Wednesday, July 22, 2009

Student Ambassador kembali!!!

Pada 20&21/7/2009 Sempena Program Indahnya Bandarayaku 2009, lebih 400 pelajar dari pelbagai sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara telah melawat ke UTM, Skudai. Lawatan tersebut telah dibahagikan kepada 2 sesi. Kumpulan A (pagi) & Kumpulan B (petang). Peranan Student Ambassador (dari Unit Pemasaran) pada kali ini ialah menjadi pemandu pelancong kepada kumpulan pelajar tersebut. Kami di pihak Student Ambassador menyediakan wakil di dalam setiap bas bagi menerangkan keunikan UTM sepanjang perjalanan tersebut. Program kali ini mendapat kerjasama dari pihak MPP, Kelab Kerjaya UTM, Ahli JKM KTF UTM dan Pihak Keselamatan UTM. Saya selaku wakil MPP dan juga wakil Student Ambassador UTM 2009 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan ilmiah sempena program Indahnya Bandarayaku 2009.
Student Ambassador
"Khidmat komuniti kampus"

No comments:

Post a Comment

Sila komen.