Saturday, September 26, 2009

Kegagalan PBT di Malaysia


Kegagalan PBT di Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



Mengapakah tiada tindakan dibuat oleh PBT berkenaan walaupun aktivti tersebut telah berjalan sejak bertahun lamanya di kawasan kejadian? Adakah alasan kakitangan tidak mencukupi masih relevan diguna pakai dizaman moden ini di semua kawasan PBT di Malaysia? Walaupun penulis jarang melalui kawasan tersebut sebagai jalan alternatif ke Ulu Yam, pemandangan aktivti haram (berdasarkan pemerhatian) seperti bengkel yang tidak tersusun, pelupusan sampah malah aktivti penternak mencemarkan pemandangan indah di sekitar kawasan Empangan Batu. Mungkin kejadian kali ini melibatkan kematian haiwan ternakan, tetapi sebagai manusia yang menguruskan dan mentadbir kawasan tersebut haruslah bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada. Terdapat banyak kawasan yang telah diceroboh di kawasan pentadbiran MPS yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Petempatan haram dan aktivti tanpa lesen yang sah masih berlaku di kawasan yang dikatakan mencapai tahap pembandaran ini. Mengapa kita masih memberi muka kepada pendatang asing malah warganeraga sendiri yang sewenangnya menggunakan tanah untuk melakukan aktivti haram yang sekaligus mencemarkan alam sekitar kita? Apabila kejadian seperti runtuhan sebuah pusat membeli belah tidak lama dahulu berlaku mendapat perhatian masyarakat, keberkesanan PBT di Malaysia dalam menguruskan pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing mula dipersoalkan termasuklah runtuhan bersiri yang masih berlaku di Bukit Antarabangsa sehingga kini. Dimanakah fungsi akan Akta Perancangan Bandar (Akta 172) yang telah lama digubal dan termasuklah beberapa pindaan dalam mengemas kini PBT sebagai sebuah pihak yang bertanggungjawab merancang pembangunan dan guna tanah di kawasan masing-masing. Sudah tiba masanya PBT di Malaysia melakukan proses transformasi seiring dengan perkembangan kemajuan negara. Peranan PBT kini bukan sahaja pihak yang mengutip cukai dan memperbaharui lesen perniagaan tetapi sebagai sebuah agensi kerajaan yang penting dalam merancang pembangunan secara mampan. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan dalam menysusun dan merancang pembangunan di kawasan mereka bukan semata-mata sebagai pembayar cukai.

Walaupun ahli politik tidak dinafikan peranannya dalam membuat keputusan mengenai sebarang keputusan pembangunan di sesuatu kawasan, namun kadang kala campur tangan mereka sedikit sebanyak menggugat profesionalisme mereka yang lebih arif dalam sesuatu bidang misalnya perancang bandar. Jika dilihat di negara maju yang lain, masyarakat turut memberi sumbangan dalam merancang pembangunan di kawasan mereka dan decision maker (politician) pula mendapat nasihat daripada agensi yang layak. Tetapi di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Mungkin di sesetengah tempat seperti bandar terdapat beberapa kumpulan yang aktif dalam menyuarakan pandangan mengenai perancangan pembangunan di kawasan mereka dibantu oleh pihak yang berpengalaman dalam perancangan seperti PBT. Oleh hal demikian tidak mungkin berlaku lagi keputusan pembangunan dibuat hanya berdasarkan kepentingan indivivu tertentu sahaja.


Penulis adalah
Mahasiswa tahun 3
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah, UTM

No comments:

Post a Comment

Sila komen.