Wednesday, July 29, 2009

Makin merisaukan..

Salam.
Wabak H1N1..adakah kita patut takut dan risau? atau teruskan hidup sepeti biasa. Anggap saja h1n1 itu hanya seperti demam biasa. Pensyarah memulakan kelas dengan lawaknya bersahaja. Tapi penuh makna jika difikir. Dibawa kami untuk berfikir bersama, apakah yang wajar dilakukan oleh kita selaku manusia yang tidak terdaya dan berkuasa bagi mengelak wabak penyakit seperti h1n1 ini. Dipertikaikan oleh pensyarah tersebut sejauh mana ketelusan pihak bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan perkembangan mengenai statistik yang dikeluarkan. Kemungkinan bagi mengelak perasaan panik, cemas dan ketidaktentuan di kalangan sesuatu komuniti, adalah wajar pihak berkenaan tidak menghebahkan jumlah sebenar mangsa wabak berkenaan. Dari pemerhatian kasar penulis sepanjang sebulan pengajian semester ini bermula, symptom2 yang terpampang di banner jelas, terang dan nyata disenaraikan oleh pihak berkenaan bagi memberi peringatan kepada warga kampus. Malah boleh dikatakan hampir setiap bilik, ruang, atau tempat awam lain, kita pasti melihat ada yang demam, selsema dan batuk! Hampir setiap kawasan..lihat saja di kalangan rakan2 anda. Adakah mereka demam secara kebetulan? Dari pengalaman rakan2 yang mendapatkan rawatan, mereka yang mengunjungi pst kesihatan juga makin bertambah mencecah ratusan orang setiap hari. Penulis tidak pasti apakah prosedur yang digunapakai oleh pst kshatan di semua pengajian tinggi. Adakah hanya semata-mata kuarantin? Atau menasihatkan pesakit utk pulang kg. halaman (bergaul pula dengan komuniti di tempat tinggal) Sesetengah kes, pesakit diminta datang semula membuat pemeriksaan selepas beberapa hari jika masih tidak pulih. Adalah tidak wajar perkara ini hanya dipertanggungjawabkan kepada pst kesihatan di kampus semata2. Tetapi sebaliknya semua pihak di dalam kampus perlu mengambil berat akan kebersihan diri masing2. (walaupun wabak ini berada ditahap tidak terkawal). Teruskan berdoa, dan mohon perlindungan dari ALLAH swt.
Hanya sekadar pendapat..

Just short remind..

Salam
Dimasa yang singkat ini. Mari kita amik kesempatan utk saling ingat mengingati each other ok. Tak kira lah dalam apa jua pekerjaan kita buat seharian. We always need the mirror that is our friends..So why not from beginning we start to find that person who has good in sahsiah, altitude n the way of thinking??

Sunday, July 26, 2009

Apabila motivator diuji akan apa yang telah diperkatakan..

Salam.
Subahanallah..Allah Maha Besar. Aku diuji tahap kesabaran dan ketenangan dari malam semalam. Sehingga tak lena dibuat. Berat sungguh amanah tersebut. Melibatkan sebuah jumlah wang yang sangat besar. Selepas seketika pulang dari site visit baru aku teringat..kat mana aku letak duit tuh??Aku mula rasa tertekan..Cuba mengingati kembali hari terakhir aku melihat sampul putih tersebut. Adakah aku bagi kepada org lain semasa ketiadaan aku di kampus? Atau duit tersebut telah tercicir dan hilang!!..Resah. Aku terlelap tanpa lena. Memikirkan ketidaksempurnaan amanah yang telah diberikan oleh pihak universiti. Bangun pagi selesai Solat Subuh, aku berdoa supaya dipertemukan kembali sampul tersebut. Pulang semula ke bilik mencari mungkin aku tertinggal di dalam beg lain semasa kelam kabut utk ke site beberapa hari lalu. Tiada. Allah..Masa tuh otak mula mengira berapa jumlah yang aku perlu gantikan kembali. Calculator ditekan. Ribu!!. Allah..Pening. Aku tarik nafas, hembus. Tenang. Alahamdulillah sedikit sebanyak pembacaan motivasi aku membantu supaya lebih bertenang mengahadapi ujian dan dugaan dengan izinNya. Aku kembali ke pejabat. Usaha mencari diteruskan dalam laci dan beg aku yang lain. Hampa. Tiada sebarang kelibat sampul putih. Dalam hati ingin mohon bantuan rakan seperjuangan lain. Hati besar mula rasa sedih dan hampir menangis memikirkannya. Tetapi hati kecil aku masih berbisik "sabar..teruskan mencari dan mohonlah pada TuhanMu". Dalam hati aku membaca doa memohon petunjuk. Tak semena-mena aku masuk ke sebuah bilik lalu ke sebuah rak kertas. Sampul putih dan berlipat. Aku dah jumpa!! Allahamdulillah..aku sujud syukur. Rupanya rakan seperjuangan aku telah "menyimpan" di rak tersebut dan menanda dengan pembaris yang terkeluar bagi menarik perhatian jika aku teringat. YaAllah..cuainya aku..Makin pelupa aku. Subahanallah. Allah SWT akan uji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Maka mohonlah kepadaNya petunjuk agar kita lebih sabar menghadapi apa jua ujian dan dugaan.

Komentar rakan sebloger..

"31. Lihatlah di IPTA, gadis-gadis mula memakai jeans ketat dan menjadi budaya. Bermula dari terikut-ikut dengan kawan, menjadi budaya. Dan tidak mustahil menjadi ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan. Saya tidak hairan jika di UTM, lebih 50% seluar jeans ketat dan baju ketat melekat di batang tubuh bergelar wanita! Dan hanya 5% gadis berjubah dan bertudung litup, selebihnya bagai lalang, sekejap ketat, sekejap longgar. Inilah bahana konsumerisme acuan yahudi, ia menyerang umat. Rupanya kita sekarang sedang menikmati kehancuran akhlak. Na`uzubillah" -http://hafizhilmi89.blogspot.com/-
Dari Perancang..
Salam..penulis juga sependapat dengan penulis tersebut. Sudah lama penulis memendamkan perasaan apabila melihat budaya pakaian dikalangan mahasiswa. Sedikit sebanyak penulisan seperti ini mengingatkan juga penulis supaya tidak melakukan perkara sama. Pelik tapi benar. Penulis sedang bertanya dengan diri dimanakah maruah mahasiswa kita sekarang sebenarnya atau apakah peringkat kita sekarang. Mudah sangat untuk menunjukkan aurat di mana sahaja, kolej, kelas, padang, cafe dll..Jika dahulu kita boleh bertudung, sekarang memakai skaf kononnya panas. Jika dahulu pakaian labuh, sekarang londeh depan belakang. Jika dahulu lengan sudah tidak tertutup kini makin berani melondehkan baju sehingga nampak bahu...begitu lah mahasiswa kita dinihari. Benar masih wujud mereka yang berusaha menjaga auratnya. Tapi berapa ramai?? Dikalangan rakan sekelas..sekuliah..Barangkali boleh dikira dengan jari. Memakai tudung menjadi suatu seksaan kerana panas. Sedangkan kita lupa panas di hari kemudian! Kita lebih gemar memakai seluar pendek ketika bermain bola, sedangkan seluar panjang ada terlipat dalam almari. Begitulah kita pada hari ini. Seriusnya isu moraliti dan sosial di kalangan mahasiswa boleh dinilai dengan budaya pemakaian yang kita lihat hari ini. Berapa ramai mahasiswa kita takut disaman oleh security kerana melanggar kod etika pemakaian universiti sedangkan kita lupa akan KOD ETIKA PEMAKAIAN yg ditetapkan ALLAH SWT?
Adalah tidak wajar jika penulis tidak kemukakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut..Cadangan penulis ialah mendapatkan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej dan pensyarah dalam usaha kita mendidik mahasiswa yang sebenarnya masih perlu diasuh. Kuat kuasakan kembali Kod Etika Pemakaian sedia ada. Larang penggunaan seluar pendek di kawasan awam seperti cafe. Pensyarah pula perlu bertindak tegas termasuk menghalang pelajar yang memakai pakaian terlalu ketat dari memasuki kuliah. Jika anda mengatakan itu hak peribadi, bagaimana pula hak org disekeliling yang terganggu dengan pemandangan jelik tersebut?? Perlu diingatkan juga walau dimana kita berada, sama ada di studio, kelas malam dll..aurat kita tetap wajib dijaga. Wallahualam.

Saturday, July 25, 2009

Gambar Lawatan Tapak K. Selangor :)


Bus UTM di sebalik bunga UNISEL..


SATU...er..apa yg satu ek??hahahaha..terima kasih to Pihak Keselamatan UNISEL sbb bg kami wat tour dlm kampus UNISEL


Utamakan Nyawa anda..hee. Lawatan ke Kg. Kuantan tgok klip2. Tapi malang kami gagal merakam kelibat ngn camera digital biasa..merupakan satu kesalahan jika menangkap klip2 keluar dari sungai tu..denda RM1000. TQ to MDKS menaja trip bernilai RM 10 seorang tu..(RM10x30=Rm300)

Kuarters Kerajaan-MKDS..sgt selesa 3bilik tidur. 2tandas. siap set perabot asas. Semalam RM100.

Metro Rancang Konsultan..

Sg. Jeram-Pemandangan Selat Melaka dari sebuah restoran ikan bakar..Subahanallah. Sgt cantik.


Penulis (tengah) menikmati ikan talapia bakar+sotong goreng+kerang bakar..hee ergh perlu sbut ke..hee THANK YOU to Majlis Daerah Kuala Selangor.


Dalam selat ada rumput?


Penulis (tengah) bersama Man (kiri dan Adam (kanan) di Batang Berjuntai.


Home Stay Sg. Sireh..


Bersama tuan rumah Home Stay Sg. Sireh..minum petang

Tak caye aku..makcik kat atas tuh berkebun ngan pakcik..Mcm nih rupa..Cantik..mcm2 tumbuhan die tanam. Selang seli. View die sgt mengagumkan..

Projek timun..nie bukan timun cina (watermelon) tapi timun hok kite make ngan nasik lemok nung..

Hutan Simpan K. Selangor dipisahkan dengan sebuah terusan yg sgt besar dan pnjang. Ingatkan sungai..terusan tersebut digunakan utk kwsn padi kat sana. Teknologi Korea.


Yeah..possing..eh gambor sendiri lagi byk dari gambor site..hee








Lawatan Tapak Kuala Selangor

Pada 23/7/2009, kami seramai 27 telah melawat Daerah Kuala Selangor yang merupakan sebahagian daripada tugasan studio para pelajar tahun 3 kali ini. Tujuan lawatan ini adalah melakukan pemerhatian awal untuk menyediakan laporan Rancangan Tempatan Daerah 2009-2025 sebelum melakukan analisis pada lawatan berikutnya. Lawatan ini mendapat kerjasama yang amat baik dan memberansangkan dari pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang membantu menjayakan program tersebut. Berikut adalah kronologi lawatan tersebut.
23/7/2009
2200 Bertolak dari UTM
0400 Tiba di Masjid Kuala Selangor (persiapan diri, rehat, Subuh)
24/7/2009
0800 Breakfast di Pekan KS
0900 Taklimat MDKS
1100 Check in ke Kuarters Kerajaan MDKS
1230 Bersiap ke Masjid Tg. Karang (Solat Jumaat)
1400 Lunch di Tg. Karang
1500 Lawatan Home Stay di Sg. Sireh
1800 Jamuan MDKS-Ikan Bakar Sg. Jeram (Ditaja sepenuhnya oleh MDKS)
2000 Lawatan ke Kg. Kuantan-Klip2
2200 Pulang ke Kuarters MDKS
25/7/2009
0800 Breakfast di KS
1000 Lawatan ke Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya)
1100 Lawatan sekitar UNISEL
1200 Lawatan ke Pekan Ijok
1300 Pulang ke UTM dari Shah Alam
1800 Tiba di UTM
Saya mewakili semua pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam lawatan ini terutamanya PM Dr. Hamid Saad sebagai penasihat, pihak MDKS yang mengiringi kami sepanjang lawatan, penduduk Kg. Sireh dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

Thursday, July 23, 2009

Abang nk g oustation nie..jage rumah ok.

salam

huhuh..igtkan bus dtg kol 9 pm..pergilah balik rushing2 kemas beg time tuh kol 8pm..then dh siap sume. Smpai bus stop, kol kawan, die kate kol 9pm tuh di KDSE (blok prempuan)..laaa...ergh..mental betul mase tuh. Mase tggu tuh, cek2 camera plak hilang. Selongkar ler beg time gelap2 tuh. Patah balik g opis check. Smpai bus stop call kawan, dia kate bertolak kol 10pm sebenrnya...erghhh!!!Dan paling mental...camera memang ada dlm beg aku!hahahahha...

Semua itu ujian ALLAH kita perlu banyak bersabar..

Open diary PERANCANG

21&22/7/2009-Program Indahnya Bandarayaku-Student Ambassador (pelawat-400org)

23/7-Bertolak ke Kuala Selangor (KS) utk site visit studio 10pm

24/7-Meeting agensi berkaitan di Shah Alam & KS-lawatan tapak

25/7-Jemputan motivasi KTF-penceramah (ganti by Abg Izwan)
-Pulang ke UTM

27/7-Meeting MPP FAB-Persatuan FAB 9pm di Studio 3SBW

29/7-Meeting Dean FAB-MPP FAB 3pm Blk. Msyrat 1
- Meeting Kebajikan Pelajar Antarabangsa-MPP (JPLP) 9pm Dwn Senat

31/7-FYE 2009 Teluk Gorek (Penceramah)

2 lagi kampus ditutup-H1N1

Salam dan sejahtera.
Batuk, selsema, demam..antara symptom H1N1. Terpampang di dada akhbar utama, apabila 2buah lagi IPTA iaitu UiTM Seri Iskandar & Seberang Prai telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan. Nampaknya wabak ini mula merebak ke dalam institusi pengajian tinggi yang menempatkan beribu-ribu pelajar. Mohon pihak terbabit supaya terus meningkatkan kempen kesedaran dan berusaha mencari suatu mekanisma yang terbaik bagi mengekang merebaknya wabak tersebut di dalam kampus. Pihak kesihatan di setiap IPTA perlu meningkatkan kerjasama dengan pihak kementerian dalam memaklumkan perkembangan wabak tersebut di kampus masing. Penulis kehairanan bagaiamana mereka yang telah diisytiharkan status sebagi 'disyaki' tidak dikuarantin di tempat khas. Sebaliknya mahasiswa tersebut masih boleh keluar pergi ke tempat awam seperti kelas, berjumpa kawan dan sebagainya kerana keingkaran suspek untuk mengikuti nasihat pihak kesihatan kampus. Adalah wajar diwujudkan sebuah tempat kediaman khas bagi mengasingkan mereka disyaki tersebut untuk tinggal sementara dan disediakan dengan kemudahan yang mencukupi seperti di blok tertentu kolej kediaman pelajar. Ini kerana penulis berpendapat tidak cukup hanya mengeluarkan arahan supaya suspek pulang ke rumah masing-masing sepanjang kuarantin. Bagaimana pula mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut? Apakah tindakan pihak pentadbiran kampus? Bagaimana pula dengan pelajar tersebut tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman yang terletak jauh dari kampus seperti Sabah dan Sarawak? Selain itu, penulis juga memohon agar semua mahasiswa yang mempunyai simptom wabak tersebut agar terus ke pusat kesihatan kampus selain mematuhi segala arahan yang diberikan.
Noor Aimran B Samsudin
Pengerusi
Jab. Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809

Wednesday, July 22, 2009

Student Ambassador kembali!!!

Pada 20&21/7/2009 Sempena Program Indahnya Bandarayaku 2009, lebih 400 pelajar dari pelbagai sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara telah melawat ke UTM, Skudai. Lawatan tersebut telah dibahagikan kepada 2 sesi. Kumpulan A (pagi) & Kumpulan B (petang). Peranan Student Ambassador (dari Unit Pemasaran) pada kali ini ialah menjadi pemandu pelancong kepada kumpulan pelajar tersebut. Kami di pihak Student Ambassador menyediakan wakil di dalam setiap bas bagi menerangkan keunikan UTM sepanjang perjalanan tersebut. Program kali ini mendapat kerjasama dari pihak MPP, Kelab Kerjaya UTM, Ahli JKM KTF UTM dan Pihak Keselamatan UTM. Saya selaku wakil MPP dan juga wakil Student Ambassador UTM 2009 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan ilmiah sempena program Indahnya Bandarayaku 2009.
Student Ambassador
"Khidmat komuniti kampus"

Monday, July 20, 2009

Harga tiket naik lagi..

Salam
Ada beberapa isu yang menarik perhatian penulis antaranya isu kenaikan tambang bas. Pelbagai hujah dikemukakan oleh pihak yang bersetuju kenaikan tambang. Begitu juga di pihak yang tidak mampu untuk naik kereta besar seperti pihak yang bersetuju tersebut. Semuanya berbalas hujah adakah wajar atau tidak tambang dinaikkan. Pihak pengguna merasakan tidak wajar jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan yang disediakan. Tidak memuaskan. Harga dan kualiti perkhidmatan masih tidak selari. Satu berjalan. Satu berlari. Harga terus menghisap darah di tengkuk. Perkhidmatan pula di takuk bertatih. Adalah wajar pihak yang bersetuju menaikkan tambang tersebut terlebih dahulu naik pengangkutan awam bersama-sama rakyat pergi kerja, sekolah, universiti, pasar dan sebagainya. Penulis, memohon kerajaan mempertimbangkan potongan harga kepada para pelajar dan mahasiswa kerana tidak semua dari kami berkenderaan dan berada!

Sunday, July 19, 2009

Sepetang di Office MPP UTM

makan seme...hee. Cmni lah petang2 di opis. Tak slalu masak. Bila ada barang bawu masak. Kami bukan saje perah otak pkir hal kbjikan mahasiswa, tapi sempat belajar ilmu kekeluargaan..
Yeah!! Roti Telur Im...menu yg paling digilai oleh MPP0809


Bazaiii!!!..Abg Izwan(duduk) paling laju bila mknan siap, Elda & Fatin (kanan), Zaki & Oja (kiri)

Mee goreng Pendi!!..member dari KMNS. Now same2 jadi MPP. Antara penghuni tetap Office MPP termasuk Im...heee. Tmpat tidur, makan, meeting dll...




Blog building conservation

Banyak lagi pelan dan artikel dari journal penulis blog tersebut boleh dijadikan rujukan utk student planning.








Salam

Anda berminat dlm conservation? Urban design dll? boleh singgah kat http://buildingconservation.blogspot.com/ banyak fakta dan gambar bangunan dlm negara n luar negara.
I Give 5*!!!












SUKAM 09

Program : Majlis Perasmian SUKAM 2009

Tempat : Padang Kawad UTM

Tarikh : 19/7/2009

Masa : 9.00pm

Anjuran : Kolej Rahman Putra

Wartawan : Aimran

MPP UTM 0809 support SUKAM!!

Thursday, July 16, 2009

Apabila pak guard nok gocoh ngan student?

Salam
Gocoh (tak sure ejaan nie)..atau bergaduh. Konflik yang timbul apabila ketidapuashatian meluap2 sehingga akal waras tidak mampu mengawal. Amarah dan hawa nafsu mengambil tempat!. Mengapa perlu berkonflik? Sedangkan jalan pendamaian dan persefahaman itu ada. Mengapa perlu memaki hamun sedangkan perbicangan itu ada.
Penulis melihat kejadian yang berlaku di FAB itu atas 2 sebab. Pertama apabila kita tidak ada perasaan menghormati orang yang lebih tua. Orang yang ternyata lebih banyak pengalaman dan ilmu jika dibandingkan dengan usia kita. Walau orang tua itu hamba kita, dia tetap mempunyai hak tersendiri. Tetapi zaman sekarang mahasiswa lebih banyak OTAI dari ILMUnya. Kononnya aku lah pendekar, hero dan segalanya!. Ingatlah, kekuatan bukan ada pada penumbuk sebesar kelapa. Tetapi akal pemikiran menentukan siapa anda. KEKUATAN diukur pada tahap KESABARAN bukan berapa ramai orang boleh ditumbuk. Faktor kedua ialah ego manusia. Ego disini bukannya motorsikal di pasaran, tetapi sifat dan tingkah laku manusia berlagak sombong. Sepatutnya orang yang lebih tua pula perlu menunjukkan contoh yang baik.
Penulis harapkan salah faham antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan. Telah jelas mengenai peraturan universti yang digariskan. Pihak security hanya menjalankan tugas. Pihak pelajar hanya perlu patuhi peraturan sedia ada. Bagi penulis, SALING HORMAT MENGHORMATI itu masih relevan dalam dunia yang semakin JAHILIYAH ini..

Apabila anonymous bagi komen..

Salam
"Anonymous" gelaran bagi mereka yang suka menyembunyikan identiti diri supaya tidak dikenali. Terima kasih kerana sudi membaca entry penulis. Perkara baik itu jelas. Perkara buruk itu juga jelas. Hancurlah dunia jika kita harapkan semua manusia menjadi alim ulamak baru boleh berbicara dan saling menasihati. Agama menyuruh umatnya menyampaikan dakwah. Walau sepotong ayat atau kata-kata. Dakwah bukan sahaja mengenai agama. Tetapi apa jua perkara yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Sama ada dalam tutur kata atau perbuatan kita. Kita mungkin tidak mahir dalam suatu ilmu. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berusaha mempelajarinya. Manusia itu tidak maksum. Sering alpa dan melakukan kesalahan kerana manusia itu INSAN. Insan pula ialah PELUPA. Tidak salah kita saling ingat mengingati. Penulis mengucapkan terima kasih kerana dengan komen anda, insyaallah penulis akan belajar bidang-bidang ilmu lain pula supaya tidak menjadi bodoh dan diperbodohkan. Itu lebih elok dari insan yang tahu akan sesuatu perkara tersebut DOSA tetapi dipejam mata hatinya bagi menafikannya..
"Apabila perkara dosa dikatakan baik, perkara baik dikatakan dosa.."
Salam berfikir..

Wednesday, July 15, 2009

JANGAN LAH BERTEPUK TAMPAR DENGAN BUKAN MUHRIM

Salam

Emm..Tak best betui ler..Ape yang tak best ek..emm kena tegur jugak nih.

Peringatan bersama, JANGAN LAH BERTEPUK TAMPAR DENGAN BUKAN MUHRIM ANDA!! walau apa pun alasan anda..macam:
  1. Takpe kan aku berlapik.
  2. Alo member2 je. Bukan pe pon
  3. Takpe umur die berbeza
  4. What ever sje alasan len yg anda bagi supaya perbuatan peluk memeluk, salam menyalam, bertepuk tampar dll antara bukan muhrim tuh DIBOLEHKAN JE...

Jagelah batas dan adab sopan anda.

Pesanan khdmat komuniti ini tidak ditaja mane2 pihak.

Majlis ramah mesra tahun 1sbw

Salam
Alahamdulillah. Semalam penulis berkesempatan utk bertemu dengan pelajar baru buat pertama kali. Itu adalah pertemuan rasmi penulis dengan pelajar baru selepas pulang dari praktikal. Apabila melihat tunas baru yang akan mewarnai dunia perancang bandar di Malaysia, penulis yakin mereka semua akan berjaya. Jika dahulu semasa penulis mendaftar masuk, ramai senior memberi nasihat dan panduan bagi meneruskan survival sebagai pelajar planning. Sekarang penulis pula mengambil peranan utk membantu adik-adik planning dalam mencapai impian mereka. Tak kira lah pilihan anda yang ke berapa. Semuanya adalah ilmu. Fardu kifayah buat anda. Tidakkah anda terfikir mengapa Allah "mencampakkan" anda ke dalam bidang planning? Di amanahkan mempelajari ilmu ini dan mengaplikasi pula dalam masyarakat. Jika doktor bertanggungjawab merawat pesakitnya, planner pula lebih luas konteksnya iaitu bertanggjawab terhadap suatu komuniti yang besar!. Dari aspek sosial, ekonomi dll.. Melibatkan perancangan berpuluh tahun. Kesannya juga lebih besar iaitu sistem kehidupan manusia..silap merancang padah jawabnya. Sepanjang 3 tahun penulis disini tidak pernah lihat suatu jalinan kerjasama dalam konteks kebaikan dan saling bantu membantu dikalangan pelajar tempatan kita. Masih jauh. Masing-masing masih dengan kumpulan tertentu. Berpecah. Senior dengan ego seniority nya. Junior dengan bodoh sombong malu bertanya. Malah dikalangan mereka sendiri. Penulis berharap kita dapat belajar bersama-sama dalam sebuah jemaah, sebuah komuniti pelajar ijazah sarjana muda perancang bandar dan wilayah. Saling bantu membantu, nasihat menasihati, berfikiran positif dan saling hormat menghormati. Elakkan perasaan prejudis antara kita. Islam mengajar kita untuk berkerjasama dan bersangka baik. Belajar lah mana yang baik dari senior. Nasihat lah kami jika tersalah. Maka penulis berharap adik-adik kalian explore bidang ini dengan sebaiknya. Para pensyarah dan senior anda sedia membantu.
Penulis
Pelajar Tahun 3SBW

Tuesday, July 14, 2009

PERHATIAN UTK FAKULTI ALAM BINA

SILA AMBIL PERHATIAN UTK SEMUA PELAJAR FAKULTI ALAM BINA KHUSUSNYA MENGENAI PENYEBARAN WABAK H1N1.
  1. SILA PATUHI SEGALA ARAHAN DAN PANDUAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI PENYEBARAN WABAK H1N1.
  2. KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI TANDA-TANDA WABAK BERKENAAN, SILA RUJUK TERUS KE PUSAT KESIHATAN UTM DENGAN SEGERA.
  3. KEPADA MEREKA YANG BERHUBUNG TERUS DENGAN MEREKA YANG TELAH DISYAKI, PANTAU KESIHATAN DIRI. PATUHI ARAHAN DARI MASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENTADBIRAN UTM.
  4. PATUHI SEGALA PERINTAH KUARANTIN YANG DIKELUARKAN.

Noor Aimran B. Samsudin
Pengerusi,
Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809
(Wakil MPP FAB)

Open diary

13/7/09

  • Tempoh tarikh rayuan kurangkan denda tak pkai helmte dah tamat. So aku kena bayor RM25..dari RM5.
  • Aku dh pakai helmet baru. Lesen motor kemudian..hee. Tq Abg Wan.
  • Perjumpaan ngan Ayah Said. Kena plan utk trip ke Thailand this Nov.
  • Tidur kat office MPP.

14/7/09

  • Kelas Ayah Said cancel..that mean aku takde klas harinih!
  • Nak kuo g BBU ngan Pjoe amik slip akaun Bank Islam (kjap lagi)
  • AbgEman nk amik aku ajok g kuo makan. Die nk g Singapore.
  • Ade date ngan Hamim (xKMNS)
  • Nak wat meeting informal ngan MT International Festival..weh ade 3bulan lagi!
  • PTPTPU nih bila aku nk g bayar?Duit dah ade.

Assignment/ Projek

  • Studio-Laporan Awal Isu masalah & potensi Kuala Selangor+base map site
  • Elektif perbandaran-laporan 3 contoh bandar-senibina lama Melayu
  • Prinsip pengurusan-cipta planning game board
  • Metropolitan-Kaji RMK 5-aspek perancangan luar bandar

Program yang terlibat this semester..

  • Student Ambassador (coming soon)
  • UKM research (in progres)
  • Meeting Biro Inovasi UTM (unknown)
  • International Week (oktober)
  • Perjumpaan tahun 1 SBW (this night)
  • Piala Merdeka FAB-by arkitek (ogos)
  • Futsal Merdeka PEWIBAWA (ogos)
  • Trip subjek Elektif Perbandaran ke Thailand (november)

Buku kena khatam..

  • Membina unggul lelaki by Dr Tuah
  • Draf akhir Laporan Teknikal Community Gated by JPBD
  • Draf manual RTD by JPBD
  • Transfomasi Pembangunan Mahasiswa by TNC UTM

Anda diperhatikan!

Anda diperhatikan!

Salam,

2 patah perkataan yang sering aku terlupa dan alpa. Terlupa kerana aku sedang diperhatikan. Tapi masih membuat kesilapan serupa. Maaf dan ampunkan dosa. Sekadar mengingatkan diri dan rakan lain. AKU dan KAU sedang diperhatikan!

Wacana ilmu di PWTC 2

Salam.
Alahamdulillah. Aku masih dikurniakan kesihatan yang baik. Cukup untuk aku melakukan aktivti harian. Walau kadangkala terasa juga kesunyian semasa menuntu ilmu keseoarangan. Wajar aku mencari teman yang boleh menasihati agar tidak terus tersesat. Aku tinggalkan wacana ilmu dengan pelbagai persoalan dan tafsiran di benak. Melihat ketabsuban manusia dan keinteletualan. Aah..aku penat memikirkan. Aku sendiri tak pasti apa itu keintelektualan sebenar. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk berhenti berfikir..dan befikir. Itu lah yang menarik sepanjang aku memegang tampuk kepimpinan ini. Berpeluang menyertai pelbagai program. Sama ada ditaja oleh parti politik tertentu atau hanya sebagai peserta biasa yang memenuhi kuota jemputan. Tapi malang bagi aku jika menganggap diri sendiri ini hanya sebagai pemeriah majlis orang kenamaan negara. Sebaliknya ada yang lebih beharga, iaitu PENGALAMAN. Pengalaman yang tidak boleh dicari dengan hanya membaca buku di perpustakaan. Elemen kehidupan itu perlu dicari...malah aku syorkan kepada rakan lain untuk merebut dan mencari pengalaman. Jangan kecilkan skop pemikiran anda!. Nah..keluar kalian semua dari selimut keselesaan bagi mencari PENGALAMAN yang bertaburan.

Saturday, July 11, 2009

Wacana ilmu di PWTC

Salam.
Serius prgrm nih aku tak tahu menahu pasal apa yang hanya tahu, aku perlu gantikan SU Agung MPP ke KL, PWTC bagi sebuah prgram wacana ilmu. Sepatutnya Abg Wan Mpp yang pergi. Kirenya aku nih pemain simpanan..orang ke3. Hahaha. Prgm wacana ilmu nih mengumpulkan ramai pemikir, cendiakawan, politician, ngo, pmimpin mhswa, org2 kmpung, blogger
Prgrm "wacana kedudukan institusi beraja & melayu dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif 1 malaysia" di pwtc ini agak mnarik dgn khadiran mantan PM, Tun Dr Mahathir yg juga pmbntang paper pertama smpna wacana ini.
Aku juga berpeluang utk melihat plbagai karektor dan pyokong taksub parti tertentu termasuk yg menaja prgrm tersbut. Apabila soalan berbntuk provokatif sedikit mula lah melatah. Sepatutnya majlis imu sepeti itu tidak memerlukan org yang suke mnjerit2 di belakang..
Emm..maaf lah. Aku tak dapat nk kupas lagi topik2 yg dbntngkan pada hari ni. Dari masa ke semasa aku akan postkan. Insyaallah. Aku sedikit keletihan selepas g berjalan (bekereta) kat KL..ek? Macm ler aku drive..hahaha.
Akhir kata..maaf ler Prof. (TNC) guna kete g round KL!! hahahaa

Tuesday, July 7, 2009

Salam

status terkini im

Kenyang baru mkn ngn Pijo, exited tak sabo nk belajo ilmu baru, rindu kat kekawan+family+bakal family, pening nk urus few pgrm, nk berkenalan ngn junior2, terkilan tak dpt join MHS, happy baru past jd MC mlm penghargaan krew MHS, momentum still ok (level Normal), risau hutang PTPTU, tak sabor nk elaun JPA, still de ruang2 mase yg empty (kne isik cpat..)......
tak tau nk tulis pe lagi sbb duk pikir isu2 yg leh dibuat utk project studio..t de mase im post ok!Insyaallah..

Saturday, July 4, 2009

Welcome back to UTM


Salam.

Yeah, welcome back to campus..wah..baru 2 bulan aku tinggalkan kampus. Dah banyak berubah. Blok FAB baru 40%, Student mall 70%..emm pe lagi baru ek? Hah pagar baru. Siap cat dah 90%. Plus minus lah. Semua projek tuh under peruntukan RMK9 yg lepas. Mostly banyak bangunan baru termasuk beberapa fakulti baru. Paling mega kat UTM so far is Stadium UTM..em im not sure takat mane dh siap. Harap2 dapat playing game kat sane before berpencen t..hahaha. Huhuh. Im only have 2 year more..Loh kejap benor. Tak puas nk cari pglaman kat dlm kampus tuh. Dah 2 tahun..pjam celik dah grad..pjam lagi dah kerje..pjam lagi, menikoh ler plok..then anok2 pon beso..bile pjam lame2 tak celik2 dah.hah camne tuh..Amin..hope aku dan rakan2 semua sihat hendaknya.

Mase aku tulis nih, aku dok kat hotel good hope..ala kat tmn tun aminah nih hah. Ok not bad. Alahamdulillah. Dapat jgk blik utk family aku rehat2. Past drive berjam2. Sblum bertolak ke KL smula sok. Em banyak jgk brg kne beli nih. Kasi make up skit bilik. Kotor!..nih abang nk nasiht kat adik2..nanti len kali before balik akhir sem. make sure kemas bilik dulu!. Kesian adik2 baru t nak masuk ok. Paham. Nih Yaallah. Nape kotor sangat..kebersihan kan sebahagian Iman...

Masuk je gate utama dgn azam baru dan matlamat baru. Termasuklah beberapa helai baju baru sumbgan staf2 DBK...hee TQ. Insyaallah kite cube berubah menjadi org baru. Sentiasa jadi terbaik Ok!! Jangan luo badan je serba baru. Tapi minda dan hati masih di takuk lama. MALAS!...oh cannot like that la..

Friday, July 3, 2009

hari persaraan Datuk Bandar KL, Yg Bhg Dato' Aimran

Possing depan bilik bos..kot2 satu hari nih masuk situ

Yeah..my bro Abg Zali (xUTM)
Zharif bkal mggntikan tmpat aku LI (dip. UTM semarak)
"nih peta harte karun..moh kite carik same2" kate pejal.

mee guring+meehun jamuan lagi..dey all kate jamuan utk last day..yaallah makan je saje.
Main player..zon utara 3. Abe Zali, Kak pija, Kak ila..thanz to u all








Jamuan perpisahan Im -DBKL 30/6/2009

Penyepit kueh lah!
part of food..kuah utk ns briani+ puding pandan dwirasa (pandan+bau durian)..hahaha

Afiq, Peruz, Fira (uitm) dtg jgk.."eh aku jmput korang ke?" Datuk Bandar yg bakal bersara tgoh berucap depan staf2 DBKL. SPRM patut cek beg nih..sebab ade unsur rasuah!!
My bos paling kanan..pn janah

Timun merah..sumbangan salah sowang staf







lagi-lagi H!N!


Anda Demam?Ade bintik2 merah? Baik check kat klinik berhampiran cepat anda mungkin kena DEMAM CAMPAK @ DENGGI...hahahahaha

Wednesday, July 1, 2009

Tragedi di bilik asrama UTM

Tragedi di bilik asrama UTM
JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai. Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
Semoga ALLAH SWT..mengampuni dosa2 Allahyarham...sedarlah wahai puteri dan adik2 ku sekalian. Buka mata, buka hati. Fikirlah. Guna akal anda....