Sunday, September 27, 2009

Syawal kali 21

Allahamdulillah diberi lagi sekumit peluang untuk terus bernafas di celah ruang yang sempit di dunia ini. Peluang yang harus diguna sebaik mungkin selagi kita digelar sebagai insan. Setiap insan pula pasti ada PenciptaNya. Rugilah si insan tadi jika tidak menggunakan peluang tersebut untuk sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Sekali lagi Ramadhan pergi, sekali lagi Syawal bertemu.

Sudah 21 tahun rupanya aku disini. Di dunia sementara ini. Aku semakin mengerti erti Syawal. Setiap tahun persepsi aku berubah. Sewaktu umur mula mencecah usia awal remaja, Syawal hanya sebuah perayaan. Terlalu kaku pemahaman aku. Pergi solat sunat di pagi hari, balik bersalaman dgn ahli keluarga dan seterusnya aktiviti mengisi perut. Begitulah pemahaman ku. Syawal menjadi malap lagi apabila tahun tertentu aku tidak dapat beraya bersama rakan-rakan ku. Kekadang aku lupa walau serapat mana pun rakan dengan kita, ahli keluarga juga harus diutamakan. Setiap tahun juga aku 'menyusahkan' umiku utk membuat open house bagi mengajak kawan ke rumah walaupun aku tahu masa tersebut keluargaku menghadapi masalah kewangan.

Aku terlupa bahawa kedua orang tuaku hanya inginkan anaknya meluangkan masa bersama. Kini dengan faktor jarak dan kesibukan aku di menara gading, terasa sedikit hubungan kekeluargaan agak jauh. Namun raya kali ke-21 ini mula membuka mata hati ku untuk lebih memahami apa sebenarnya Syawal itu. Dalam teguran Umi yang agak direct itu sebenarnya ada benda yang nak disampaikan yang selama ini aku tak perasan...Tapi alahamdulillah. Dalam proses utk mnjadi seorang yang lebih baik ini, aku lebih mudah untuk memahami isi hati orang tuaku. Kini sesuai dengan umurku, lebih banyak kebebasan diberikan kepada diriku untuk memilih haluan kehidupan sendiri. Dengan sedikit sebanyak nasihat dan teguran secara tak langsung (sehingga tak sedar) selama ini. Maafkanku Umi jika Syawal kali ini membuat Umi terasa.....Maafkanku jika selama ini aku tidak tahu bagaimana ingin luahkan perasaan yang terpendam di dalam jiwa. Semuanya dipendam dan ditelan tanpa dikongsi walau aku tahu kedua orang tuaku sangat mengambil berat akan hal anak-anaknya..

Terima kasih Umi & Abah kerana menemani aku ke rumah keluarga disana..doakan Dikran menjadi anak yang soleh, pemimpin yang amanah dan ayah yang mithali kelak.

Saturday, September 26, 2009

Logo UTM di body F1??

1MF1T mungkin asing bagi dunia F1 kini. Malaysia tidak lama lagi akan mempunyai pasukan F1 sendiri bagi bersaing dengan pasukan lain yang telah lama gah di persada dunia. Tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam membangunkan pasukan F1 Malaysia menjadi suatu realiti termasuklah pst pengajian tinggi seperti UTM. UTM akan berganding dengan UTP berperanan dalam membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara lapor akhbar berkenaan. Walau apa jua kritikan dan tomahan dihadapi sepanjang penubuhan pasukan ini, diharapkan 1MF1T akan mencetuskan suatu perubahan dalam dunia teknologi pemotoran dan automotif negara kita.

*mane ler tau kot2 letak skali logo UTM kat body kereta tuh..hee kan best..tapi banyak duit nk pakai oo..!

Kegagalan PBT di Malaysia


Kegagalan PBT di Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



Mengapakah tiada tindakan dibuat oleh PBT berkenaan walaupun aktivti tersebut telah berjalan sejak bertahun lamanya di kawasan kejadian? Adakah alasan kakitangan tidak mencukupi masih relevan diguna pakai dizaman moden ini di semua kawasan PBT di Malaysia? Walaupun penulis jarang melalui kawasan tersebut sebagai jalan alternatif ke Ulu Yam, pemandangan aktivti haram (berdasarkan pemerhatian) seperti bengkel yang tidak tersusun, pelupusan sampah malah aktivti penternak mencemarkan pemandangan indah di sekitar kawasan Empangan Batu. Mungkin kejadian kali ini melibatkan kematian haiwan ternakan, tetapi sebagai manusia yang menguruskan dan mentadbir kawasan tersebut haruslah bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada. Terdapat banyak kawasan yang telah diceroboh di kawasan pentadbiran MPS yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Petempatan haram dan aktivti tanpa lesen yang sah masih berlaku di kawasan yang dikatakan mencapai tahap pembandaran ini. Mengapa kita masih memberi muka kepada pendatang asing malah warganeraga sendiri yang sewenangnya menggunakan tanah untuk melakukan aktivti haram yang sekaligus mencemarkan alam sekitar kita? Apabila kejadian seperti runtuhan sebuah pusat membeli belah tidak lama dahulu berlaku mendapat perhatian masyarakat, keberkesanan PBT di Malaysia dalam menguruskan pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing mula dipersoalkan termasuklah runtuhan bersiri yang masih berlaku di Bukit Antarabangsa sehingga kini. Dimanakah fungsi akan Akta Perancangan Bandar (Akta 172) yang telah lama digubal dan termasuklah beberapa pindaan dalam mengemas kini PBT sebagai sebuah pihak yang bertanggungjawab merancang pembangunan dan guna tanah di kawasan masing-masing. Sudah tiba masanya PBT di Malaysia melakukan proses transformasi seiring dengan perkembangan kemajuan negara. Peranan PBT kini bukan sahaja pihak yang mengutip cukai dan memperbaharui lesen perniagaan tetapi sebagai sebuah agensi kerajaan yang penting dalam merancang pembangunan secara mampan. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan dalam menysusun dan merancang pembangunan di kawasan mereka bukan semata-mata sebagai pembayar cukai.

Walaupun ahli politik tidak dinafikan peranannya dalam membuat keputusan mengenai sebarang keputusan pembangunan di sesuatu kawasan, namun kadang kala campur tangan mereka sedikit sebanyak menggugat profesionalisme mereka yang lebih arif dalam sesuatu bidang misalnya perancang bandar. Jika dilihat di negara maju yang lain, masyarakat turut memberi sumbangan dalam merancang pembangunan di kawasan mereka dan decision maker (politician) pula mendapat nasihat daripada agensi yang layak. Tetapi di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Mungkin di sesetengah tempat seperti bandar terdapat beberapa kumpulan yang aktif dalam menyuarakan pandangan mengenai perancangan pembangunan di kawasan mereka dibantu oleh pihak yang berpengalaman dalam perancangan seperti PBT. Oleh hal demikian tidak mungkin berlaku lagi keputusan pembangunan dibuat hanya berdasarkan kepentingan indivivu tertentu sahaja.


Penulis adalah
Mahasiswa tahun 3
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah, UTM

Raya kali ini

Raya kali ini

Apabila 2buah keluarga bertemu,
Menghubungkan silaturahim antara keduanya,
Walau jauh di hujung sana,
Itu bukan penghalang kita.

Apabila hati berkenan sudah,
Sujud di sejadah mohon petunjuk,
Menjaga batas asas pergaulan,
Moga-moga penuh keberkatan.

Menuntut ilmu jauh di perantauan,
Pulang ke desa setahun sekali,
Ziarah menziarah amalan murni,
Semoga kita bertemu lagi.

Terim kasih untuk keduanya,
Semoga kita diberkatiNya,
Esok lusa jumpa lagi,
Mana lah tahu..satu family :)

Terima kasih kepada diucapkan kepada En. Alwi B Muhamad & Pn. Rokiah Bt. Salleh sekeluarga kerana menceriakan aidilfitri penulis tahun ini..





Saturday, September 19, 2009

Kad raye 2


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
utk
semua warga kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UTM
sesi 2008/2009
serta
Seluruh Warga
Universiti Teknologi Malaysia

yg mengenali diri ini...



Kad raye 1

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

kepada

Semua warga....


  1. Pensyarah, mahasisiwa & staf Fakulti Alam Bina, UTM.
  2. Kolej Rahman Putra, KTF & semua kolej UTM
  3. Kepimpinan mahasiswa di peringkat pusat, fakulti & kolej kediaman (Kelab, persatuan akademik & bukan akademik).
  4. Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP UTM 0809 (JPLP)
  5. Pusat Pelajar Antarabangsa UTM (ISC)
  6. AJK Program International Festival UTM 09
  7. Persatuan Pelajar Antarabangsa UTM (ISS)
  8. Student Ambassador UTM 09
  9. more..............(maaf jika tak tulis)
dan yang pernah mengenali secara langsung atau tidak langsung diri ini. Diharapkan anda semua bergembira bersama ahli keluarga masing-masing. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa sepanjang proses jalinan ukhwah dan perjuangan yang singkat ini. Tiada perkara yang lebih bermakna dari kemaafan dari anda semua..

yg benar,

Aimran

Friday, September 18, 2009

Amanah & Tanggungjawab


Amanah & Tanggungjawab


Kita tidak boleh melarikan diri daripada tanggungjawab. Tidak kira apa jua jenis tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada seseorang tersebut sama ada sebagai seorang hamba kepada penciptaNya, seorang anaknya kepada ibu bapanya, murid, mahasiswa, ahli politik, petani dan masyarakat umumnya. Setiap insan perlu melaksanakan akan tanggungjawab mereka. Lagi tinggi jawatan atau peranan kita di dunia ini, lagi besar akan amanah yang perlu dipikul. Seorang pekerja biasa di sebuah pejabat bertanggunjawab terhadap bos tempat bekerja, begitu juga dengan bos bertanggungjawab terhadap pekerja dan syarikatnya. Di rumah, kedua ibu bapa diamanahkan untuk mendidik anak mereka sebaik mungkin manakala anak-anak diperintah untuk mentaati kedua orang tuanya. Jika dilihat, walau apa jua level anda di dunia ini, sama ada seorang tukang cuci, pemandu, tentera, ibu bapa dan lain-lain kita sebagai insan saling memerlukan satu sama lain dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut. Janganlah kita berebut jawatan, kerana belum tentu kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang berat tersebut. Masakan insan yang hebat seperti Saidina Umar pun berasa beliau tidak mampu untuk menerima tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Malah berpesan kepada anaknya supaya tidak menerima peranan khalifah selepas beliau kerana berasa tanggungjawab tersebut amatlah besar. Tetapi pada hari ini manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memastikan dirinya diangkat sebagai seorang pemimpin di kalangan masyarakat. Manusia semakin berebut mencari jawatan di dunia sedangkan dirinya belum tentu layak menerimanya. Dalam konteks mahasiswa pula, jika anda adalah golongan pemimpin, kita perlu sedari bahawa anda telah terpilih dan dipilih melalui pungutan suara, undian atau apa jua kaedah perlantikan bagi menerima akan tanggungjawab. Maka pemimpin mahasiswa perlu melaksanakan sebaik mungkin agar kelak tidak merana di soal oleh pencipta. Kita sebagai pemimpin mahasiswa seharusnya berusaha melihat tanggungjawab itu sebagai amanah tetapi bukannya sebuah peluang. Peluang menjadi seorang yang terkenal di kalangan sahabat, menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan. Jadikan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab itu sebagai keutamaan dan selebihnya hanya sisipan hasil usaha kerja keras anda. Jika manusia di dunia ini meletakkan keutamaan melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT maka tidak akan berlakunya kepincangan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.




Tuesday, September 15, 2009

Iftar at UTM

Salam

Thank you to Iran and Pakistan International Student Society (ISS) that has invited to Iftar for this Ramadhan. Selamat Hari Raya Aidilftri to all UTM international student.

Your sincerely,

AIMRAN
Chairman,
Department of External Communication & Internalization

Student Representative Council UTM 0809

Murni Ramadhan KTF

Salam

Dalam keseronokan kita berbuka puasa dan membuat persiapan menyambut bulan Syawal, jangan dilupa insan yang susah di sekeliling kita. Tahniah diucapkan kepada warga KTF kerana berjaya menganjurkan Murni Ramadhan bersama penduduk kampung Gelang Patah pada 13/9/2009. Selain majlis berbuka puasa, turut diadakan majlis penyampaian bantuan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan, solat berjemaah sehingga terawih. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan JKM dan Pn K (pengetua KTF).


Sunday, September 13, 2009

Mak baru Im #1

















Program Homestay Kg. Serkam, Jasin, Melaka.


Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti program anjuran KPT ni. Sebenarnya penulis telah mendaftar untuk mengikuti kursus perkahwinan anjuran HEP di UTM yang juga berlangsung serentak dengan program ini. En. Fauzi, Pen. Pendafar beberapa kali memujuk saya untuk join sama. Alamak dah dua kali terlepas pergi kursus nih..huhuhu. Beliau meminta jasa baik saya untuk mencari kenalan dari pelajar antarabangsa (IS) yg berminat. Kami bertolak dari UTM padaa 11/9/2009 selepas solat Jumaat. Saya dilantik menjadi wakil pelajar untuk program tersebut. Ini adalah pengalaman pertama saya tinggal bersama keluarga angkat. Jumlah mahasiswa yg mengikuti program ini seramai 22orang. Terdiri daripada pelbagai negara seperti Nigeria, Myanmar, Iraq, Libya dll. Hanya 4 dari Malaysia, saya seorang sahaja lelaki.


Sebaik tiba di sebuah tempat, kami disambut dengan paluan kompang oleh anak muda kampong berbaju batik yg telah menunggu kami dari pukul 3pm. Kami tiba sekitar 5.30pm. Para peserta sangat exited terutamanya IS. Di majlis penyerahan anak angkat kepada family angkat, saya turut diberi peluang memberi ucapan bagi mewakili delegasi. Sekitar 6pm masing pulang ke rumah keluarga masing2 di kg tersebut. My partner is Libyan student, Mohammad. He is master student. My adopt family is Pn. Zaiton family. Umur like my grandmother. Mak sangat ramah orangnya. 3anak perempuan tinggal bersama. Semuanya sudah berkahwin. Walaupon suami mak dah meninggal, rumah tu tak sunyi dari keriuhan si Angah, Along dan cucu lain. Semua dijaga oleh mak. Kakak (angkat) semua kerja sebagai cikgu mengikut jejak ayah (angkat).


Saya sempat menolong mak memasak menyediakan juadah berbuka. Ayam goreng, sup ayam ngan kalian.. “mak, saya nie memang tak pandai memasak, tapi kalau nak tolong tuh boleh la..hee” kantoi..memang tak pandai memasak. Takpe kang orang umah yang masakkan. So kami berbuka same,Si Mohammad little bit shy..maybe tak biasa. Saya relax je..yolah tuh. Malu gak..sometime panggil mak, jap lagi panggil makcik..hahaha. Selepas solat berjemaah ngan Mohammad di rumah, sambil2 tgok TV. Beborak ler pasal keluarga masing2. Saya ler jadi translator kat mak utk si Mohammad nih. Mak kate nasib baik ler dpt sorang student Malaysia. Ada family dapat anak angkatnya keduanya IS.

Pukul 9pm kami berkumpul untuk lawatan ke Melaka City. Mak ngan si Along (Cucu) ikut sekali. Bus riuh ngan suara budak2 nih. Exited..student Malaysia diam je..maybe tak biasa ngan telatah IS yg agak hiperaktif. Hee.seronok giler dapat incharge public relation and internationalization department in MPP dapat kenal a lots of people dari other country. Then kami pergi ke River Cruise. Take journey through Melaka River. That is my second experience. By the way, I become tourist guide on that boat..huhu..lintang pukang English. Ok ler..plus minus tgok diorang mcm paham je ape yg di explain..hee. Ape lagi Cerita pasal Urban Design le..hee proud to be Ayah Said student (Dr.Syed Zainol Abidin is FAB lecturer, who has responsible person get Heritage city title from UNESCO for Melaka & Georgetown). Habis je journey tuh..ramai plok ler mabuk laut (I mean sungai la..) Isk2..kesian benor. Then pkul 12pm terus balik ke rumah masing.


The best part is..i feel really like my hometown. Because of they hospitality and very welcoming. That is very good program that we can introduce our culture to outside world. Mula-mula rasa malu jugak. Nengok mak ramah sikit, saya pon layan je orang2 tua..dah macam baru kahwin ler plok. Tinggal ngan keluarga baru. Mak mertua..hahaha..isk2. Insyallah nanti saya akan jemput mak utk datang ke majlis saya.. J Ok lah saya nak sambung tidor jap. Karang nak pergi menoreh..


Rumah mak angkat (Pn. Zaiton)

12/9/2009

7.24am

Tuesday, September 8, 2009

Antara EMOSI dan PROFESIONALISME?

Salam

Emosi dan profesionalisme? Suatu dunia yang berbeza. Dalam sebuah organisasi manakah yang lebih utama? Adakah kita perlu mendahulukan emosi dalam semua pekerjaan atau etika profesionalisme kita? Bagaimana pula kita hanya mengutamakan profesionalisme sehingga terlupa kita adalah manusia? Elemen ini sangat penting dalam menyelusuri sesebuah organisasi. Perlu ada keseimbangan di antara keduanya. Jika terlebih emosi, semua kerja tidak menjadi. Jika semua pekerjaan hanya mematuhi etika dan profesionalisme dengan mengabaikan emosi, pekerjaan kita turut terganggu. Keseimbangan dan kestabilan elemen ini sangat dituntut dalam apa jua organisasi. Sebagai contoh dalam aktivti berpersatuan, seorang presiden begitu mementingkan sikap profesionalisme tanpa mengabaikan emosi anak buahnya. Apa yang beliau tahu, semua kerja dan arahan beliau perlu dituruti dan diciapkan, tanpa mengambil peduli hal ehwal kebajikan ahlinya. Begitu juga jika hanya emosi mengusai diri, misalnya semua hal ehwal peribadi di bawa ke tempat kerja dan dilepaskan perasaan tersebut di tempat kerja. Kita perlukan kedua-dua elemen tersebut tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Lihat pada situasi, jika emosi lebih dituntut pada keadaan tertentu utamakan emosi anda. Jika etika profesionalisme itu lebih perlu diutamakan, simpan emosi anda. Berusaha lakukan semua pekerjaan dengan seikhlas mungkin. Jika kita meletakkan Allah sebagai BIG BOS kita, Insyallah kita tidak perlu mengeluh dengan segala beban yang ada. Akhir kata dari penulis...

"Jangalah kamu berasa sakit hati dengan tingkah laku orang yang culas bekerja kerana orang itu tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada dirimu.."

Penulis adalah
Pengerusi JPLP
MPP UTM 0809

Monday, September 7, 2009

abang saya tak mnat amik course nie..

Salam

Tak sangka, seorang student dari sebuah IPT di utara berchatting dengan penulis melalui YM hanya kerana ingin mndengar nasihat mgenai bidang planning.

Selepas membaca serba sedikit latar belakang adik tersebut..oh mahasiswa baru. Bisik hati aku. Masalah biasa bagi mahasiswa baru...kurang berminat. Selepas mendengar ceritanya, penulis mula menaip, berusaha memberi keyakinan kepada adik tersebut. Dengan kecetekan ilmu dan pengalaman ini, penulis berusaha membantu adik tersebut. Tekaan penulis tepat apabila adik tersebut memang mencari maklumat mengenai town planning, pengajian sedang diikuti. Terjumpa blog PERANCANG hasil tulisan penulis.

Wahai adik-adiku, belajarlah bidang apa pun..itu semua ilmu. Imu itu akan digunakan untuk membantu masyarakat dan agama. Ilmu tanpa MINAT, sia-sia. Ilmu tanpa AMAL, merugikan. Be confident to your self, ikhlas kan diri menuntut ilmu kerana-Nya.

Semoga Berjaya!!

Dari Abg Im.

"Dari perancang utk masyarakat"

Saturday, September 5, 2009

Wednesday, September 2, 2009

media oh media

Salam.

Penulis saja mendiamkan diri. Membekukan diri. Dengan kesibukan dan kesuntukan masa, menghalang utk menulis. Tapi, kita bukan org lesu. Mendiamkan diri tanpa berfikir. Itu hanya kerja orang bodoh dan dungu. Membazir masa tanpa berfikir walau sekumit perkara. Aku melihat media kini bagai orang gila. Barangkali lebih dari itu. Aku sebagai rakyat biasa melihat pencetus perpecahan dan kekalutan manusia sebenarnya dimainkan oleh media. Tanpa media, tak kira apa jua jenis media pada zaman kini, orang2 berkepentingan tidak berupaya berbuat apa2. Itulah hebatnya media. Apabila media disalahguna, semuanya jadi tidak menentu. Ditambah dengan manusia2 yang rakus berebut kuasa. Hilangnya seri Ramadhan kali ini..tahun2 akan datang jika media tidak berfungsi dengan sewajarnya!. Media sepatutnya bukan menjadui pencetus kekalutan ummah. Izinkan aku berehat sejenak, melihat telatah "mereka".