Thursday, November 13, 2008

GILA seks!

Salam para pembaca budima sekalian, tajuk bagi posting komentar kali ini pasti menarik perhatian anda sekalian. Isu yang saya cuba pertengahkan kali ini ialah GILA seks!, termasuklah menonton video porno yang nyata lagi bersuluh akan keHARAMan nya dari segi agama. Malah dari kajian saintifik pula boleh merosakkan daya pemikiran kita. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini dikalangan pelajar perancang bandar dan umumnya seluruh mahasiswa! Kononnya bersumpah dan berjanji ketika mula memasuki alam universiti untuk mencari ILMU..walhal..Saya cukup terkejut melihat gejala tidak sihat lagi merugikan umat bangsa ini seolah-olah suatu kemestian utk melihat dan menonton video2 porno ketika menuntut di pusat pengajian tinggi. Barangkali dalam pemikiran pelajar ini, ibu bapa mereka tidak melihat apa yang mereka lakukan di bilik2 asrama! Saya mencabar pelajar2 ini untuk menonton di hadapan ibu bapa mereka sendiri..pasti MALU..Walhal mereka lupa masih ada yang MELIHAT kita semua, iaitu PENCIPTA. Pelajar ini sebenarnya tidak layak untuk menuntut ilmu disini jika hanya semata-mata ingin memuaskan hawa nafsu serakah semata-mata. Kemudahan internet di studio misalnya disalah guna oleh golongan ini untuk melayari dan mendownload video ini. Amat malang tempat berkembang ilmu, tempat berdiskusi dan membuat kerja ilmiah dikotori oleh kaki2 seks seperti ini. Saya hairan selain ingin mengharapkan mereka ini mendengar ceramah agama di masjid atau surau kolej pun belum tentu apatah lagi mendengar khutbah sewaktu hari jumaat pun hadir kerana malu pada manusia. Apa lagi usaha yang boleh digembleng bersama pihak pengurusan universtiti, kolej kediaman dan persatuan pelajar bagi membanteras gejala ini. Jika bangsa dan agama lain meja belajar mereka dipenuhi buku2 ilmiah, bangsa kita tersusun kemas vcd seks pelbagai tajuk!! Ini lah golongan yang dikatakan terpelajar yang akan menggalas amanah sebagai seorang perancang bandar khususnya, ataupun setidak-tidak sebagai seorang manusia di luar sana!Jika golongan ini tidak dibantu/tidak dinasihati dan diteguri dari masa ke semasa saya rasa golongan pegawai perancang bandar dan golongan profesional lain yang terhasil dari gedung2 ilmu ini hanya sia2..

4 comments:

  1. Betul 2...sye sokong...
    mostly, rami student mlayu yg lihat video2 camni...
    x de jati diri lansung!!!!
    klu kate x cukup tarbiah, skolah dah bertingkat2...
    depend pade dri masing2...
    kite yg masih sdar ni hendaklah sentiasa berdoa..
    agar Allah sentiase sucikan hati kite dari sfat mazmumah.. ~suha~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua..hangat jgk topik nih sesame le kite nashitkan kekawan

    ReplyDelete
  4. Ya..betol juga pe yang diperkatakan oleh pak cik..mereka2 ini mmg sunnguh berani mmpergunakan ruang yg sepatutnya dijadikan medan menuntut ilmu, menjadi ruang melayan hawa nafsu..biarlah smuah passion itu terhadap ilmu n determination itu untuk mmperbaiki diri...skrang ni..eventhough wifi kolej sdah blok2 website2 sperti ini..ade yg mmpunyai broadband mnyalah gnekan broadband yg dibeli oleh parent ni dgn melayari web2 mcm tuh...ish3..

    ReplyDelete

Sila komen.