Wednesday, July 1, 2009

Tragedi di bilik asrama UTM

Tragedi di bilik asrama UTM
JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai. Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
Semoga ALLAH SWT..mengampuni dosa2 Allahyarham...sedarlah wahai puteri dan adik2 ku sekalian. Buka mata, buka hati. Fikirlah. Guna akal anda....

11 comments:

  1. saya pon sgt terkejut..
    kolej 9 kan??


    hmmmm smoga rohnya aman dan diterima allah..
    alfatihah

    ReplyDelete
  2. salam Aimran..nak id YM..

    atie_ika

    tragiknya kejadian ni..

    betul, siswi or sesiapa je yg bgelar wanita, sentiasa ingat batas dlm tindakan..

    jgn hampiri zina..Allah berkuasa tunjuk segalanya dlm bntuk apa pun..termsuk kejadian mcm ni..

    salam

    ReplyDelete
  3. huhu..im sedey..sedey sbb msyrakat masih ambil remeh hal nie..masih mgglkkn zina. Even do mangse salah. Masyrakat juge perlu bertggjwab.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Baik2, ada hantu di bilik tu nanti :D

    ReplyDelete
  6. salam. o, ni la kesnye yang kwn sy xnak gtau..

    ReplyDelete
  7. wasalam cik sunah..ye..im pon tkjut. takpe t im balik im try dpt story

    ReplyDelete
  8. huuhuhu..betolke ape yg media gembur2kn tu?
    klu salah cmne ek?
    sian kat family arwah..
    apa2 pun al-fatihah utk arwah..
    semuga ruh arwah tenang..

    ReplyDelete
  9. Salam. Em isunya bukan betul tak betul. Kalu tak betul syukur. Kalau betul ambil iktibar. Isu nya zina yg makin melampau. Media mmg tak betul. Cite berat sblah. Media jgak ler mnyumbg ke arah budaya tak sihat. So pada kita, tak salah tonton. tapi kuasa memilih channel pada kite..ye tak?

    ReplyDelete
  10. http:www.adikgenius.blogspot.comSeptember 7, 2009 at 11:40 AM

    bagus blog ni, nanti buat blog nasib graduan menggangur bidang perancang bandar pulak

    he,he,he

    ReplyDelete
  11. hi bdk u
    nmpk ny kt kampus aku pun bakal mcm ni

    ReplyDelete

Sila komen.