Thursday, October 30, 2008

IM MENANGIS.....

IM MENANGIS………



Semalam aku menagis kerana wanita. Seingat aku, pernah beberapa kali aku menangis kerana wanita. Sejak aku mula kenal ABC di tadika, aku dibuli juga oleh seorang wanita, nenek dan umi jadi heroku!..Aku juga pernah menangis kerana wanita, tetapi di atas tikar sujud ku, di bilik keseorangan ,di asrama dan pada malam kesunyian. Kekeliruan aku terhadap perasaan memuncak. Aku lepaskan dengan air mata semalam. Tidak semena-mena, aku tidak paham?. Kenapa orang seperti aku, bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha untuk berasa berkeyakinan tinggi, akhirnya jatuh hanya kerana wanita?. Keegoan aku sebagai seorang lelaki terus terpadam hanya kerana seorang wanita. Aku menangis kerana terkesan akan tanggungjawab ku kelak. Terkesan kerana kesilapan aku meluahkan perasaan pada bukan haknya. Kesilapan aku tidak mengikut syariat. Semalam aku menangis teresak-esak. Terbaring sambil handphone di melekat di telinga, tidak sanggup aku nak mendengar..Sayu..Sedih..Mendukacitakan!

Terharu akan pengorbanan seorang insan bernama muslimah di utara. Walau sejauh utara selatan, tapi aku dapat rasa kekesalan seorang insan kerana mengenali aku semasa zaman sepengajian menuntut ilmu. Mungkin di dalam hatinya mengapa aku dipertemu oleh manusia seperti aku? Tak tahukah aku menyimpan impian begitu tinggi terhadapnya? Kenapa lelaki ini tak menghargai dasar persahabatan yang terjalin sejak zaman pengajian lalu? Aku berkasih sayang kerana MU YaAllah.. Aku bina ukhwah kerana ingin membina masjid di masa depan..Masjid yang indah dari masjid kristal di Pulau Wan Man. Tapi kenapa kamu tidak hargainya...Hah? Aku tidak hargainya?Ya MENGHARGAI wahai pemuda..barangkali itulah yang dipendamkan oleh seorang wanita, sehingga pada malam semalam diluahkan sepuasnya. Selama 1jam18minit44saat! Masa yang lama. Aku tak sedar berapa lama aku menangis. Aku menangis kerana takut padaNYA, malu pada kedua orang tuanya, adik beradik yang semuanya mengenali aku, orang kampungnya, rakan-rakan sepengajian yang menyokong hubungan ukhwah kami..Aku menangis kerana malu pada dirinya! Pada seorang wanita yang baik akhlaknya! Baik budi bicaranya!...aku menarik nafas. Suara aku tersekat-sekat, pipi aku hampir kering dan kemudian dibasahi semula oleh air mata. Antara dengar dan tidak. Aku tak dapat fikirkan secara rasional lagi. Mana pergi kata-kata motivasi yang jadi perangsang aku selama ini? Mana dia keyakinan yang aku bina, dari buku-buku motivasi yang aku baca? Yang selama ini aku rasa diriku sangat HEBAT!!. Yang selama ini aku sangka aku KUAT SEMANGAT!!. Mampu memberi nasihat apabila mereka ditimpa masalah. Aku dijadikan tempat bergantung. Tidak, aku tak HEBAT..Mana mungkin orang yang hebat, tersungkur menangis kerana wanita?

”wahai pemuda kamu pergilah kepadanya, tidak perlu saya menyimpan impian yang tidak nyata, saya redha. Saya pasrah, kamu bukan dipilih untuk saya..”

Sepatah perkataan aku tak menjawab, aku diam, dan biarkan air mata aku laju mengalir di muka. Semua gara-gara AKU!!. Aku tak reti nak uruskan perasaan CINTA. Hanya sejak kebelakangan ini, aku mula mencari panduan kembali, aku dengar ceramah-ceramah di pusat pengajian aku, aku mencari buku-buku di perpustakaan, aku beli buku berkaitan perasaan ini. Semuanya gara-gara aku TAK PANDAI uruskan perasaan.
Mudah sangat membiarkan orang lain menghidu perasaan aku. Tanpa aku luahkan. Kadang-kadang dengan bual bicara atau tingkah laku aku sendiri..Aku terus menangis..

”Wahai pemuda kamu menyuruh aku menjaga segala perkara, tapi kamu?”

Aku menangis lagi..

”Wahai pemuda jika kamu sudah berasa serasi padanya, apa kamu tunggukan..”

Aku masih berdiamkan diri. Kunci mulut.

Cukup wahai muslimah!! Kenapa kamu meluahkan hal-hal begini di saat aku akan berjuang di dewan peperiksaan? Di saat aku membaca coretan nota mentelaah untuk kejayaan masa depan? Emosi aku jadi tidak stabil. Hilang hafalan segala akta perancangan bandar yang dibaca tadi. Aku terfikir, ah apa sangat aku diganggu malam ini.. hanya sedikit masa yang dimahukan oleh dia untuk mendapatkan kepastian. Apa salahnya. Sebentar saja. Tidak mengapa, aku izinkan. Nah!..Dan hasilnya aku MENANGIS!

Di sebut namaku di hujung talian, memujukku supaya bertenang. Basahan air mata di pipi sudah kekeringan. Beliau memujukku supaya aku meluahkan perasaan ini pada penggantinya..TIDAK! Tidak mungkin. Aku akan teruskan pendam, sehingga aku berjumpa dengan orang benar2 berhak. Aku berjanji pada diriku,

AKU MAHU BERUBAH
AKU MAHU BERJAYA
AKU MAHU BERJASA terlebih dahulu..

AKHIRNYA kekuatan diri menjelma! Entah semena-mena hidayah dariNYA, menguatkan kembali semangat aku..aku tergelak. Dia tergelak.

Dan aku mohon untuk menulis di blok ini.

Sebagai tanda aku memohon maaf ke atas semua muslimah di luar sana.

Sebagai pengajaran kepada semua pemuda yang tidak pandai menguruskan perasaan yang dikurniakan olehNYA.

Kipas ligat memusing, daun pintu balkoni terbuka luas seperti ingin biarkan tangisan seorang lelaki didengari oleh langit malam itu.

Perbualan tamat.

Aku ambil wudhuk, sujud mencari ketenangan dan kekuatan diri..dalam diam, berdoa supaya dipertemukan dengan mereka yang betul memahami diri ini, dipermudahkan cara yang halal, supaya menutup segala ruang-ruang fitnah dan hasutan musuh yang terselindung mahupun nyata.

Nota dibuka, mentelaah kembali.

Penulis,
DARI CATATAN REMAJA2,
11.50am, Khamis, 30/10/08
Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM.

Tuesday, October 28, 2008

bersediakah aku?

Bersediakah aku?Siapa boleh jawab? Mestilah tuan punya badan..alamak fikiran ku sekali lagi diganggu dengan keiinginan untuk berumah tangga. YaAllah..aku dah dekat nak exam nie..aku tak mahu fokus aku hilang memikirkan hal ini. Lambat lagi rasanya. Tapi kadang2 rasa cam dah dekat! Sehingga aku rasa cukup ke ilmu ku untuk memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin ini bisikan syaitan? Atau bisikan hati kecil ku yg murni lagi jujur? Tidak. syaitan pasti menangis apabila cucu Adam nie bernikah bagi elak maksiat dan terjerumus lembah zina! Siapa boleh jawab kalau bukan tuan punya badan. Cukup aku tak mahu ulangi lagi kesilapan! Tapi YaAllah aku hanya hamba lemah. Tak upaya aku menahan perasaan berkasih sayang dan rindu di hati ini. Aku sering bulatkan tekad ku, kalau aku berkenalan dengan muslimah di sini kerana satu..ya kerana ingin mencari pasangan hidup ku. Maafkan aku wahai wanita muslimah semua, aku tak tahu caranya dan tak berupaya. Aku hanya mahsiswa yang masih dahagakan ilmu. Ke hulu hilir dengan laptop untuk menulis catatan di blog, melayari laman web seislamik iluvislam, atau mungkin sahaja mencari bahan bacaan ringan lain. Makan ku hanya lauk biasa bagi seorang pelajar. KFC? Pizza? Sudah cukup mewah bagiku. Mana mungkin aku nak tanggung isteriku? Aku tak bekerja. Aku tidak ada Tapi aku selalu kata pada minda. YA AKU YAKIN!. Kadang kala aku terfikir, eh betul ke cara aku nie?. Adakah aku perlu bagitau padanya? Tak mungkin, mana mungkin aku meluahkan pada yg bukan hak. Nanti dulu sabar..puasa? Sudah. Istikharah? Sudah. Sampai satu tahap aku ingin berjumpa para pensyarah dan khabarkan perasaan hati aku ni..tapi aku malu..Mungkin aku boleh mula dengan berkenalan dengan mama dan ayahnya? Mungkin juga..Tapi apa pula yg difikirkan mereka. Apa pula kata umi dan abah di rumah sana. Aku dapat bayangkan muka merah padam mereka! Bukannya menghalang tapi, yang pasti adakah aku bersedia. Aku dapat bayangkan apa bakal dikata oleh masyarakat di sekeliling aku. Salahkah? Bila jumpa aku cuba tundukkan pandangan, takut syaitan membisik menyuruh memandang matanya yang begitu indah ciptaanNYA. Aku malu melihat wajah seindah itu. Seindah senyuman seorang muslimah. Bukan aku tertarik pada kecantikan nya, tapi kesopanan, budi bicara, wajah keibuaannya menyentuh hatiku. Ada lagi manusia bergelar muslimah dan penuh kesopanan di luar sana? di bandar2 besar? Mungkin di kampung barangkali pon dah mula diserapi kegilaan untuk menjadi kebaratan. Globalisasi kata mereka. YaAllah lindungi lah golongan muslimah ini dari terus ditelan kezaliman dunia. Aku mungkin tak mampu menanggungmu jika aku memilih menikahi mu sekarang. Biasiswa aku? Tidak cukup. Baik jika aku tak mampu sekarang, aku akan teruskan usaha ku menambah ilmu. Aku akan datang balik dengan ilmu penuh didada, dengan segulung ijazah sarjana muda, dengan panggilan untuk datang bekerja. Dengan perasaan penuh tanggunjawab dan amanah, Pada masa itu dengan izinNYA...

“YaAllah pertemukan daku dengan hambaMu yang solehah, muslimah yang sopan akhlaknya, baik budi bicara, tenang dipandangnya, hebat pemikirannya..Jika benarlah perasaan ku ni pada hambamu si…………………tetapkanlah hatiku padanya, hatinya padaku. Seseungguhnya kamu Maha menetahui yang terbaik untuk hambaMU. Permudahkanlah usaha ku ke jalan yg diredahai oleh Mu ……”

*lagu ayat-ayat cinta sebagai latar belakang…..

Penulis
DARI CATATAN REMAJA,
12.27am, 29/10/08
Cafe Sabina, UTM.

artikel best.

Air Mata Malam Pertama
www.iLuvislam.com
muslim_warrior
Editor : kasihsayang



Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.


**********

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.


**********









Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.


**********



“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.


**********



Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.


**********



” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

minggu bahagia aku..

SALAM..kenapa bahagia? Anda tahu? Aku pun tak tahu..hahaha kalau tak tahu sure aku tak tulis posting hari ini. WAH tak sabar2 aku nak menulis writing hari ini. Maklum lah ujung minggu lepas aku sibuk dengan final project studio nie..until aku tulis nih stil 80% ciap. Siang mlam until lewat pagi aku bersengkang mata mendesignnya. Kekawan aku wah senang lenang mengopy dari senior! Hebat. Manusia siapa tak nak senang? Aku pun nak. Anda nak SENANG? Tapi bagi aku nak SENANG yang sebetulnya. Kena SUSAH dahulu sekarang supaya SENANG berkekalan di kemudian hari. Takpe. Aku tak salahkan sesapa. Duduk dan FIKIR.

Aku mula dengan hari JUMAAT 24/10/08..mcm biasa aku pergi k studio seawal jam 8.30am. Siapkan kerja dan tolong rakan2 ku yg lain. Aku pun tak lah pandai mne pun, tapi klu aku tahu INSYAALLAH aku bantu. Minggu study week ni plok aku tawarkan perkhidmatan aku.."sesape yg nak mintak aku ajor apa2 for exam boleh je..bagitau bila". Even do kadang kala aku sendri tak tercatchup tapi bagi aku, seronok dpt tolong member2 aku. Tak kira la psl study ke, mintak nasihat ke..eh aku ni leh jadi kaunselor agaknya..Hah so pagi tuh aku pon jump ler studio master aku kat opis..so allahamdulillah dpt sign yg sgt bagus!Insyaallah aku ykin. Bukan pujian yg kita tagihkan tapi kepuasan dalam membuat sesuatu pekerjaan. Dan aku yakin dengan janji Allah SWT bagi mereka yg rajin berusaha!

Pada hari sabtu dan ahad aku banyak habiskan masa di bilik, semuanya sebab project nie..huhuhu. Sodey eden. Takpe ler. sedikit sebanyak terubat kebosanan di blok g30 apabila pada malam Sabtu sahabat ku darI uum ujung di utara sana call..Trima kseh ya maafkan saya :]. Dan aku semakin happy apbila teringatkan SENYUMAN dari sahabat baru aku dari G18! :] yaAllah murahnya senyuman dari hambaMU sorang nie..cukup menceriakan aku. Dlm sms dia mesti letak sign :] cmni..

Pada malam ahad, ntoh cmne aku sedikit geram. geram oder makanan dah dekat sejam tak sampai2!hahaha..tunggu punya tunggu last2 aku patah balik makan kat cafe kolej je. Lor..baru nie pon sme. Aku dh ler pose. Dkt pkul 7.45 tak sampai2 mkanan aku..ish2. Tulah wat kerja jgn ler men2. Kalu tak efect org len takpe. Cthnya tukang photocopy, fotostat paper men2 tergelak2, bergurou ngn kwan dia. Loh aku dah ler nak cepat. Dah ler tuh q panjang. klu quality baguih takpe jgk. Ish tak paham aku!. Malam tuh cik shu nk ajk mkn ngn cik nurul, tapi sebab cik nurul dh pergi opn house so im pon cm tak sedp plokkan..Im kawan ajk mkn ok je. Tapi kalu ber2 almk mule meroh muke ni..Bukan pe org sekeliling tgk "alamk itu kan abang mc!".."eh dia mkn ngn sape tuh yeh?"..cewah..yo o je. Mula la kontroversi itu ini. hahaha..Kadang2 jenuh xplen yg nie rakan sekerja (cthnya: bekas timb pres ke..hee), yg nie rakan sekuliah, kawan sekolah dan sebgainya. Kadang tuh orang nak discuss psl kerja. meting ke. Nak jmput jd mc ke. Sorry le cik akak abang pakcik mkcik..jgn slah anggap. Tapi klu ada jge..mungkin ta'aruf kot itu pun kat public ok!(insyaallah nawaituh)..heeee...shy*

Paling aku seronok, hari isnin semalam!. 1st aku dapat tlg sahabat ku di kolej selesai (walaupun tak selsai..hahaha)maslah. Tulah kadang2 my friends like to shared with me their probs. I dont know why?. I dont have degree in counseling! im planning..hehe. Takpe lah mcm aku ckp kat shabat sorang tuh..jgn anggap MASALAH SEBAGAI PROBLEM TAPI SEBAGAI PELUANG!. cthnya: orang percaya kat kita, so dilantik la pegang sebarang jawatan, padahal kita rasa tak yakin. So mula la anggap seme tuh sbg MASALAH. Cuba setting dlm MIND, "eh nie peluang aku nk belajar jd pemimpin..nak tak nak sok luse aku kene jadi ketua keluarga jgk!" cth..ish kamu ni corner je ckit tang tuh kamu gelaknya..ish2. Contoh le. aku habiskan masa pagi tuh breakfast bersama, discuss ckit isu2 semasa, ta'aruf ckit*.. :) petang then dia ajak im ke jj. Eh im di ajak ke or im nak ikut?hahaha..takpe sme le tuh. Mnemani shabt im berbuka di pizza hut. Wah berbuka pose ngn pizza?hahaha..trima kaseh sbb blnje. Klu nak compare ngn roti pizza tuh LAGI ENAK PERSAHABATAN YG TERJALIN ATS DASAR KEIKHLASAN!

Sunday, October 26, 2008

lawatan oku kulai




"wah nak main jgk kte cik nurul.."


"Gobi ceria je time penulis smpai kat citu".

LAPORAN LAWATAN KE PERSATUAN KEBAJIKAN ORANG-ORANG ISTIMEWA, KULAI
PADA 20 OKTOBER 2008

20 OCT 2008- Para pelajar Kelab Kepimpinan UQP 1291 Ko-Kurikulum dari Universiti Teknologi Malaysia, telah menjalankan aktiviti lawatan ke rumah Persatuan Kebajikan Orang-Orang Istimewa di Kulai, Johor. Lawatan ini disertai kira-kira 50 orang pelajar dan diiringi oleh En Kamsaini B. Kamarudin selaku pensyarah subjek Kepimpinan UQP 1291. Program pada hari tersebut telah bermula dengan gerak kerja untuk mencari bahan-bahan terpakai seperti botol plastik, surat khabar lama, tin aluminium, pakaian lama dan sebagainya untuk disumbangkan ke pusat komuniti tersebut. Dua buah kumpulan telah dibentuk untuk memudahkan perancangan segala aktiviti yang dijalankan. Kami telah bergerak mencari dan mengumpul pelbagai barang terpakai di sekeliling kolej kediaman dan fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Kerjasama yang diterima oleh warga universiti umumnya amat menggalakkan bagi menjayakan program pada hari tersebut. Kesemua barang-barang tersebut dikumpulkan di Pusat Ko-Kurikulum Universiti Teknologi Malaysia. Para peserta telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi pada hari tersebut dengan bersarapan bersama di Central Point sebelum bertolak ke pusat komuniti tersebut pada jam 9.00 pagi. Kami tiba kira-kira jam 9.45 di rumah Persatuan Kebajikan Orang-Orang Istimewa Kulai. Kami disambut oleh kira-kira 70 orang kurang upaya yang sedia menanti di perkarangan rumah tersebut. Terdapat juga beberapa peserta terus dipeluk erat oleh ahli rumah tersebut kerana tidak sabar untuk bermain dan berkenalan. Perkarangan bangunan menjadi riuh dan meriah dengan gelagat para peserta melayan kerenah mereka yang menduduki di rumah tersebut. Sebahagian pelajar bergotong royong mengemas dan memasukkan barang-barang terpakai berjaya dikumpul ke stor. Manakala sebahagian besar lagi terus melayani penghuni di situ. Terdapat juga beberapa peserta dan orang kurang upaya sibuk menyiapkan kain rentang untuk lawatan pada hari tersebut. Pada jam 10.30 aktivti seperti sukaneka dijalankan dengan meriah. Gula-gula dijadikan hadiah kepada semua penghuni yang terlibat dalam acara pagi tersebut. Walaupun panas matahari mula menceracak naik, para peserta masih bersemangat melayani telatah mereka dengan melukis, menyanyi, membuat alas kaki dan memberi mereka makan. Hati kami sedikit tersentuh apabila melawati beberapa peserta yang bernasib malang kerana tidak mampu untuk menggerakkan badan mereka dan hanya mampu terlantar di atas katil. Pada waktu makan tengahari kira-kira jam 12.30 tengahari kami menghidangkan mereka penghuni rumah tersebut dengan dua biji kek. Kami turut menikmati hidangan tersebut bersama. Selesai saja para penghuni menjamu selera, kami telah diberi penerangan oleh salah seorang pegawai kesihatan dari rumah tersebut akan kehidupan, latar belakang persatuan, perbelanjaan dan sebagainya. Pensayarah kami turut menyampaikan ucapan beliau. Sesi soal jawab menjadi lebih meriah dengan soalan dari pelajar antarabangsa yang turut mengikuti lawatan khidmat sosial kali ini. Lawatan kami diakhiri dengan mengambil gambar kenang-kenangan bersama pada jam 1.45pm sebelum pulang ke Universiti Teknologi Malaysia. Kami singgah di sebuah restoran di Taman Universiti untuk makan tengahari. Secara keseluruhan, lawatan kali ini mampu mencuit perasaan tanggungjawab, kasih sayang dan bantu-membantu kami terhadap masyarakat secara tidak langsung melatih kami supaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di luar apabila tamat pengajian kelak.

belajar memberi dan menerima..


nurnasuha bt alwi dan adiknya di pesisir sg manir, terengganu.

sAlam semua sahabat handai, kekawan, all reader..etc..hahaha..sihat?mestilakan.kalau tak sihat boleh plok bukak blog ni.Allahamdulillah. Pagi ni aku ambil peluang selepas breakfast di arked utk posting cerita2 terbaru yang berlaku di sekeliling penulis/aku/saya..(saja letak pelbagai ganti nama diri) ada yg tegur, katanya im ni tak konsisten kejap pakai aku, pastu penulis, eh mcam2..ala sapa lagi?tuh yang tersenyum memanjang..:) hahaha. So semalam aku belajar beberapa perkara. One of that MEMBERI DAN MENERIMA.

Orang beri kita amik. KIta beri orang amik. Kan?betul tak?angguk la..hah cmtuh..so apa yg kita boleh belajar dari statement ni? Sebenanya kita kena belajar dan cuba memahami cmne nak menghargai hidup ni. Saya bagi contoh, org sayang pada kita, dia ambil berat makan minum, tanya khabar, sakit pening..so kita pon respond balik. Timba balas. Manusia ini ada satu perkara yang susah nak difahami, sentiasa dahagakan perhatian. I mean dalam konteks yg sihat lagi baik! bukan perhatian dengan mendedahkan aurat dll. sendiri paham. Memahami konsep kasih sayang yg sebenar membuat kita menghargai setiap insan di sekeliling kita. Nie tidak kita selalu sempitkan pandangan kita bahawa bila sebut sahaja kasih sayang, tak lain. COUPLE100! buka minda, buka hati.

semalam aku juga memahami apa itu memaafkan org lain, alah sesetengah org kata MENGHARGAI, BERkASIH SAYANG, BERMAAFAN nie dari sekolah rendah dah belajar. Tapi bila kita lalui hidup ni baru kita paham, apa maksud sebenarnya..saya nak ambil kesempatan kat sini nak ucapkan terima kasih pada SAHABAT di UUM, cik NurNasuha bt Alwi. Suha memang banyak memahami the real of friendship!

Friday, October 24, 2008

teruskan life cam bese..

Salam, selamat pagi..Wah pagi ni aku cukup happy. Sebab ape? Aku sendiri tak tahu. Aku mulakan keceriaan pagi nie dengan menghantar sms cmni “salam, morning sme!Start yo day with this ” pada kawan2. Wah ceria gitu. Tambah plok hujan pagi nie, so menghidupkan lagi suasana aku pagi2 cmni. Sebelum aku keluar dari bilik tadi sempat lagi aku menjamah sekeping dua roti yg disapu dengan peanut.emm memang best. Then aku sarungkan jaket cokelat yg selalu aku pakai tuh sebelum melangkah keluar dari bilik di G30 tuh. Cuaca sejuk mencocok kulit sawo matang aku. Ah tak kisah aku suka sangat pagi2 camni! Anda? Suka? Aku pergi ke meranti order teh tarik menenangkan lagi hati ku nie..buka laptop dan start penulisutk posting kali ini..pergh dah mcam penulis profesional plok. Gaya ada la tapi tak berapa reti, dalam proses belajar lagi..hahaha. Terima kasih ya kerana ramai jugak kawan2 komen dan bagi pendapat on my writing supaya dapat di inprove lagi.

Pendekn cerita, ceh baru mukadimah kat atas tuh...hahaha.Ok2 jangan marah, aku baru nak ajak ada semua happy & ceria!. So..sebenaranya semalam aku tidur lewat, bagi aku after midnight tuh dah lewat..Jarang sangat aku stay up. Tak kira la buat kerja ke, study ke. Semalam aku ciapkan sketching for my final project yg aku nak tunjuk pada lecturer aku pagi nie. One night juga la sahabat saya, cik nurul menemani berbual. Eh sms la! Tak tahu la kenapa aku seronok sangat berbual dengannya. Sebab dia punya smiling cukup menggembirakan anda!. Murah senyuman.

Semalam kami berbincang pasal bisness. Emm.. susah nak jumpa mereka yang suka berbincang matlamat hidup mereka. Percaya la. Kalau dari sepuluh orang tuh barangkali 2 or 3 daripadanya saja!Mungkin itu menyebabkan aku rasa selesa berbual (walaupun sedikit malu). Mestilah!..Hak lagi teruk tuh, orang yang langsung takda matlamat hidup. Lo apa punya loklaq..haha. Hidup takda matlamat, go through je..apa kes. Eh melalut plok, so cik nurul ni katanya nak buka business bakery!. Memang padan ler tuh. Suka sangat buat biskut dan bakery katanya. Sempat juga aku merasa biskut raya dia hari tuh. Aku ingatkan dia nak bukak business kat utm nie..So aku bagi la suggestion supaya buat proposal, cari tempat, dan sebagainya. Boleh jugak aku joint veture, jadi pengarah pengurusan ke? Hahaha. Rupanya past grade nanti..Tengok tak semestinya belajor dalam bidang bio takleh buat biskut..hahaha. Maksud aku kita pelbagaikan la kemahiran yang kita ada. Jangan terlalu fokus pada sesuati skill sahaja. Pelbagaikan. Manusia sebenarnya mampu buat pelbagai perkara. Nak tak nak je!.

”ahaha,en im..nurul ckp ttg plan mse depan la!...”aha time tuh im nak jadi cashier pon boleh” :P...keje sendiri je or jualan dari rumah so LEH JAGA ANK2 KAT RUMAH JGK! (hahaha..saja ja im highlight..) ”more quality tme with my future kids!hee-..”

”Penulis tertarik kat statement kat atas nie..”
Penulis doakan kejayaan anda, insyaallah, yakin pada diri anda NURUL!.

0843, 240/10/08, Arked Meranti, UTM

Thursday, October 23, 2008

Ari tu Nur pegi Sabina jmp seorang kawan ni kitorang arrange something utk aktiviti KoQ. Sambil wat keje tu kitorang pon borak2 n Nur pon tny..”knp im amek kos(perancang bandar) ni eh?sblm ni Nurul xpernah dgr pon..hehe”

“nk tau sbb pe im amek?sbb im suke sgt men game sim city tu dlu mase sekolah menengah…so mase form4&5 im masuk teknik then matrik then masuk U mmg target nak amek perancang bandar”

WOW!menariknye..xpernah lg Nur dgr org pilih kursus yg ditawarkan sbb minat yg mendalam pd sesuatu game tu!lagi2 sim city…nur pon dulu minat gk men tp xpenah t’pk!bagusnye im..hee~ betul kate org bila kita minat pd sesuatu tu,dan kita berpeluang utk buat,potensi utk kita berjaya sgt tnggi!

Then beberape ari kendian kitowang sms im tny pasal CGPA Nur..hmm Nur ckp, Nur pny CGPA xblh dibanggakan pon..segan pon ada nak bgtau…Atas dasar seorang kawan, im nasihat Nur “Emm xpela cik nurul blh cube lg..Nurul sindri da taukan pe sbb die. So try wat bersungguh2.betul im dlu mtrk camtu la. Thn masuk UTM im jd excted. Wat pe je msti wat betul2 n msti de keyakinan. Mule ngan set dlm mind. Im byk bce pasal self dev ni. Klu kte set betul2 insyaAllah blh!xpe klu yg lps xsbrape. Next Nurul target dpt >3!tanam dlm ati…”

Itu lah antre nsht im..tnx im!

Hari ahad lepas kitorang sume(klb kepimpinan) pegi melawat Rumah Kebajikan Orang-Orang Istimewa n pg tu Im bg replica kapal yg c0mel dr Melaka..sbb die bru blk dr site visit kt situ n Cik Nurul ngade2 order kapal!ehehehe


*penulisan yang ditulis oleh sahabat im di bloknya...

Warkah buat isteriku tercinta….

Warkah buat isteriku tercinta….

Aku tahu sepatutnya masa ini aku sujud di sejadah mengingati Allah. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang berusaha melupakan kesilpan lalu. Hati aku leka dari mengingati yang sepatutNya. Semasa kamu membaca nukilan ini kelak, mungkin kamu adalah isteri ku yang sah…

•Kelak kamu lah yang akan ku sarungkan cincin tanda ikatan yang diredhaiNya,
•Kelak kamu lah yang akan menadah tangan mengucap kesyukuran selepas akad yang dilafazkan oleh suami mu ini,
•Kelak kamu akan menjadi umi kepada anak-anakku,
•Kelak kamu akan menjadi isteri solehah yang diidamkan oleh ku sejak lama lagi,
•Kelak kamu tidak perlu lagi menunduk pandangan mata, menjaga hati dari mengingatiku kerana kini aku halal terhadap mu,
•Kelak akan aku tunggu kelahiran permata hati pertama dari mu dan baby comel seterusnya,
•Kelak kepulangan aku di rumah disambut oleh mu bersama tangisan baby di daun pintu.
•Kelak kamu lah yang akan susah senang bersama,
•Kelak kamu lah yang akan menjaga makan minum kami,
•Kelak kamu lah yang akan menemani aku takkala menukar lampin zuriatku yang comel di malam hari,
•Kelak kamu lah yang akan menemani aku pulang melawati orang tua ku,
•Kelak kamu lah yang akan menjadi makmum di belakangku ketika bersolat bersama,
•Kelak kamu adalah penyeri rumah ku, pencetus kebahagian yang dijanjikan oleh Allah SWT,
•Kelak kamu lah yang membantu aku mendidik anak-anakku mengenal kalam Allah SWT,
•Kelak kamu lah sebaik-baik pembantu hidup aku agar tak terpengaruh dengan permainan duniawi..





Khas untuk isteriku kelak,

Yang menyayangimu….

NOOR AIMRAN B SAMSUDIN

Isnin, 22/9/2008, 1243am
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

target aku!


nak target guna alat yg betul!

target aku jauh,
sejauh utara-selatan,
sejauh timur-barat,
tak kenal erti lelah,
mencari identiti diri,
mencari redha ilahi.

target aku jauh,
cgpa 4.00 setiap semester pengajian,
menambah ilmu sampingan,
bersoal jawab dengan pensyarah,
mungkin kadang2 di gedung perpustakaan,
aku juga hidup senang.

target aku jauh,
aku tak nak jadi biasa,
orang biasa terlalu ramai,
aku nak jadi luar biasa,
orang luar biasa terlalu sedikit,
supaya aku dapat bantu mereka.

target aku jauh,
aku bukan cari populariti,
naik pentas menjadi mc,
aku bina keyakinan diri,
supaya kelak lagi aku mengerti,
hidup ini penuh duri.

target aku jauh,
bual bicara aku jaga,
nanti orang salah erti,
jaga masa supaya berfungsi,
jam di tangan tiada erti,
jika aku tidak uruti.

target aku jauh,
bertegur sapa saudara-saudari,
aku bukan cari pasangan utk berjoli,
kenal budi bicara hati,
mana tahu jadi ibu mithali?

dari perancang utk masyarakat...


Lawatan kepimpinan di rumah oku Kulai,Johor pd 20/10/08

http://miznunu.blog.friendster.com/

salam semuanya..salam sejahtera juga. Link kat atas nie sja im nak letak. nnti org len boleh jenguk :P jgn marah ye promo.hee..

Dari perancang utk masyarakat..
Fuh..aku mcm bernafas semula semalam. Dalam kelam dan ketidaktentuan mencari jalan keluar dari kokongan kejahilan diri dan masyarakat di luar sana. Aku tahu kecelaruan ini kalau aku biarkan lama kelamaan aku sendiri binasa. Mcm kata pensyarah aku semasa lunch bersama semalam, kalau kita tak dapat nak ubah semua, dapat seorang pun jadi lah dari tak dapat langsung. Dia kuatkan semangat juang aku utk membantu memperbaiki lagi suasana disekeliling aku. Mungkin anda tak mampu nak memahami tgjungjwab tersebut. Kadang2 sukar nak dijelaskan dengan kata2. Baru ku tau masih ada mereka yg berasa kesunyian seperti aku kerana tidak mengikut arus perdana (Majoriti tak semestinya betul dari minoriti). Aku akan teruskan nekad dan azam aku!. Aku tak semudah itu utk mengalah..Aku mmpu bantu people surounding me. Rasa ketanggungjawaban aku pada masyarakat membuak2 selepas Ayoh Said membuka mata hati ku ni. Aku sangat menghargai teman di sekeliling ku yang masih mengambil berat akan diri ku yg hina ini. Tiada apa yg boleh aku balaskan. Doa di sejadah barangkali hadiah terbaik. Mungkin kapal, seperti itu sbgai tanda penghargaan ku kerana menceriakan hidup dengan senyuman semanis itu. Mungkin juga mesej2 mengucapkan selamat berbuka dari utara sana. Atau apa saja. Terima kasih semua. Perjuangan mencari ilmu tak pernah berhenti rakan2 ku...

Monday, October 20, 2008

edisi khas : MELAKA








"Penulis di jonker walk mencari kapal, tapi malam tu tak jumpa..hee".

salam apa khabar semuanya?bagus?sihat?demam?sakit hati?emosional?apo2 ajo lah..yang penting kita sentiasa bersyukur dengan NYA!. so penulis tak dapat menulis di blog nie beberapa hari coz folo site visit subjek urban design di bandaraya melaka. Sempena lawatan terseubut mari kita ikuti pengalaman penulis di sana..

Jumaat 17/10/08

HUJAN LEBAT!!.penulis terpaksa berlindung sementara di msi selepas menunaikan solat jumaat..hujan mencurah-curah tanpa henti. beg galas jadi teman setia apabila aku pergi ke site visit. Apabila agak reda, aku menyarung stokin dan kasut di tangga tanpa hiraukan hujan. Kuyup. Sedaya upaya aku cuba lindungi laptop di dalam beg dengan menutup beg dengan jaket coklat yg selalu aku pakai ke kuliah. Bus stop fab penuh dengan mereka yg berlindung menantikan hujan berhenti. Ada beberapa coursemate lebih awal menunggu dari aku. Tunggu punya tunggu, bus tak datang2. Aih aku tempah bus start pkul 2.30pm. Nie jam dah terlajak pukul 3pm. Aku mula risau. Mana taknya aku diamanahkan utk menempah bus utk trip kali nie. Bus tiada, jawabnya site visit cancel!. Bila fikirkan pensyarah subjek nie..alamak..so pendekkan cerita. bus utm pon sampai, so kami nak tak nak terpaksa naik dengan basah kuyup!wah lembap. tak selesa. tambah plok aircond bus. sejuk!grr..boleh rasa tak sejuk nie?..tak boleh rasa sudah!hahaha..

Dalam perjalanan kami sempat singgah di RnR Pagoh, rehat dan solat. Hahaha..eh betul kan?bukan RnD ke?hahaha.. :)Sebabkan cosmate lain tak solat dulu, so aku pon solat ler sorang2. bila nak keluar ja surau, lecturer aku tegur sebab tak solat berjemaah..1 point!aku tak beli pe pun, makan jambu batu je..super saver orang kata..hahaha. Kami sampai di melaka around 6pm. Check in Hotel Mansor. Apa yg menarik pasal hotel nie..dia ada 3servis. Hotel, kedai makan (kat bawah) dan kedai runcit (blok hadapan). Tapi hok dok best, tak selesa. Alamak cik adik oi nak selesa dok kat holiday inn la!!haha..kata nak student price..hehehe. Aku satu bilik share ngan 4orang lagi. Aku tidur kat bawah je. ok la ciap ada tv, aircond, almari, bilik air..extra tilam..hahaha..Past solat..maka bermula ler study aku malam tu..di tepi Sungai Melaka!


"Sempat lagi penulis bergambar time lecturer bagi kuliah! Lokasi tepi sg Melaka *pst..belakang tu my lecturer."

After saja sesi kuliah tu, aku pun ambil peluang explore jonker walk tak jauh dari replika kapal portugis tu. Jalan punya jalan, tak jumpa2 kapal yg cik nurul pesan tuh. Eh takkan aku nak bawak balik kapal portugis segedabak besor tuh!!. Hahaha..hah kat sini sibuk dengan orang ramai. Jual mainan, cenderamata, jual makanan. (ntoh halal ke tidak)..hm..pandang depan nampak orang cina, pandang kiri dan kanan pon org cina. pandang belakang aku ternampak lembaga hitam..jeng3. :) takde lah gurou je..eh pendek cerita semua org cina. Padahal dulu kat sinilah zmn kegemilangan melayu pernah wujud. Tapi sekarang, sendiri mau ingat maa..Tak sedor2 diri lagi. Still nak malas dan culas! Ah..udah2 lagi dilayan perasaan ni lagi sakit ya ibu'..biarkan mereka. So balik cerita kita. Sebabkan aku sampai around 12pm kat situ, banyak gerai2 dah dikemas. Tutop lo, sulah malam!.



Then past menyoping cenderamata utk kekawanku, maka aku pon balik ler ke hotel. Ondway tuh sempat lagi aku berpossing kat kapal portugis tuh..haha. Tiba2 datang sorang brother. Seluar pendek. Nampak mcm tak terurus. Bawak gitar warna biru. Hah adik ni dari mane? Nak ke mana? Eh banyak lagi ler soklan dia tanya. Eh kitorang kenal pon tidak. Aku mula tak sedap hati. Sudah la aku sorang je laki time tu with 4 coursemate perempuan. Apa-apa hal aku yang kena protect bebudak nie. YaAllah..risau. Aku ligat fikir camna nak halau laki nih. Aku bagi isyarat dengan mata, cepat2! Balik hotel! Alamak time tu takda ler plok polis ke, orang ke, kereta ke lalu jalan tuh. Betul2 depan muzium maritim. Laki nih asyik ikut kami. Then tiba2 dia nyanyi lagu selamat hari raya! Pulok dah..dalam takut tuh sempat jugak aku nak tergelak..hahaha. Pastu dia mintak RM1. Lapor katanya. Fikirkan keselamatan aku ngan bebudak pompuan nih. Aku pon hulur duit tuh. Pastu boleh plok dia kata..”Dik nie namanya seringgit takut!” mangkuk punya mamat! Habis yg engkau kacau kami mana tak takutnya. Dah2 pergi jauh2! Aku mula tunjuk muka bekeng lagi bengis..hehehe. Padahal pe2 aku cabut dulu agaknya. Ish!. Ciap pesan lagi ok dik belajor rajin2 jadi orang pandai..plok dah.

Sesampai je hotel aku melantak nasi paprik ngn milo ais kat bawah tuh. Emm..walau mahal tapi telan ajolah, perut tak berisi dari tengahari tadi!. Around 1.30am gitu aku pon masuk bilik, mandi, pakai kain pelekat and tidur je kat bawah. Malas nak berebut tidur atas katil.

Sabtu 18/10/08

Kokookoook!!..bunyi ayam dari luar. Ceh mana ada ayam! Hahaha. So past solat subuh, samb tidur, bangun mandi and breakfast nasi lemak plus nescafe panas..emm2 sedap. Pagi ni kami samb kuliah di sekitar jalan kota kat tapak carigali Bastion. Bawah teduhan pokok sebesar peluk dinosour gitu. Angin mendayu sepoi2 bahasa inggeris..hahaha . Lecturer terhenti sebab pensyarah marahkan few student yg tak amik perhatian!. Beliau very sensitive.
I mean very “alert” sampaikan nampak yg manusia tak nampak!..Penghayatan beliau terhadap bandar-manusia-agama cukup amazing. Ternganga edeng mendongar setiap patah tutur katanya. Penuh nasihat, bagi “jadikan manusia” sebenarnya. Bagaimana beliau begitu marah dengan bahlul2, pegawai2 dan pemimpin yg luluskan projek menara taming sari dan dataran pahlawan mall (menutup seluruh permukaan padang). Beliau terangkan betapa parahnya rasuah dalam bidang planning ni, smpai ketika aku boleh kata hmpir tidak pasti adakah aku terselamat dari murka Allah tuh, that mean corner sini nampak rasuah, corner sana ada rasuah. Ya Allah selamatkan lah aku. Aku tahu dia boleh membca minda aku, aku cuba utk berlindung, tapi dengan izin Allah, beliau boleh tahu. Aku fikirkan mungkin boleh lari ke bidang pendidikan dalam planning nie. Tiba2 dia bagitau ttg tanggungjawab dlm bidang itu juga berat, walau rasuah tak sehebat di lapangan, tanpa aku berbicara. Beliau mentarbiah aku pasal hal2 akhlak dan sebagainya. Tanpa aku sedar semuanya dia baca dari mindanya! Semua dosa dan kesilapan lampau secara tak langsung ditegur dengan begitu halus sampai anda takkan perasaan. Seolah-oleh dia bagi tasmilan dan bayangan masih tak terlewat utk aku baiki diri. Dia jelaskan kenapa dalam seramai 40orang student tuh hanya 5-6 org ”terpilih” berbicara dari hati semasa menunggu hujan renyai di dalam pintu gerbang A Famosa. Semuanya dengan izin Allah. Dia mengkehendaki sesuatu maka jadilah. Bergenang air mata aku memikirkan dosa selama nie. Tapi rakan2 aku sedarkah akan tanggungjawab mereka?





Ok2 serius plok catatan nie..hah past saja hujan semua pelajar panjat tangga bukit st paul utk ke puncak. Dari atas ni kita boleh nmpak pemandangan bandar nie, cantik dan romantik. Bukannya aku tak pernah ke Melaka, tapi kali ini aku pergi dengan mata ke3, mata hati yg terkesan oleh syarahan pensyarah aku. Masa panjat tuh maka terjumpa ler aku kapal yang dinginkan sangat kawan sekolej nie. So beli la..simpan tau, nanti boleh balik Rawang naik kapal. Tanda penghargaan sebab berkenalan dengan Im.



Selepas selesai kuliah kat atas tuh, kami diberi tugasan pasal urban design utk diciapkan pulang nanti. Alamak, bertambah ler assigment..hahaha. Sehingga artikel ni ditulis aku masih tak sempat buatnya. Hahaha. Ceh tulis blog boleh.  Selapas checkout, lunch, explore jalan, amik gambar utk tugasan, akhirnya kami berkumpul di dataran stadhuys before balik. Sempat lagi makan cendol kat gerai tepi Sg. Melaka!.



Lawatan akhir ke Kg. Morten. Apa yg menarik kami terpaksa cross Sg Melaka dengan bot ke kg tradisional Melayu Melaka ini yg masih dipelihara akan keaslian senibinanya. Seorang pakcik tua kemas memakai baju batik menyambut kami. Rupanya kawan pensyarah aku. Rumah ini dijadikan tarikan utama pelancong utk melihat keaslian senibina rumah melayu lama. Semasa briefing (speaking tuh!) olh pkcik tuh kami dijamu dengan kuih tradisional. Kat dalam rumah tuh mcm2 ada. Semua barang lama, perabot lama, sempat jugak la aku berpossing kat atas pelamin dengan pelajar internasional dari rusia..heee. Jangan marah.

Trip penghayatan Urban Design di Bandar Melaka ini berakhir. Maka kami pon pulang ke UTM. Ofcourse aku tidur kepenatan dalam bus. Sampai di UTM around 11pm.

Thursday, October 16, 2008

burbuka puasa di krp

hari ini...

1.hari ni pose ke 4/6
allahamdulillah

2.kawan im
time im takde teman berbual dia dtg sggah kat meje im petang2 kat cafe ni.
cite2 pasal kokurikulum ler..

3.tlg cik shu
editkan power point presentation die..
cik shu tlg amikkan borang jkm utk penulis

4.pensyarah mesra
smakin lama smakin rapat dan always respect lecture n they will respect we!

5.lawatan ke melaka
dikurangkan dari 3hari ke 2h1m shj

6.khidmat sosial
penulis boleh join abe zaki, kak emy,en kam, cik nurul, cik shida, idayah, shu, gulibaher n etc (kekawan koku) ari ahad ni..insyaallah.

7.sms cik nurul
"mkn dah sampai?"
dh ciap cepat plk..he2. riso die im takleh mkn..haha2 terharu2.. :)
"selamat berbuke"
sme le kite..

8.sms cik suha
slamt bebuke..tq

Wednesday, October 15, 2008

catatan perancang


gambar johor bahru balik dari raya hari tuh

1.letih.
tak tahu npe... :(

2.dtawar jadi peserta pidato
wakil utm bagi hari perancang bandar sedunia on 5nov, at putrajaya.terpkse tolak
not enof time..exam + final prjct

3.site visit taiping
cancel, no accommodation. change to melaka..

4.good respon from my new freinds
:)

5.exam ko q
allahamdulilah dapat jawab..based pengalaman

6.cik shu
minta ajo ko q, on this morning,cncel

7.blog cik nurul..
im baru baca, nice writing

8.im always think
how i can improve my batch?dari semua aspek.
icant work proper in this situation. make me feel uncomfortable..im lonely.

Tuesday, October 14, 2008

kawan baru.. :)

oh penulis baru tahu bila ada kawan yang berniat memperguna kita rupanya akan ada kawan yg lebih baik akan datang berkenalan dengan penulis..siapa tu yeh? :) so bila ada yang buat tak betul tu tandanya allah nak bagi kita kawan baru. pandangan sje..tak betul salah, tak salah betul. kalu kat sek rndah kawan2 panggil ayambran, kat sek men n matriklasi aimran..kat utm penulis selesa dgn IM..comey kan?ahak2. Semoga ukhuwah baru dibina kekal...amin..trime kasih seme mereke yg kenal aimran sebagai IM di UTM..smaada yang msih sudi or yg dah belaja lupakan IM. tq

nasihat perancang



nampak sign nih? so spe kate study hard baguih??? baguih pebendenye klu sme nak pulun last minit. bek sikit. start awal2 paham? jgn tunggu last minit.nanti jiwa raga tersekse.mane nak finalproject, submittion, assigmnent,lab report,presentation..

catatan perancang1


salam sejahtera buat anda semua.,di bawah ini beberapa perkara atau peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku..cewah.. suspen je..selamat membaca! (tak disusun, mana ingat penulis tulis).

1.petang2 kat sni slalu ujan lebat lagi
effect, sedap tidur pada waktu petang..heheh

2.puasa6 baru 2/6
kesian pada cik shahidah (ko q) tak leh pose sebab low pressure darah.

3.jumpa kucin mati kene lenyek
tak sanggup nak tgok, skli pandang je..cian

4.talk from prof tamu, pasal tekno nano dlm planning
my lecturer argue psl statment olh speaker pasal green house-nano.tingglkan blik seminar.

5.arrangment all thing about studio, subjek
eveything..penulis kena uruskan.walau ada pihak yang bertanggjwb.

6.marahkan ahli group
sebab tak bagi komitmen dlm assigmnent.tak tau tgjwb-dah dinsihatkan, tapi setiap sem tak ubah2. dah berbuih. better wat kerje sorang dari group.

7.hantar doc perjanjian jpa.dekat 3jam!
paling best sampai turn penulis nak serahkan doc, pegawai jpa nak pergi makan..aiseh..sebab orang len q. if not dah ciap. kite punya ler jadi angel taknak q, org ske2 ati potong. tapi aku ykin dgn agamaku supaya bersabor dan jge hak orang lain!cik syumito tak smpai 2jam.padahal dtg sme.

8.cik nurul pinjamkan note koq..
sehingga artikel ni diipost penulis baru baca 1/4, sok test ko q! :P

9.mesej cik shahidah.
berta'aruf-periang

10.cik nurnasuha call
pasal freindster

11. time type no 11 ni penulis terbau
nasik lemak..emm2.sebab penulis online kat cafe kolej

12.taiping
lawatan urban design ngn ayah said 3h3m this friday, miss program sakinah (kem pembgnan keluarga) elok ler orang yang nak bernikah cm penulis ni..

13.diajak masuk jkm sesi baru
tak pasti lagi..maybe dicalonkan
a.mpp
b.pewibawa

14. ujan still tak berenti
smpai no 14 ni pun ujan tak stop lagi..huhuhuh.ujan nikmat nie :P

Sunday, October 12, 2008

beraya nek kete kancil...

salam semua rakan2 ku..tak kire anda berada di mana2 pun di krp?di malaysia?di luar negara.. (kalu ade) hahaha..mne mereka yang masih de semangat beraye, teruskan..mane de buat open house jmput ler kekawan sahabat handai..so cite utk hari ni.. beraya nek kete kancil! hahaha takde kene mengene pun..penulis with my freinds from leadership kokurikulum ke rumah our trainner subjek tersebut di bandar pulai jaya. mula2 hmpir tak jadi pegi. hujan lebat tengahari tu.ikut plan penulis naik motor ngn saudara zaki (pres), disebbkan kete kancil yg disewa saudari cik nurul (timb2) kosong maka saya diajak ler skali tumpang..alamak hai malu juge (eh bukan berdua ye..de 2 lagi) ..yela cik nurul drive saye dok belakang..eh maklum ler lesen basikal pon tak lepas..hahaha.suka die..oo. hm nak pendek cite kami pon smpai le ke rumah timb pengarah cict ni (en kamsaini)..kemas dan cntik rumahnya. smbil makan kerepek..semperit? eh cik nurul betul ke sya eje nih?hahaha..die ni mmg pro ler bab2 kueh. cik hok sebeloh tu pon sme ler..sembang punye smbang rupe2 nye parent2 kami pernah n still kerja kat mindef..lo anok asko ler ni..hah bile zaki n emy (pres sec1) smpai kami pon makan ler hok berat ckit nasik impit plus mee goreng basah..em22..haha..smpat lagi walau g beraye..ciap wat meeting program..haha..trima kaseh en kam..trime kasih cik nurul, zaki, idayah, emy, fahmi..eh ramai lagi..etc..maaf ye penulis tak pasti kenapa gambar tak bulih dipost

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


nak promote laman web nih..sangat baguih..a lot of information and ilmiah..i like it.

may i borrow your money?

tibe2 datang seorang student internasional..negro (tak pasti negara mne) tegur penulis dan bersalam. Eh sape plok ni? aku cuba ingat. langsung aku tak kenal. tiba dia cakap nak pinjam rm10 untuk beli topup! (dalam bhs inggeris la) loh..kenal pon tidak. tibe2 datang nak pinjam duit?tak ke pelik tuh?kalau nak beli makanan sebab takde duit maybe penulis ulur ler jugak. ni nak beli topup!! bukan sekali. ni dah 2 kali. kali ni pon penulis tegas. NO! i ask that person do u have financial problem? dia kata duit dia dah habes. so i suggest jump dengan hep utk tindakan lanjut. aduih..tak paham aku dibuatnya..kalau terdesak pon takkan ler utk beli topup??

Friday, October 10, 2008

DARI CATATAN REMAJA episod 3

Tapi apa moralnya Aimran oi? Cerita cintan kamu ni sama ngan kat tv je..hahaha. Eh sekurangnya penulis tak frust menonggeng macam mamat yang drive motor tu. Aa... kalau anda memang suka berfikir mesti perasan penulis cerita laksanakan amanah yang diamanahkan. Tak ke tu moral dan pengajaran namanya? Kalau kita ambil positif dari suatu musibah, benefit or hikmah la yang kita dapat. Hmm..Apa yang penulis nak sampaikan, kita berkawan dengan orang lain biar la berkenalan dengan family mereka semua. Sampai adik beradik diorang semua kita kenal. Maknanya kita kenal betul-betul sahabat kita tu. Baru hebat ukhwah kita ya tak? Paling koman orang kata tau jugak la nama kawan kita tu masa nak berborak. Hah tak ingat? Ya ke? atau memang tak mahu ambil tahu pun nama diorang..teruk bebenor..ish2.

Wargh...mata tak mengantuk lagi..mana nak mengantuknya kalau dah tidur petang ya tak? Cukup penulis tidur 40 hari lepas Asar tak ke bengap kepala otak ni... Tapi penulis tidur before Asar kira ke tu?hahaha.. Penulis pun pelik macam mana ilmuan dan tokoh dahulu boleh bahagi masa dengan cukup baik masa berehat mereka. 1/3 hari untuk beribadat, 1/3 lagi bekerja dan 1/3 lagi untuk berehat. Hebat-hebat.

Ish2..”Aimran oi bawak-bawak la pergi cari kerja part time cuti nie. “Engkau duduk di rumah, kerja mana nak cari engkau banyak songeh”..bisik hati. Takpe sekurangnya penulis dapat cuba hobi baru..menulis. “Alahai Aimran setakat menulis dari tadika dah buat?” Memangla tapi, now aku nak cuba mengarang cerita yang mengisahkan hidup sendiri, pengalaman, pandangan, kritikan penulis terhadap apa sahaja yang difikirkan. Kalau tidak ada mereka yang memulakan sesuatu pasti tidak ada yang berani memulakannya, betul tak? Kerana dengan kata-kata seseorang itu jatuh bangun. Dari mundur kepada maju, dari muram jadi ceria, dari bersedih jadi gembira..Menarik. Penulis tak akan pandang belakang lagi. Apa sahaja aktiviti yang membuat penulis berfikir itu lagi bagus dari berkata-kata tapi tiada pengisiannya. Mesti anda pernah mendengar, kata-kata itu lagi tajam dari pedang.
Mahu tidaknya kalau kau dah salah guna memangla..menipu, memfitnah, memaki hamun orang lain. Kadang-kadang tersepak batu pun dimaki hamunnya batu tu. Aduhai manusia. Kesian. Sepatutnya gunakan nikmat-Nya ini sebaik mungkin.

Hmm.. apa yang penulis nak kongsikan ye? Selepas sahaja penulis grade PMR dari SMKHC pada tahun 2003, apply la sekolah teknik. Nak diceritakan sebab apa penulis pilih nak continue study kat sekolah teknik sebab yang utama, penulis rasa sekolah ni dapat didik dan gilap kemahiran, melukis. Minggu terakhir penulis berada di SMKHC penulis cuba survey kursus-kursus yang ditawarkan, penulis jumpa kaunselor buat ujian kerjaya dan tanya senior-senior. Alahamdulillah tiada masalah buat keputusan. Bila tahu sahaja permohonan dibuka, my parent bawak penulis hantar borang di Sekolah Menengah Teknik Gombak..tapi yang nak tergelaknya mula-mula memang la mintak kat sekolah tu sebab dekat. Kemudian mintak tukar sekolah teknik di Terengganu sebab dekat dengan rumah makcik. Last-last penulis mintak kat Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dalam jurusan Kejuruteraan Awam..Wou class jugak kursus ni. Penulis pun menghabiskan masa belajar disitu selama 2 tahun. Penulis rasakan disinilah kematangan dalam semua perkara kehidupan ini mula terbentuk. Jika dahulunya penulis hanya pelajar yang pasif..kini berubah sebaik sahaja penulis masuk ke sekolah ini. Bukan penulis kata sekolah lama tak bagus dalam membina pelajarnya menjadi insaniah yang cemerlang. Cuma penulis tak berani merebut peluang untuk menonjolkan diri mengubah diri. Penulis rasa jika dah mulakan dari mula lagi pasti penulis berada pada tahap yang lebih menyakinkan. Mungkin dalam sesuatu perkara sahaja. Macam public speaking.

----------------------------------- Public Speaking
-----------------------------------------
Penulis perasan bakat ni rupanya dah semulajadi dari penulis kecil tapi silap tak digilapnya. Bila penulis masuk universiti baru penulis bersungguh mengasahnya, gilap betul-betul, mencuba dan seterusnya mencari lapangan untuk dipraktiskan. Sejarah penulis mula minat bercakap di hadapan khalayak ramai ni bermula masa tingkatan 2. Masa tu penulis joint Skim Lencana Anti Dadah, sebuah kelab yang memperjuangkan kesedaran mengenai bahaya dadah ni. Biasa la sekolah. Budak hingusan macam aku ni pun tau bahaya dadah. Masyarakat kat luar yang mengaji tinggi-tinggi tapi fikiran pendek sejengkal dok menelan benda alah ni..rosak-rosak. Balik semula cerita tadi..Aa kami diberikan assignment untuk menyampaikan ucapan mengenai bahaya dadah ni. Kemudian sampai la turn penulis bagi speech suatu hari tu. Di hadapan student lain semasa perhimpunan. Dari form1 sampai form5. Hadapan cikgu-cikgu semua. YaAllah bayangkan masa pengawas bertugas jemput penulis naik pentas... “sekarang dijemput saudara Noor Aimran....”. Rasa terbalik je dunia nie. Gelap mata pun ada. Suara mula-mula kuat, kejap lagi tenggelam balik...hahaha. Punyalah menggigil badan, berpeluh. Jangan kata protokol semua penulis tibainya. Kejap isi kejap pendahuluan. Tapi bila dah mula stabil tiba-tiba penulis langsung tak nampak orang depan aku? Mana semua pergi?
Penulis pun habiskan ucapan bersejarah tu ikut rangka yang aku tulis. Tapi tak berapa nak ikut sebab idea ntah dari mana mencurah-curah masuk. Nak tahu mana mereka pergi? Nanti penulis cerita kemudian..ok aku dah nak masuk tidur. InsyaAllah penulis cuba ciapkan catatan ni sebelum cuti tamat. Esok sambung lagi..

BERAYE lagi Oi!!

wo..still ade beskut raye kat ats meje tuh? dok luok pon. meh anto2 sni ckit..cni penulis nak ucap thanz bebanyak kat kekawan yang sudi berkongsi rase kuih2 raya..bertuko2 gitu..best sungguh. 1st kat nur nasuha bt alwi kat uum tuh..tapi before raya le..mak dia buatkan serunding. then dia susah payoh postkan pada penulis masa ramadhan ri2. penulis pun wat berbuka setiap petang.ngn nasik ngan roti!dari pantai timur ke utara then turun ke selatan..long journey serunding tuh.hahaha. sedap. nie baru bpe kali dalam idup ni makan serunding. :P ape2 pun thanz kat makcik di tanjung bunut yeh..sedap serunding makcik :D hah sorang lagi nie penulis baru kenal..nmenye cik nurul akma. die nie beriya nak bagi share2 kueh. ciap bawak kat kelas ko q dia bagi rasa kat semua..sedap. lazat lagi berkhasiat yeh?haha..kan name dah nek dalam blok nih.. :P then hari ni ada jamuan lepas presentation tadi, cik yana ganu pon cbuk dok promote kueh2 dia buat kat kolej!wou sempat buat kueh kat bilik? tapi semenye sedap2..thank u seme :D

kalau cayang kene peluk ke?

Salam wbt seme blogers and all reader2 nye..hmm kalau cayang kene peluk ke? mesti la tu salah satu cara to show our loving to other people. who?such as umi, aboh, kucin, suami, bini klu dah kawen..tapi dok bulih ler en abang and cik akak oi klu stakat kekawan je. tunang pun tak leh lagi..amboi tapi peluk cam peluk bantal je?dah mcm org utan dia paut kat tengkuk kat pinggang kawan bukan sejantina..aiseh men..ni klu tanye nape peluk2? sebab aku cayang giler kat si die..uih hebat benor? Tapi klu bile dah kawen takde ler plok paut memaut cmtu? blom nikoh tak malu. bile dah nikoh malu ler plok..tak paham ler? sape leh jawab? nie yang slalu bg komen leh jawab?

Wednesday, October 8, 2008

kerja terus kerja!

salam selamat petang.kalau anda baca pada waktu petang. kalau pagi selamat pagi ler cik akak abang sekalian. Bukan senang nak jadi BAGUS DAN CEMERLANG TAPI SENANG NAK JADI TAK BAGUS DAN GAGAL!. iye..kalau anda nak jadi bagus tapi setakat bercakap saja "saya nak jadi bagus, cemerlang, bla2.." tapi kalau tiada tindakan, maka hasilnya tiada. tapi kalau kita nak jdai tak berapa bagus lagi senang..macam orang zaman kini buat. Orang di sekeliling anda. Anda tak ler kot. Semua hebat2 dan bagus2..kan? Kalau rasa diri tak hebat mula lah menyusun langkah dan strtegi mcam mane nak jadi bagus ok. Hari ini penulis dapat few think knowledge yang penulis rasa patut kita fikirkan bersama. 1st pasal amanah. 2nd pasal make a decision. Ok mari kita tengok yang hal pertama. Amanah yang penulis belajar dari seorang lecture yang penulis respect sangat2. Respect kerana ilmu dan pengalaman yang cukup penuh di dada. Wajah dia penuh dengan rasa kebertanggungjawab terhadap para pelajarnya, iaitu menyampaikan segala mungkin ilmu yang beliau tahu. Walaupun boleh kata satu sesi kelas kadang2 tiada apa pun berkaitan subjek tersebut. Tapi lebih kepada bagaimana nak menjadikan manusia dalam kata sebenar. bagaimana dia relatekan subjek tersebut dengan amanah setiap manusia dalam planning ni. how he can open our 3eyes about hubungan manusia-pencipta hanya dengan bercerita pasal urban design? terfikir penulis walaupun bidang kita bukan pengajian islam, kita masih boleh berdakwah dengan cukup baik. Maknanya dengan disiplin ilmu kita pun masih boleh. siapa kata budak fizik tak boleh menyampaikan nasihat dan dakwah dengan ilmunya?begitu juga dengan student planning, biotek, engin, human resource etc..agak jarang penulis fikirkan kenapa Allah memilih hambanya ini untuk memasuki bidang ilmu ini. Anda pernah fikirkan? Ke ikut sedap je?belajar je lah dah tak dapat cos lain..jangan gitu. Redha lah dengan segala keputusan segala sunatullah yang telah ditetapkan, sebelum memohon redha dari Allah..maka berkata hati kecik penulis "ilmu itu amanah yang perlu disampaikan". kita sambung pada bicara seterusnya..

Tuesday, October 7, 2008

perancangan bandar profesional?

salam buat teman sekalian dunia..
still HEBAT? still MANTAP? still BAGUS? kalau gitu teruskan..yang masih tak berapa nak hebat,mantap,bagus..masih ada ruang untuk perbaiki diri. Kalau taknak ubah duk diam2 jangan kacau orang lain nak berjaya. Sibuk je ajak orang lain ikut sama tak cemerlang macam dia..
eh peracang bandar ni golongan profesional ke?yeke nie?
musykil lah!iye..bila akta yang dipinda pada tahun2005 tak silap, perancang bandar diiktiraf sebagai suatu golongan profesional setaraf dengan jurutera, arkitek, doktor dll.
buktinya?tuh pertubuhan berkaitan perancanagan bandar seperti malaysian institute of planner (mip) dan of course agensi kerajaan seperti jabatan perancangan bandar dan wilayah semenanjung malaysia..pertubuhan dan agensi ini lah yang bertanggungjawb memantau hal2 berkaitan planning.
lagipun universiti yang menawarkan kursus ini (utm,uitm,usm dan uia) diperiksa pihak bertanggungjwab agar kualiti disiplin ilmu ini dapat menhasilkan mereka yang betul2 profesional.
tapi bila jenguk balik..aiseh..profesional?cuba tengok rakan sekuliah?alahai..kalau setakat buat assignment 2bulan dalam masa 2hari tuh profesional ke?kalau setakat cut paste tuh profesional ke?cincai je.kalau rojak sedap gak makan. kalau kita masih nak tunggu orang lain buat untuk kita, penulis nasihat tak osah mimpi ler nak jadi townplanner class gitu..cakap boleh..tapi pelaksanaan?jauh benar.
So kesimpulannya what ever disiplin ilmu kita belajar sentiasa ingat bahawa semua itu amanah!AMANAH kepada kita sebagai khalifah dunia...buat sebaik mungkin, secemerlang mungkin!..jangan cepat melatah, marah itu ini. berhenti sebentar berfikir guna akal bukan ikut perasaan..akhir kata, "teropong diri teropong hati".

adakah wajar ku berkhitbah


kelmarin kami berbincang adakah wajar penulis berkhitbah?
tak tau ye khitbah tu apa?
khitbah tu nikah..ye bernikah!KAHWIN.
sebab apa sejak 2 menjak ni penulis selalu terfikir hal tersebut?
soalan yang sering berlegar dalam minda.."adakah aku sudah bersedia untuk memandu bahtera sendiri?"
maka penulisan,blog,artikel dari pelbagai column laman web penulis baca..
segala mungkin berkaitan perkahwinan..
dari aspek agama mahupun motivasi..
sekali sekala penulis sharekan dengannya di laman maya..
terdetik di hati untuk mengambil kursus perkahwinan di masjid sultan ismail utm kelak..
terdetik juga di hati untuk meminta izin kedua ibu bapa sendri dan empunya badan..
pada malam hari ku berdoa..simpan lah hatinya untuk ku, hatiku untuknya. jika benar dia adalah teman ku kelak maka permudahkan lah segala urusan kami. jika tidak Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini..solat istikharah dibuat memohon petunjuk. solat hajat dibuat mmohon dipermudahkan urusan ke arah ijab kabul dan menghadapi hari muka sebagai ketua keluarga.
penulis selalu tewas dalam kancah maksiat..hati dan mata. hati lah paling susah djaga.
maka kawan2 penulis tempat meluahkan perasaan..family mungkin tempat penulis kurang selesa untuk berdiskusinya..sebelah sana?mudah saja..
moga disini pun dipermudahNya

dalam ketenangan ada keresahan


salam semenye....alahamdulillah kita diberi kesempatan pada malam hening ini untuk berfikir dan bersemanagat seperti hari sebelumnya malah lebih baik insyaallah.
dalam ketenangan kadangkala ada keresahan
betul ke?
mane tak resah bila assigment untuk berminggu tak dibuatnya lagi..sebab:
1.ahli kumpulan tak beri komitmen
2.diri sendiri tak beri arahan pada ank buah suruh buat
3.suke tanggu kerja
dari luar nampak tenang sebab kita cuba tidak mudah melatah..cuba profesional.
penulis nak je tanya apa yang kamu rasa menyebabkan anda tak perlu buat kerja untuk kumpulan?adakah sebab kamu rase ada orang lain akan buatkan?anda tak perlu buat sebab tak reti?malas?saje suke2 nak menyusahkan orang?
sebagai ketua pula apa nak buat?marah?senyum penuh makna?report kat tnc?hahah..delete nama dari kumpulan..biar gagal subjek tuh!
wahai rakan2 kamu ada tanggunjawab yang perlu diselesaikan..amanah tetap amanah..

Monday, October 6, 2008

hidup untuk bekerja?

salam...ye lah..bekerja macam kita hidup selamanya..beramal seperti kita nak mati sok hari..tapi kenapa orang malas buat kerja yeh? bolwh sesapa jawab kan?ye MALAS..PEMALAS..!!. cik abang makcik dan pakcik sekalian..kenapa kita malas? yelah setakat nak malas sekali sekala tu tak pe lah..hari minggu ke..tapi ini tak setiap hari. semua bergantung kat orang lain buatkan untuk kita yek?tunggu..suao..nganga.aa..nyam2..mcm baby ler..kalau ank aku kelak takpe lah nie..dah besor menjalo!tapi stil malas.bukan sek rendah. dah masuk u!tapi perangai still ada kat kindergarden...sedey sunggug..gini gayanye..tak osah buh wawasan negara..2020 la pe lah. gimik seme tuh.wawasan diri pon zero...jgn pergunakan orang lain ats kerajinan dia..sebaliknya kita lah seharusnya merajinkan diri! benefit anda juga dapat. serius..try lah..tak caye..lantak korang ler.orang yang taknak berjaye akan terus buat berjuta alasan bukan berjuta langkap atau step untuk berjaya.bagi mereka yang rajin plok jangan ler anggap diri anda dipergunakan oleh surronding anda.teruskan.ingat amalan kita bukan manusia yang menilainya..tapi ALLAH swt..semoga anda berjaya menyedarkan masyarakat kita yang masih bermimpi mengharapkan KEJAYAAN di siang hari!

balik utm..


salam semuanye..pejamcelik2 aku dah ade kat utm balik..eh skejap plok cuti seminggu ni..padahal bukan buat ape pon.kalau wat kerja kat umah tak ler rase lambat sangat mase.nie tak wat pepun rase cepat je masa. semalam aku pun balik ke utm.my family hantar. tidur semalaman kat larkin. Hotel seri malaysia..so petang sabtu, penulis pun ajk ler family ke jb nek bus kat stesen larkin sebelah hotel tuh..dari larkin-cs tak lah jauh sangat. tambang around rm1.80 tak silap. ntoh dekat mane tah tibe2 naik ler bibik2..endon.pakaian die..pergh rock ler konon. ketat. sendat. spek belalang beso gajah. duduk di kerusi sebelah dalam bus. gayanye cukup meluatkan. belagak habis.cakap sekuat alam.pongpangpongpang. cukup biadap bila mengelunjurkan kakinya ke kerusi depan penulis. seolah bus tuh dia punya. cik adik kalu kita menumpang buat cara menumpang. jika kita tuan rumah buat ler care tuan rumah. hormat lah yang lain.sampai saje di cs..yaallah rupanya aku dah sampai jakarta!!. penuh dengan boyan, dan segala pendatang asing lain. melepak. anak melayu?ade..sape kate takde..tak pakai baju!?hah?kamu biar betul ni..betul la..pakai baku macam tak pakai.telanjang barangkali..tersembul sana sini. meruap kepala aku.sabar.aku pendam giler2 dalam ati. kalu tak mmg meletup aku.hok jantan bertenggek di laluan kaki 5.tunggu gadis2 sunti untuk digoda.peweet.leh kenalan.tak malu sungguh.pantang nampak pompuan diorang akan ikut!.hebat sungguh remaja sekarang..rupanya gini ler life pada hari minggu di sebuah bandar..bandar johor bahru..

Wednesday, October 1, 2008

salam aidilfitri..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..so allahamdulillah kita bertemu lagi hari bergumbira ini..cmne anda semua raikan?aku pagi2 bangun aje terus makan..haha takde lah,mestilah mandi dulu. semalam aku tidur pukul 5am!hahah buat design jln tar guna software sketcup..puas ati ler wat design gini.then after makan pergiler bersolat di masjid asyikirin eh betul ke name masjid kat rumah ini?haha tak ingat..panggil masjid seri gombak je.balik beraya sesi nangis2 hahahah. aku tak ler..cewah. amik gambor sefamily..apa lagi berpossing ler aku..haha..memang fotogenic. ni sesape menikoh dengan ku insyaallah cameragirl dah ade..my sister..jimat sikit. Kendian disebabkan aku dah kenyang aku tak makan le..so sambil buke2 blog ini aku pun menelefon bakal isteriku..maaf zahir batin semua.