Sunday, October 26, 2008

lawatan oku kulai




"wah nak main jgk kte cik nurul.."


"Gobi ceria je time penulis smpai kat citu".

LAPORAN LAWATAN KE PERSATUAN KEBAJIKAN ORANG-ORANG ISTIMEWA, KULAI
PADA 20 OKTOBER 2008

20 OCT 2008- Para pelajar Kelab Kepimpinan UQP 1291 Ko-Kurikulum dari Universiti Teknologi Malaysia, telah menjalankan aktiviti lawatan ke rumah Persatuan Kebajikan Orang-Orang Istimewa di Kulai, Johor. Lawatan ini disertai kira-kira 50 orang pelajar dan diiringi oleh En Kamsaini B. Kamarudin selaku pensyarah subjek Kepimpinan UQP 1291. Program pada hari tersebut telah bermula dengan gerak kerja untuk mencari bahan-bahan terpakai seperti botol plastik, surat khabar lama, tin aluminium, pakaian lama dan sebagainya untuk disumbangkan ke pusat komuniti tersebut. Dua buah kumpulan telah dibentuk untuk memudahkan perancangan segala aktiviti yang dijalankan. Kami telah bergerak mencari dan mengumpul pelbagai barang terpakai di sekeliling kolej kediaman dan fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Kerjasama yang diterima oleh warga universiti umumnya amat menggalakkan bagi menjayakan program pada hari tersebut. Kesemua barang-barang tersebut dikumpulkan di Pusat Ko-Kurikulum Universiti Teknologi Malaysia. Para peserta telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi pada hari tersebut dengan bersarapan bersama di Central Point sebelum bertolak ke pusat komuniti tersebut pada jam 9.00 pagi. Kami tiba kira-kira jam 9.45 di rumah Persatuan Kebajikan Orang-Orang Istimewa Kulai. Kami disambut oleh kira-kira 70 orang kurang upaya yang sedia menanti di perkarangan rumah tersebut. Terdapat juga beberapa peserta terus dipeluk erat oleh ahli rumah tersebut kerana tidak sabar untuk bermain dan berkenalan. Perkarangan bangunan menjadi riuh dan meriah dengan gelagat para peserta melayan kerenah mereka yang menduduki di rumah tersebut. Sebahagian pelajar bergotong royong mengemas dan memasukkan barang-barang terpakai berjaya dikumpul ke stor. Manakala sebahagian besar lagi terus melayani penghuni di situ. Terdapat juga beberapa peserta dan orang kurang upaya sibuk menyiapkan kain rentang untuk lawatan pada hari tersebut. Pada jam 10.30 aktivti seperti sukaneka dijalankan dengan meriah. Gula-gula dijadikan hadiah kepada semua penghuni yang terlibat dalam acara pagi tersebut. Walaupun panas matahari mula menceracak naik, para peserta masih bersemangat melayani telatah mereka dengan melukis, menyanyi, membuat alas kaki dan memberi mereka makan. Hati kami sedikit tersentuh apabila melawati beberapa peserta yang bernasib malang kerana tidak mampu untuk menggerakkan badan mereka dan hanya mampu terlantar di atas katil. Pada waktu makan tengahari kira-kira jam 12.30 tengahari kami menghidangkan mereka penghuni rumah tersebut dengan dua biji kek. Kami turut menikmati hidangan tersebut bersama. Selesai saja para penghuni menjamu selera, kami telah diberi penerangan oleh salah seorang pegawai kesihatan dari rumah tersebut akan kehidupan, latar belakang persatuan, perbelanjaan dan sebagainya. Pensayarah kami turut menyampaikan ucapan beliau. Sesi soal jawab menjadi lebih meriah dengan soalan dari pelajar antarabangsa yang turut mengikuti lawatan khidmat sosial kali ini. Lawatan kami diakhiri dengan mengambil gambar kenang-kenangan bersama pada jam 1.45pm sebelum pulang ke Universiti Teknologi Malaysia. Kami singgah di sebuah restoran di Taman Universiti untuk makan tengahari. Secara keseluruhan, lawatan kali ini mampu mencuit perasaan tanggungjawab, kasih sayang dan bantu-membantu kami terhadap masyarakat secara tidak langsung melatih kami supaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di luar apabila tamat pengajian kelak.

2 comments:

  1. Hey, I love your photos..they are really nice...

    ReplyDelete
  2. Nak tanya ada tak contact no and address for this OKU Kulai.

    Please email me at:
    sharifah@ioigroup.com

    ReplyDelete

Sila komen.