Thursday, October 30, 2008

IM MENANGIS.....

IM MENANGIS………



Semalam aku menagis kerana wanita. Seingat aku, pernah beberapa kali aku menangis kerana wanita. Sejak aku mula kenal ABC di tadika, aku dibuli juga oleh seorang wanita, nenek dan umi jadi heroku!..Aku juga pernah menangis kerana wanita, tetapi di atas tikar sujud ku, di bilik keseorangan ,di asrama dan pada malam kesunyian. Kekeliruan aku terhadap perasaan memuncak. Aku lepaskan dengan air mata semalam. Tidak semena-mena, aku tidak paham?. Kenapa orang seperti aku, bersemangat tinggi dan sentiasa berusaha untuk berasa berkeyakinan tinggi, akhirnya jatuh hanya kerana wanita?. Keegoan aku sebagai seorang lelaki terus terpadam hanya kerana seorang wanita. Aku menangis kerana terkesan akan tanggungjawab ku kelak. Terkesan kerana kesilapan aku meluahkan perasaan pada bukan haknya. Kesilapan aku tidak mengikut syariat. Semalam aku menangis teresak-esak. Terbaring sambil handphone di melekat di telinga, tidak sanggup aku nak mendengar..Sayu..Sedih..Mendukacitakan!

Terharu akan pengorbanan seorang insan bernama muslimah di utara. Walau sejauh utara selatan, tapi aku dapat rasa kekesalan seorang insan kerana mengenali aku semasa zaman sepengajian menuntut ilmu. Mungkin di dalam hatinya mengapa aku dipertemu oleh manusia seperti aku? Tak tahukah aku menyimpan impian begitu tinggi terhadapnya? Kenapa lelaki ini tak menghargai dasar persahabatan yang terjalin sejak zaman pengajian lalu? Aku berkasih sayang kerana MU YaAllah.. Aku bina ukhwah kerana ingin membina masjid di masa depan..Masjid yang indah dari masjid kristal di Pulau Wan Man. Tapi kenapa kamu tidak hargainya...Hah? Aku tidak hargainya?Ya MENGHARGAI wahai pemuda..barangkali itulah yang dipendamkan oleh seorang wanita, sehingga pada malam semalam diluahkan sepuasnya. Selama 1jam18minit44saat! Masa yang lama. Aku tak sedar berapa lama aku menangis. Aku menangis kerana takut padaNYA, malu pada kedua orang tuanya, adik beradik yang semuanya mengenali aku, orang kampungnya, rakan-rakan sepengajian yang menyokong hubungan ukhwah kami..Aku menangis kerana malu pada dirinya! Pada seorang wanita yang baik akhlaknya! Baik budi bicaranya!...aku menarik nafas. Suara aku tersekat-sekat, pipi aku hampir kering dan kemudian dibasahi semula oleh air mata. Antara dengar dan tidak. Aku tak dapat fikirkan secara rasional lagi. Mana pergi kata-kata motivasi yang jadi perangsang aku selama ini? Mana dia keyakinan yang aku bina, dari buku-buku motivasi yang aku baca? Yang selama ini aku rasa diriku sangat HEBAT!!. Yang selama ini aku sangka aku KUAT SEMANGAT!!. Mampu memberi nasihat apabila mereka ditimpa masalah. Aku dijadikan tempat bergantung. Tidak, aku tak HEBAT..Mana mungkin orang yang hebat, tersungkur menangis kerana wanita?

”wahai pemuda kamu pergilah kepadanya, tidak perlu saya menyimpan impian yang tidak nyata, saya redha. Saya pasrah, kamu bukan dipilih untuk saya..”

Sepatah perkataan aku tak menjawab, aku diam, dan biarkan air mata aku laju mengalir di muka. Semua gara-gara AKU!!. Aku tak reti nak uruskan perasaan CINTA. Hanya sejak kebelakangan ini, aku mula mencari panduan kembali, aku dengar ceramah-ceramah di pusat pengajian aku, aku mencari buku-buku di perpustakaan, aku beli buku berkaitan perasaan ini. Semuanya gara-gara aku TAK PANDAI uruskan perasaan.
Mudah sangat membiarkan orang lain menghidu perasaan aku. Tanpa aku luahkan. Kadang-kadang dengan bual bicara atau tingkah laku aku sendiri..Aku terus menangis..

”Wahai pemuda kamu menyuruh aku menjaga segala perkara, tapi kamu?”

Aku menangis lagi..

”Wahai pemuda jika kamu sudah berasa serasi padanya, apa kamu tunggukan..”

Aku masih berdiamkan diri. Kunci mulut.

Cukup wahai muslimah!! Kenapa kamu meluahkan hal-hal begini di saat aku akan berjuang di dewan peperiksaan? Di saat aku membaca coretan nota mentelaah untuk kejayaan masa depan? Emosi aku jadi tidak stabil. Hilang hafalan segala akta perancangan bandar yang dibaca tadi. Aku terfikir, ah apa sangat aku diganggu malam ini.. hanya sedikit masa yang dimahukan oleh dia untuk mendapatkan kepastian. Apa salahnya. Sebentar saja. Tidak mengapa, aku izinkan. Nah!..Dan hasilnya aku MENANGIS!

Di sebut namaku di hujung talian, memujukku supaya bertenang. Basahan air mata di pipi sudah kekeringan. Beliau memujukku supaya aku meluahkan perasaan ini pada penggantinya..TIDAK! Tidak mungkin. Aku akan teruskan pendam, sehingga aku berjumpa dengan orang benar2 berhak. Aku berjanji pada diriku,

AKU MAHU BERUBAH
AKU MAHU BERJAYA
AKU MAHU BERJASA terlebih dahulu..

AKHIRNYA kekuatan diri menjelma! Entah semena-mena hidayah dariNYA, menguatkan kembali semangat aku..aku tergelak. Dia tergelak.

Dan aku mohon untuk menulis di blok ini.

Sebagai tanda aku memohon maaf ke atas semua muslimah di luar sana.

Sebagai pengajaran kepada semua pemuda yang tidak pandai menguruskan perasaan yang dikurniakan olehNYA.

Kipas ligat memusing, daun pintu balkoni terbuka luas seperti ingin biarkan tangisan seorang lelaki didengari oleh langit malam itu.

Perbualan tamat.

Aku ambil wudhuk, sujud mencari ketenangan dan kekuatan diri..dalam diam, berdoa supaya dipertemukan dengan mereka yang betul memahami diri ini, dipermudahkan cara yang halal, supaya menutup segala ruang-ruang fitnah dan hasutan musuh yang terselindung mahupun nyata.

Nota dibuka, mentelaah kembali.

Penulis,
DARI CATATAN REMAJA2,
11.50am, Khamis, 30/10/08
Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM.

2 comments:

  1. http://aizulmarcello.blogspot.com

    visit my funky munky blog..hahaha

    ReplyDelete
  2. sial je ajoy.. org tu emosi tuh

    hum visit my emosional blog
    http://ruangperibadi.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila komen.