Thursday, May 19, 2011

Aku di tanah Uncle Sam, KL

Signboard di Stesen LRT KLCC (tiada kena mengena)


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ini saya mengambil peluang untuk menghadiri interview visa US di kedutaannya, Jln. Tun Razak, KL. Perancangannya tahun ini, mengikuti lawatan Global Outreach Program (GOP) ke Framingham State University at Massachusetts, US. Alhamdulillah 2 tahun lepas berpeluang ke Oxford & Cambridge University, London serta ke bersiar di Paris bersama rakan-rakan dari perwakilan pelajar UTM.

2 jam beratur di luar kedutaan sambil dikawal ketat oleh polis di pondok biru berhawa dingin bersama sub machine gun tersedia di hadapan kedutaan negara Uncle Sam itu. Tidak pelik dengan kawalan ketat tersebut, kedutaan negara itu sering mendapat ancaman keselamatan akibat dasar polisi luar negara tersebut yang kononnya "hero dunia". Pelbagai siri demonstrasi juga pernah dianjurkan besar-besaran di hadapan kedutaan tersebut yang terletak di Jln. Tun Razak. Hanya 10minit berjalan kaki dari LRT Ampang Park melalui hadapan Tabung Haji dan bangunan PNB, tidak susah untuk ke sana.

Namun keperitan untuk mendapatkan VISA US bermula dengan proses untuk mengisi borang permohonan berjela di talian, gambar VISA dengan spesifikasi yang betul & juga bayaran hampir RM500 yang belum tentu diluluskan permohonan anda!. Sampai di kedutaan anda perlu beratur sehingga 2 jam hanya untuk melepasi pemeriksaan keselamatan di pintu masuk. Bergantung kepada jumlah pelanggan yang telah ditetapkan pada hari itu. Segala alat elektronik ditinggalkan di kaunter pengawal.

Semasa berpanas di bawah matahari tersebut, sempat berbual dengan seorang pakcik tua India yang sabar menanti. Katanya ingin melawat cucu di Seattle. Disebabkan Visa US hanya sah untuk tempoh 10 tahun. Pakcik itu berkongsi pengalaman bercerita dan bersembang dengan pemohon lain. Ada pelajar sekolah, ada warga tua ada juga baby kecil sabar menanti yang pasti ingin ke negara Uncle Sam itu atas pelbagai tujuan.

Masuk ke tanah US tersebut, sekali lagi proses pengimbasan dilakukan bagi memastikan tiada sebarang ancaman di kedutaan mereka. Tidak sampai 5minit, no panggilan anda dipanggil, borang permohonan berkod yang telah dicetak bersama gambar diserahkan di kaunter. Sambil menanti giliran untuk interview sambil beridiri di kaunter persis seperti pejabat pos, kelihatan juga Marshall US ala-ala TLDM dalam bilik kaca gelap sedang bertugas. Antara soalan yang ditanya apa tujuan anda ke US? Berapa lama tinggal di sana? dan soalan ringkas lain. Jika mereka was-was dengan jawapan anda, permohonan anda akan diproses sehingga seminggu terutama pemohonan kali pertama dan jika bertuah anda akan dapat on the spot (sehari waktu bekerja). Jika dihulur borang merah.. Wallahualam. Harap dapat, boleh jumpa dengan Uncle Obama minum teh tarik di White House.

Kedutaan AS ditinggalkan menuju ke KLCC melalui taman Hyde Park versi KL. Cuaca yang berjerebu dan panas terik menemani sehingga ke dalam bangunan. Ini bukan kali pertama ke kedutaan asing. Sebelum ini pernah juga bertemu dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia (isu bakar bendera Malaysia di Indonesia) dan Duta Nigeria (semasa menjadi pengarah International Festival UTM 09). Jln Tun Razak, Jln Ampang & Jln U Thant antara kawasan zon eksklusif (rujuk DBKL) kerana menempatkan pelbagi kedutaan dan kediaman rasmi wakil-wakil diplomatik negara asing ke Malaysia.

Moral: Negara maju seperti US tidak menjanjikan anda tidak perlu beratur selama 2jam hanya untuk proses pengimbasan di pintu pagar mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila komen.