Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts
Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts

Sunday, September 27, 2009

Syawal kali 21

Allahamdulillah diberi lagi sekumit peluang untuk terus bernafas di celah ruang yang sempit di dunia ini. Peluang yang harus diguna sebaik mungkin selagi kita digelar sebagai insan. Setiap insan pula pasti ada PenciptaNya. Rugilah si insan tadi jika tidak menggunakan peluang tersebut untuk sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Sekali lagi Ramadhan pergi, sekali lagi Syawal bertemu.

Sudah 21 tahun rupanya aku disini. Di dunia sementara ini. Aku semakin mengerti erti Syawal. Setiap tahun persepsi aku berubah. Sewaktu umur mula mencecah usia awal remaja, Syawal hanya sebuah perayaan. Terlalu kaku pemahaman aku. Pergi solat sunat di pagi hari, balik bersalaman dgn ahli keluarga dan seterusnya aktiviti mengisi perut. Begitulah pemahaman ku. Syawal menjadi malap lagi apabila tahun tertentu aku tidak dapat beraya bersama rakan-rakan ku. Kekadang aku lupa walau serapat mana pun rakan dengan kita, ahli keluarga juga harus diutamakan. Setiap tahun juga aku 'menyusahkan' umiku utk membuat open house bagi mengajak kawan ke rumah walaupun aku tahu masa tersebut keluargaku menghadapi masalah kewangan.

Aku terlupa bahawa kedua orang tuaku hanya inginkan anaknya meluangkan masa bersama. Kini dengan faktor jarak dan kesibukan aku di menara gading, terasa sedikit hubungan kekeluargaan agak jauh. Namun raya kali ke-21 ini mula membuka mata hati ku untuk lebih memahami apa sebenarnya Syawal itu. Dalam teguran Umi yang agak direct itu sebenarnya ada benda yang nak disampaikan yang selama ini aku tak perasan...Tapi alahamdulillah. Dalam proses utk mnjadi seorang yang lebih baik ini, aku lebih mudah untuk memahami isi hati orang tuaku. Kini sesuai dengan umurku, lebih banyak kebebasan diberikan kepada diriku untuk memilih haluan kehidupan sendiri. Dengan sedikit sebanyak nasihat dan teguran secara tak langsung (sehingga tak sedar) selama ini. Maafkanku Umi jika Syawal kali ini membuat Umi terasa.....Maafkanku jika selama ini aku tidak tahu bagaimana ingin luahkan perasaan yang terpendam di dalam jiwa. Semuanya dipendam dan ditelan tanpa dikongsi walau aku tahu kedua orang tuaku sangat mengambil berat akan hal anak-anaknya..

Terima kasih Umi & Abah kerana menemani aku ke rumah keluarga disana..doakan Dikran menjadi anak yang soleh, pemimpin yang amanah dan ayah yang mithali kelak.

Saturday, July 25, 2009

Gambar Lawatan Tapak K. Selangor :)


Bus UTM di sebalik bunga UNISEL..


SATU...er..apa yg satu ek??hahahaha..terima kasih to Pihak Keselamatan UNISEL sbb bg kami wat tour dlm kampus UNISEL


Utamakan Nyawa anda..hee. Lawatan ke Kg. Kuantan tgok klip2. Tapi malang kami gagal merakam kelibat ngn camera digital biasa..merupakan satu kesalahan jika menangkap klip2 keluar dari sungai tu..denda RM1000. TQ to MDKS menaja trip bernilai RM 10 seorang tu..(RM10x30=Rm300)

Kuarters Kerajaan-MKDS..sgt selesa 3bilik tidur. 2tandas. siap set perabot asas. Semalam RM100.

Metro Rancang Konsultan..

Sg. Jeram-Pemandangan Selat Melaka dari sebuah restoran ikan bakar..Subahanallah. Sgt cantik.


Penulis (tengah) menikmati ikan talapia bakar+sotong goreng+kerang bakar..hee ergh perlu sbut ke..hee THANK YOU to Majlis Daerah Kuala Selangor.


Dalam selat ada rumput?


Penulis (tengah) bersama Man (kiri dan Adam (kanan) di Batang Berjuntai.


Home Stay Sg. Sireh..


Bersama tuan rumah Home Stay Sg. Sireh..minum petang

Tak caye aku..makcik kat atas tuh berkebun ngan pakcik..Mcm nih rupa..Cantik..mcm2 tumbuhan die tanam. Selang seli. View die sgt mengagumkan..

Projek timun..nie bukan timun cina (watermelon) tapi timun hok kite make ngan nasik lemok nung..

Hutan Simpan K. Selangor dipisahkan dengan sebuah terusan yg sgt besar dan pnjang. Ingatkan sungai..terusan tersebut digunakan utk kwsn padi kat sana. Teknologi Korea.


Yeah..possing..eh gambor sendiri lagi byk dari gambor site..hee








Thursday, July 23, 2009

Open diary PERANCANG

21&22/7/2009-Program Indahnya Bandarayaku-Student Ambassador (pelawat-400org)

23/7-Bertolak ke Kuala Selangor (KS) utk site visit studio 10pm

24/7-Meeting agensi berkaitan di Shah Alam & KS-lawatan tapak

25/7-Jemputan motivasi KTF-penceramah (ganti by Abg Izwan)
-Pulang ke UTM

27/7-Meeting MPP FAB-Persatuan FAB 9pm di Studio 3SBW

29/7-Meeting Dean FAB-MPP FAB 3pm Blk. Msyrat 1
- Meeting Kebajikan Pelajar Antarabangsa-MPP (JPLP) 9pm Dwn Senat

31/7-FYE 2009 Teluk Gorek (Penceramah)

Sunday, July 19, 2009

Sepetang di Office MPP UTM

makan seme...hee. Cmni lah petang2 di opis. Tak slalu masak. Bila ada barang bawu masak. Kami bukan saje perah otak pkir hal kbjikan mahasiswa, tapi sempat belajar ilmu kekeluargaan..
Yeah!! Roti Telur Im...menu yg paling digilai oleh MPP0809


Bazaiii!!!..Abg Izwan(duduk) paling laju bila mknan siap, Elda & Fatin (kanan), Zaki & Oja (kiri)

Mee goreng Pendi!!..member dari KMNS. Now same2 jadi MPP. Antara penghuni tetap Office MPP termasuk Im...heee. Tmpat tidur, makan, meeting dll...




Thursday, July 16, 2009

Apabila anonymous bagi komen..

Salam
"Anonymous" gelaran bagi mereka yang suka menyembunyikan identiti diri supaya tidak dikenali. Terima kasih kerana sudi membaca entry penulis. Perkara baik itu jelas. Perkara buruk itu juga jelas. Hancurlah dunia jika kita harapkan semua manusia menjadi alim ulamak baru boleh berbicara dan saling menasihati. Agama menyuruh umatnya menyampaikan dakwah. Walau sepotong ayat atau kata-kata. Dakwah bukan sahaja mengenai agama. Tetapi apa jua perkara yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Sama ada dalam tutur kata atau perbuatan kita. Kita mungkin tidak mahir dalam suatu ilmu. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berusaha mempelajarinya. Manusia itu tidak maksum. Sering alpa dan melakukan kesalahan kerana manusia itu INSAN. Insan pula ialah PELUPA. Tidak salah kita saling ingat mengingati. Penulis mengucapkan terima kasih kerana dengan komen anda, insyaallah penulis akan belajar bidang-bidang ilmu lain pula supaya tidak menjadi bodoh dan diperbodohkan. Itu lebih elok dari insan yang tahu akan sesuatu perkara tersebut DOSA tetapi dipejam mata hatinya bagi menafikannya..
"Apabila perkara dosa dikatakan baik, perkara baik dikatakan dosa.."
Salam berfikir..

Tuesday, July 14, 2009

Open diary

13/7/09

  • Tempoh tarikh rayuan kurangkan denda tak pkai helmte dah tamat. So aku kena bayor RM25..dari RM5.
  • Aku dh pakai helmet baru. Lesen motor kemudian..hee. Tq Abg Wan.
  • Perjumpaan ngan Ayah Said. Kena plan utk trip ke Thailand this Nov.
  • Tidur kat office MPP.

14/7/09

  • Kelas Ayah Said cancel..that mean aku takde klas harinih!
  • Nak kuo g BBU ngan Pjoe amik slip akaun Bank Islam (kjap lagi)
  • AbgEman nk amik aku ajok g kuo makan. Die nk g Singapore.
  • Ade date ngan Hamim (xKMNS)
  • Nak wat meeting informal ngan MT International Festival..weh ade 3bulan lagi!
  • PTPTPU nih bila aku nk g bayar?Duit dah ade.

Assignment/ Projek

  • Studio-Laporan Awal Isu masalah & potensi Kuala Selangor+base map site
  • Elektif perbandaran-laporan 3 contoh bandar-senibina lama Melayu
  • Prinsip pengurusan-cipta planning game board
  • Metropolitan-Kaji RMK 5-aspek perancangan luar bandar

Program yang terlibat this semester..

  • Student Ambassador (coming soon)
  • UKM research (in progres)
  • Meeting Biro Inovasi UTM (unknown)
  • International Week (oktober)
  • Perjumpaan tahun 1 SBW (this night)
  • Piala Merdeka FAB-by arkitek (ogos)
  • Futsal Merdeka PEWIBAWA (ogos)
  • Trip subjek Elektif Perbandaran ke Thailand (november)

Buku kena khatam..

  • Membina unggul lelaki by Dr Tuah
  • Draf akhir Laporan Teknikal Community Gated by JPBD
  • Draf manual RTD by JPBD
  • Transfomasi Pembangunan Mahasiswa by TNC UTM

Anda diperhatikan!

Anda diperhatikan!

Salam,

2 patah perkataan yang sering aku terlupa dan alpa. Terlupa kerana aku sedang diperhatikan. Tapi masih membuat kesilapan serupa. Maaf dan ampunkan dosa. Sekadar mengingatkan diri dan rakan lain. AKU dan KAU sedang diperhatikan!

Tuesday, July 7, 2009

Salam

status terkini im

Kenyang baru mkn ngn Pijo, exited tak sabo nk belajo ilmu baru, rindu kat kekawan+family+bakal family, pening nk urus few pgrm, nk berkenalan ngn junior2, terkilan tak dpt join MHS, happy baru past jd MC mlm penghargaan krew MHS, momentum still ok (level Normal), risau hutang PTPTU, tak sabor nk elaun JPA, still de ruang2 mase yg empty (kne isik cpat..)......
tak tau nk tulis pe lagi sbb duk pikir isu2 yg leh dibuat utk project studio..t de mase im post ok!Insyaallah..

Friday, July 3, 2009

hari persaraan Datuk Bandar KL, Yg Bhg Dato' Aimran

Possing depan bilik bos..kot2 satu hari nih masuk situ

Yeah..my bro Abg Zali (xUTM)
Zharif bkal mggntikan tmpat aku LI (dip. UTM semarak)
"nih peta harte karun..moh kite carik same2" kate pejal.

mee guring+meehun jamuan lagi..dey all kate jamuan utk last day..yaallah makan je saje.
Main player..zon utara 3. Abe Zali, Kak pija, Kak ila..thanz to u all








Tuesday, June 30, 2009

Im in de skY








Salam

Let go!!..kite terbang same2 redah langit KL...
Lokasi : Tingkat 29, DBKL menara 1, Jln Raja Laut
Masa : 1300-1400 (sanggup tak rehat)
Tarikh : 30/6/2009
Partner : Afiq









Kembare ujung minggu







Lokasi: The Mines.
Masa: 5pm
Aktivti : Jalan2+makan2 ngan family.
Gambor :
1. Baju baru..kekekeke.
2. Ada bot penambang macam kat Terengganu dalam shopping mall..
3. Cantik UFO dalam mall nih..

Wednesday, June 24, 2009

redo..Laporan LI

Salam..

Akhirnye...latihan praktikal aku akan habis lagi seminggu plus minus (3/7/2009). AKu akan terus balik ke Skudai by next 4hb. Erm..banyak aku belajo kat cni. Kat tingkat 10 menara 1 DBKL. Dulu kecik2 aku tak tau pon DBKL nih pebende..hahaha. Ujung minggu besenye lepak kat dataran merdeka main kat padang tuh time kecik2. Now dah besor..hahah dah jadi orang tue. Biar fizikal yang muda tapi tua pemikirannya.. tak gituh dolah? Aku amik kesempatan selepas selesai menyiapkan report utk disemak dan disign oleh my penyelia..Pn Nor Janah. Pegawai Perancang Bandar. Bekas student UiTM. Sempat juga aku berbual dan berbincang bertukar pendapat mengenai bidang planning nie..

"You best student ke? Saya dapat tahu you best student?" tanya bos.
"Eh takdelah puan, ramai lagi yang pandai dari saya.." jawab aku.

Perbincangan kami berlarutan dengan bersoalkan mengenai kehidupan aku di kampus, pasal planning, mengenai family aku..Sampaikan soalan "awak ada girlfren ke?"...hahaha. Aku terdiam lama dan aku jawab "takde puan..tapi adalah family saya kenal.."hahahaha..kami tergelak.Semuanya aku cerita. Beliau memohon maaf sebab tidak dapat membantu dan memberi perhatian sangat pada aku sepanjang tempoh latihan ini. Maklumlah beliau selalu pergi meeting sana sini. Kebanyakkan Akak Fiza & staf2 lain yang ajar.

Sambil2 dia sbuk menyemak dan meminda laporan aku..die bertanya " awak berminat ke dengan planning nih?"

YES! positive..hahaha.

Agak lama aku duduk dalam bilik dia..hasilnya aku kena REDOOO!! 2kali report tuh..huhuh..now die tngah sign semua borang penilaian dan dokumen tamat latihan aku...

Yeah Sayonara DBKL...kkekeke..nanti kalu aku dtg balik mane ler tau jadi PENGARAH PERANCANG BANDAR ke...or paling tidak DATUK BANDAR je..heehehe. InsyaAllah. Next week my department will make makan2 for me..heee.

Saturday, April 25, 2009

im nk berubah cm kekawan yg len

Salam..

Aku nak berubah. Berubah mcm sahabat yang lain. Berubah supaya menjadi lebih baik, lebih molek, lebih cemerlang, lebih beriman, bertaqwa..tapi aku tak mampu nk berubah seorang diri. Aku perlukan pertolongan sahabat lain yang berada di luar. Tolong la..jangan biarkan diri aku keseorangan meredah kehidupan di dunia yang pasti akan menyesatkan orang seperti ini..aku bayangkan diri ini berada di puncak kecemerlangan..bukan sahaja akademik, bahkan seglanya..aku nak berubah wahai sahabatku... Ada sesiapa yang ingin hulurkan tangannya membantu sahabat mu yang hampir lemas ini? Siapa? Awak? Kamu? Engkau?..Kenapa sukar benar nak cari sahabat seperti itu? Atau aku yang malas berusaha mencari..Walhal mereka berada disekeliling. Aku tak perasan, maaf. Aku tahu...

Aku akan berubah..

"Always berhijrah"

Monday, November 10, 2008

kepada yang berkenaan aje...

wahai sahabat..maafkan aku, jika selama ini, aku melukai anda.
wahai sahabat..maafkan aku, kerana aku tidak menjaga budi bicara.
wahai teman..sudikah anda menjadi temanku seperti sedia kala?
tanpa perasaan sangsi keikhlasan yang terbina.
wahai teman jika tidak, hilanglah lagi seorang insan istimewa.
wahai kawan..masihkah sudi anda bertegur sapa, cukuplah hanya ucapan salam.
wahai kawan..nasihatilah diri ini jika aku alpa!
aku tidak lagi salah erti nilai persahabatan ini..


im berharap masih ada berlapang hati menerima..hanya sebagai SAHABAT.

mari kita mulakan balik seperti sedia kala..semuanya kerana DIA!

SALAM PERSAHABATAN! :]

*psst nasik lemak, fresh orange satu! :] hahaha..nanti kalau OK please send your SMILE to me, if KO please send this :[ to me. Remember no IN BETWEEN!

Saturday, November 1, 2008

4

4
Salam bagimu sekalian sahabatku. Semoga kamu diberkati oleh ALLAH swt. Sepanjang hari. Supaya kamu sentiasa ceria bagi orang-orang yang BERFIKIR! Aku mulakan cerita dengan 4..ya empat, EMPAT, FOUR.

Eh apa benda no 4 nie? Im kamu main no ekor ke? Eh taklah..memandai je buat tasmilan begitu. Nanti biar aku jelaskan. Emm..apa dia ye? Hmm..aku memikir panjang. Angka yang buat aku ternganga mendengarnya! YaAllah adakah dia memahami maksud aku? Maksud apa pulak nie Im? Cuba bagitau terang-terang. Eh aku sendiri tak pasti. Macam mana nak beritahu anda semua. Looo...gitu ler plok. Aku teringat akan pesan En. Ikan..

”Sabar wahai pemuda, lengkapkan dirimu dengan selengkapnya!”

Aku tunduk.

”Wahai pemuda kamu akan berlayar, kena ada ilmu. Nanti boleh tenggelam kapalmu..Sabar. Sediakan diri, kapalmu akan berlayar kelak.”

Aku mengangguk tanda faham.

”Saya 3. Kamu 4!”

Aku telan air liur. Apa maksud dia? Aku tak paham. Otak aku mula menggerakkan sel di dalamnya memikirkan maksud EMPAT.

4 biji donut?
4 bungkus nasi lemak?
4 ringgit?
4 sen?
4 hari lagi?
4 saat ?
4 baby comel?
4 kucing gebu?
Atau
4tahun?

Subahanallah..benarkah apa yang aku dengar? Jika benar maksudnya, maka benarlah! Aku terdiam. Balik petang tadi, persoalan tersebut terus bermain-main dalam minda. Aku nampak angka tu terlompat-lompat, riang agaknya. Tak tahukah hampir sekali lagi air mata pemuda ini berguguran. Mata berair, aku cover beb, malu ditengok orang. Dah normalnya begitu, pemuda macam aku ni tak pandai nak tunjukkan perasaan. Sampai ke meja study aku memikirkan. Itulah buat aku terkejut lagi. Kena heart attack kat tempat tuh baru tahu..hahahaha, kan dah susah kena call ambulans, nauzubillah. Rasanya aku paham...Tapi aku nak bagitahu bukan empat sebanarnya, tapi 2.5 lagi! hahahaha..Sendiri paham lah. Salah kira tuh. Cuba kira betul-betul, guna calculator tuh. Aku tersenyum menulis posting ni. Teringat pesan En Ikan dan rakannya di tasik. Terima kasih alam. Allahmdulillah..


Penulisan diakhiri dengan iringan lagu Suara Firdaus, Menuju Wawasan..

”Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam..jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh..kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata..umat Islam sentiasa boleh..”

Ayat yang sentiasa diulang setiap malam di sekolah teknik dahulu..akhirnya aku dah jumpa lagu asalnya..Terima kasih. Aku teringat kenangan aku tidur di atas katil double deck di asrama dulu..Jauh. Memang jauh TARGET ku..setinggi 4.00!

Aku suka HIJAU


Seindah ALAM

Aku suka HIJAU!..sALAM semua rerakan..eh de ke rerakan?hahaha..apo khbar?eh mesti ler sihat. Confirm. Ubat untuk tak sakit-YAKIN diri tak sakit. Cuba anda kata setiap masa, aku tak sihat la, pening la, itu la ini la, banyak pulok cekodok kamu ye?..betul sebenarnya tak payah ubat doktor pun kalu kite sakit, ofcos la itu one of the way kne usaha. Tapi ubat paling mujarab ada pada diri. Yep..MINDA kita. Subahanallah..Selama ini aku tak pernah tau pun berape power nye minda ni kan. Terapi minda gitu. OK balik semula kisah HIJAU kita hari nie..pAGI Ni ntoh kenapa aku boleh pergi berjogging! Yep berjogging..dengan junior2 cosmate. Eh bila plok aku minat bab2 sukan nie. Memang tak bape minat. Ntoh kenapa aku bersemangat pagi nih. Junior aku datang kejut subuh dan ajak nak jogging. eH pekene kamu ni? Eh ok je :) Aku menyelusuri jalan di pusat kesihatan terus ke kolej 12. Jogging la, takkan nek moto plok! kamu nie..Sekeliling aku berdiri deretan kemas pokok2 mennggamit pemandangan. Subahanallah cantik. Dengan samar2 kelam2, kabus, sinar sang mentari yang baru bangkit. Memang cantik. Padahal aku bukan tak pernah tengok pokok?hahaha. Tapi kali nie..ntoh la..Semua HIJAU. Hati aku sejuk, damai, tenang. Dan selepas bersarapan (tak makan, nasik lemak basi) aku pun balik bersiap untuk ke kelas. Dan sekali lagi aku pilih baju hijau berdaun kegemaran aku. Baju ni aku beli kat big bundle kat jb dulu. Baju rm5! hahaha..Cantik kan? Anda macam mana? Warna menggambarkan mood seseorang pada hari itu. Dengan warna juga kita dapat ceriakan orang. Dengan warna juga kita dapat sedihkan orang..Aku tujukan posting kali ini untuk mereka yang suka warna HIJAU, untuk pokok disekeliling aku, untuk rumput yg menjalar di bumi. Dan untuk anda di MERANTI yg memakai baju HIJAU..SaLam Bahagia buat anda!

Semoga ALLAH mengekalkan RAHMATnya yg tidak putus2 bagi orang2 BERFIKIR..

"TENGOK ALAM SEKELILING ANDA & BELAJAR!!"

Thursday, October 30, 2008

IM MENANGIS.....

IM MENANGIS………



Semalam aku menagis kerana wanita. Seingat aku, pernah beberapa kali aku menangis kerana wanita. Sejak aku mula kenal ABC di tadika, aku dibuli juga oleh seorang wanita, nenek dan umi jadi heroku!..Aku juga pernah menangis kerana wanita, tetapi di atas tikar sujud ku, di bilik keseorangan ,di asrama dan pada malam kesunyian. Kekeliruan aku terhadap perasaan memuncak. Aku lepaskan dengan air mata semalam. Tidak semena-mena, aku tidak paham?. Kenapa orang seperti aku, bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha untuk berasa berkeyakinan tinggi, akhirnya jatuh hanya kerana wanita?. Keegoan aku sebagai seorang lelaki terus terpadam hanya kerana seorang wanita. Aku menangis kerana terkesan akan tanggungjawab ku kelak. Terkesan kerana kesilapan aku meluahkan perasaan pada bukan haknya. Kesilapan aku tidak mengikut syariat. Semalam aku menangis teresak-esak. Terbaring sambil handphone di melekat di telinga, tidak sanggup aku nak mendengar..Sayu..Sedih..Mendukacitakan!

Terharu akan pengorbanan seorang insan bernama muslimah di utara. Walau sejauh utara selatan, tapi aku dapat rasa kekesalan seorang insan kerana mengenali aku semasa zaman sepengajian menuntut ilmu. Mungkin di dalam hatinya mengapa aku dipertemu oleh manusia seperti aku? Tak tahukah aku menyimpan impian begitu tinggi terhadapnya? Kenapa lelaki ini tak menghargai dasar persahabatan yang terjalin sejak zaman pengajian lalu? Aku berkasih sayang kerana MU YaAllah.. Aku bina ukhwah kerana ingin membina masjid di masa depan..Masjid yang indah dari masjid kristal di Pulau Wan Man. Tapi kenapa kamu tidak hargainya...Hah? Aku tidak hargainya?Ya MENGHARGAI wahai pemuda..barangkali itulah yang dipendamkan oleh seorang wanita, sehingga pada malam semalam diluahkan sepuasnya. Selama 1jam18minit44saat! Masa yang lama. Aku tak sedar berapa lama aku menangis. Aku menangis kerana takut padaNYA, malu pada kedua orang tuanya, adik beradik yang semuanya mengenali aku, orang kampungnya, rakan-rakan sepengajian yang menyokong hubungan ukhwah kami..Aku menangis kerana malu pada dirinya! Pada seorang wanita yang baik akhlaknya! Baik budi bicaranya!...aku menarik nafas. Suara aku tersekat-sekat, pipi aku hampir kering dan kemudian dibasahi semula oleh air mata. Antara dengar dan tidak. Aku tak dapat fikirkan secara rasional lagi. Mana pergi kata-kata motivasi yang jadi perangsang aku selama ini? Mana dia keyakinan yang aku bina, dari buku-buku motivasi yang aku baca? Yang selama ini aku rasa diriku sangat HEBAT!!. Yang selama ini aku sangka aku KUAT SEMANGAT!!. Mampu memberi nasihat apabila mereka ditimpa masalah. Aku dijadikan tempat bergantung. Tidak, aku tak HEBAT..Mana mungkin orang yang hebat, tersungkur menangis kerana wanita?

”wahai pemuda kamu pergilah kepadanya, tidak perlu saya menyimpan impian yang tidak nyata, saya redha. Saya pasrah, kamu bukan dipilih untuk saya..”

Sepatah perkataan aku tak menjawab, aku diam, dan biarkan air mata aku laju mengalir di muka. Semua gara-gara AKU!!. Aku tak reti nak uruskan perasaan CINTA. Hanya sejak kebelakangan ini, aku mula mencari panduan kembali, aku dengar ceramah-ceramah di pusat pengajian aku, aku mencari buku-buku di perpustakaan, aku beli buku berkaitan perasaan ini. Semuanya gara-gara aku TAK PANDAI uruskan perasaan.
Mudah sangat membiarkan orang lain menghidu perasaan aku. Tanpa aku luahkan. Kadang-kadang dengan bual bicara atau tingkah laku aku sendiri..Aku terus menangis..

”Wahai pemuda kamu menyuruh aku menjaga segala perkara, tapi kamu?”

Aku menangis lagi..

”Wahai pemuda jika kamu sudah berasa serasi padanya, apa kamu tunggukan..”

Aku masih berdiamkan diri. Kunci mulut.

Cukup wahai muslimah!! Kenapa kamu meluahkan hal-hal begini di saat aku akan berjuang di dewan peperiksaan? Di saat aku membaca coretan nota mentelaah untuk kejayaan masa depan? Emosi aku jadi tidak stabil. Hilang hafalan segala akta perancangan bandar yang dibaca tadi. Aku terfikir, ah apa sangat aku diganggu malam ini.. hanya sedikit masa yang dimahukan oleh dia untuk mendapatkan kepastian. Apa salahnya. Sebentar saja. Tidak mengapa, aku izinkan. Nah!..Dan hasilnya aku MENANGIS!

Di sebut namaku di hujung talian, memujukku supaya bertenang. Basahan air mata di pipi sudah kekeringan. Beliau memujukku supaya aku meluahkan perasaan ini pada penggantinya..TIDAK! Tidak mungkin. Aku akan teruskan pendam, sehingga aku berjumpa dengan orang benar2 berhak. Aku berjanji pada diriku,

AKU MAHU BERUBAH
AKU MAHU BERJAYA
AKU MAHU BERJASA terlebih dahulu..

AKHIRNYA kekuatan diri menjelma! Entah semena-mena hidayah dariNYA, menguatkan kembali semangat aku..aku tergelak. Dia tergelak.

Dan aku mohon untuk menulis di blok ini.

Sebagai tanda aku memohon maaf ke atas semua muslimah di luar sana.

Sebagai pengajaran kepada semua pemuda yang tidak pandai menguruskan perasaan yang dikurniakan olehNYA.

Kipas ligat memusing, daun pintu balkoni terbuka luas seperti ingin biarkan tangisan seorang lelaki didengari oleh langit malam itu.

Perbualan tamat.

Aku ambil wudhuk, sujud mencari ketenangan dan kekuatan diri..dalam diam, berdoa supaya dipertemukan dengan mereka yang betul memahami diri ini, dipermudahkan cara yang halal, supaya menutup segala ruang-ruang fitnah dan hasutan musuh yang terselindung mahupun nyata.

Nota dibuka, mentelaah kembali.

Penulis,
DARI CATATAN REMAJA2,
11.50am, Khamis, 30/10/08
Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM.

Sunday, October 26, 2008

belajar memberi dan menerima..


nurnasuha bt alwi dan adiknya di pesisir sg manir, terengganu.

sAlam semua sahabat handai, kekawan, all reader..etc..hahaha..sihat?mestilakan.kalau tak sihat boleh plok bukak blog ni.Allahamdulillah. Pagi ni aku ambil peluang selepas breakfast di arked utk posting cerita2 terbaru yang berlaku di sekeliling penulis/aku/saya..(saja letak pelbagai ganti nama diri) ada yg tegur, katanya im ni tak konsisten kejap pakai aku, pastu penulis, eh mcam2..ala sapa lagi?tuh yang tersenyum memanjang..:) hahaha. So semalam aku belajar beberapa perkara. One of that MEMBERI DAN MENERIMA.

Orang beri kita amik. KIta beri orang amik. Kan?betul tak?angguk la..hah cmtuh..so apa yg kita boleh belajar dari statement ni? Sebenanya kita kena belajar dan cuba memahami cmne nak menghargai hidup ni. Saya bagi contoh, org sayang pada kita, dia ambil berat makan minum, tanya khabar, sakit pening..so kita pon respond balik. Timba balas. Manusia ini ada satu perkara yang susah nak difahami, sentiasa dahagakan perhatian. I mean dalam konteks yg sihat lagi baik! bukan perhatian dengan mendedahkan aurat dll. sendiri paham. Memahami konsep kasih sayang yg sebenar membuat kita menghargai setiap insan di sekeliling kita. Nie tidak kita selalu sempitkan pandangan kita bahawa bila sebut sahaja kasih sayang, tak lain. COUPLE100! buka minda, buka hati.

semalam aku juga memahami apa itu memaafkan org lain, alah sesetengah org kata MENGHARGAI, BERkASIH SAYANG, BERMAAFAN nie dari sekolah rendah dah belajar. Tapi bila kita lalui hidup ni baru kita paham, apa maksud sebenarnya..saya nak ambil kesempatan kat sini nak ucapkan terima kasih pada SAHABAT di UUM, cik NurNasuha bt Alwi. Suha memang banyak memahami the real of friendship!

Tuesday, October 14, 2008

catatan perancang1


salam sejahtera buat anda semua.,di bawah ini beberapa perkara atau peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku..cewah.. suspen je..selamat membaca! (tak disusun, mana ingat penulis tulis).

1.petang2 kat sni slalu ujan lebat lagi
effect, sedap tidur pada waktu petang..heheh

2.puasa6 baru 2/6
kesian pada cik shahidah (ko q) tak leh pose sebab low pressure darah.

3.jumpa kucin mati kene lenyek
tak sanggup nak tgok, skli pandang je..cian

4.talk from prof tamu, pasal tekno nano dlm planning
my lecturer argue psl statment olh speaker pasal green house-nano.tingglkan blik seminar.

5.arrangment all thing about studio, subjek
eveything..penulis kena uruskan.walau ada pihak yang bertanggjwb.

6.marahkan ahli group
sebab tak bagi komitmen dlm assigmnent.tak tau tgjwb-dah dinsihatkan, tapi setiap sem tak ubah2. dah berbuih. better wat kerje sorang dari group.

7.hantar doc perjanjian jpa.dekat 3jam!
paling best sampai turn penulis nak serahkan doc, pegawai jpa nak pergi makan..aiseh..sebab orang len q. if not dah ciap. kite punya ler jadi angel taknak q, org ske2 ati potong. tapi aku ykin dgn agamaku supaya bersabor dan jge hak orang lain!cik syumito tak smpai 2jam.padahal dtg sme.

8.cik nurul pinjamkan note koq..
sehingga artikel ni diipost penulis baru baca 1/4, sok test ko q! :P

9.mesej cik shahidah.
berta'aruf-periang

10.cik nurnasuha call
pasal freindster

11. time type no 11 ni penulis terbau
nasik lemak..emm2.sebab penulis online kat cafe kolej

12.taiping
lawatan urban design ngn ayah said 3h3m this friday, miss program sakinah (kem pembgnan keluarga) elok ler orang yang nak bernikah cm penulis ni..

13.diajak masuk jkm sesi baru
tak pasti lagi..maybe dicalonkan
a.mpp
b.pewibawa

14. ujan still tak berenti
smpai no 14 ni pun ujan tak stop lagi..huhuhuh.ujan nikmat nie :P

Tuesday, October 7, 2008

perancangan bandar profesional?

salam buat teman sekalian dunia..
still HEBAT? still MANTAP? still BAGUS? kalau gitu teruskan..yang masih tak berapa nak hebat,mantap,bagus..masih ada ruang untuk perbaiki diri. Kalau taknak ubah duk diam2 jangan kacau orang lain nak berjaya. Sibuk je ajak orang lain ikut sama tak cemerlang macam dia..
eh peracang bandar ni golongan profesional ke?yeke nie?
musykil lah!iye..bila akta yang dipinda pada tahun2005 tak silap, perancang bandar diiktiraf sebagai suatu golongan profesional setaraf dengan jurutera, arkitek, doktor dll.
buktinya?tuh pertubuhan berkaitan perancanagan bandar seperti malaysian institute of planner (mip) dan of course agensi kerajaan seperti jabatan perancangan bandar dan wilayah semenanjung malaysia..pertubuhan dan agensi ini lah yang bertanggungjawb memantau hal2 berkaitan planning.
lagipun universiti yang menawarkan kursus ini (utm,uitm,usm dan uia) diperiksa pihak bertanggungjwab agar kualiti disiplin ilmu ini dapat menhasilkan mereka yang betul2 profesional.
tapi bila jenguk balik..aiseh..profesional?cuba tengok rakan sekuliah?alahai..kalau setakat buat assignment 2bulan dalam masa 2hari tuh profesional ke?kalau setakat cut paste tuh profesional ke?cincai je.kalau rojak sedap gak makan. kalau kita masih nak tunggu orang lain buat untuk kita, penulis nasihat tak osah mimpi ler nak jadi townplanner class gitu..cakap boleh..tapi pelaksanaan?jauh benar.
So kesimpulannya what ever disiplin ilmu kita belajar sentiasa ingat bahawa semua itu amanah!AMANAH kepada kita sebagai khalifah dunia...buat sebaik mungkin, secemerlang mungkin!..jangan cepat melatah, marah itu ini. berhenti sebentar berfikir guna akal bukan ikut perasaan..akhir kata, "teropong diri teropong hati".