Wednesday, June 3, 2009

Khutbah Umi..

Salam..

Terima kasih Umi. dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi dari stesen LRT setiawangsa, aku terpaksa mendengar khutbah Umi dalam kereta. Gara-gara memberi tahu keputusan peperiksaan semester lalu. Keputusan yang membuatkan aku termenung jauh. Sedikit kecewa. Tapi apabila rakan ku di blognya menulis "kecewa dalam bersyukur.." aku tersentak. Aku hanya kecewa. Tapi terlupa tuan empunya result..tuan yang memberi keputusan kali ini.."Ya Allah ampunkan daku..jadikan aku menjadi insan yang lebih bersyukur".

Aku memerlukan sehingga hari ini sebelum memberitahu keputusan tersebut..haahaha..padahal keputusan dah keluar 3 hari lalu..aku risau akan mengecewakan Umi..namun keputusannya dah keluar. Aku tetap kena bagitau..dan petang tadi aku mulakan dengan "umi..keputusan dikran jatuh..banyak.."..maka bermulalah..khutbah umi..hahaha..dan apa yang boleh aku simpulkan..KURANGKAN AKTIVITI DI UNIVERSITI!!

Tapi..tapi...Umi..Dikran tak boleh nak tipu diri sendiri..personaliti Dikran sedikit sebanyak terbentuk dari penglibatan dalam aktivti..bermula dari sekolah sejak dulu lagi. Aku tahu Umi paham kehendak anaknya..cuma dinasihatkan supaya dikurangkan sedikit..Dalam diam, aku merenung keluar..Memikirkan antara harapan keluarga dan minat yang mungkin terpaksa dikorbankan.

Aku janji..akan cuba perbaiki prestasi tak kira dalam akademik atau berpersatuan. Keputusan tersebut BUKAN PENGHALANG!! Alway be positive..Aku akan terus mencari pengalaman. Dari pengalaman aku menjadi manusia berguna. Apa guna ilmu bergunung tanpa pelaksanaan...InsyaAllah.

Salam maju jaya untuk semua sahabat!!

3 comments:

  1. salam.. survey sket..hrp dpt bg kerjasama..tq

    link di sini>>

    http://hafizhilmi89.blogspot.com/2009/06/survey-sket.html

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita perlu jatuh supaya kita dapat bangkit semula dengan lebih gigih.
    kejayaan selepas bangkit dari kejatuhan lebih manis daripada kejayaan yang sentiasa diraih tanpa pernah merasai kegagalan...
    -nadia havez-

    ReplyDelete
  3. im..samela..jatuh juga..xpe2, sem depan kita bgunkan smula result yg tlh jatuh tu ek..kita kna perkemaskn lg pngurusan masa kita..huhu
    ganbate!!!

    ReplyDelete

Sila komen.