Thursday, October 23, 2008

Warkah buat isteriku tercinta….

Warkah buat isteriku tercinta….

Aku tahu sepatutnya masa ini aku sujud di sejadah mengingati Allah. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang berusaha melupakan kesilpan lalu. Hati aku leka dari mengingati yang sepatutNya. Semasa kamu membaca nukilan ini kelak, mungkin kamu adalah isteri ku yang sah…

•Kelak kamu lah yang akan ku sarungkan cincin tanda ikatan yang diredhaiNya,
•Kelak kamu lah yang akan menadah tangan mengucap kesyukuran selepas akad yang dilafazkan oleh suami mu ini,
•Kelak kamu akan menjadi umi kepada anak-anakku,
•Kelak kamu akan menjadi isteri solehah yang diidamkan oleh ku sejak lama lagi,
•Kelak kamu tidak perlu lagi menunduk pandangan mata, menjaga hati dari mengingatiku kerana kini aku halal terhadap mu,
•Kelak akan aku tunggu kelahiran permata hati pertama dari mu dan baby comel seterusnya,
•Kelak kepulangan aku di rumah disambut oleh mu bersama tangisan baby di daun pintu.
•Kelak kamu lah yang akan susah senang bersama,
•Kelak kamu lah yang akan menjaga makan minum kami,
•Kelak kamu lah yang akan menemani aku takkala menukar lampin zuriatku yang comel di malam hari,
•Kelak kamu lah yang akan menemani aku pulang melawati orang tua ku,
•Kelak kamu lah yang akan menjadi makmum di belakangku ketika bersolat bersama,
•Kelak kamu adalah penyeri rumah ku, pencetus kebahagian yang dijanjikan oleh Allah SWT,
•Kelak kamu lah yang membantu aku mendidik anak-anakku mengenal kalam Allah SWT,
•Kelak kamu lah sebaik-baik pembantu hidup aku agar tak terpengaruh dengan permainan duniawi..





Khas untuk isteriku kelak,

Yang menyayangimu….

NOOR AIMRAN B SAMSUDIN

Isnin, 22/9/2008, 1243am
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3 comments:

  1. Insyaallah...tiada apa yang diharapkan dalam dunia ini melainkan mendapat teman yang beriman dan beramal soleh.Sentiasa la berdoa pada Allah agar Allah mengampunkan dosa yang lalu.Syangilah seseorang itu ke jalan yang diredhaiNya iaitu melalui ikatan yang sah.Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..walahualam...wasalam ~*~

    ReplyDelete
  2. actually aimran...saye yg anto coment 2...:(
    ~suha~

    ReplyDelete

Sila komen.