Friday, January 29, 2010

Keputusan PRK MPP 20092010

Berikut adalah keputusan PRK MPP 2009/2010

Kerusi Umum:


1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

Monday, January 18, 2010

Apa itu MPP?

Apa itu MPP?


Ditulis oleh : NOOR AIMRAN BIN SAMSUDIN

Mahasiswa Tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah

Fakulti Alam Bina


Setiap tahun kepimpinan silih berganti. Melalui pemilihan demokrasi, mahasiswa memilih perwakilan mereka melalui sebuah pilihan raya kampus. Siapakah MPP? MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (belum diwartakan). Majlis ini merupakan sebuah entiti organisasi tersusun yang diiktiraf oleh pentadbiran universiti bagi mewakili suara mahasiswa yang. Adalah mustahil pihak pentadbiran dapat mendengar semua pandangan, komen, cadangan dan aduan dari setiap mahasiswa di sesebuah kampus. Oleh itu diwujudkan 2 kategori kerusi bagi mewakili mahasiswa di peringkat kerusi umum dan fakulti manifestasi gambaran pilihan raya di luar iaitu kerusi parlimen dan DUN. Adalah tidak benar seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahawa MPP hanya sebagai sebuah badan eksekutif yang menerima pelbagai kelebihan & kemudahan dari pihak pentadbiran tetapi gagal dalam menyuarakan isu kebajikan mahasiswa di kampus. Jika hendak dikira, terlalu banyak mesyuarat telah dianjurkan di pelbagai peringkat, bagi memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa sehingga peringkat nasional.


Pada pendapat saya faktor tempoh kepimpinan yang terlalu singkat (setahun bagi setiap sesi) untuk melakukan perubahan yang benar-benar efisyen adalah salah satu faktor mengapa sering kali terdapat pihak yang mengatakan MPP gagal membuat sebarang perubahan secara drastik. Walhal jika dilihat kepada pelbagai cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak pentadbiran, pelaksanaannya mungkin mengambil masa tertentu, barangkali sehingga kita sebagai mahasiswa itu sendiri sudah bergelar graduan dan telah bekerja! barulah sesuatu pembangunan dapat dinikmati oleh adik-adik kita. Saya pernah terbaca bahawa, hasil suatu perancangan bukanlah untuk kita nikmati semasa zaman kita sebaliknya untuk generasi masa hadapan. Begitu juga dengan kita yang sebenarnya, pelbagai kemudahan yang dinikmati sekarang telah dirancang oleh kepimpinan sebelumnya.


Namun itu bukanlah alasan untuk perwakilan kita di barisan hadapan untuk bersenang-lenang. Takkala sebelah pagi bergegas ke dewan kuliah menuntut ilmu di malam hari pula bergelumang di meja persidangan bagi menyelesaikan masalah atau menguruskan aktiviti pembangunan mahasiswa. Di hujung minggu jika ada sahabat kita yang mampu untuk pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga, perwakilan kita pula sebulan sekali belum tentu dapat pulang ke rumah kerana tuntutan menghadiri pelbagai program, seminar, persidangan dan memenuhi jemputan yang lain. Adalah tidak wajar jika ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kreadibiliti kepimpinan tertinggi mahasiswa iaitu MPP dimana terletaknya kepercayaan beribu-ribu mahasiswa yang mengundi perwakilan mereka.


Ini adalah perkara normal setiap kali menjelang PRK. Tidak hairanlah apabila PRK tiba, maka munculah kumpulan tertentu yang cuba memainkan sentimen tertentu serta mewujudkan perasaan ketidakpuashatian, seolah-olah ditindas bagi meraih simpati murahan mahasiswa yang nyata lebih bijaksana dan tidak mudah terpengaruh akan percaturan seperti ini setiap kali PRK. Mengapa setiap kali PRK maka barulah bertin-tin petisyen diedar yang kononnya mengandungi sokongan seluruh mahasiswa kampus mengenai ketidakadilan PRK berbunyi. Sedangkan setahun merupakan tempoh yang lama, tidak pula ada bantahan secara rasmi kepada KPT atau pentadbir. Malah setiap tahun tidak pula dikemukakan bukti penyelewengan tersebut.


Takkala masih ada yang ikhlas, berkerja keras setiap hari bagi memastikan segala aduan dan permasalahan mahasiswa dapat diselesaikan namun masih ada segelintir pihak yang hanya pandai menabur fitnah, tohmahan dan kritikan semata-mata tanpa bukti yang kukuh malah cadangan bernas. Mengapa kesilapan dan kesalahan itu yang dicari? Mengapa tidak bersama-sama mahasiswa lain untuk turut membantu melontarkan idea-idea bernas bagi membantu membangunkan mahasiswa secara holistik?


Tidak dinafikan masih ada individu tertentu yang culas melakukan tanggungjawab walaupun telah dipilih dan dipertanggungjawab oleh pengundi mereka. Perkara ini pada hemat saya perlu dilihat dalam konteks diri sendiri. Walaupun kita bukanlah seorang pemimpin, kita masih perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri, apatah lagi perwakilan kita yang dipilih oleh beribu-ribu pengundi mereka!. Pemimpin tidak mampu berdiri tanpa penyokong dan pengundi iaitu mahasiswa sekalian yang juga terdiri daripada rakan-rakan kita. Kerjasama serta hubungan yang membina antara perwakilan pelajar, mahasiswa dan pihak pentadbiran merupakan kunci terpenting dalam usaha membangunkan pembangunan mahasiswa secara holisitik.


Tidak cukup dengan hanya memakai pakaian bewarna cerah, menggantung poster, berarak sana sini, menyanyi lagu-lagu tema, menuduh pihak tertentu melalui flyers dan melakukan pelbagai provokasi yang tidak sihat malah melanggar norma-norma peraturan sedia ada semasa tempoh berkempen dapat memastikan calon yang dipilih mampu melaksanakan tugas dengan baik setahun berikutnya. Mungkin ada calon yang sanggup menyimbah cat pada kenderaan sendiri bagi meraih simpati murahan dan pelbagai strategik tidak sihat yang dicedok dari luar kampus bagi memenangi PRK kali ini. Oleh hal demikian, saya ingin mengajak anda sekalian, para mahasiswa untuk terus bersama-sama memilih barisan perwakilan pelajar yang benar-benar berkualiti, berkarisma, berilmu dan mampu membawa perubahan yang lebih baik kelak.


Ayuh sebagai seoarang mahasiswa, kita seharusnya tidak mudah terpedaya dengan provokasi dan penulisan yang tidak membina di blog-blog picisan sempena PRK kali ini. Selidiklah terlebih dahulu kerana anda seorang yang bijak. Mahasiswa yang bijak haruslah sentiasa responsif serta aktif. Segala sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh mahasiswa sekalian amatlah dihargai oleh kami di saf-saf kepimpinan mahasiswa terdahulu. Semoga legasi kepimpinan yang benar-benar ikhlas, tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan kepimpinan terarah dapat dihasilkan dalam PRK tahun 2010 ini. InsyaAllah. Sekian setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada anda, mahasiswa UTM.


Selamat Mengundi!

Monday, January 11, 2010

Hasutan

“Hasutan”

Ditulis oleh : Noor Aimran Bin Samsudin

Dari pemerhatian penulis, semakin hampir dengan PRK maka makin banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini mungkin terdiri daripada kumpulan-kumpulan tertentu atau pihak luar yang cuba mencemari PRK kali ini. Atas apa jua alasan pihak terbabit, pada hemah saya, provokasi seperti itu bukanlah suatu yang perkara yang sihat. Apatah lagi kejadian-kejadian yang sepatutnya tidak layak berlaku di dalam sebuah gudang ilmu ini. Saya pasti mereka ini hanya cuba menangguk air keruh bagi mendapat perhatian pihak tertentu. Dari pemerhatian saya juga, terdapat beberapa blog segera atau blog picisan yang dihasilkan sempena PRK kali ini dengan tujuan bagi melaga-lagakan kumpulan-kumpulan tertentu serta mempengaruhi mahasiswa bahawa tidak perlu turun mengundi.

Selama ini PRK yang belangsung di kampus kita berjalan dengan lancar dan aman, jika hendak dibandingkan dengan kejadian dibeberapa kampus di Lembah Klang. Alahamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku setakat ini di kampus kita. Jika tahun kebelakangan ini para calon dari kumpulan-kumpulan tertentu masih boleh bertanding dan bersaing secara sihat, membina dan bertanggungjawab mengapa PRK kali ini, ada pihak yang ingin cuba mewujudkan suasana kerisauan, saling tidak mempercayai akan kepimpinan yang bakal dipilih dan sebagainya. Ingin saya lontarkan kepada anda beberapa persoalan, adakah dengan memperlakukan provokasi yang tidak sihat, ia mampu melahirkan kepimpinan yang benar-benar berkualiti? bertanggungjawab? amanah?. Adakah dengan menyimbah cat, menyerang peribadi seseorang dengan penulisan yang tidak bertanggungjawab itu mampu memastikan kemenangan calon anda tersebut bakal membawa perubahan yang lebih baik? Saya pasti, perbuatan keji mengeji melalui medium facebook dan blog adalah suatu perkara yang benar-benar tidak bertangungjawab dalam konteks mahasiswa sebagai golongan cerdik pandai.

Pada pendapat saya, ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mempengaruhi mahasiswa dengan aktiviti yang tidak bermoral ini tidak hadir ke Perjumpaan Bulanan Naib Cancelor pada hari ini yang bertemakan “Berpaksi Inovasi Mengangkasa Universiti Menjana Nilai Tinggi”. Mereka gagal menghayati hasrat UTM dalam usaha untuk terus memacu kejayaan dan bergerak pantas ke hadapan. Mungkin kejadian-kejadian ini bersifat sementara namun, perkara tidak sihat ini haruslah dikekang dari awal supaya tidak menjadi barah dalam masyarakat apabila keluar. Adalah benar, realitinya beberapa strategik harus disusun dalam usaha memenangi PRK. Namun mengapa perkara yang tidak sihat dijadikan sebagai budaya bagi mencapai matlamat? Mengapa tidak, golongan anonymous di belakang setiap kumpulan ini memainkan peranan yang lebih sihat dan membina? Bahkan para calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding tidak tahu menahu akan usaha dan kerja-kerja kotor golongan ketiga ini.

Tidak hairan apabila bertanya kepada mahasiswa mengenai politik, persepsi negatif yang wujud benar-benar menyedihkan mereka. Sebenarnya masih ada individu yang benar-benar ikhlas dalam melibatkan diri dalam kepimpinan kampus. Ia bukan sahaja melibatkan pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga dalam menjaga perihal kebajikan mahasiswa malah menyuarakan pelbagai isu di peringkat nasional kepada kepimpinan negara. Itulah antara peranan sebuah majlis tertinggi yang dipilih oleh seluruh mahasiswa bagi mewakili mereka. Politik kampus seharusnya menjadi sebuah platform terbaik melahirkan kepimpinan di masa hadapan. Saya percaya, kepimpinan yang baik terhasil dari suasana yang baik juga. Oleh hal demikian saya ingin menyeru kepada para penulis blog, Facebook dan pelbagai medium lain supaya tidak menghasut, mengugut, dan menuduh tanpa usul periksa. Jadilah mahasiswa yang lebih bertanggungjawab dan beretika dalam penulisan anda.

Penulis adalah,
Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
Majlis Perwakilan Pelajar UTM 0809





Thursday, January 7, 2010

Selamat bersara buat semua


Selamat bersara buat semua


Takkala kesibukan menguruskan diri di bulan Januari ini, masih sempat aku mencari peluang untuk bersama-sama rakanku..yg mungkin tak lama lagi bakal membawa haluan mereka. Ke utara, selatan, barat dan timur. Aku masih disini..sebelah pagi berkejaran ke kuliah dan malamnya penuh dgn janji temu, pertemuan, mesyuarat sana sini, program itu ini..aku suka. Aku puas. Mungkin orang anggap aku gila barangkali. Tapi inilah kepuasan untuk diri ku…terus berkhidmat utk semua.


Menggalas amanah itu bukan senang. Tak tertunai jawabnya esok lusa dipersoal. Orang lihat amanah itu mudah. Cukup mudah dengan hanya berkata-kata. Tidak. Pahit getir hanya diketahui oleh orang yang menanggungnya. Kita hadir bukan ingin menggoncang dunia, tapi cukup dengan mengubah diri terlebih dahulu. Sebelum kita melangkah jauh. Harapan, visi, misi tak penah selesai. Sentiasa diperbaharui dan berusaha mencapainya. Entah bila akhirnya sudah pasti kita tidak tahu. Putus asa bukanlah sifat yg diredhai oleh Nya. Apatah lagi orang yg tidak mahu langsung berusaha. Besar mana pun hati dan jiwa kita, jangan lupa masih ada yang berkuasa. Terukan, jangan berhenti. Carilah potensi dalam diri. Keluarkan. Terjemahkan dengan tindakan yang baik. Dengar juga nasihat dari yang berpengalaman. Bantulah semua orang.


Kadangkala muhasabah diri tak sampai lima minit, lunch, dinner & breakfast kita lebih lama..

Mohon maaf takkala sepanjang melaksanakan amanah sebagai Pengerusi Jab. Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan MPP UTM 0809.

Pembubaran MPP -20/1/2010 Penamaan Calon - 25/1/2010 PRK UTM MPP0910-28/1/2010

"Anjakan umur, anjakan pemikiran kali ke-22"


Friday, January 1, 2010

Sekilas 2009 #1

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Bersama PM di Putrajaya



Homestay International Student, Melaka- KPT


Hari Perancang Bandar dan Habitat Sedunia, PWTC


FIESCOPE 09, KP


Bersamamu TV3, Batu Pahat