Saturday, October 31, 2009

nasik lemak 4.30am

Berlarutan sehingga tengah pagi..kalau perkara dibincang memang menarik perhatian aku untuk turut serta. Jika mungkin ada yang enak dibuai mimpi dan menelaah barangkali ditengah malam, seorang rakan berbangsa Cina petah berbicara hal ehwal politik semasa. Menarik. Sukar melihat rakan bangsa lain berminat dalam berbicara hal ehwal politik takkala di masa luang. Sehingga 4.30am perbualan bersambung di kedai mamak sambil menikmati nasi lemak dan nescafe panas bersama rakan seperjuangan. Aduhai menarik sungguh dunia kehidupan di universiti..

Friday, October 30, 2009

Aku penulis biasa

Salam

Menarik utk dikongsi bersama, nota ditinggalkan sementara selepas seharian menghadap tulisan di power point mahupun di kertas putih A4..baca posting seorang rakan di http://hafizhilmi89.blogspot.com/2009/10/terasa-diri-ini-jahil.html#comment-form membuatkan aku terfikir. Sejauh mana tahap ilmu kita sebenarnya. Bagaimana hendak diukur ilmu yang telah kita pelajari di gudang2 ilmu ini. Apakah pula indikator yg kita ingin gunakan bagi mengukur ilmu yang telah kita amalkan..diam seketika. Berfikir. Terlalu banyak penulisan tentang ILMU dari pelbagai sumber. Tapi apakah kita memahami sebenarnya tuntutan menuntut ilmu? Mungkin ada dikalangan sahabat kita yang hebat penulisannya akan hal agama. Setiap hujah dan penulisan diselitkan sepotong hadis dan ayat Al Quran. Itu sudah membuatkan aku 'dengki'. Ketidakupayaan aku menyelami pelbagai cabang ilmu agama (mungkin pendedahan dari kecil tiada) tidak menghalang aku dari terus menyampaikan apa jua ilmu yang baik seperti mana dituntut agamaku. Ayuh jangan berasa rendah diri. Teruskan menulis dan menyampaikan. Jika anda hebat dalam bidang agama, teruskan!! Jika anda penulis biasa, teruskan jua asalkan ilmu itu bermanfaat. Sentiasa berusaha menambah ilmu didada. Bukan peperiksaan semata-mata..Lets Go!!!

Monday, October 26, 2009

Pahat Rock!!





Salam. Selepas lama tak merehatkan otak, now time for holiday..hee tq to Abg Izwan sudi jmput pergi rumah die kat Kg. Parit Bilal, Batu Pahat..Misi trip 2hari tuh is beli baju winter di bundle and mandi di Wet World. Dah berbelas tahun aku tak sampai ke Batu Pahat. Masa aku dtg dulu time kecik2. Walau tak bape igt..namun my firasat still kuat kat tmpat yg pernah disinggah. Six sense ler plak..emm by de way tq again to Pakcik Yusof sefamily and anaknya.
Batu Pahat mantop!! :)

Saturday, October 17, 2009

Universiti berhutang kepada mahasiswa??

Salam

Adakah wajar keunggulan mahasiswa di IPTA diukur oleh pencapaian PNGK semata-mata?? Bagaimana dengan indikator lain? Bagi penulis pencapaian akademik sahaja tidak mencukupi, bagaimana pula dengan pembangunan sahsiah dan modal insan. Bagaimana pula kita mampu mengukur tahap keunggulan mahasiswa tersebut jika indikator tersebut pula diperkenalkan. Sukar untuk mengukur sejauh manakah kebenaran persoalan yang dilontarkan oleh penulis kerana penulisan ini hanya mengajak kita semua untuk memikirkan kembali proses penambahbaikan sesuatu sistem tersebut. Kini mahasiswa sudah boleh mendabik dada jika PNGK beliau menunjukkan 3.50 ke atas! Tetapi sejauh mana pula kualiti seseorang mahasiswa tersebut? Kita perlu memahami apakah itu kualiti dan apakah pula itu kuantiti. Saya rasa terlalu banyak penulisan mengenai pembangunan modal insan yang terdapat di pelbagai jenis bahan bacaan. Negara masa kini bukan sahaja menuntut kuantiti para doktor, jurutera, perancang bandar , arkitek dan sebagainya yang ramai, tetapi graduan yang berkualiti itu lebih dituntut pada sesuatu masa. Malangya masyarakat pada hari ini masih kurang peka malah tidak pernah mengambil tahu bahawa mereka yang cemerlang pada hari ini belum tentu berkualiti seiring dengan catatan PNGK di atas kertas. Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan graduan yang lulus dengan cemerlang. Malah persoalan penulis ternyata salah dan boleh diabaikan jika benar graduan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang setanding dengan kecemerlangan di atas kertas peperiksaan. Kecermerlangan itu sendiri mempunyai maksud yang sangat meluas. Bukan terhad kepada kejayaan peperiksaan semata-mata. Seperti mana dari alam persekolahan dan seterunya universiti pemahaman "cemerlang peperiksaan, cemerlang segalanya" masih sukar dihapuskan. Mungkin pemikir dan pihak pentadbiran universiti boleh mencipta suatu sistem pendidikan yang lebih baik berdasarkan pembangunan modal insan yang holistik dan tidak lagi bergantung kepada pada apa yang tertera pada kertas keputusan peperiksaan. Masukkan sekali ujian personaliti dan indikator pelbagai kemahiran lain sebagai sebahagian tahap pengukuran kecemerlangan mahasiswa. Setiap tahun jelas, pihak industri masih menyatakan masalah sama apabila para graduan baru diambil bekerja di syarikat mereka, kurangnya kemahiran komunikasi, tahap kepimpinan lemah, tidak menepati masa dan sebagainya. Sudah tiba masanya jadikan penganjuran aktivti atau program oleh mahasiwa di universiti adalah wajib bagi setiap semester pengajian. Bukannya pilihan, tetapi wajib. Berikan kredit yang lebih kepada mereka yang sememangnya aktif dalam berorganisasi dan berpersatuan. Sama ada dalam bentuk imbuhan kewangan atau kredit peperiksaan. Tidak cukup hanya mewajibkan pengambilan subjek kokurikulum 2 kredit sepanjang pengajian. Pihak universiti seharunsya wajar meningkatkan peruntukan tahunannya dalam aktivti mahasiswa di kampus. Maka tidaklah pula terjadi mahasiswa seringkali terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar sehinga ribuan ringgit terlebih dahulu sebelum mendapat 'kerjasama' pihak universiti dalam meluluskan peruntukan program berimpak tinggi walaupun kertas kelulusan program telah dikeluarkan. Malah lebih terseksa mahasiswa apabila pihak universiti pula liat untuk menjelaskan kembali wang pendahuluan mereka sehingga berbulan lamanya dengan alasan "ini adalah standard proses" dan pelabagai karenah birokrasi lain. Ayuh jangan dibiarkan mahasiswa berkualiti menjadi layu seperti lain kerana perkara teknikal seperti ini.

Tangguh lagi

salam

Seperti kebiasaan..bulan di kalendar bertukar ganti. Masa berlalu tanpa menoleh kebelakang. Maka tertinggal bagi mereka yang tak menghargai masa yang diberi. Kita berada di penghujungnya. Rakan mahasiswa di seluruh kampus sibuk menelaah menghadapi bulan peperiksaan. Ditambah pula assignment bertimbun katanya. Tahun akhir..PSM membuat mereka pening kepala lagi. Adakah aku juga akan menghadapi perkara sama pada tahun hadapan?. Persediaan perlu dibuat dari awal nampaknya. Tak perlu menunggu saat akhir. Salah satu faktor mengapa bangsa kita sering kali dilihat kebelakang..TANGGUH!..ya gemar menunggu sehingga saat akhir. Walhal peluang untuk menyiapkan sebarang kerja terbuka luas dari awal. Apabila berada di penghujung waktu. Suasana di sekelilingnya dipersalahkan pula..serba tak kena. Ayuh mari kita bersama-sama berubah. Menyegerakan dalam semua perkara. Apatah lagi dalam perkara yang baik..

Colour our life


Happy Deepavali to all my friends !!

Colour our life with million of wonderful colour..




Friday, October 16, 2009

Tahniah to my team!!

Penghargaan dari presiden/ perwakilan pelajar antarabangsa terus mencurah..mereka menghargai usaha kita sebagai penganjur yg berjaya menganjurkan prgrm UTM IF 09. Tahniah dan Syabas!!!

"Satu komuniti, satu visi"

Clossing ceremony UTM IF

Salam

Tidak ada perkataan yg mampu saya ucapkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan jayanya kami dpt anjurkan sebuah prgram berbentuk kebudayaan. Dimana melibatkan kerjasama antara mahasiswa tempatan dan antarabangsa UTM dlm menjayakan program selama 5hari lalu. UTM IF 09 melabuhkan tirainya semalam. Majlis penutupan dijayakan oleh Dr. Ho, timbalan pengarah Pej HEA UTM. Turut hadir Dr. Ismail, Pengarah PKU, En Farid, Hadi (Pres MPP). Terima kasih diucapkan kepada semua AJK di semua level. sama ada peringkat pusat, program dan setiap negara. Semua presdien negara memberi kerjasama yg sgt memuaskan walaupun kadang kala pening dibuatnya melayan karenah dan permintaan perwakilan dari pelabagai negara. Terutamanya timur tengah. Harapannya sungguh besar. mengharapkan sebuah jalinan ukhwah atau networking yg baik dikalangan mahasiswa UTM. Saling menghormati kepelbagaian budaya dari pelbagai pelusuk dunia. Terima kasih juga kepada barisan MT yg siang malam bekerja keras merancang perjalan program. Mungkin hasilnya kita tidak nampak sekarang, tetapi insyaallah dengan keikhlasan kita dlm menjalankan program, hanya Allah saja mampu membalas kebaikan anda semua. Tidak lupa kepada penasihat Cik Rahimah dari ISC (main sponsor) dan pelbagai unit di UTM. Buat pertama kali jua, saya berpeluang utk diinterview oleh Astro Awani. terima kasih kepada semua media. Akhir sekali, diharapkan semuanya dapat merasai roh sebenar dalam persahabatan sepanjang kita menganjurkan program tersbut iaitu MENGHARGAI dan SALING MEMBANTU. Tidak kira dari mana anda datang, kita adalah SATU, HambaNYA

Monday, October 12, 2009

Belajar apa itu pengorbanan


Salam

Rasanya lama sudah tidak ada penulisan di ruangan ini. Kesibukan menguruskan program menuntut bukannya sedikit pengorbanan. Kadang kala wang ringgit beribu ringgit dan juga kasih sayang dari insan tersayang. Walaupun semalam family ku mengadakan open house, aku tidak dapat pulang untuk bersama-sama. Keluarga dari Terengganu pun turut serta. Wah..mesti meriah dan seronok. Lagi-lagi melihat telatah cicit nenek yg petah berbicara dengan dialek Terengganu yg sgt pekat..hahahah. Insyallah cuti semester akan datang, anakanda pulang ke kg halaman. Tetapi sedikit sebanyak rinduku terubat apabila menerima jemputan rumah terbuka di rumah sahabat di Kangkar Pulai. Walaupun baru sahaja berkenalan dan bertemu dalam bidang kepimpinan, aku sangat menghargai beliau walau hanya sebagai rakan biasa. Terima kasih kepada pengetua KTF yang sentiasa melayan diriku ini sebagai anak angkat kolejnya..hahaha. Insyallah jika ada program, saya turun membantu. Kita perlu memahami apa itu pengorbanan, kerana pengorbanan itu menuntut sesuatu yang kita sangat sukai dan cintakan. Kita perlu belajar untuk berkorban. Seperti mana yang diajar oleh agama kita supaya sentiasa memberi dari menerima. Bukan sahaja pengorbanan wang ringgit tetapi, tenaga, pemikiran, perasaan dan banyak lagi. Terima kasih sahaja yang mampu aku ucapkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan 'disana' yang tidak putus-putus memberi semangat bagi aku meneruskan pendakian kejayaan ini. Hanya doa menadah kesejahteraan buatmu, para sahabatku di mana jua kamu berada. Amin.


Friday, October 9, 2009

UTM INTERNATIONAL FESTIVAL 2009






ALL STUDENT HAS INVITED TO JOIN

UTM INTERNATIONAL FESTIVAL 2009

10-15/10/2009



Wednesday, October 7, 2009

Invitation to UTM IF 09


WELCOME TO

Universiti Teknologi Malaysia International Festival UTM 2009
(10/10/09-15/10/09)

more information please visit

INTERNATIONAL FESTIVAL UTM 2009 group at Facebook

http://www.facebook.com/groups.php?ref=sb#/group.php?gid=245180710452

Sunday, October 4, 2009

2.30am di kedai mamak


Salam Manusia. Suatu entiti yang cukup menarik untuk dikaji akan tingkah laku dan tabiatnya. Mendapat seorang rakan yang suka membicarakan mengenai tingkah laku manusia mengujakan penulis. Walaupun bidang yang sedang diselami agak berbeza dengan beliau, tetapi secara asasnya kedua-duanya berminat membicarakan mengenai tingkah laku dan pemikiran manusia. Bagaimana manusia itu bertindak dan membuat keputusan mengikut situasi yang berlaku disekelilingnya. Lagi menarik apabila dilihat dalam konteks pengurusan iaitu antara emosi dan profesionalisme. Perbincangan di sebuah kedai mamak sekitar jam 2.30am semalam menyegarkan minda di pagi hari. Masing-masing mengemukakan teori dan pendapat. Takkala orang lain kusyuk menonton perlawanan bola sepak. Kami membicarakan mengenai manusia. Tergelak bila memikirkan gaya pemikiran dan personaliti kami yang tidak banyak berbeza. Salah satunya kami tak suka tengok bola!..hahaha..(sehingga terpaksa keluar kampus mencari makanan kerana cafe di dalam penuh). Masing-masing dilahirkan bulan Januari. Mungkin kebetulan barangkali. Walaupun umurnya hampir 5 tahun beza, kami cukup rapat. Antara menarik minat penulis ialah perbezaan aliran pemikiran dan ideologi. Pihak A dan B. Cuma kadangakala sedikit kesal, dengan tindakan sesetengah pihak yang kadang kala terlalu ekstremis dalam usaha menyampaikan pemahaman. Walhal pendekatan bersederhana itu lebih baik dan berkesan. Inilah kadang kala menyebabkan manusia takut untuk mencari kebenaran. Sudahlah golongan sasaran (target group) tidak berusaha untuk difahami, kita bawakan pula sesuatu yang sudah pasti berbeza dengan pemahaman golongan yang kurang paham. Marilah kita bersama-sama, walau dalam gelak ketawa dan berlawak jenaka tetapi masih ada diselitkan usaha mentarbiahkan diri dan rakan-rakan disekeliling.

Saturday, October 3, 2009

GEMA AIDILFITRI 2009, KTF


GEMA AIDILFITRI 2009

Pada 3/10/2009, penulis telah dijemput untuk menyertai rumah terbuka Kolej Tun Fatimah, Gema Aidilfitri bagi memimpin bacaan doa majlis (menggantikan saudara Hadi). Bermula jam 8.00pm lagi dewan KTF mula dipenuhi oleh mahasiswa KTF. Dengan berlatarbelakangkan lampu bewarna-warni dan lagu raya suasana menjadi cukup meriah. Pada bulan Syawal, hampir setiap kolej menganjurkan hari terbuka masing-masing. Penulis sempat berbual dengan Pengetua KTF, Pn K mengenai masalah sokongan kewangan dari pihak HEP yang tidak diterima pada penganjuran kali ini. Walaubagaimanapun JKM KTF melakukan rewang bersama dan menggunakan dana kolej bagi menjayakan nya. Apa yang pasti, pada tahun ini tidak semua jemputan dapat dihadiri oleh penulis sama ada di dalam kampus mahupun di luar kerana faktor kekangan masa. Insyallah dari masa ke semasa penulis akan cuba memenuhinya. Terima kasih atas jemputan tersebut dan tahniah atas penganjuran Gema Aidilfitri 2009 kepada warga KTF.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin utk warga KTF!

Noor Aimran B Samsudin

Pengerusi
Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809