Showing posts with label Komentar dari PERANCANG. Show all posts
Showing posts with label Komentar dari PERANCANG. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Mandi bogel; filem kita makin melampau


Mandi bogel; filem kita makin melampau
Salam,

Tergerak tangan untuk menulis apabila terbaca sebuah laporan di akhbar..seorang pelakon di Malaysia berbogel bagi menjayakan sebuah babak sedang mandi dalam filem terbaru karya seorang penerbit tempatan. Lebih mengejutkan penerbit berkenaan menyatakan "kesediaannya berbuat demikian semata-mata kerana mahu menghayati watak berkenaan", seperti mana yang dilaporkan akhbar terbabit. Timbul persoalan disini, dimana nilai agama, moral & tatasusila pada para penerbit serta pengarah filem tempatan kita pada hari ini. Walaupun tidak semua penerbit filem pada hari ini sering melakukan pelbagai kontroversi dalam karya-karya mereka, kejadian terbaru seperti ini haruslah diambil perhatian oleh pihak berkenaan. Terma "kebebasan dalam berkarya" TIDAK boleh dijadikan lampu hijau bagi golongan artis, selibriti, penerbit filem, iklan atau sesiapa saja bagi melanggar hukum syarak, moral, adab dan akhlak.

Dalam konteks Malaysia, majoritinya adalah penganut agama Islam, dimana masyarakat kita masih mengamalkan gaya hidup Islam selain kaum-kaum lain yang masih mempunyai nilai moral yang tinggi. Seharusnya para penerbit filem di negara kita perlu memikirkan sesuatu karya yang lebih sesuai dengan gaya hidup di negara kita. Masyarakat kita bukan seperti di negara Eropah, malah amat jauh sekali.

Sungguh pelik dalam usaha negara membangunkan dan mendidik masyarakat berfikiran kelas pertama, kita dilonggokkan dengan cerita-cerita karut marut, dedah-mendedah dan pelbagai budaya hedonisme yang semakin menjadi-jadi. Tidak cukupkah dengan pelbagai kuman-kuman dan penyakit sosial yang sedang merebak sepantas H1N1 dalam masyarakat kini? Buang anak, berzina, merogol saudara kandung dan sebagainya. Sudah pasti kelak, jika filem ini ditayangkan kelak, golongan sasarannya ialah anak muda. Agaknya apa akan terjadi selepas anak muda yang berpasangan ke panggung wayang selepas menonton filem yang menggairahkan seperti ini?. Saya berpendapat sudah pasti sasaran golongan pendokong hedonisme seperti ini adalah suatu usaha licik, yang ingin terus menerus merosakan golongan muda di zaman ini.

Sudah tibanya, pihak kerajaan khususnya LPFM misalnya mengawal dan melarang penerbitan filem seumpa ini. Jika kini, pelakon secara terang dan bebas mengenakan pakaian sendat, menampakkan alur dada atau punggung mereka dalam filem tempatan, adakah kita ingin membiarkan adegan pasangan di atas katil juga akan ditanyangkan kepada masyarakat kita? Walau apa jua label perfileman yang digunakan kelak, sudah pasti filem seumpama ini menghina masyarakat kita..seolah-olah menggalakkan lagi masalah moral.

Saya mencadangkan supaya ditubuhkan suatu Suruhanjaya Perfileman di Malaysia dimana dibarisi oleh mereka yang arif dalam agama, budaya dan dunia perfileman itu sendiri. Diharapkan dengan penubuhan suruhanjaya tersebut dapat diisi oleh pemikir dan orang yang lebih berilmu supaya filem dan drama kita lebih berkualiti. Bukannya dilonggokkan dengan adegan-adegan murahan seperti mandi bogel, bercium dan berasmara. Saya juga mencadangkan pusat pengajian di Malaysia khususnya yang menawarkan program pengajian dunia perfileman menerapkan nilai-nilai murni dan agama dalam berkarya. Kita perlu melahirkan penerbit, pengarah, pelakon dan artis yang mempunyai ilmu pengetahuan, nilai dan berakhlak tinggi kerana zaman kini mereka sering dijadikan idola oleh anak muda.

"Hedonisme merosakkan masyarakat"









Wednesday, May 19, 2010

Dalam kenangan Pudu Jail


Tersentak saya apabila membaca sebuah artikel di surat akhbar yang menyatakan Pudu Jail yang siap dibina 1895 akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada sebuah projek komersial yang diusahan oleh UDA Holding. Bukit Bintang City Center bakal dibina di atas tapak penjara tersebut yang terletak berhampiran Berjaya Time Square di Jalan Hang Tuah. Pudu Jail kini telah ditutup pada 1996 dan banduan telah dipindahkan ke Penjara Sg. Buloh yang dibina oleh UDA bagi menggantikan tapak tersebut.

Struktur usang tersebut kini terbiar walaupun pada suatu ketika dahulu pernah dibuka kepada orang ramai sebagai muzium oleh Jabatan Penjara Malaysia yang menawarkan pameran bilik kurungan dan demonstrasi hukuman gantung yang pernah menggamit ribuan pengunjung ke situ. Ketika itu penulis masih bersekolah rendah dan terpaksa berasak dan beratur panjang bagi melihat dengan dekat akan suasana di dalam penjara. Sekali sekala ketika berkunjung ke kawasan Bukit Bintang lensa kamera milik penulis tidak pernah lupa menangkap beberapa gambar kenangan di sekitar kawasan tersebut. Namun apa yang mengecewakan penulis adalah kenyataan Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan yang menyatakan..



Adaka
h atas dasar tersebut semua bangunan warisan kita di seluruh negara wajar dirobohkan dan digantikan oleh pembangunan moden. Memang tidak dinafikan bahawa pembangunan BBCC bakal memberi pulangan yang lebih lumayan kepada UDA daripada sebuah tembok batu bata berkulat, namun alasan bangunan tersebut tidak disenaraikan dalam UNESCO menyebabkan tidak perlu dipertahankan adalah sesuatu yang tidak wajar. Pudu Jail juga telah menyumbangkan kepada pembinaan karektor di kawasan sekitar dalam dunia seni bina negara kita.

Mengapa tidak diusahakan sebuah usaha pembaikpulihan agar kompleks penjara berbentuk X tersebut dapat dikekalkan. Sektor pelancongan adalah yang terbaik untuk diusahakan seperti aktiviti heritage trail. BBCC yang masih diperingkat kelulusan pihak DBKL perlu mengambil kira Garis Panduan Pengekalan Bangunan Di Dalam Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, nilai sejarah & sentimental lain. Namun apakan daya bangunan seperti Pudu Jail untuk bertahan lama di era moden melawan tuntutan "pembangunan moden yang perlu mengorbankan warisan" seperti itu dan banyak lagi di kawasan lain. Deretan rumah kedai tradisional dan bangunan warisan lain kini semakin lama semakin berkurangan bagi memenuhi tuntutan pembangunan. Masyarakat kita sendiri seharusnya menyayangi warisan seni bina sendiri agar dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang bukannya dengan hanya mengharapkan UNESCO semata-mata!


Penulis adalah Mahasiswa Tahun3
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah
Fakulti Alam Bina, UTM

Thursday, April 22, 2010

Minda ligat


Minda ligat


Salam & sejahtera


Dalam minda ligat idea berlegar-legar. Terbiar. Rugi rasanya kalau tidak digunakan sebaik mungkin. Menghadapi minggu peperiksaan dan aktiviti harian yang tidak pernah jemu menjengah penulis. Alahamdulillah selesai sudah menjawab peperiksaan. Semester ke 7 & 8 bakal menjengah. Tahun ke-4 bakal dilalui dengan penulisan PSM. Minggu peperiksaan macam-macam cerita, lihat dan dengar. Ada lagi mahasiswa tidak percaya dengan keupayaan diri sendiri dengan meniru. Tunggang terbalik memikirkan jenis toyol nak bawak dalam dewan atau tandas! Orang lain tergolek-golek menelaah, kita sibuk tulis nota kecil untuk diletakkan dalam poket. Teori bijak pandai di alam kampus ada dua, pertama sila menelaah last minute sebab kita dah tahu soalan yang bakal keluar!. Kedua tak guna study awal, sebab nanti sampai hari exam kita lupa so baik kita study last minute, fresh katanya. Penulis dipelawa untuk mencuba teori mereka, satu semester jadi taruhan. Ada berani..?. Hargai ilmu seperti hargai nyawa. Paling tidak hargailah ilmu kita itu seperti duit anda sendiri.


Profesionalisme apa benda tuh? Pelik saja bunyinya. Kesian melihat rakan yang terpaksa menghadapi masalah disebabkan ketidakupayaan seorang insan bergelar professional. Apa nak buat? Kesian penulis melihat beliau menangis. Sebagai mahasiswa awak ada hak, jika gagal merayu pada beliau sila buat aduan pada pihak yang lebih tinggi dan berkuasa. Kualiti kerja awak memang hebat dan penulis yakin anda memang layak. Kalau tidak bagaimana dapat dean list setiap semester?. Dia ada masalah peribadi, biarkan. Kepada semua penjawat awam bekerjalah dengan sebaik mungkin, bertugas dengan penuh etika dan bertanggungjawab. Ini masalahnya apabila mencampur aduk urusan kerja dengan politik, masalah peribadi dan lain-lain. Time mengeteh kita sembang politik. Semoga perkhidmatan yang diberikan penjawat awam di negara kita semakin berkualiti pada suatu hari nanti.


“Oh tidak, ini bukan tugas saya. Sepatutnya tugas unit ini, jabatan ini..”. Menolak tanggungjawab kepada pihak tertentu memang senang. Melaksanakan tanggungjawab pula susah. Sepatutnya kita seharunya berusaha mencari usaha bukannya berusaha memikirkan alasan. Jika bertahun-tahun asyik “tolak-tolak” sampai bila nak ciap kerja?. Buatlah tugas yang diberikan seperti mana sesuai dengan bidang tugas dan skop kerja jabatan atau unit kita. Jika ada kelapangan apa salahnya keluar sedikit daripada bidang tugas dan kelaziman, membantu? Jangan kata nak membantu, kerja sedia ada pun beribu alasan. Jom kerja.


Isu-isu semasa?. Isu-isu yang sedang berlaku disekeliling anda. Buang anak, kahwin awal, pilihan raya kecil sehingga kisah budak menipu dengan gelaran kerabat diraja. Semuanya terpampang di media massa. Dikupas dan dibincang bersama di restoran mamak mahupun pejabat. Kepincangan institusi bekerluarga? Bagaimana perkara ini boleh menyumbang kepada masalah yang menyelubungi masyarakat kita. Ramai pemikir di negara kita runsing. Kita sedar? Kita peduli?. Ambil tahu dan mari bantu sama.


Setiap perkara yang berlaku disekeliling ada pengajaran dan moral yang boleh kita pelajari. Tinggal lagi hanya sejauh mana diri kita ingin mengambil peduli dan cakna. Tapi awas!. Jangan sampai ambil tahu sahaja. Tidak cukup. Sebaiknya ambil tahu dan ambil tindakan. Barulah cemerlang diri. Tak gitu?

Saturday, October 17, 2009

Universiti berhutang kepada mahasiswa??

Salam

Adakah wajar keunggulan mahasiswa di IPTA diukur oleh pencapaian PNGK semata-mata?? Bagaimana dengan indikator lain? Bagi penulis pencapaian akademik sahaja tidak mencukupi, bagaimana pula dengan pembangunan sahsiah dan modal insan. Bagaimana pula kita mampu mengukur tahap keunggulan mahasiswa tersebut jika indikator tersebut pula diperkenalkan. Sukar untuk mengukur sejauh manakah kebenaran persoalan yang dilontarkan oleh penulis kerana penulisan ini hanya mengajak kita semua untuk memikirkan kembali proses penambahbaikan sesuatu sistem tersebut. Kini mahasiswa sudah boleh mendabik dada jika PNGK beliau menunjukkan 3.50 ke atas! Tetapi sejauh mana pula kualiti seseorang mahasiswa tersebut? Kita perlu memahami apakah itu kualiti dan apakah pula itu kuantiti. Saya rasa terlalu banyak penulisan mengenai pembangunan modal insan yang terdapat di pelbagai jenis bahan bacaan. Negara masa kini bukan sahaja menuntut kuantiti para doktor, jurutera, perancang bandar , arkitek dan sebagainya yang ramai, tetapi graduan yang berkualiti itu lebih dituntut pada sesuatu masa. Malangya masyarakat pada hari ini masih kurang peka malah tidak pernah mengambil tahu bahawa mereka yang cemerlang pada hari ini belum tentu berkualiti seiring dengan catatan PNGK di atas kertas. Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan graduan yang lulus dengan cemerlang. Malah persoalan penulis ternyata salah dan boleh diabaikan jika benar graduan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang setanding dengan kecemerlangan di atas kertas peperiksaan. Kecermerlangan itu sendiri mempunyai maksud yang sangat meluas. Bukan terhad kepada kejayaan peperiksaan semata-mata. Seperti mana dari alam persekolahan dan seterunya universiti pemahaman "cemerlang peperiksaan, cemerlang segalanya" masih sukar dihapuskan. Mungkin pemikir dan pihak pentadbiran universiti boleh mencipta suatu sistem pendidikan yang lebih baik berdasarkan pembangunan modal insan yang holistik dan tidak lagi bergantung kepada pada apa yang tertera pada kertas keputusan peperiksaan. Masukkan sekali ujian personaliti dan indikator pelbagai kemahiran lain sebagai sebahagian tahap pengukuran kecemerlangan mahasiswa. Setiap tahun jelas, pihak industri masih menyatakan masalah sama apabila para graduan baru diambil bekerja di syarikat mereka, kurangnya kemahiran komunikasi, tahap kepimpinan lemah, tidak menepati masa dan sebagainya. Sudah tiba masanya jadikan penganjuran aktivti atau program oleh mahasiwa di universiti adalah wajib bagi setiap semester pengajian. Bukannya pilihan, tetapi wajib. Berikan kredit yang lebih kepada mereka yang sememangnya aktif dalam berorganisasi dan berpersatuan. Sama ada dalam bentuk imbuhan kewangan atau kredit peperiksaan. Tidak cukup hanya mewajibkan pengambilan subjek kokurikulum 2 kredit sepanjang pengajian. Pihak universiti seharunsya wajar meningkatkan peruntukan tahunannya dalam aktivti mahasiswa di kampus. Maka tidaklah pula terjadi mahasiswa seringkali terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar sehinga ribuan ringgit terlebih dahulu sebelum mendapat 'kerjasama' pihak universiti dalam meluluskan peruntukan program berimpak tinggi walaupun kertas kelulusan program telah dikeluarkan. Malah lebih terseksa mahasiswa apabila pihak universiti pula liat untuk menjelaskan kembali wang pendahuluan mereka sehingga berbulan lamanya dengan alasan "ini adalah standard proses" dan pelabagai karenah birokrasi lain. Ayuh jangan dibiarkan mahasiswa berkualiti menjadi layu seperti lain kerana perkara teknikal seperti ini.

Tangguh lagi

salam

Seperti kebiasaan..bulan di kalendar bertukar ganti. Masa berlalu tanpa menoleh kebelakang. Maka tertinggal bagi mereka yang tak menghargai masa yang diberi. Kita berada di penghujungnya. Rakan mahasiswa di seluruh kampus sibuk menelaah menghadapi bulan peperiksaan. Ditambah pula assignment bertimbun katanya. Tahun akhir..PSM membuat mereka pening kepala lagi. Adakah aku juga akan menghadapi perkara sama pada tahun hadapan?. Persediaan perlu dibuat dari awal nampaknya. Tak perlu menunggu saat akhir. Salah satu faktor mengapa bangsa kita sering kali dilihat kebelakang..TANGGUH!..ya gemar menunggu sehingga saat akhir. Walhal peluang untuk menyiapkan sebarang kerja terbuka luas dari awal. Apabila berada di penghujung waktu. Suasana di sekelilingnya dipersalahkan pula..serba tak kena. Ayuh mari kita bersama-sama berubah. Menyegerakan dalam semua perkara. Apatah lagi dalam perkara yang baik..

Sunday, October 4, 2009

2.30am di kedai mamak


Salam Manusia. Suatu entiti yang cukup menarik untuk dikaji akan tingkah laku dan tabiatnya. Mendapat seorang rakan yang suka membicarakan mengenai tingkah laku manusia mengujakan penulis. Walaupun bidang yang sedang diselami agak berbeza dengan beliau, tetapi secara asasnya kedua-duanya berminat membicarakan mengenai tingkah laku dan pemikiran manusia. Bagaimana manusia itu bertindak dan membuat keputusan mengikut situasi yang berlaku disekelilingnya. Lagi menarik apabila dilihat dalam konteks pengurusan iaitu antara emosi dan profesionalisme. Perbincangan di sebuah kedai mamak sekitar jam 2.30am semalam menyegarkan minda di pagi hari. Masing-masing mengemukakan teori dan pendapat. Takkala orang lain kusyuk menonton perlawanan bola sepak. Kami membicarakan mengenai manusia. Tergelak bila memikirkan gaya pemikiran dan personaliti kami yang tidak banyak berbeza. Salah satunya kami tak suka tengok bola!..hahaha..(sehingga terpaksa keluar kampus mencari makanan kerana cafe di dalam penuh). Masing-masing dilahirkan bulan Januari. Mungkin kebetulan barangkali. Walaupun umurnya hampir 5 tahun beza, kami cukup rapat. Antara menarik minat penulis ialah perbezaan aliran pemikiran dan ideologi. Pihak A dan B. Cuma kadangakala sedikit kesal, dengan tindakan sesetengah pihak yang kadang kala terlalu ekstremis dalam usaha menyampaikan pemahaman. Walhal pendekatan bersederhana itu lebih baik dan berkesan. Inilah kadang kala menyebabkan manusia takut untuk mencari kebenaran. Sudahlah golongan sasaran (target group) tidak berusaha untuk difahami, kita bawakan pula sesuatu yang sudah pasti berbeza dengan pemahaman golongan yang kurang paham. Marilah kita bersama-sama, walau dalam gelak ketawa dan berlawak jenaka tetapi masih ada diselitkan usaha mentarbiahkan diri dan rakan-rakan disekeliling.

Saturday, September 26, 2009

Logo UTM di body F1??

1MF1T mungkin asing bagi dunia F1 kini. Malaysia tidak lama lagi akan mempunyai pasukan F1 sendiri bagi bersaing dengan pasukan lain yang telah lama gah di persada dunia. Tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam membangunkan pasukan F1 Malaysia menjadi suatu realiti termasuklah pst pengajian tinggi seperti UTM. UTM akan berganding dengan UTP berperanan dalam membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara lapor akhbar berkenaan. Walau apa jua kritikan dan tomahan dihadapi sepanjang penubuhan pasukan ini, diharapkan 1MF1T akan mencetuskan suatu perubahan dalam dunia teknologi pemotoran dan automotif negara kita.

*mane ler tau kot2 letak skali logo UTM kat body kereta tuh..hee kan best..tapi banyak duit nk pakai oo..!

Kegagalan PBT di Malaysia


Kegagalan PBT di Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



Mengapakah tiada tindakan dibuat oleh PBT berkenaan walaupun aktivti tersebut telah berjalan sejak bertahun lamanya di kawasan kejadian? Adakah alasan kakitangan tidak mencukupi masih relevan diguna pakai dizaman moden ini di semua kawasan PBT di Malaysia? Walaupun penulis jarang melalui kawasan tersebut sebagai jalan alternatif ke Ulu Yam, pemandangan aktivti haram (berdasarkan pemerhatian) seperti bengkel yang tidak tersusun, pelupusan sampah malah aktivti penternak mencemarkan pemandangan indah di sekitar kawasan Empangan Batu. Mungkin kejadian kali ini melibatkan kematian haiwan ternakan, tetapi sebagai manusia yang menguruskan dan mentadbir kawasan tersebut haruslah bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada. Terdapat banyak kawasan yang telah diceroboh di kawasan pentadbiran MPS yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Petempatan haram dan aktivti tanpa lesen yang sah masih berlaku di kawasan yang dikatakan mencapai tahap pembandaran ini. Mengapa kita masih memberi muka kepada pendatang asing malah warganeraga sendiri yang sewenangnya menggunakan tanah untuk melakukan aktivti haram yang sekaligus mencemarkan alam sekitar kita? Apabila kejadian seperti runtuhan sebuah pusat membeli belah tidak lama dahulu berlaku mendapat perhatian masyarakat, keberkesanan PBT di Malaysia dalam menguruskan pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing mula dipersoalkan termasuklah runtuhan bersiri yang masih berlaku di Bukit Antarabangsa sehingga kini. Dimanakah fungsi akan Akta Perancangan Bandar (Akta 172) yang telah lama digubal dan termasuklah beberapa pindaan dalam mengemas kini PBT sebagai sebuah pihak yang bertanggungjawab merancang pembangunan dan guna tanah di kawasan masing-masing. Sudah tiba masanya PBT di Malaysia melakukan proses transformasi seiring dengan perkembangan kemajuan negara. Peranan PBT kini bukan sahaja pihak yang mengutip cukai dan memperbaharui lesen perniagaan tetapi sebagai sebuah agensi kerajaan yang penting dalam merancang pembangunan secara mampan. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan dalam menysusun dan merancang pembangunan di kawasan mereka bukan semata-mata sebagai pembayar cukai.

Walaupun ahli politik tidak dinafikan peranannya dalam membuat keputusan mengenai sebarang keputusan pembangunan di sesuatu kawasan, namun kadang kala campur tangan mereka sedikit sebanyak menggugat profesionalisme mereka yang lebih arif dalam sesuatu bidang misalnya perancang bandar. Jika dilihat di negara maju yang lain, masyarakat turut memberi sumbangan dalam merancang pembangunan di kawasan mereka dan decision maker (politician) pula mendapat nasihat daripada agensi yang layak. Tetapi di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Mungkin di sesetengah tempat seperti bandar terdapat beberapa kumpulan yang aktif dalam menyuarakan pandangan mengenai perancangan pembangunan di kawasan mereka dibantu oleh pihak yang berpengalaman dalam perancangan seperti PBT. Oleh hal demikian tidak mungkin berlaku lagi keputusan pembangunan dibuat hanya berdasarkan kepentingan indivivu tertentu sahaja.


Penulis adalah
Mahasiswa tahun 3
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah, UTM

Wednesday, September 2, 2009

media oh media

Salam.

Penulis saja mendiamkan diri. Membekukan diri. Dengan kesibukan dan kesuntukan masa, menghalang utk menulis. Tapi, kita bukan org lesu. Mendiamkan diri tanpa berfikir. Itu hanya kerja orang bodoh dan dungu. Membazir masa tanpa berfikir walau sekumit perkara. Aku melihat media kini bagai orang gila. Barangkali lebih dari itu. Aku sebagai rakyat biasa melihat pencetus perpecahan dan kekalutan manusia sebenarnya dimainkan oleh media. Tanpa media, tak kira apa jua jenis media pada zaman kini, orang2 berkepentingan tidak berupaya berbuat apa2. Itulah hebatnya media. Apabila media disalahguna, semuanya jadi tidak menentu. Ditambah dengan manusia2 yang rakus berebut kuasa. Hilangnya seri Ramadhan kali ini..tahun2 akan datang jika media tidak berfungsi dengan sewajarnya!. Media sepatutnya bukan menjadui pencetus kekalutan ummah. Izinkan aku berehat sejenak, melihat telatah "mereka".

Sunday, July 26, 2009

Komentar rakan sebloger..

"31. Lihatlah di IPTA, gadis-gadis mula memakai jeans ketat dan menjadi budaya. Bermula dari terikut-ikut dengan kawan, menjadi budaya. Dan tidak mustahil menjadi ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan. Saya tidak hairan jika di UTM, lebih 50% seluar jeans ketat dan baju ketat melekat di batang tubuh bergelar wanita! Dan hanya 5% gadis berjubah dan bertudung litup, selebihnya bagai lalang, sekejap ketat, sekejap longgar. Inilah bahana konsumerisme acuan yahudi, ia menyerang umat. Rupanya kita sekarang sedang menikmati kehancuran akhlak. Na`uzubillah" -http://hafizhilmi89.blogspot.com/-
Dari Perancang..
Salam..penulis juga sependapat dengan penulis tersebut. Sudah lama penulis memendamkan perasaan apabila melihat budaya pakaian dikalangan mahasiswa. Sedikit sebanyak penulisan seperti ini mengingatkan juga penulis supaya tidak melakukan perkara sama. Pelik tapi benar. Penulis sedang bertanya dengan diri dimanakah maruah mahasiswa kita sekarang sebenarnya atau apakah peringkat kita sekarang. Mudah sangat untuk menunjukkan aurat di mana sahaja, kolej, kelas, padang, cafe dll..Jika dahulu kita boleh bertudung, sekarang memakai skaf kononnya panas. Jika dahulu pakaian labuh, sekarang londeh depan belakang. Jika dahulu lengan sudah tidak tertutup kini makin berani melondehkan baju sehingga nampak bahu...begitu lah mahasiswa kita dinihari. Benar masih wujud mereka yang berusaha menjaga auratnya. Tapi berapa ramai?? Dikalangan rakan sekelas..sekuliah..Barangkali boleh dikira dengan jari. Memakai tudung menjadi suatu seksaan kerana panas. Sedangkan kita lupa panas di hari kemudian! Kita lebih gemar memakai seluar pendek ketika bermain bola, sedangkan seluar panjang ada terlipat dalam almari. Begitulah kita pada hari ini. Seriusnya isu moraliti dan sosial di kalangan mahasiswa boleh dinilai dengan budaya pemakaian yang kita lihat hari ini. Berapa ramai mahasiswa kita takut disaman oleh security kerana melanggar kod etika pemakaian universiti sedangkan kita lupa akan KOD ETIKA PEMAKAIAN yg ditetapkan ALLAH SWT?
Adalah tidak wajar jika penulis tidak kemukakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut..Cadangan penulis ialah mendapatkan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej dan pensyarah dalam usaha kita mendidik mahasiswa yang sebenarnya masih perlu diasuh. Kuat kuasakan kembali Kod Etika Pemakaian sedia ada. Larang penggunaan seluar pendek di kawasan awam seperti cafe. Pensyarah pula perlu bertindak tegas termasuk menghalang pelajar yang memakai pakaian terlalu ketat dari memasuki kuliah. Jika anda mengatakan itu hak peribadi, bagaimana pula hak org disekeliling yang terganggu dengan pemandangan jelik tersebut?? Perlu diingatkan juga walau dimana kita berada, sama ada di studio, kelas malam dll..aurat kita tetap wajib dijaga. Wallahualam.

Saturday, July 4, 2009

Welcome back to UTM


Salam.

Yeah, welcome back to campus..wah..baru 2 bulan aku tinggalkan kampus. Dah banyak berubah. Blok FAB baru 40%, Student mall 70%..emm pe lagi baru ek? Hah pagar baru. Siap cat dah 90%. Plus minus lah. Semua projek tuh under peruntukan RMK9 yg lepas. Mostly banyak bangunan baru termasuk beberapa fakulti baru. Paling mega kat UTM so far is Stadium UTM..em im not sure takat mane dh siap. Harap2 dapat playing game kat sane before berpencen t..hahaha. Huhuh. Im only have 2 year more..Loh kejap benor. Tak puas nk cari pglaman kat dlm kampus tuh. Dah 2 tahun..pjam celik dah grad..pjam lagi dah kerje..pjam lagi, menikoh ler plok..then anok2 pon beso..bile pjam lame2 tak celik2 dah.hah camne tuh..Amin..hope aku dan rakan2 semua sihat hendaknya.

Mase aku tulis nih, aku dok kat hotel good hope..ala kat tmn tun aminah nih hah. Ok not bad. Alahamdulillah. Dapat jgk blik utk family aku rehat2. Past drive berjam2. Sblum bertolak ke KL smula sok. Em banyak jgk brg kne beli nih. Kasi make up skit bilik. Kotor!..nih abang nk nasiht kat adik2..nanti len kali before balik akhir sem. make sure kemas bilik dulu!. Kesian adik2 baru t nak masuk ok. Paham. Nih Yaallah. Nape kotor sangat..kebersihan kan sebahagian Iman...

Masuk je gate utama dgn azam baru dan matlamat baru. Termasuklah beberapa helai baju baru sumbgan staf2 DBK...hee TQ. Insyaallah kite cube berubah menjadi org baru. Sentiasa jadi terbaik Ok!! Jangan luo badan je serba baru. Tapi minda dan hati masih di takuk lama. MALAS!...oh cannot like that la..

Thursday, July 2, 2009

Tuesday, June 30, 2009

BIJAK MEMILIH KAWAN

BIJAK MEMILIH KAWAN

Salam

Kawan, sahabat, rakan atau teman adalah istilah yang tidak asing kepada kita selaku seorang mahasiswa di kampus. Sejak hari pertama kita mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di kampus sehingga hari penganugerahan ijazah kelak, kawan menjadi sebahagian insan istimewa kepada kita. Takkala sakit teman bertanya khabar menjaga kita. Begitu juga apabila kita berduka pasti ada yang bertanya. Namun ada juga individu yang mengambil peluang atas keikhlasan seseorang itu untuk berkawan dengan menipu dan sebagainya. Tidak dinafikan sumbangan seorang teman dalam pembentukan pemikiran dan tingkah laku sepanjang mahasiswa berada di kampus pengajian mereka. Ada dua kemungkinan iaitu sama ada kawan yang dipilih itu bakal mencorakkan kita menjadi insan yang lebih baik atau sebaliknya. Pembentukan karektor seseorang itu turut dipengaruhi oleh teman yang dipilih mereka. Jika dilihat secara logik akal fikiran, mereka yang lebih baik pasti mencari rakan-rakan mereka dikalangan golongan yang baik, begitu juga sebaliknya. Manusia sukar untuk hidup keseorangan. Mereka memelurkan seseorang untuk berkomunikasi, saling mengambil perhatian dan kasih sayang. Ini adalah kehendak manusia.

Mahasiswa mula terdedah dengan pelbagai karektor teman yang dikenali sepanjang pengajian mereka. Ada yang bersikap negatif ada pula yang positif. Sesuai dengan jiwa golongan mahasiswa yang terdiri daripada umur 20an, sentiasa ingin mencuba dan meneroka perkara baru. Perasaan ini mula diterjemahkan dengan mencari ‘geng’ yang sekepala atau sealiran dengan dirinya. Terbentuk kumpulan kecil dengan identiti tertentu supaya mereka dikenali iaitu dengan mengubah cara berpakaian dan berkomunikasi. Mereka mula tercari-cari identiti atau imej yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat umum diluar. Begitu juga perlakuan individu tersebut berubah dan disesuaikan pula dengan budaya tertentu supaya tidak dikatakan ketinggalan dengan kumpulan mereka. Sedia maklum kumpulan-kumpulan tersebut yang wujud di kampus lebih berkiblatkan Barat dan budaya asing. Mereka meniru, tanpa berfikir. Maka lahirlah seorang mahasiswa tanpa identiti. Hanya mengikut aliran perdana (yang belum tentu benar) kerana dengan alasan fesyen dan budaya telah digayakan oleh ramai orang.

Penulisan kali ini bukan sahaja ingin mengupas mengenai identiti yang ditiru sebahagian besar mahasiswa tetapi begitu juga mengenai sikap, tingkah laku dan pemikiran. Selain isu budaya, tingkah laku terdapat segelintir mahasiswa yang tidak menggambarkan langsung keintelektualan diimpikan oleh negara. Sikap negatif seperti malas, buang masa, tidak menghormati orang tua (pensyarah misalnya) dan sebagainya menjadi-jadi. Ditambah pula media kita yang sentiasa menggalakkan hiburan dikalanagn masyarakat. Dunia keintelektualan pada hari ini hanya dipandang ringan oleh mahasiswa sendiri yang nyata lebih menggemari dunia hiburan!.

Tidak dinafikan pada hari ini, rakan mahupun sahabat yang akan membentuk keperibadian anda pada masa hadapan. Adalah mustahil untuk keluarga memantau kerana faktor jarak dan sebagainya, malah mahasiswa sendiri yang telah dikatakan mencapai usia matang dan mampu membuat keputusan perlu bijak dalam memilih sahabat. Kini mereka yang begelar mahasiswa perlu mengahabiskan masa selama 3-5tahun pengajian di kampus. Masa yang kritikal bagi individu tanpa asas yang kukuh dari segi identiti, karektor dan pemikiran kerana mereka akan mudah terpengaruh sebaik saja menjejaki kehidupan kampus. Akhir kata pilihlah rakan yang menyelamatkan diri anda bukannya merosakkan masa hadapan.

Sunday, June 28, 2009

Mahasiswa perlu membaca


Salam


Mahasiswa yang cakna mengenai isu-isu semasa adalah mahasiswa yang suka membaca. Tanpa membaca seseorang itu sukar untuk mengetahui sebarang isu atau perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Konteks pembacaan pula meluas skop dan bidangnya. Bergantung kepada jenis bahan bacaan yang ingin dibaca atau tahap pemikiran seseorang itu. Adakalanya seseorang itu lebih cenderung hal ehwal politik semata-mata atau pun mungkin juga mengenai buku-buku bercorak pemikiran dan falsafah.


Penulis percaya tidak ramai yang mahasiswa kita yang gemar membaca buku-buku seperti yang dinyatakan di atas. Mungkin diaanggap sesetengah bahan bacaan seperti itu agak sukar untuk difahami dan dihayati berbanding bahan bacaan yang lebih bersifat santai dan bersahaja seperti majalah yang memenuhi pasaran semasa. Tetapi kita dapat lihat, daripada pembacaan seseorang mahasiswa itu, perwatakan dan pemikiran dirinya turut terkesan. Apabila di ajak berbincang dan berdiskusi mengenai seseuatu isu, penuh fakta dan pandangan bernas dikemukakan.


Lebih luas jenis bahan bacaan seseorang mahasiswa, lebih banyak cabang dan bidang yang boleh dikupasnya dengan baik, tidak kira sama ada politik, falsafah, agama, motivasi, sains dan teknologi serta banyak lagi. Mahasiswa pada hari ini tidak boleh menjadi seoarang yang rigid atau kaku. Pelbagaikan jenis bahan bacaan supaya banyak ilmu pengetahuan diperolehi. Pada pandangan penulis, amat rugi jika seseorang itu diperingkat universiti masih belum mempunyai minat dan keinginan untuk membaca sedangkan di kampus ialah pusat segala ilmu pengetahun yang perlu dicedok setiap mahasiswa.


Mulakan minat membaca hanya dengan membaca bahan bacaan yang lebih ringan dan santai seperti komik dan majalah umum yang berinformasi. Kemudian pilih pula buku-buku yang lebih berat dan bersifat pengkhususan. Bergantung kepada kecenderungan individu tersebut, tetapi tidak salah jika mempelbagaikan bahan bacaan kita. Penulis percaya negara kita sekarang mempunyai kemudahan yang baik dalam mendapatkan pelbagai jenis buku. Pada suatu ketika dahulu adalah sukar melihat rakyat Malaysia membaca buku sambil membaca buku mengisi masa luang. Sekarang kita dapat lihat rakyat kita semakin tidak segan untuk membaca walaupun sambil berasak-asak dalam transit aliran ringan (LRT).


Fenomena seperti itu tidak pelik jika kaum lain yang memegang buku atau surat khabar sambil berjalan dan membaca. Agak sukar menemui kaum Melayu membaca di tempat-tempat awam. Tetapi penulis yakin sifat malu dan malas membaca dikalangan bangsa kita dapat diubah dengan kemasukan bahan bacaan yang memenuhi ruang pasaran di negara kita, bukan sahaja murah tetapi juga berkualiti. Diharapkan penerbit dan penulis buku di negara kita terus memperhebatkan usaha dengan menerbitkan pelabagai bahan bacaan untuk rakyat.


Kebanyakkan buku yang diimport agak tinggi harganya berbanding yang diterbitkan dalam negara. Banyakkan lagi kempen dan pesta buku, bukannya konsert setiap minggu. Penulis juga mencadangkan supaya pesta buku berskala besar seperti Pesta Buku Antarabangsa diadakan di setiap negeri. Ayuh mahasiswa, ambil peluang untuk mencari sebanyak mungkin pengetahuan di menara gading.


Selamat membaca!

Istilah H1N1 n SELSEMA BABI!

Salam..loh tak paham aku dibuatnya..dah ler rakyat mcam aku nih tak paham sangat hal ehwal medical nih. Nih isu istilah nak guna nama SELSEMA BABI ke or H1N1..hahaha. Tergelak pon ade. Dalam bilangan pesakit yang semakin bertambah, tanpa penyelesaian konkrit atau sebarang ubat ditemui. Kementerian kat Malaysia pula sibuk isu istilah...hahahah..memang kelako betui. Nih hah leh bace kat sini.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Kementerian Kesihatan nak guna H1N1 supaya selari dengan WHO. manakala Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan nak guna SELSEMA BABI. Persoalan utk kedua2 kementerian..time tengah wabak macam nih pon sempat korang nak berpolitik ek??

Rakyat RISAU>>

Saturday, June 27, 2009

LI n Kematian Mikail..

Salam.

Ada beberapa perkara yang akan/berlaku dalam beberapa hari lalu/ akan datang menarik perhatian aku sebagai pemerhati. Pemerhati tidak perlu dilantik, cukup untuk diri sendiri berfikir dan menganalisis. Ambil pengajaran di sebalik kejadian. Beruntung kepada mereka yang suka berfikir walau seketika.
Latihan industri (11/5-3/7/09)
2 bulan aku naik turun di tingkat 10 DBKL menara 1 buat LI. Banyak jugak aku belajo dekat citu. Selain ilmu2 biasa dlm bidang planning. Aku juga belajo ilmu utk kenal manusia. Ilmu nih kite boleh belajo dengan memerhati. Manusia nih banyak ragam dan perangainya. Kalu kite bincang dalam konteks bekerja, ada yang jenis senyap hasil kerja mantap. Ada pulok kerja popekpopek (merungut.sampai kerja selesai dibuat)..hasil kerja pon bagus. Ada jugok hok bising je lebih...kerja satu pon tak berkualiti. Ada pendiam tapi. Ada yang suka merungut. Tapi akhirnya walau mcam mana pon manusia nih.. HASIL KERJA jugak akan dinilai oleh orang lain. sama ada BAGUS/ALA KADAR BAGUS/TAK BAGUS. Bagi yang bekerja, teruskan kerja anda selagi pekerjaan kita masih selari dengan norma2 manusia dan agama...
MJ meninggal(26/6/09)
Wah..uncle MJ nih aku pon tak kenal sangat. Sebab bukan uncle aku..hahaha..tapi aku bila ku dengar radio berite kematian MJ..aku sedikit tkjut. Bukan sebab MINAT!. Tkjut bila ramai sungguh org duk puja die. Bila aku semak2 surat khabar hari nie.Terpampang muka die kat muka depan paper. Betape famous dan terkejutnya dunia terhadap kematian MJ. Raje Pop?. Ek ntoh aku pon tak amik tau sangat hal ehwal artis, yang aku tau HEP kat UTM..hahaha..Ade lah blog kawan kepada kawan komen, kenapa berita kematian dia satu dunia amik kisah. Amik tahu. Sampai satu hari suntuk radio pasang lagu2 dia? Kenapa individu yang lebih layak utk mendapat penghargaan tak diingati atau diratapi (aspek positif)?cth Nabi Muhammad SAW. Tokoh2 ilmuan lain?. Aku pon tak kenal. Tapi boleh bace buku2 belambak je kan?. Tapi kenapa artis??Kenapa penyanyi?Pelakon?. Aku semakin pelik bila sebuah stesen radio memainkan beberapa kali rakaman perbualan antara peminat MJ di Malaysia yang mendakwa pernah bersalam dan bergambar dengan MJ semasa dtg wat show kat Malaysia. Bila ditanya DJ tuh.."lembut tak tangan MJ masa awak salam dia??" tanya DJ. "Ehhh..lembut sangat!!!!" dijawab peminat tuh. Haih aku percaya pemanggil tuh Melayu n Islam. Orang Melayu je yang selalu tergila akan artis2,nyanyi2, konsert2 nih..jarang dengor bangsa len. Ada tapi takde fanatik cam kite. Berita menujukkan pngumuman kematian oleh abang MJ (peluk ISLAM) yang mengatakan arwah seorang ISLAM..dengan namanya MIKAIL..ameen harap2.. Hanya Allah Swt saje mampu mengangkat martabat seseorang itu :)
MHS 2009/2010
Selamat datang aku ucapkan sekali lagi..ucapan yang sentiasa melintasi telinga aku. Sebaik saja memasuki menara gading. Penat aku cari gading..tak jumpe2..hahahaha. Tht joke..hahah. Ermm.
Tahniah kepada adik2 ku..cari lah sebanyak ilmu kat kampus nanti ok. Good luck jugak kepada ejen2..eh jap..KREW!..hahah..Oo..Pjoe nanti mung! (kawan seblogger). Terkejut jugak kawalan dan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan.Takut tersebarnye H1N1 kat UTM.Eh Pjoe anto gambor krew2 tngoh possing pakai MASK!!!hahaha..Good Luck utk smee.
Sedeyy..niat suci "dihalang".. :(

Saturday, June 20, 2009

KONSERT lagi

Salam

Ergh...KONSERT lagi..wah..tolong ler..INSPIRASI ke..ASPIRASI ke..(eh cm pnah dengar je..hahah)..tak kire ler pe namenye..I DONT LIKE CONCERT!!

Pekehenye Pak Leman oi..deke inspirasi ke tgok konsert?Huhu..eh lantak ler org kate aku nih anti itu ini..tapi sorry ler..memang tak minat. Im close my mind to LIKE that thing..

Aku sambut baik kementerian berkaitan nk pggil balik semua pengusaha TV utk berbincang mengenai kelambakan rancangan realiti yang tak sudah2 di kaca tv (tak pernah plok dengar TV plastik).

Sunday, May 24, 2009

Temubual ngan hati sendiri..

Salam. Setiap orang perlu merancang kehidupan mereka. Tak kire lah anda bukan perancang bandar yang merancang pembangunan di ibu kota!. Bukan planner pon kne merancang also..so kenape dalam hidup takleh merancang? Memang semenye ditetapkan olehNYA. Tetapi kite pula perlu berusaha mendapatkannya..So jangan ditunggu. Rancang, pelan sekarang..hasilnya di kemudian hari. Anda gagal merancang, that mean anda telah menempah tiket untuk GAGAL!!

Mcm mana dgn penglibatan dlm MPP?

Ermm..bagi saya banyak lagi perlu diperbaiki. Sikit-sikit. Tapi kena cepat. Masa untuk berkhidmat tinggal separuh sem lagi. Kemudian batch baru masuk bertanding. Kebarangkalian saya nak continue tuh ada. Kesan keputusan akan datang cikit banyak mempengaruhi. Ramai jugak mtak saya bertanding utk tiket MT plok. Tengok lah mcm mana. Banyak lagi saya nak explore.

Perancangan 2tahun kendian?
Habiskan ijazah sarjana muda perancang bandar dan wilayah di utm-lagi 2tahun.

Pastuh?

Grade dapatkan 1st degree @ anugerah tertinggi UTM.

Bila nak nikah?

Planning tahun akhir dah bertunang. Bila dah sambung belajar dah diijab kabul. Pasangan..kena lah cari dulu. family die ok. family saya pon ok. insyaallah. Harap 22 paham dan saling membantu lagi2 kalau before bekerja. Baik akhlak dan agama, budi pekerti, kalau tengok sejuk mata, keluarge pon baik2, umi pon suke..yang penting saya suka muslimah bersifat mothering ckit..hok pkai ketat metat tuh sorry ler..out of the list!!Pkai tudung labuh lagi baik. Sebab pakaian menggambarkan akhlak die..

Nak kerja ape?

Jadi tutor kat UTM/sambung belajar either master or phd based on result-1 1/2tahun-2tahun. lain..Sama ada apply bidang planner nih ikut agreement 6tahun ngn gov. Budak scholar..JPA. If not saya bukak consulant motivator give talk to sekolah!haha....Pilihan pertama pensyarah kemudian planner.

Kenapa?

Sebab minat mengajor jugak sebenarnya. Jadi planner pon ok. At least masuk terus on that field leh jadi datuk bandar..hahah..insyaallah. Politik..erm..boleh tahan. Suka bidang pengucapan nih. Ada basic jugak. Allahamdulillah..Selalu jugak discuss ngan lecturer mcm mne nak jadi lecturer..haha. Takut jugak masuk lapangan planner..rasuah banyak..yeke?o..no komen.

Nanti nak menetap di mana?

Lebih minat duduk di pantai Timur. Sebab boleh pergi laut petang2..hahah..bawak anak-anak jalan kat pantai..insyaallah. Sebelah utara pon bagus jugak. Dekat sawah. Pantai ngn sawah make me tenang..mestilah dekat tempat kerja. Sebelah selatan kurang best. KL..huhuh..ok sebenarnya. Place for cari nafkah. But not for rest..Tengoklah teman hidup saya orang mana nanti...hahaha..

Luar negara?

Oh..saya suka tengok Dubai!..wah amazing..how Allah bagi idea kat manusia mampu tukar padang pasir ke bandar metropolis yg hebat..baru nih tgok documentary..die cerita kerajaan Dubai boleh bagi gaji basic 2000 sorang. Lahir je kita dah dapat tanah!!.Rakyat 15% je arab. Lain mcm2 bangse yg berhjrah ke sana. Kekayaan Dubai siap leh disedekah kat wilayah seblah die..just sebab minyak. Takde pengemis kat sana. Dikatakan berpuluh jutawan dunia ada kat sana. Mana tau ada peluang saya ke sana..bukak bisness..amin.

Taknak jadi politician?

Oh...soklan yang buatkan saya tergelak sndrian..minat jugak untuk menceburkan diri dalam bidang nih secara serius. Bila tengok situasi semasa langsung tak membantu. Rasuah, penipuan, rampasan kuasa, berebut sana sini...banyak keburukan dari kebaikan. Mungkin suatu hari nanti akan kembali politik bersih yang berlandaskan syariat..mana tau mahasiswa yang ada di U zaman sekarang akan tukar semua tu..tapi kalau ada peluang saya masuk dengan berhati-hati...

Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian sekarang?

Syukur. Alahamdulillah. Eh..mestilah. Tapi kita tak boleh stop. Apabila dilihat ke belakang balik memang banyak perubahan. Sesuai dengan usia yang meningkat. Sometimes ada jugak people say my thinking not like my ages. Cepat matured. Banyak lagi kena explore. Ilmu Dia takkan habis!. Allahamdulillah..saya teringin capai matlamat dan perancangan dengan usaha yg gigih bukan angan-angan. Just nak mtak tolong masyarakat sekitar bantulah mahasiswa kita yang mempunyai harapan dan matalamat tinggi. Jadilah masyarakat yang lebih penyayang..dalam keadaan yang lebih baik dan berkualiti. Bagi saya orang sekeliling sangat mempengaruhi emosi dan pemikiran anak bangsa yang baru belajar berdikari berdepani realiti kehidupan.

Pesanan anda..

Kita masih ada banyak peluang untuk berubah. transform!. Bukan kepale lori je leh transform jadi robot..hahah..manusia pon camtuh jugak. Kalau tak banyak kita buat cikit-cikit. Tu lebih baik dari kita tak buat langsung. Apa yang penting..mula merancang. Risau tengok anak muda di luar. Tanpa halatuju. That why masyarakat skeliling kena pantau. Bukan cakap.."anak hang anak hang..asal anak aku tak buat jahat sudah.." jawabnya makin teruk lah pemuda kita..media pon satu hal..Jangan smpai suatu hari anda dicop jadi perosak masyarakat. Kepada mahasiswa di luar sana, ayuh!! Mari kita baiki semula sistem masyarakat kita!! Mungkin usaha kita sedikit..tapi kesan nya pada diri dan generasi akan datang. Mula lah merancang paling tidak untuk diri sendiri.

Sunday, November 23, 2008

Aku seorang pemimpin!

Salam..usaha untuk mencari pemimpin baru bukanlah suatu tugas ringan. Pemimpin muda di kalangan sebarangan persatuan atau organisasi ini amat penting dicari dan digilap potensi mereka agar kesinambungan kepimpinan dalam sesebuah organisasi tersebut sentiasa berterusan. Sebenarnya sedar atau tidak kita telah dididik dari kecil sehingga dewasa kini bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai contoh, di rumah, abang atau kakak diamanahkan oleh kedua ibu bapa untuk menjaga adik-adik mereka yang lebih kecil. Kita secara tak langsung belajar bagaimana untuk memimpin. Kepimpinan bukanlah suatu tindakan yang boleh dibelajar dari buku-buku ilmiah di perpustakaan dan bahan bacaan lain, walaupun tidak dinafikan akan sumbangan bahan bacaan dalam membentuk daya kepimpinan seseorang itu. Namun, pengalaman individu tersebut yang terlibat dalam peluang kepimpinan yang lebih banyak mengajar dan mendidik diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. Jika dilihat pada konteks universiti, mereka yang banyak terlibat dalam aktivti persatuan, organisasi, pentadbiran dan sebagainya lebih cemerlang akan akademik berbanding mereka yang hanya menghabiskan pengajian tanpa melibatkan diri dalam sebarang bentuk persatuan. Tidak benar sama sekali jika dikatakan bahawa faktor masa dijadikan penghalang utama. Apa yang penting adalah pengurusan masa. Semua manusia dikurniakan masa yang mencukupi. Cuma selebihnya terpulang pada kita menguruskannya. Kepada meraka yang akan mengikuti sebarang kursus kepimpinan di semua peringkat, saya mengucapkan selamat berkursus. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin. Bukalah minda dan hati kita untuk menghadapi hari-hari muka yang penuh debaran. Jika anda ingin menjadi seorang pemimpin maka berkawan lah dengan pemipin, nescaya mereka akan berikan seribu ilmu, jika anda berkawan dengan golongan pemalas maka mereka akan berikan seribu tohmahan, herdikan dan alasan.

Thursday, November 13, 2008

GILA seks!

Salam para pembaca budima sekalian, tajuk bagi posting komentar kali ini pasti menarik perhatian anda sekalian. Isu yang saya cuba pertengahkan kali ini ialah GILA seks!, termasuklah menonton video porno yang nyata lagi bersuluh akan keHARAMan nya dari segi agama. Malah dari kajian saintifik pula boleh merosakkan daya pemikiran kita. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini dikalangan pelajar perancang bandar dan umumnya seluruh mahasiswa! Kononnya bersumpah dan berjanji ketika mula memasuki alam universiti untuk mencari ILMU..walhal..Saya cukup terkejut melihat gejala tidak sihat lagi merugikan umat bangsa ini seolah-olah suatu kemestian utk melihat dan menonton video2 porno ketika menuntut di pusat pengajian tinggi. Barangkali dalam pemikiran pelajar ini, ibu bapa mereka tidak melihat apa yang mereka lakukan di bilik2 asrama! Saya mencabar pelajar2 ini untuk menonton di hadapan ibu bapa mereka sendiri..pasti MALU..Walhal mereka lupa masih ada yang MELIHAT kita semua, iaitu PENCIPTA. Pelajar ini sebenarnya tidak layak untuk menuntut ilmu disini jika hanya semata-mata ingin memuaskan hawa nafsu serakah semata-mata. Kemudahan internet di studio misalnya disalah guna oleh golongan ini untuk melayari dan mendownload video ini. Amat malang tempat berkembang ilmu, tempat berdiskusi dan membuat kerja ilmiah dikotori oleh kaki2 seks seperti ini. Saya hairan selain ingin mengharapkan mereka ini mendengar ceramah agama di masjid atau surau kolej pun belum tentu apatah lagi mendengar khutbah sewaktu hari jumaat pun hadir kerana malu pada manusia. Apa lagi usaha yang boleh digembleng bersama pihak pengurusan universtiti, kolej kediaman dan persatuan pelajar bagi membanteras gejala ini. Jika bangsa dan agama lain meja belajar mereka dipenuhi buku2 ilmiah, bangsa kita tersusun kemas vcd seks pelbagai tajuk!! Ini lah golongan yang dikatakan terpelajar yang akan menggalas amanah sebagai seorang perancang bandar khususnya, ataupun setidak-tidak sebagai seorang manusia di luar sana!Jika golongan ini tidak dibantu/tidak dinasihati dan diteguri dari masa ke semasa saya rasa golongan pegawai perancang bandar dan golongan profesional lain yang terhasil dari gedung2 ilmu ini hanya sia2..