Sunday, July 26, 2009

Komentar rakan sebloger..

"31. Lihatlah di IPTA, gadis-gadis mula memakai jeans ketat dan menjadi budaya. Bermula dari terikut-ikut dengan kawan, menjadi budaya. Dan tidak mustahil menjadi ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan. Saya tidak hairan jika di UTM, lebih 50% seluar jeans ketat dan baju ketat melekat di batang tubuh bergelar wanita! Dan hanya 5% gadis berjubah dan bertudung litup, selebihnya bagai lalang, sekejap ketat, sekejap longgar. Inilah bahana konsumerisme acuan yahudi, ia menyerang umat. Rupanya kita sekarang sedang menikmati kehancuran akhlak. Na`uzubillah" -http://hafizhilmi89.blogspot.com/-
Dari Perancang..
Salam..penulis juga sependapat dengan penulis tersebut. Sudah lama penulis memendamkan perasaan apabila melihat budaya pakaian dikalangan mahasiswa. Sedikit sebanyak penulisan seperti ini mengingatkan juga penulis supaya tidak melakukan perkara sama. Pelik tapi benar. Penulis sedang bertanya dengan diri dimanakah maruah mahasiswa kita sekarang sebenarnya atau apakah peringkat kita sekarang. Mudah sangat untuk menunjukkan aurat di mana sahaja, kolej, kelas, padang, cafe dll..Jika dahulu kita boleh bertudung, sekarang memakai skaf kononnya panas. Jika dahulu pakaian labuh, sekarang londeh depan belakang. Jika dahulu lengan sudah tidak tertutup kini makin berani melondehkan baju sehingga nampak bahu...begitu lah mahasiswa kita dinihari. Benar masih wujud mereka yang berusaha menjaga auratnya. Tapi berapa ramai?? Dikalangan rakan sekelas..sekuliah..Barangkali boleh dikira dengan jari. Memakai tudung menjadi suatu seksaan kerana panas. Sedangkan kita lupa panas di hari kemudian! Kita lebih gemar memakai seluar pendek ketika bermain bola, sedangkan seluar panjang ada terlipat dalam almari. Begitulah kita pada hari ini. Seriusnya isu moraliti dan sosial di kalangan mahasiswa boleh dinilai dengan budaya pemakaian yang kita lihat hari ini. Berapa ramai mahasiswa kita takut disaman oleh security kerana melanggar kod etika pemakaian universiti sedangkan kita lupa akan KOD ETIKA PEMAKAIAN yg ditetapkan ALLAH SWT?
Adalah tidak wajar jika penulis tidak kemukakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut..Cadangan penulis ialah mendapatkan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej dan pensyarah dalam usaha kita mendidik mahasiswa yang sebenarnya masih perlu diasuh. Kuat kuasakan kembali Kod Etika Pemakaian sedia ada. Larang penggunaan seluar pendek di kawasan awam seperti cafe. Pensyarah pula perlu bertindak tegas termasuk menghalang pelajar yang memakai pakaian terlalu ketat dari memasuki kuliah. Jika anda mengatakan itu hak peribadi, bagaimana pula hak org disekeliling yang terganggu dengan pemandangan jelik tersebut?? Perlu diingatkan juga walau dimana kita berada, sama ada di studio, kelas malam dll..aurat kita tetap wajib dijaga. Wallahualam.

1 comment:

  1. em...betul 2 im...
    sye sndiri sbg prempuan pun rase malu tgk dey all yg brpakaian ketat n x menjage aurat ni...
    sye pun tak paham knpe diorang ni suke sgt brpakaian mcm 2 sedangkan pkaian mnutup aurat 2 lagi elok dan trhindar dari dose...
    bile brpkaian ketat ni rase rendah sgt maruah pmpuan ni...
    kate brpelajaran tinggi...
    memang la negara tak haramkan brpakaian mcm 2..
    tapi depend pada iman inside seseorang..
    sibuk nk pelihara hal dunia tp akhirat diketepikan...
    2 la mnusia zaman sekarang...
    akan datang...x tau la cmne kan..
    mungkin malaysia ni kan jd cam negara barat...
    mintak dijauhkan la semua 2...
    wallahualam...

    ReplyDelete

Sila komen.