Thursday, July 16, 2009

Apabila pak guard nok gocoh ngan student?

Salam
Gocoh (tak sure ejaan nie)..atau bergaduh. Konflik yang timbul apabila ketidapuashatian meluap2 sehingga akal waras tidak mampu mengawal. Amarah dan hawa nafsu mengambil tempat!. Mengapa perlu berkonflik? Sedangkan jalan pendamaian dan persefahaman itu ada. Mengapa perlu memaki hamun sedangkan perbicangan itu ada.
Penulis melihat kejadian yang berlaku di FAB itu atas 2 sebab. Pertama apabila kita tidak ada perasaan menghormati orang yang lebih tua. Orang yang ternyata lebih banyak pengalaman dan ilmu jika dibandingkan dengan usia kita. Walau orang tua itu hamba kita, dia tetap mempunyai hak tersendiri. Tetapi zaman sekarang mahasiswa lebih banyak OTAI dari ILMUnya. Kononnya aku lah pendekar, hero dan segalanya!. Ingatlah, kekuatan bukan ada pada penumbuk sebesar kelapa. Tetapi akal pemikiran menentukan siapa anda. KEKUATAN diukur pada tahap KESABARAN bukan berapa ramai orang boleh ditumbuk. Faktor kedua ialah ego manusia. Ego disini bukannya motorsikal di pasaran, tetapi sifat dan tingkah laku manusia berlagak sombong. Sepatutnya orang yang lebih tua pula perlu menunjukkan contoh yang baik.
Penulis harapkan salah faham antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan. Telah jelas mengenai peraturan universti yang digariskan. Pihak security hanya menjalankan tugas. Pihak pelajar hanya perlu patuhi peraturan sedia ada. Bagi penulis, SALING HORMAT MENGHORMATI itu masih relevan dalam dunia yang semakin JAHILIYAH ini..

1 comment:

  1. Salam..

    Saya tidak bersetuju jika kita saling cuba untuk menegakkan ego masing2. Beralah lah untuk kebaikan bersama.

    Akan tetapi saya juga telah terlihat juga situasi di atas yang mana manusia yg bergelar mahasiswa ini agak berlebihan dalam kurang ajarnya.

    Pegawai keselamatan dihina dan dicaci. Perli2 yang menyakitkan hati. Kesian saya tgk mahasiswa yg berperangai begini.

    Dah lah sengaja langgar peraturan tapi masih fikir diri sendiri yang betul. Pakgad utm yang saya kenal masih mampu untuk bertoleransi cuma ada sstgh yg terlalu tegas.

    Kpd mahasiswa utm, anda masih muda dan ramai yg lebih 'tua' drp anda. Kekalkan adab sopan kita dan insyaAllah kita akan terus dihormati.

    ReplyDelete

Sila komen.