Showing posts with label KENYATAAN AKHBAR PERANCANG. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN AKHBAR PERANCANG. Show all posts

Monday, November 23, 2009

X-UK

Assalamualaikum Wbt

Pada hari ini seramai 20 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 Universiti Teknologi Malaysia akan mengikuti program X-UK 2009. Perjalanan berorientasikan lawatan akademik ke universiti terkemuka di London dan kawasan bersejarah ini turut dijangka akan disertai oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar UTM yang akan bertemu dengan pasukan ekspedisi ini pada hari kedua program. Program X-UK bermula dari 23-30/11/2009 ini akan melewati sekitar kota London dan juga Paris. Perjalanan pada hari ini bermula pada jam 1000 sebentar nanti dari perkarangan Bangunan Pentadbiran UTM, Skudai ke KLIA. Semoga diharapkan para peserta yang menyertai program X-UK kali ini akan mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berguna, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk masyarakat di sekeliling, Insyallah. Doakan perjalanan pasukan X-UK 09 akan diberkati dan dilindungi oleh Nya dalam perjalanan di bumi asing.

Pengerusi
Jab. Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809

Wednesday, October 21, 2009

Saturday, September 19, 2009

Kad raye 2


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
utk
semua warga kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UTM
sesi 2008/2009
serta
Seluruh Warga
Universiti Teknologi Malaysia

yg mengenali diri ini...



Kad raye 1

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

kepada

Semua warga....


  1. Pensyarah, mahasisiwa & staf Fakulti Alam Bina, UTM.
  2. Kolej Rahman Putra, KTF & semua kolej UTM
  3. Kepimpinan mahasiswa di peringkat pusat, fakulti & kolej kediaman (Kelab, persatuan akademik & bukan akademik).
  4. Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP UTM 0809 (JPLP)
  5. Pusat Pelajar Antarabangsa UTM (ISC)
  6. AJK Program International Festival UTM 09
  7. Persatuan Pelajar Antarabangsa UTM (ISS)
  8. Student Ambassador UTM 09
  9. more..............(maaf jika tak tulis)
dan yang pernah mengenali secara langsung atau tidak langsung diri ini. Diharapkan anda semua bergembira bersama ahli keluarga masing-masing. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa sepanjang proses jalinan ukhwah dan perjuangan yang singkat ini. Tiada perkara yang lebih bermakna dari kemaafan dari anda semua..

yg benar,

Aimran

Tuesday, September 15, 2009

Iftar at UTM

Salam

Thank you to Iran and Pakistan International Student Society (ISS) that has invited to Iftar for this Ramadhan. Selamat Hari Raya Aidilftri to all UTM international student.

Your sincerely,

AIMRAN
Chairman,
Department of External Communication & Internalization

Student Representative Council UTM 0809

Wednesday, August 5, 2009

Makluman Program Minggu 3

salam

Berikut adalah aktiviti/ program terdekat :

5/8-Meeting KU 9pm, Pejabat MPP
6/8-Discussion dgn unit koperat UTM, Canselori
7/8-Presentation studio
8/8-Student Ammbassador, Jmputan motivasi KTF, LCCT KL, Joint Workshop of Urban Design (JWUD 09) start..dgn University of Mahasarakham. Thailand
9/8-JWUD 09-Sekitar UTM & JB
10/8-KL Global Outreach, UTM KL
11-12/8-KL Global Outreach, Melaka (Mansor Hotel) & Putrajaya
13-14/8- go to Penang (Hotel 1926)
15/8-Kursus Kahwin (cant attend), go to Taiping & KL (Heritage Hotel) then back to home
16/8-Konvokesyen my brother UKM & back to UTM by evening
17/8-Class as usual

Segala hal ehwal berkaitan Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP akan ditadbir Cik Ikin (Timb. Pengerusi), Student Ambassador by Cik Elda dan International Festival by Cik Moon.

If u have very important think, kawan2 leh contact me directly..

Harap maklum

Musibah melanda..

Salam

Makluman

Buat sementara waktu. Sila hubungi saya dengan email / ym atau berjumpa terus di Pejabat MPP UTM, SUB. Handphone rosak.

Wednesday, July 22, 2009

Student Ambassador kembali!!!

Pada 20&21/7/2009 Sempena Program Indahnya Bandarayaku 2009, lebih 400 pelajar dari pelbagai sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara telah melawat ke UTM, Skudai. Lawatan tersebut telah dibahagikan kepada 2 sesi. Kumpulan A (pagi) & Kumpulan B (petang). Peranan Student Ambassador (dari Unit Pemasaran) pada kali ini ialah menjadi pemandu pelancong kepada kumpulan pelajar tersebut. Kami di pihak Student Ambassador menyediakan wakil di dalam setiap bas bagi menerangkan keunikan UTM sepanjang perjalanan tersebut. Program kali ini mendapat kerjasama dari pihak MPP, Kelab Kerjaya UTM, Ahli JKM KTF UTM dan Pihak Keselamatan UTM. Saya selaku wakil MPP dan juga wakil Student Ambassador UTM 2009 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan ilmiah sempena program Indahnya Bandarayaku 2009.
Student Ambassador
"Khidmat komuniti kampus"

Tuesday, July 14, 2009

PERHATIAN UTK FAKULTI ALAM BINA

SILA AMBIL PERHATIAN UTK SEMUA PELAJAR FAKULTI ALAM BINA KHUSUSNYA MENGENAI PENYEBARAN WABAK H1N1.
  1. SILA PATUHI SEGALA ARAHAN DAN PANDUAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI PENYEBARAN WABAK H1N1.
  2. KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI TANDA-TANDA WABAK BERKENAAN, SILA RUJUK TERUS KE PUSAT KESIHATAN UTM DENGAN SEGERA.
  3. KEPADA MEREKA YANG BERHUBUNG TERUS DENGAN MEREKA YANG TELAH DISYAKI, PANTAU KESIHATAN DIRI. PATUHI ARAHAN DARI MASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENTADBIRAN UTM.
  4. PATUHI SEGALA PERINTAH KUARANTIN YANG DIKELUARKAN.

Noor Aimran B. Samsudin
Pengerusi,
Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809
(Wakil MPP FAB)

Friday, July 3, 2009

lagi-lagi H!N!


Anda Demam?Ade bintik2 merah? Baik check kat klinik berhampiran cepat anda mungkin kena DEMAM CAMPAK @ DENGGI...hahahahaha

Wednesday, July 1, 2009

Tragedi di bilik asrama UTM

Tragedi di bilik asrama UTM
JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai. Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
Semoga ALLAH SWT..mengampuni dosa2 Allahyarham...sedarlah wahai puteri dan adik2 ku sekalian. Buka mata, buka hati. Fikirlah. Guna akal anda....

Saturday, June 27, 2009

Tips kuarantin H1N1

H1N1: 10 panduan kuarantin di rumah
Jun 27, 09 4:38pm


10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumahPermukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

Panduan ini diterbitkan sepenuhnya seperti disediakan oleh Kementerian Kesihatan di laman webnya 26 Jun 2009

Saturday, May 16, 2009

bulan 5

bULAN 5

Sempena bulan 5 nih im nak ucapkan Happy UMI day kat umi im..kat semua umi2 di dunia, yg bakal jadi umi, yg bercite-cite nk jadi umi..hahaha.maaf lewat plok nak post pasal mother day..hahah..

Satu lagi bulan 5 nih jgk nk ucap happy BELIA day!!..hahah..Im lah tuh..yop yor all tuh..kepada sesapa yg rasa die belia lagi lah..even do budak kecik yg berpikiran matang..atau org tua yg masih segar pemikiran..so mantapkan pemikiran & tingkah laku anda!

Oh bulan 5 jugk kami di barisan MPP de konvensyen MPP kebangsaan di UTHM..yg sedang berlangsung..start semalam...hasil tulisan saye juga dlm paper work utk utm akn dbentangkan di sana jua..dgn kerjasama member sperjuangan! good luck..UTM akan bentang dengan UITM n UM..pergh UM tuh..hee

Slmat hari guru jua..ta kire la cikgu ke, teacher, ustad, ustazah, prof. , dr., dll...huhu
Bulan 5 jugak..ramai yg start buat LI..yeh..selamat ber LI!!you a my inspiration

Saturday, April 25, 2009

sulah selibu olang


Allahamdulillah

Pupappupap..krupkrapkrupkrapp..(bunyi kepek)..pjam clik dh cecah selibu olang vsit blog ku nih..insyaallah aku akan try to improve my writing skill,+multiplekan info..ect.
Aku still dlm process explore blog nih..sofar blog PERANCANG more private ckit..so to all sahabat,member, kekawan..etc mintak maap ats segala kesalahan n kesilapan..

Always HIJRAH!

Tuesday, April 21, 2009

Welcome2 to..examination week...

Salam...
sempena bulan baik nih..hah?hahaha...aku ingin mengucapkan good luck for final exam to all member dan sahabat yang ade kat luar xsne tuh. Takkan duk dlm blog ni kot..ape daa. Smoga anda seme akan dapat good result lagi sem nih okeh!!. Jgn lupe doakan daku selalu..

Friday, January 30, 2009

Makluman STUDIO

Salam dan salam sejahtera

Sila ambil perhatian kepada semua pelajar 2sbw

Sila sediakan sekeping CD/VCD bagi setiap kumpulan
Masukkan project 1&2 dalam format MPEG
Selewatnya 2/2/2009 jam 3pm di studio

tQ.

Tuesday, December 30, 2008

Aku di Tahun Baru

Salam wahai sahabat sekalian!Insyaallah aku sentiasa doakan kesejahteraan anda semua..em. Di kesempatan masa yang sentiasa mencemburui, aku ingin ucapkan salam maal hijrah pada semua pembaca blog perancang ini. Semoga di tahun baru ini akan terus dikurniakan sinar dan hidayah dari Tuhan Semesta Alam, Allah SWT!

Monday, November 17, 2008


Salam

UCAPAN KHAS DARI PERANCANG

Kepada,


Cik Nurul

“Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke-20”

Daripada,

Im


SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA TEMAN SEPENGAJIAN DI SEMUA IPT!

Thursday, November 13, 2008

PRESENTATION STUDIO

KENYATAAN AKHBAR PERANCANG

STUDIO 13NOV-Mengikut silibus yang terkandung brief studio maka, dikehendaki semua pelajar mempersembahkan hasil kerja projek studio mereka di STUDIO 2SBW, FAB pada 14/11/08 pukul 9.00am. Sila maklumkan pada rakan anda yang lain. Seperti yang telah dipersetujui oleh pensyarah, pemarkahan perbentangan ini turut diambil kira bagi penilain keseluruhan studio. Oleh itu diharapkan semua pelajar dapat menghadiri diri seperti yang dinyatakan di atas. Harap Maklum.

Wednesday, November 5, 2008

AMARAN

AMARAN


STUDIO 2SBW MERUPAKAN KAWASAN LARANGAN BAGI AKTIVTI SELAIN KERJA-KERJA STUDIO UNTUK PARA PELAJAR 2SBW DAN KAJIAN AKADEMIK SAHAJA. MANA-MANA PIHAK YANG MENGGUNAKAN RUANG STUDIO BAGI AKTIVTI SELAIN YANG DINYATAKAN DALAM SURAT PERJANJIAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI MENCEROBOH. SEMUA PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG PENGGUNAAN STUDIO INI. MANA-MANA PIHAK LUAR YANG TIADA KAITAN TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN SEBARANG KEMUDAHAN DI STUDIO INI. SILA PATUHI SEMUA PERATURAN SEDIA ADA. HARAP MAKLUM.

TEMPAT LARANGAN BAGI AKTIVTI:

1. MELAYARI LAMAN WEB LUCAH.
2. AKTIVTI SELAIN TUJUAN AKADEMIK.
3. PERKARA LAIN YANG DIANGGAP MELANGGAR PERJANJIAN.


WARNING

STUDIO 2SBW IS RESTRICTED AREA. STUDENT 2SBW ONLY ARE ALLOWED TO USE THIS FACILITIES.