Tuesday, June 2, 2009

kesenangan dan kesusahan


Salam

Antara kesenangan dan kesusahan..semuanya berpasangan. Seperti mana perkara lain di dunia ini. Cuma bergantung kepada individu tersebut samaada dia akan mengalami kesusahan dahulu baru kesenangan atau sebaliknya..dan kadangkala sentiasa susah tak senang-senang. Tapi ada juga yang sentiasa mengalami kesenangan. Tak kiralah sama ada kita mengalami susah atau senang dalam menjalani kehidupan harian, kedua-duanya adalah ujian hidup oleh penciptaNYA kepada kita.

Jika anda fikir, sekarang anda mengalami kesusahan dalam serba serbi..ada lagi susah dari anda. Begitu juga jika anda fikir anda telah senang lenang, tapi sebenarnya ada lagi yang senang dari anda. Jangan lah terlalu memikirkan perkara tersebut, tugas kita hanya perlu bersyukur. Tak kira lah susah atau senang..senang atau susah..

Penulis ada berkongsi dengan seorang rakan, bagaimana dia bersusah payah untuk bersekolah atas sebab-sebab tertentu..sehinggalah dia berada di universiti sekarang dan banyak lagi cerita kejayaan orang lain yang telah didengar atau dibaca dari pelbagai sumber penulisan. Walaubagaimanapun apa yang jelas, kebanyakan mereka yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang pernah merasai jerit perih. Jarang penulis terbaca atau dengar bahawa seseorang itu terus berjaya tanpa bersusah payah terlebih dahulu. Maka oleh itu, jadikan lah sesuatu kesusahan tersebut sebagai perkara positif dan pencetus kejayaan dalam hidup kita. Buktinya dengar sahaja cerita dari mereka yang kini telah berjaya selepas mengharungi kesusahan.

Bagi mereka yang berasa sentiasa senang dan mudah dalam pelbagai hal, jangan pula menjadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita mengambil mudah dengan hidup ini. Sentiasalah berusaha dan gigih bekerja walau kita senang lenang..kerana esok hari tak pasti sama ada kesenangan tersebut akan terus kekal bersama diri kita...

Nota: Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang mengalami kesusahan..ALWAYS BE POSITIVE!

1 comment:

  1. guano loni rama pakat crito pasal susah sng ni..musykil2..huhu

    ReplyDelete

Sila komen.