Tuesday, January 6, 2009

“Muhasabah Diri di Tahun Baru”


DARI PERANCANG

“Muhasabah Diri di Tahun Baru”

Setiap insan yang dilahirkan di dunia mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Kelebihan ini termasuklah kebijaksanaan, kepetahan bercakap, daya kretivti yang tinggi, kepimpinan yang mantap, pandai memasak, bermain bola dan pelbagai bidang lagi yang kadang kala tidak terfikir oleh akal manusia untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun terdapat segilintir manusia pada hari ini merasakan diri tidak mampu untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya. Takut untuk mencabar diri, malas untuk mencuba perkara baru, dan malu tidak bertempat antara perkara yang dianggap biasa oleh manusia kini. Walhal perkara-perkara yang baik, misalnya menceburi diri dalam bidang yang belum pernah dicuba, suka bertanya, menggilap kemahiran pengucapan, berani, menjadi kreatif dan banyak lagi dianggap suatu perkara yang susah, membuang masa, dan tidak berfaedah.

Setiap manusia perlu mengetahui potensi, keupayaan, dan kemahiran yang dikurniakan pencipta-Nya kepada diri kita. Tetapi bagi mereka yang tidak ingin mencuba, malas dan pelbagai lagi sifat negatif yang tersimpan dalam diri, potensi yang ada pada diri tersebut akan dibazirkan atau disia-siakan. Maka jadi lah individu tersebut sebagai insan yang biasa. Tidak mempunyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan. Perkara ini langsung bertentangan dengan apa yang Allah S.W.T jadikan kita sebagai makhluk sebaik-baik kejadian. Jika dilihat dalam konteks kehidupan mahasiswa atau penuntut di universiti, terlalu ramai mereka yang tergolong dalam pelajar biasa. “ala pointer cukup-cukup makan sudah”.. “Buat apa joint program itu ini..buang masa”..antara dialog atau ucapan yang biasa bagi mereka yang tergolong dalam golongan biasa. Langsung tiada inisiatif untuk mencari dan menonjolkan potensi diri, malah cuba pula mempengaruhi rakan mereka yang lain, dimana mereka yang ada sedikit kesedaran bagi mengubah diri, mengikuti dirinya supaya malas berusaha dan sebagainya.

Di tahun baru ini, dimana kita berpeluang untuk menyambut atau meraikan kedatangan tahun masehi dan juga tahun hijrah sekaligus, dengan penuh bersemangat dan iltizam baru. Amat malang bagi kita sebagai insan di dunia ini, jika hanya pada luaran sahaja kita perbaharui, misalnya membeli pakaian baru, jam baru, handphone baru, kasut dan pelbagai hiasan diri serta aksesori supaya kelihatan serba baru, tetapi niat, azam, impian, matlamat dan nawaituh tidak diperbaharui oleh kita dari masa ke semasa.

Oleh itu penulis ingin mengajak supaya bersama-sama mengubah diri, gaya pemikiran, perkara negatif kepada positif sekaligus keseluruhan hidup kita kepada yang lebih baik dan cemerlang sempena anjakan usia dunia yang semakin tua ini. Akhir kata daripada penulis.. “Lebih baik kita berfikir seketika daripada berkata-kata tanpa apa-apa tindakan”.

http://perancang-perancang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Sila komen.