Tuesday, June 30, 2009

BIJAK MEMILIH KAWAN

BIJAK MEMILIH KAWAN

Salam

Kawan, sahabat, rakan atau teman adalah istilah yang tidak asing kepada kita selaku seorang mahasiswa di kampus. Sejak hari pertama kita mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di kampus sehingga hari penganugerahan ijazah kelak, kawan menjadi sebahagian insan istimewa kepada kita. Takkala sakit teman bertanya khabar menjaga kita. Begitu juga apabila kita berduka pasti ada yang bertanya. Namun ada juga individu yang mengambil peluang atas keikhlasan seseorang itu untuk berkawan dengan menipu dan sebagainya. Tidak dinafikan sumbangan seorang teman dalam pembentukan pemikiran dan tingkah laku sepanjang mahasiswa berada di kampus pengajian mereka. Ada dua kemungkinan iaitu sama ada kawan yang dipilih itu bakal mencorakkan kita menjadi insan yang lebih baik atau sebaliknya. Pembentukan karektor seseorang itu turut dipengaruhi oleh teman yang dipilih mereka. Jika dilihat secara logik akal fikiran, mereka yang lebih baik pasti mencari rakan-rakan mereka dikalangan golongan yang baik, begitu juga sebaliknya. Manusia sukar untuk hidup keseorangan. Mereka memelurkan seseorang untuk berkomunikasi, saling mengambil perhatian dan kasih sayang. Ini adalah kehendak manusia.

Mahasiswa mula terdedah dengan pelbagai karektor teman yang dikenali sepanjang pengajian mereka. Ada yang bersikap negatif ada pula yang positif. Sesuai dengan jiwa golongan mahasiswa yang terdiri daripada umur 20an, sentiasa ingin mencuba dan meneroka perkara baru. Perasaan ini mula diterjemahkan dengan mencari ‘geng’ yang sekepala atau sealiran dengan dirinya. Terbentuk kumpulan kecil dengan identiti tertentu supaya mereka dikenali iaitu dengan mengubah cara berpakaian dan berkomunikasi. Mereka mula tercari-cari identiti atau imej yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat umum diluar. Begitu juga perlakuan individu tersebut berubah dan disesuaikan pula dengan budaya tertentu supaya tidak dikatakan ketinggalan dengan kumpulan mereka. Sedia maklum kumpulan-kumpulan tersebut yang wujud di kampus lebih berkiblatkan Barat dan budaya asing. Mereka meniru, tanpa berfikir. Maka lahirlah seorang mahasiswa tanpa identiti. Hanya mengikut aliran perdana (yang belum tentu benar) kerana dengan alasan fesyen dan budaya telah digayakan oleh ramai orang.

Penulisan kali ini bukan sahaja ingin mengupas mengenai identiti yang ditiru sebahagian besar mahasiswa tetapi begitu juga mengenai sikap, tingkah laku dan pemikiran. Selain isu budaya, tingkah laku terdapat segelintir mahasiswa yang tidak menggambarkan langsung keintelektualan diimpikan oleh negara. Sikap negatif seperti malas, buang masa, tidak menghormati orang tua (pensyarah misalnya) dan sebagainya menjadi-jadi. Ditambah pula media kita yang sentiasa menggalakkan hiburan dikalanagn masyarakat. Dunia keintelektualan pada hari ini hanya dipandang ringan oleh mahasiswa sendiri yang nyata lebih menggemari dunia hiburan!.

Tidak dinafikan pada hari ini, rakan mahupun sahabat yang akan membentuk keperibadian anda pada masa hadapan. Adalah mustahil untuk keluarga memantau kerana faktor jarak dan sebagainya, malah mahasiswa sendiri yang telah dikatakan mencapai usia matang dan mampu membuat keputusan perlu bijak dalam memilih sahabat. Kini mereka yang begelar mahasiswa perlu mengahabiskan masa selama 3-5tahun pengajian di kampus. Masa yang kritikal bagi individu tanpa asas yang kukuh dari segi identiti, karektor dan pemikiran kerana mereka akan mudah terpengaruh sebaik saja menjejaki kehidupan kampus. Akhir kata pilihlah rakan yang menyelamatkan diri anda bukannya merosakkan masa hadapan.

2 comments:

  1. salam bro,

    lame tak dengar kesah...

    kenal lg tak????

    huhuuhuhu

    ^_^

    ReplyDelete
  2. wasalam keretasorong. maaf ye..saye dh tgok profile. tapi saya tak bape igt..leh perkenalkan diri?. Mesti dari TIKL?

    ReplyDelete

Sila komen.