Monday, September 29, 2008

DARI CATATAN REMAJA (EPISOD2)

Ish2 malas penulis nak cerita pasal student sekarang. Dah banyak keluar kat media tu..pergilah membaca. Tengok masyarakat kita macam mane ok or ko?. Ini tidak asal keluarga engkau cukup makan minum sudah ye? Orang lain lantok engkou la. Harta aku harta aku, nak..cari sendiri! Eh penulis bagi nasihat nie layak ke? Apa la penulis sendiri tak berkahwin lagi sibuk bagi nasihat..Memang la aku tak berfamily lagi. Tapi penulis belajar dari masyarakat sekeliling jugak. Manusia-manusia...

Meh kita balik cerita tadi pasal penulis jatuh hati tadi..dah melarat cerita pasal orang kita tak sudah sampai kiamat. Hmm..Iqlima. Penulis rasa dia baik orangnya, taat dekat ibu bapa, rajin..Suatu hari tu time kelas pendidikan seni form 1 dia tak sengaja rosakkan karya agung yang penulis cipta..yo la tue..Sebab masa dah tak cukup so dia buatkan balik karya tu sebagai ganti yang penulis punya...dan karya tu penulis masih simpan dalam special box dah 6-7 tahun!.Mula-mula segan jugak nak kenal..suatu haru tu sekolah penulis ada anjurkan request. Penulis pun oder la kek..To: Iqlima,Ucapan: Boleh berkenalan?, From: Aimran. Then berapa hari kemudian kek tu sampai la ke tangan Iqlima.

Petang hari yang sama penulis balik rumah macam biasa. Time duduk berehat, tiba-tiba telefon rumah berdering. Angkat..” Hello nak bercakap ngan siapa?”....”nie Aimran ye?nie mak Iqlima..”...........ah sudah Iqlima report kat mak dia!!...punya la berpeluh cakap dengan mak dia. Macam 1st time berjumpa dengan mak mertua..hahaha. Rupanya mak dia nak tahu anaknya berkawan dengan siapa..tak marah pun. Baik emak dia. Tahun demi tahun masa terus berlalu sekarang sudah 6-7 tahun penulis masih berkawan dengan dia...berkawan biasa sahaja. Kadang-kadang kalau my parent buat open house penulis mesti jemput dia datang makan..Sebabnya family dia sungguh baik dan mereka pernah ajak beberapa kali makan tengah hari bersama-sama!...Terharu. Tapi hajat penulis untuk ajak family dia datang makan di rumah masih tak kesampaian..

Hampir seluruh adik beradiknya kenal. Kakak sulung Iqlima kawan sekolah agama abangku di Surau Jabal Nur.. penulis pun pernah sekolah kat situ tapi tak sempat tamatkan pelajaran, sebab penulis dah malas belajar 2 sesi. Satu hari penuh, pagi petang pergi sekolah. Last-last penulis pun berhenti sekolah agama dekat time peperiksaan UPSR..Kononnya nak fokus kat UPSR..tetapi result tak ler cemerlang mana..3A. Haha, padan muke aku. Kata orang lepas laa nak masuk sekolah menengah...hahaha. Setiap kali penulis pulang dari sekolah agama, mesti ikut Iqlima dari belakang naik basikal..aduh Aimran..kalau dah angau..Si adiknya, Rashid bersekolah kat sekolah teknik sama..paling bongsu, tak silap masih bersekolah di SMKHC, Seri Gombak nie...

Sekarang Iqlima melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Sehari sebelum penulis bertolak ke Kuala Pilah untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrilulasi Negeri Sembilan (KMNS), macam biasa,
jemput kawan-kawan penulis makan di rumah. Sebelum balik Iqlima beri sebungkus plastik. Dalam tu ada starter pack kad prabayar. Dia kata...”Aimran tolong pastkan hadiah nie pada Zharif..”..hah? Zharif?. Ceh ingat untuk penulis..hehe. Dalam minggu suai kenal di KMNS penulis pun berusaha mencari Zharif..untuk sampaikan barang amanah katakan..pendekkan cerita penulis pun berjumpa dengan jejaka bernama Zharif..Akhirnya tahu la penulis siapa si Zharif yang Iqlima kenal semasa Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. 5tahun tempoh yang lama penulis pendam. Tetapi akhirnya terus padam...Sedikit pun penulis tak marah kerana sekurang-kurangnya dapat kenal dengan sebuah keluarga yang baik dan dia merupakan salah seorang rakanku yang masih lagi menetap di Taman Seri Gombak......Terima kasih jemput la datang rumah lagi...... penulis pun simpan kembali komik yang dilukis dalam kotak fail atas rak.. penulis tahu nilai seni mungkin tiada, tapi nilai sentimental lukisan......tiada nilainya.

2 comments:

  1. iqlima tu tau ke im ada ati kt die?skg contact agi??nurul time skul xpenah kenal erti cinta heheeh c0z mate rambang!i had crush on lots of cute guys!hee~ tp xpenah ada hbgn intim ngn sape2 r..ahaaha bek r konon!=P

    ReplyDelete
  2. wah rajin plok cik nurul post komen?nie terharu..hahaha.hah? ntoh ler bese le tuh zaman budak2..dah nme budok kan?leni dah jadi orang beso?salah satu cara kite nak tau kite ni dah dewasa blom ngan...balik kampung naik bus ekspress mintak tiket harga budak2 kalu tak dapat, mknenya kita dah besor?!hahahaha...ye lah tuh cik nurul nak hok cute je mne nak dapat?klu gitu bele hamster sure kiut miut...hah satu lagi im ni klu minat direct je jump parent and family..stay tune nak tau cite seterusnya..hahaha

    ReplyDelete

Sila komen.