Monday, August 24, 2009

Raya planning.

  • 17/9/09-ke KL lawatan ke kedutaan, terus balik rumah..hee

  • 20/9/09-beraya di Seri Gombak, jemput dtg semua.

  • 21/9/09-beraya di Maran, Pahang.

  • 22-25/9/09-beraya di Terengganu..amboi lamenye aku beraye kat Tganu..hee. ziarah bakal keluarga.

  • 26/9/09-bertolak ke UTM dari Tggnu

Mati lemas

Salam.

Takziah buat keluarga mahasiswa Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20. Mahasiswa dari UIA tersebut ditemui mati di kolam di UIA selepas mandi bersama rakan. Kepada rakan2 lain, berhati-hati walau di mana anda berada. Jgn pnjat balkoni. Jgn berenang tanpa pengawasan profesional, Jgn bawak motor laju dlm kampus. Pakai helmet..

Mungkin boleh dicadangkan kepada kementerian mengkaji semula bagaimana nk pertingkatkan tahap keselamatan mahasiswa di kampus masing2..terlalu banyak kematian disebabkan kemalangan di kampus sejak kebelakangan ini. Apakah guideline "persekitaran selamat" yang telah digunakan oleh setiap kampus dalam usaha mengurangkan kemalangan seperti itu.


Majlis penutupan konvokesyen utm-43


Tahniah buat team Konvokesyen UTM kali 43!!...

Fakta :

  1. Malam tu hari 1st aku dtg and last time..sbb konvo dh habis. Jadual padat.
  2. Aku dtg lmbt ke majlis penutupan..hee
  3. 1st time jgk pakai topeng..sumbangan abg wan..hee
  4. Mkn ayam golek also ditaja oleh abg wan.
  5. Jumpa ramai sgt kawan2 n my cousin xstudent kat utm.

Saturday, August 22, 2009

Jangan jadi tunggul

"Janganlah kita hanya jadi tunggul mati. Tetapi jadilah tiang konkrit yang utuh dan jitu.."

Antara DUA..


Dalam kehidupan seharian kita hanya mempunyai 2 pilihan. POSITIVE or NEGATIVE. Kita yg tntukan..

Friday, August 21, 2009

Cemburu

Salam.

Saya mohon maaf disaat masa yang semakin mencemburui diri, tidak dapat untuk meluangkan masa bersama teman2 sperti selalu. Mungkin pengorbanan ini kecil jika nk dibandingkan dengan orang2 yang lebih hebat dari saya. Dengan tugasan akademik yang tidak ptus2 dan urusan amanah yang wajib dilaksanakan sepanjang memegang jawatan dalam perwakilan pelajar, setiap saat menjadi begitu berharga jika dapat luangkan masa bersama rakan2. Kepenatan langsung tidak menggugat diri jika kita memang berminat, bersungguh-sungguh dan yakin dengannya dengan keupayaan diri..pelik jika ada yang mengatakan tidak mempunyai masa yg cukup. Sibuk dan sebagainya. Pengurusan masa itu kunci segalanya.

Monday, August 17, 2009

Motivasi Sg. Nibol, Kulai

8/8/2009-Program motivasi di Sek. Ren. Keb. Sg. Nibol, Kulai, johor.

Jmputan mnjadi Faci bersama JKM KTF diketuai cik Hidayah..Pn K turut join togther..Tugas kami dptkan sbyk mgkin permasalahn yg dihadapi oleh pelajar @ calon upsr dan bg mtivasi sesuai. Faci diberikan kumpulan mgkut kategori dan level akadmik..Kcian Im kat cik dayah kite..dpt plg hard core!!hahaha..4org je tapi ckup mmbuatkan die terdiam smpai pulan ke UTM.hee. Takpe dayah, good experience. Nielah antara gmbor adik2 yg masih ade potensi utk berjaye.


Cenderamata dari sekolah
Biskut, air kotak, sijil, one drop perfume, tuala dan wang saguhati (dirahsiakan..hee). Paling pnting pengalaman dan kepuasan membantu adik2..

















Nasi goreng Sg. Nibol
Akhirnya...Nasi goreng berjaye disiapkan..hee Tq abg wan sbb tlg idupkan kayu api. hee..Oo tak pelawe abg Im langsung.

Friday, August 7, 2009

Oh pemimpinku..

Salam.

Sudah lama saya tidak menulis dengan nada yang serius. Mungkin beberapa entry sebelum ini lebih kepada catatan peribadi. Maaf diucapkan. Kadang kala apabila keinginan untuk menulis ada saja perkara yang menghalang untuk jari jemari ini untuk menekan keyboard. MALAS. Itulah jawapan yang tepat. Kadangkala kita sibuk mencari faktor penghalang untuk kita berjaya tetapi sebenarnya penghalang tersebut ada pada diri sendiri. Terlupa untuk dibuang. Beruntunglah pada orang-orang yang sentiasa ingin berubah.

Penulisan kali ini ingin menyentuh mengenai pilihan raya kampus yang akan datang. Antara peristiwa penting di setiap universiti yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya sempat melihat beberapa blog para pemimpin mahasiswa sama ada di pihak A mahupun B. Perbualan harian secara langsung antara dua pihak turut saya amati. Nampaknya kedua-dua pihak sedang bersiap siaga. Sibuk mencari pelapis bagi meneruskan agenda perjuangan masing-masing. Tak kira lah di pihak A atau B. Perkembangan semasa politik di luar kampus turut memberi kesan akan corak pemilihan kelak. Barisan pemikir dan penyusun strategi A & B mula menyusun langkah masing-masing. Walau apa jua ideologi yang bakal dibawa oleh pemimpin mahasiswa kelak, diharapkan mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Sama ada pihak di luar kampus atau di dalam kampus itu sendiri. Sebaliknya berpeganglah dengan apa yang anda percayai selagi ia selari dengan hukum Syarak dan norma-norma manusia. Janganlah mudah terpedaya. Jika jalan pertengahan itu lebih baik maka lebih elok dipilih jalan tersebut daripada kita sebrono membabi buta mengikut pihak tertentu sahaja. Duduklah berbincang kerana perbincangan itu lebih baik dan menguntungkan kedua-dua pihak. Sekaligus kumpulan yang dipimpin tidak terabai. Diharapkan jua mahasiswa kita semakin matang dalam membuat pemilihan kelak. Janganlah mudah terpedaya dengan muka yang cantik dan tampan, kerana dengan kecantikan wajah belum tentu hebat kepimpinannya. Malah tidak berfungsi langsung dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Hadirnya hanya sebagai pemimpin mahasiswa yang memenuhi ruang-ruang poster dan banner sahaja tetapi kurang malah langsung tidak ada yang diperjuangkannya.

Pilihlah calon pemimpin anda kelak atas faktor kewibawaan , keintelektualan, karisma dan kepimpinan calon tersebut bukan lagi kecantikan dan ketampanan wajah sahaja. Bagi kepimpinan sedia ada, penulisan kali ini jua turut mengingati diri yang lemah ini agar sentiasa memperbaiki diri. Kita masih ada ruang dan peluang memperbaiki kesalahan. Janganlah kita memperjudikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakan-rakan dengan hanya ingin merasa keseronokan diraikan seperti orang kenamaan di majlis keraian, mendapat kelebihan itu ini dan sebagainya. Tetapi sebaliknya bertindaklah menjadi pemimipin mahasiswa yang sebenar.

Saya juga bimbang, dengan mahasiswa kita hari ini, iaitu rakan-rakan di sekeliling kita. Kurangnya usaha kita untuk membaca, memahami, menganalisis, memerhati dan sebagainya akan isu-isu semasa di sekelilingnya menjadikan kita mahasiswa hanya menurut apa jua yang telah ditetapkan. Seharusnya kita perlu lebih peka dan prihatin akan apa jua isu yang bermain di sekeliling kita. Kurangkanlah hiburan yang melampau, dan perbanyakkanlah perkara ilmiah. Supaya suatu hari nanti apabila kita terjumpa rakan-rakan, makan bersama, lebih banyak pekara bermanfaat dibincangkan daripada cerita artis.


"YaAllah..ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan muslimin muslimat. Berilah petunjuk dan hidayah, agar kami tidak sesat di dunia yang fana ini. Ar Rahman ar Rahim..Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Kami memohon kepadaMu perlindungan daripada hawa nafsu yang tidak pernah puas, daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari kejahatan syaitan yang menyesatkan..YaAllah hambaMu yg lemah ini memohon padamu, perlindungan dari wabak penyakit khususnya h1n1..Matikan kami dengan sebaik-baik kematian.."

Thursday, August 6, 2009

Tg. Karang yg permai..di Tapak Kajian Padi MARDI..

"Dari jauh, im dtg.."

Wednesday, August 5, 2009

Makluman Program Minggu 3

salam

Berikut adalah aktiviti/ program terdekat :

5/8-Meeting KU 9pm, Pejabat MPP
6/8-Discussion dgn unit koperat UTM, Canselori
7/8-Presentation studio
8/8-Student Ammbassador, Jmputan motivasi KTF, LCCT KL, Joint Workshop of Urban Design (JWUD 09) start..dgn University of Mahasarakham. Thailand
9/8-JWUD 09-Sekitar UTM & JB
10/8-KL Global Outreach, UTM KL
11-12/8-KL Global Outreach, Melaka (Mansor Hotel) & Putrajaya
13-14/8- go to Penang (Hotel 1926)
15/8-Kursus Kahwin (cant attend), go to Taiping & KL (Heritage Hotel) then back to home
16/8-Konvokesyen my brother UKM & back to UTM by evening
17/8-Class as usual

Segala hal ehwal berkaitan Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP akan ditadbir Cik Ikin (Timb. Pengerusi), Student Ambassador by Cik Elda dan International Festival by Cik Moon.

If u have very important think, kawan2 leh contact me directly..

Harap maklum

Musibah melanda..

Salam

Makluman

Buat sementara waktu. Sila hubungi saya dengan email / ym atau berjumpa terus di Pejabat MPP UTM, SUB. Handphone rosak.

Saturday, August 1, 2009

Majlis Perasmian FIESCOPE 09




Salam

Penulis baru pulang dari Majlis Perasmian FIESCOPE 09, K9. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dr. Adham Baba. Penulis menggantikan saudara YDP MPP yang pergi ke KARISMA 09, KTF. TNC turut hadir ke program tadi. Kami dikejutkan dengan bunyi loceng kecemasan semasa menikmati jamuan. Bunyi siren dan jeritan memeranjatkan VIP. Latihan kebakaran yang diadakan langsung tidak dimaklumkan. TNC terus bergegas dari bilik jamuan keluar melihat demonstrasi operasi menyelamat oleh pihak Bomba. Penulis juga turut berkesempatan berbincang dengan YB Dr. mengenai beberapa isu semasa. Majlis bersurai pukul 12.30am.

Terima kasih kepada Abg. Izwan bg pnjam moto