Saturday, January 17, 2009

aku jadi "PENGAWAS"

salam wahai sahabat sekalian. Aku memohon seribu keampunan sebab dah lama tak postkan berita2 terbaru. Alahamdulillah selesai satu lagi proses atau peningkatan level hidup aku sebagai seorang mahasiswa. Menjadi seorang wakil dikalangan mahasiswa. Kampus aku baru saja menjalankan pilihan raya bagi memilih perwakilan pelajar kali ni. Aku telah menghantar permohonan bagi mnenjadi calon pilihan raya pada 8januari 2009 yang juga jatuh pada hari lahir ku ke 21! Selepas penamaan calon aku telah diisytiharkan menang tanpa bertanding...walaubgaimanapun aku tetap membantu calon2 lain berkempen bersama2. gantung poster sehingga 2-3pagi sehingga 13januari 2009. pada sebelah malam tersebut aku telah bersama rakan lain menunggu pengumuman rasmi dari TNC HEP di DSI. Saudara Zaki, sahabat aku yang juga bekas presiden sewaktu bersama dalam kelas kepimpinan telah mendapat kemenangan majoriti yang tinggi! Insyaallah aku akan memulakan tugas sebagai majlis perwakilan pelajar 2008/2009 tidak lama lagi secara rasmi. Cuma kini sedikit sebanyak masa semakin terhad dan perlu dibahagikan sebaik mungkin kerana aku mula menghadiri pelbagai meeting, seminar dan akan datang kursus pemantapan. Pada ahad ini, kami sekali lagi di barisan MPP akan membentuk suatu kabinet bayangan sebelum mengisytiharkan secara rasmi kelak. Walau mcam manapun kesibukan aku, insyaallah rakanku diluar sana yang sntiasa menyokong akan ku luangkan masa bersama sebaik mungkin. Kini tanggungjawabku semakin bertambah, beban pengurusan masa juga meningkat, aku harapkan rakanku semua memahami tanggungajwab aku kini...satu saja aku ingin lihat...

"perubahan sebenar mahasiswa!!"

Salam perjuangan semua pemimpin mahasiswa!!

"Jika tajut dikritik, jangan cuba jadi pemimpin.."

No comments:

Post a Comment

Sila komen.