kalu kite sakit, ofcos la itu one of the way kne usaha. Tapi ubat paling mujarab ada pada diri. Yep..MINDA kita. Subahanallah..Selama ini aku tak pernah tau pun berape power nye minda ni kan. Terapi minda gitu. OK balik semula kisah HIJAU kita hari nie..pAGI Ni ntoh kenapa aku boleh pergi berjogging! Yep berjogging..dengan junior2 cosmate. Eh bila plok aku minat bab2 sukan nie. Memang tak bape minat. Ntoh kenapa aku bersemangat pagi nih. Junior aku datang kejut subuh dan ajak nak jogging. eH pekene kamu ni? Eh ok je :) Aku menyelusuri jalan di pusat kesihatan terus ke kolej 12. Jogging la, takkan nek moto plok! kamu nie..Sekeliling aku berdiri deretan kemas pokok2 mennggamit pemandangan. Subahanallah cantik. Dengan samar2 kelam2, kabus, sinar sang mentari yang baru bangkit. Memang cantik. Padahal aku bukan tak pernah tengok pokok?hahaha. Tapi kali nie..ntoh la..Semua HIJAU. Hati aku sejuk, damai, tenang. Dan selepas bersarapan (tak makan, nasik lemak basi) aku pun balik bersiap untuk ke kelas. Dan sekali lagi aku pilih baju hijau berdaun kegemaran aku. Baju ni aku beli kat big bundle kat jb dulu. Baju rm5! hahaha..Cantik kan? Anda macam mana? Warna menggambarkan mood seseorang pada hari itu. Dengan warna juga kita dapat ceriakan orang. Dengan warna juga kita dapat sedihkan orang..Aku tujukan posting kali ini untuk mereka yang suka warna HIJAU, untuk pokok disekeliling aku, untuk rumput yg menjalar di bumi. Dan untuk anda di MERANTI yg memakai baju HIJAU..SaLam Bahagia buat anda!

Semoga ALLAH mengekalkan RAHMATnya yg tidak putus2 bagi orang2 BERFIKIR..

"TENGOK ALAM SEKELILING ANDA & BELAJAR!!"

Thursday, October 30, 2008

IM MENANGIS.....

IM MENANGIS………



Semalam aku menagis kerana wanita. Seingat aku, pernah beberapa kali aku menangis kerana wanita. Sejak aku mula kenal ABC di tadika, aku dibuli juga oleh seorang wanita, nenek dan umi jadi heroku!..Aku juga pernah menangis kerana wanita, tetapi di atas tikar sujud ku, di bilik keseorangan ,di asrama dan pada malam kesunyian. Kekeliruan aku terhadap perasaan memuncak. Aku lepaskan dengan air mata semalam. Tidak semena-mena, aku tidak paham?. Kenapa orang seperti aku, bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha untuk berasa berkeyakinan tinggi, akhirnya jatuh hanya kerana wanita?. Keegoan aku sebagai seorang lelaki terus terpadam hanya kerana seorang wanita. Aku menangis kerana terkesan akan tanggungjawab ku kelak. Terkesan kerana kesilapan aku meluahkan perasaan pada bukan haknya. Kesilapan aku tidak mengikut syariat. Semalam aku menangis teresak-esak. Terbaring sambil handphone di melekat di telinga, tidak sanggup aku nak mendengar..Sayu..Sedih..Mendukacitakan!

Terharu akan pengorbanan seorang insan bernama muslimah di utara. Walau sejauh utara selatan, tapi aku dapat rasa kekesalan seorang insan kerana mengenali aku semasa zaman sepengajian menuntut ilmu. Mungkin di dalam hatinya mengapa aku dipertemu oleh manusia seperti aku? Tak tahukah aku menyimpan impian begitu tinggi terhadapnya? Kenapa lelaki ini tak menghargai dasar persahabatan yang terjalin sejak zaman pengajian lalu? Aku berkasih sayang kerana MU YaAllah.. Aku bina ukhwah kerana ingin membina masjid di masa depan..Masjid yang indah dari masjid kristal di Pulau Wan Man. Tapi kenapa kamu tidak hargainya...Hah? Aku tidak hargainya?Ya MENGHARGAI wahai pemuda..barangkali itulah yang dipendamkan oleh seorang wanita, sehingga pada malam semalam diluahkan sepuasnya. Selama 1jam18minit44saat! Masa yang lama. Aku tak sedar berapa lama aku menangis. Aku menangis kerana takut padaNYA, malu pada kedua orang tuanya, adik beradik yang semuanya mengenali aku, orang kampungnya, rakan-rakan sepengajian yang menyokong hubungan ukhwah kami..Aku menangis kerana malu pada dirinya! Pada seorang wanita yang baik akhlaknya! Baik budi bicaranya!...aku menarik nafas. Suara aku tersekat-sekat, pipi aku hampir kering dan kemudian dibasahi semula oleh air mata. Antara dengar dan tidak. Aku tak dapat fikirkan secara rasional lagi. Mana pergi kata-kata motivasi yang jadi perangsang aku selama ini? Mana dia keyakinan yang aku bina, dari buku-buku motivasi yang aku baca? Yang selama ini aku rasa diriku sangat HEBAT!!. Yang selama ini aku sangka aku KUAT SEMANGAT!!. Mampu memberi nasihat apabila mereka ditimpa masalah. Aku dijadikan tempat bergantung. Tidak, aku tak HEBAT..Mana mungkin orang yang hebat, tersungkur menangis kerana wanita?

”wahai pemuda kamu pergilah kepadanya, tidak perlu saya menyimpan impian yang tidak nyata, saya redha. Saya pasrah, kamu bukan dipilih untuk saya..”

Sepatah perkataan aku tak menjawab, aku diam, dan biarkan air mata aku laju mengalir di muka. Semua gara-gara AKU!!. Aku tak reti nak uruskan perasaan CINTA. Hanya sejak kebelakangan ini, aku mula mencari panduan kembali, aku dengar ceramah-ceramah di pusat pengajian aku, aku mencari buku-buku di perpustakaan, aku beli buku berkaitan perasaan ini. Semuanya gara-gara aku TAK PANDAI uruskan perasaan.
Mudah sangat membiarkan orang lain menghidu perasaan aku. Tanpa aku luahkan. Kadang-kadang dengan bual bicara atau tingkah laku aku sendiri..Aku terus menangis..

”Wahai pemuda kamu menyuruh aku menjaga segala perkara, tapi kamu?”

Aku menangis lagi..

”Wahai pemuda jika kamu sudah berasa serasi padanya, apa kamu tunggukan..”

Aku masih berdiamkan diri. Kunci mulut.

Cukup wahai muslimah!! Kenapa kamu meluahkan hal-hal begini di saat aku akan berjuang di dewan peperiksaan? Di saat aku membaca coretan nota mentelaah untuk kejayaan masa depan? Emosi aku jadi tidak stabil. Hilang hafalan segala akta perancangan bandar yang dibaca tadi. Aku terfikir, ah apa sangat aku diganggu malam ini.. hanya sedikit masa yang dimahukan oleh dia untuk mendapatkan kepastian. Apa salahnya. Sebentar saja. Tidak mengapa, aku izinkan. Nah!..Dan hasilnya aku MENANGIS!

Di sebut namaku di hujung talian, memujukku supaya bertenang. Basahan air mata di pipi sudah kekeringan. Beliau memujukku supaya aku meluahkan perasaan ini pada penggantinya..TIDAK! Tidak mungkin. Aku akan teruskan pendam, sehingga aku berjumpa dengan orang benar2 berhak. Aku berjanji pada diriku,

AKU MAHU BERUBAH
AKU MAHU BERJAYA
AKU MAHU BERJASA terlebih dahulu..

AKHIRNYA kekuatan diri menjelma! Entah semena-mena hidayah dariNYA, menguatkan kembali semangat aku..aku tergelak. Dia tergelak.

Dan aku mohon untuk menulis di blok ini.

Sebagai tanda aku memohon maaf ke atas semua muslimah di luar sana.

Sebagai pengajaran kepada semua pemuda yang tidak pandai menguruskan perasaan yang dikurniakan olehNYA.

Kipas ligat memusing, daun pintu balkoni terbuka luas seperti ingin biarkan tangisan seorang lelaki didengari oleh langit malam itu.

Perbualan tamat.

Aku ambil wudhuk, sujud mencari ketenangan dan kekuatan diri..dalam diam, berdoa supaya dipertemukan dengan mereka yang betul memahami diri ini, dipermudahkan cara yang halal, supaya menutup segala ruang-ruang fitnah dan hasutan musuh yang terselindung mahupun nyata.

Nota dibuka, mentelaah kembali.

Penulis,
DARI CATATAN REMAJA2,
11.50am, Khamis, 30/10/08
Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM.