Wednesday, November 5, 2008

Hari ESOK lagi bahagia.

Hari ESOK lagi bahagia.

Aku tak sabar nak menanti hari mendatang, hari-hari ceria aku. Hari-hari yang membahagiakan aku. Aku tak sabar menanti hari esok, kerana aku ingin melihat kehijauan tumbuhan, ketenangan alam di pagi hari. Riang. Hidup kembali meriah.Puisi dan bait-bait cinta kembali ditulis. Segala luahan hati kembali satu persatu ditaip. Pantas. Sepantas tercuit hati diriku oleh insanMU. Sejadah kembali menerima sujud solat sunat hajat dan istikharah pada malamnya. Aduh manusia..Barulah nak mencari kembali ketenagan hidupNYA. Selama ini mana aku pergi? Mana ucap syukurku? Mana segala ucap kata indah ku? Kini dia kembali. Nikmat Allah SWT yang menyentuh hati semua umat manusia di dunia. Dari seawal terciptanya ADAM dan HAWA. Rupanya aku dah jatuh CINTA! Ya tak syak lagi. Kali ni hati kembali berbunga kembali selepas menempuhi tempoh musim salju. Meriah dengan warna-warna bunga. Ada HIJAU, ada BIRU, ada MERAH JAMBU. Cantik YaAllah. Bergetar hatiku melihat kecantikan ciptaan MU ini Ya Allah. Aku malu pada Mu, kerana aku tahu, tak layak aku memandang wajahnya. Cantik akhlak dan tingkah laku insanMU ini..sifat keibuan, tanggungjawab dan berkasih sayang insanmu ini terpapar seikhlasnya. Ketika mula bertemu, dia sambut dengan seringkas sedekah, iaitu senyuman. Cukup dengan senyuman. Indahnya tika tertawa, asyik berbicara, berbincang hal kerja. Bila ditutur katannya, semua terdiam kerana karisma dan nur yang dikurnia oleh NYA. Mana tidak meruntun hati selemah pemuda biasa ini melihat akan indahnya ciptaanMU seperti itu? Tapi apa daya, aku insan lemah. Selalu tewas dengan tipu daya musuhMU. Bantulah hambaMu ni YaAllah. Tak puas pipi ini merasa basah air mata berjujuran memikirkan kesilapan lampau. Nekad dipasang jauh disudut hati. Terikat kemas di sana. Supaya ikatan yang sah dipermudahkan. Ya mahu aku diijab kabulkan dengan insan ini, supaya aku bebas melihat ciptaanMU ini..Tapi pengalaman aku mengajar. Sabar! Lengkapkan diri terlebih dahulu. Perkuatkan iman dan taqwa. Supaya kamu tak terus hanyut di lautan luas. Supaya diri tidak tersalah langkah ke lembah maut. Lembah yang terus melalaikan manusia kerana perasaan ini. Perasaan yang bukan asing lagi bagi para manusia. CINTA, cinta dan terus cinta. Dengan cinta manusia kenal TUHANnya, dengan cinta salam selawat disampai pada rasul. Dengan cinta ibu menyusu anaknya diriba. Ayah pulang dinihari mencari rezeki. Dengan cinta juga binatang dan alam mendapat perhatian manusia. Semuanya kerana nikmat hidup secuit ini bagiNYA, tapi sebesar nikmat yang pernah diterima oleh manusia, selepas nikmat terbesar iaitu IMAN. Aku tidak mampu mengungkap dengan kata-kata dan bait indah puisi seperti seniman. Apatah lagi berani mengungkapnya pada empunya badan. Kembali pada Tuhan yang menjadi perantara..supaya gelombang niat suci ini sampai ke tuan empunya diri.

”Ya Allah, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi, jika benar si dia adalah insan yang bakal menjadi teman hidup ku kelak, maka simpanlah hatiku untuk dirinya, hatinya untuk diri ku..Permudahkan lah segala urusan kami untuk diijab kabul seperti disyariatkan oleh MU. Menghadapi hari-hari muka dengan keluarga bahagia..................”.

DARI CATATAN REMAJA2

No comments:

Post a Comment

Sila komen.