Sunday, March 20, 2011

Voice over pertama


Poster Festival Inovasi & Kreativiti UTM


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera


Alhamdulillah, walaupun telah lama tidak menulis di blog PERANCANG ini, sedikit sebanyak segala perkongsian pengalaman, pandangan dan penulisan dikongsi di FB. Selama berkecimpung dalam bidang pengucapan awam, pelbagai pengalaman diperolehi. Bermula sebagai DJ radio sekolah sewaktu menuntut di Sek. Men. Keb. Hillcresrt, Gombak, minat dalam bidang ini terus berkembang. Ketika itu, saya hanya berpeluang menggunakan PA sistem sekolah yang digunakan untuk membuat pengumuman sebagai konti. Apabila diberi kepercayaan menguruskan rancangan sendiri setiap pagi sebelum perhimpuna
n, DJ bertugas mula menyampaikan ucapan dan makluman terkini kepada warga sekolah sambil memasang lagu "terpilih". Lagu dipasang perlu mendapat kebenaran guru penasihat.

Beranjak ke alam pengajian di matrikulasi(KMNS) saya mula mencuba bakat dalam bidang pengacaraan. Sering juga dijemput untuk mengacarakan pelbagai majlis dan program yang dianjurkan oleh rakan dan KMNS. Pada mulanya, saya hanya menganggap kelebihan ini sebagai hobi. Namun segalanya mula berubah apabila menjejak kaki di UTM. Saya mencebur diri secara serius. Berkesempatan juga mempelajari secara formal bersama jurulatih di Pusat Ko Q UTM, En. Syahrin Md. Jamaludin (kini menjawat Setiausaha Politik Menteri Pelajaran). Kagum dengan suara En. Jais Jamil yang lunak, beliau memang dikenali sebagai pengacara UTM yang dihormati. Khidmat beliau sering digunakan hampir setiap
program rasmi universiti termasuklah Majlis Konvokesyen setiap tahun. Beliau turut sempat memberi tunjuk ajar, apabila saya diberi peluang mengacarakan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTM kali ke-44 yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah (Canselor UTM). Itulah kenangan paling tidak dilupakan dalam bidang pengacaraan saya.

Selain diberi peluang mengacarakan pelbagai majlis rasmi UTM sama ada dihadiri oleh Menteri mahupun para pentadbir UTM, pengalaman yang dikutip sukar dicari di dalam bilik kuliah. Pengalaman semasa dilantik menjadi MPM UTM selama 2 tahun menyediakan pelbagai peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai pengacara. Kadang kala turut dijemput menjadi moderator, dan penceramah di sekolah sekitar Johor.

Pengalaman seperti ini menjadikan kita lebih yakin berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat. InsyaAllah segala pengalaman berharga ini digunakan sebaik mungkin.

Terbaru, saya diberi peluang menjadi voice over untuk penyampaian An
ugerah Inovasi UTM sempena Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2011 pada 23-28Mac 2011 ini.

Suasana kerja: Kakak2 di konti, CICT UTM yg sibuk melakukan kerja editing video Anugerah Inovasi sempena Festival Inovasi & Kreativiti UTM

Hj. Bakhri, banyak membantu dalam kerja-kerja voice over pertama saya