Sunday, November 23, 2008

Aku seorang pemimpin!

Salam..usaha untuk mencari pemimpin baru bukanlah suatu tugas ringan. Pemimpin muda di kalangan sebarangan persatuan atau organisasi ini amat penting dicari dan digilap potensi mereka agar kesinambungan kepimpinan dalam sesebuah organisasi tersebut sentiasa berterusan. Sebenarnya sedar atau tidak kita telah dididik dari kecil sehingga dewasa kini bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai contoh, di rumah, abang atau kakak diamanahkan oleh kedua ibu bapa untuk menjaga adik-adik mereka yang lebih kecil. Kita secara tak langsung belajar bagaimana untuk memimpin. Kepimpinan bukanlah suatu tindakan yang boleh dibelajar dari buku-buku ilmiah di perpustakaan dan bahan bacaan lain, walaupun tidak dinafikan akan sumbangan bahan bacaan dalam membentuk daya kepimpinan seseorang itu. Namun, pengalaman individu tersebut yang terlibat dalam peluang kepimpinan yang lebih banyak mengajar dan mendidik diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. Jika dilihat pada konteks universiti, mereka yang banyak terlibat dalam aktivti persatuan, organisasi, pentadbiran dan sebagainya lebih cemerlang akan akademik berbanding mereka yang hanya menghabiskan pengajian tanpa melibatkan diri dalam sebarang bentuk persatuan. Tidak benar sama sekali jika dikatakan bahawa faktor masa dijadikan penghalang utama. Apa yang penting adalah pengurusan masa. Semua manusia dikurniakan masa yang mencukupi. Cuma selebihnya terpulang pada kita menguruskannya. Kepada meraka yang akan mengikuti sebarang kursus kepimpinan di semua peringkat, saya mengucapkan selamat berkursus. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin. Bukalah minda dan hati kita untuk menghadapi hari-hari muka yang penuh debaran. Jika anda ingin menjadi seorang pemimpin maka berkawan lah dengan pemipin, nescaya mereka akan berikan seribu ilmu, jika anda berkawan dengan golongan pemalas maka mereka akan berikan seribu tohmahan, herdikan dan alasan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen.