Sunday, July 26, 2009

Apabila motivator diuji akan apa yang telah diperkatakan..

Salam.
Subahanallah..Allah Maha Besar. Aku diuji tahap kesabaran dan ketenangan dari malam semalam. Sehingga tak lena dibuat. Berat sungguh amanah tersebut. Melibatkan sebuah jumlah wang yang sangat besar. Selepas seketika pulang dari site visit baru aku teringat..kat mana aku letak duit tuh??Aku mula rasa tertekan..Cuba mengingati kembali hari terakhir aku melihat sampul putih tersebut. Adakah aku bagi kepada org lain semasa ketiadaan aku di kampus? Atau duit tersebut telah tercicir dan hilang!!..Resah. Aku terlelap tanpa lena. Memikirkan ketidaksempurnaan amanah yang telah diberikan oleh pihak universiti. Bangun pagi selesai Solat Subuh, aku berdoa supaya dipertemukan kembali sampul tersebut. Pulang semula ke bilik mencari mungkin aku tertinggal di dalam beg lain semasa kelam kabut utk ke site beberapa hari lalu. Tiada. Allah..Masa tuh otak mula mengira berapa jumlah yang aku perlu gantikan kembali. Calculator ditekan. Ribu!!. Allah..Pening. Aku tarik nafas, hembus. Tenang. Alahamdulillah sedikit sebanyak pembacaan motivasi aku membantu supaya lebih bertenang mengahadapi ujian dan dugaan dengan izinNya. Aku kembali ke pejabat. Usaha mencari diteruskan dalam laci dan beg aku yang lain. Hampa. Tiada sebarang kelibat sampul putih. Dalam hati ingin mohon bantuan rakan seperjuangan lain. Hati besar mula rasa sedih dan hampir menangis memikirkannya. Tetapi hati kecil aku masih berbisik "sabar..teruskan mencari dan mohonlah pada TuhanMu". Dalam hati aku membaca doa memohon petunjuk. Tak semena-mena aku masuk ke sebuah bilik lalu ke sebuah rak kertas. Sampul putih dan berlipat. Aku dah jumpa!! Allahamdulillah..aku sujud syukur. Rupanya rakan seperjuangan aku telah "menyimpan" di rak tersebut dan menanda dengan pembaris yang terkeluar bagi menarik perhatian jika aku teringat. YaAllah..cuainya aku..Makin pelupa aku. Subahanallah. Allah SWT akan uji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Maka mohonlah kepadaNya petunjuk agar kita lebih sabar menghadapi apa jua ujian dan dugaan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen.