Thursday, February 19, 2009

Majlis Perlantikan MPP UTM 0809






salam..berlangsung pada 13/2/2009 alahamdulillah kami telah dilantik menjadi barisan kepimpinan mahasiswa yang baru. Watikah perlantikan disampaikan oleh Dato' NC baru..psst cntik bju batik sponsor by UTM

Thursday, February 12, 2009

kEM iDUKsi mPP Di sABAh











salam & salam perhubungan..

hahaha...saja letak trademark my jabatan, "salam perhubungan". So allahamdulillah aku selamat terbang merentasi laut cina selatan mengharungi perjalanan selama 2jam ke Sabah!. Syukur sangat2 impian aku selama ini untuk pergi ke pulau terbesar dunia, borneo akhirnya tercapai..tu lah orang kate..set dalam mind. Aku nak pergi sana sini. Insyaallah dengan izinNYa suatu hari keadaan sekeliling akan membantu kita mencapai apa jua impian anda!. Secara sedar atau tak sedar. Trip ke Sabah ini bersama barisan kepimpinan MPPUTM 0809 di Kem BTN Kundangsang, Sabah.

Perjalanan bermula pada hari sabtu 7/2/09, dari FAB kami bertolak ke Senai Airport. Sebenarnya dah beberapa kali penerbangan kami delay, masalah harga tiket yang berubah. UTM menaja kami naik Air Asia. Nie pengalaman pertama ku naik penerbangan syarikat mera h putih nie sejak dilancarkan. Sebab dah lame tak naik flight, jadi jakun ler ckit..amik gmbor sne sni..hahaha. Aku bawak camera nikon adik. 6.20pm flight terbang ke KK & sampai around 8.30pm. Sampai je bus persiaran dah ready tunggu kami. Few MT and our penasihat dah sampai sehari sebelum. Kami diiring brother Zam dari HEP. Total 43 orang termasuk 5 dari UTM KL. Sampai terus g makan kat KK ntoh apa nme tempat pon aku tak tahu. PAst mnakan pjlanan ke Kundansang diteruskan. terkejut aku bile dengar trip tu amik masa lagi 2-3jam!! pergh giler ke ape. Ingat dekat je..hahaha..bus terus mencelah bandar KK masuk ke kwasan pedalaman, cukup ketinggalan dari segi sistem jalanraya. Kecik, selekoh bahaya, berbukit n bergunung!.Berkabus sampai tak nampak jalan kcuali line jln. Ntoh cmne driver nie tau depan de selekoh. Silap ari bulan jatuh gaung..woo..mintak jauhkan. Kiri kanan gaung!!dalam giler. Trip slow n berhati2.

12.30 tibe di Kem BTN Kundangsang. Terus makan malam. Pergh aku ingat kem die simple je cam kem BTN di ulu tiram, sekali cam hotel daa..cantik!.facilities tip top.dengan kesejukan melampau sampai mengigit lidah..ceewah.hahaha. tapi siyes sejuk. Baru aku tau kat lost world cmni de builing mcm tuh punya cntik. Tidur, bangun Subuh. Jangan Tak tau subuh awal..5.30 gituh. then pkul 6am..matahari dah naik..pergh dah mcm kat oversea..Masa tu lah mulut aku ternganga..kagum melihat ciptaan Allah Maha Esa..kem kami background die Gunung Kinabalu!!. bersalut kabus di bahagian tengah gunung. ckup cantik. dataran kem tu direct view to G.K. pelagi bergambor sakan ler..hahaha..

secara lasam program kami kebanyakan msa habis 4jam atas bus saja stiap hari sebab kene pergi UMS, sesi dialog MPP, shopping, and time nak balik. Turun naik g. kundasang tuh ke KK!!Overall pepun i want wish thanz alot to HEP UTM, MPP UTM, MPP UMS, Air Asia, driver bus, and rakyat SABAH coz give me a thousand sweet memory especially your view!!

Friday, February 6, 2009

REAL leardership Conference ke2, PICC, Putrajaya



Sekitar dataran Putrajaya


Bersama rakan seperjuangan MPP di PICC.

Salam rakan sekalian, dalam perhubungan. Sudah lama kita tidak bertemu untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai sekeliling kita. Kesibukan tugas samaada dalam kepimpinan pelajar mahupun sebagai pelajar biasa membantutkan aku untuk menghantar gambar dan penulisan. Allahamdulillah segalanya sudah selesai.Selepas pilihan raya, pemilihan barisan MT dan seterusnya kursus induksi dalaman di UTM semuanya berjalan dengan lancar. Hanya kepenatan kadang-kadang membantut niat aku utk bersama-sama rakan yang lain bermain bola setiap petang. Mana tidaknya, jika orang lain habis kelas boleh terus ke kolej, tidur, berehat dan beriadah, aku pulak di studio menghabiskan kerja tertangguh atau di bilik MPP merencanakan program. Lewat kali meeting berlarutan hingga lewat malam, sebelum aku pulang ke bilik. Gambar di atas adalah program terbaru yang aku terlibat. REAL leadership conference kali ke2 di PICC, Putrajaya. Program ini bertujuan mengumpul semua pemimpin pelajar di seluruh Malaysia di bawah satu bumbung mendengar ucapan tokoh-tokoh negara.


Aku mendapat tahu yuran penyertaan utk program trsebut mencecah RM300!!Semua ditaja UTM. Program ad hoc seperti ini memerlukan persedian mental dan fizikal. Aku pada masa itu dalam kursus induksi MPP di KTDI, tetapi diminta utk menghadiri ke conference tersebut pada hari sabtu 31/01/09. Kami dari UTM terdiri drpd barisan MPP dan PEMADAM bertolak ke PICC pada lewat malam Jumaat. Tiba di Putrajaya seawal subuh, mandi dan terus bergegas ke PICC. Sesi ceramah tersebut berlangsung seharian yang dihadiri oleh Dr. Faiz, angkasawan, CEO Petronas dan D.Maznah Pengurus SECURITY force dan ramai lagi. Aku juga sempat berkenalan dengan rakan sejawatan dari universiti lain. Alahamdulillah banyak input aku dapat, walau kepenatan.