Sunday, September 21, 2008

DARI CATATAN REMAJA (EPISOD1)


assalamualaikum dan salam perpaduan buat teman2 yang sudi membuka blog perancang@bandar.com nie..buat pendahuluan anda semua dijemput untuk baca karya pertama saya dalam penulisan..dari catatan remaja

------------------------------------------------------

Selasa 6/5/08

Hari terus berlalu. Sekarang penulis tengah bercuti semester kedua..tetapi penulis tak merancang apa aktiviti cuti ni. Hmm..semalam semasa penulis masuk bilik tidur, ternampak sebuku kertas putih bersaiz A4 dalam kotak fail yang tersusun kemas atas rak. Penulis buka...wou. Nie komik yang penulis buat semasa sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest..masih elok lukisannya.. penulis tatap jalan ceritanya satu persatu muka surat..hmm..Fikiran aku mula melayang-layang memikirkan zaman persekolahan..zaman mula-mula bercinta katakan...menarik. Tak terfikir aku idea untuk melukis peristiwa pada setiap minggu menjadi suatu koleksi cerita hidup penulis yang menarik. Mungkin lukisan nie taklah sehebat artis-artis komik kegemaran penulis..tapi memang minat melukis. Dari sekolah rendah lagi. Bila naik sahaja sekolah menengah penulis pun try la masuk pertandingan melukis..banyak jugak pertandingan penulis join. Paling best dapat wakilkan sekolah untuk pertandingan melukis peringkat daerah Gombak. Masa tu penulis tingkatan satu..agaknya. Ntoh dah lame tinggalkan sekolah...tak berapa sure.

-------------------------------------My Comic ----------------------------------------

Terpampang cover komik penulis..SMKHC, by AIMRAN, dibuat pada tahun 2002..hmm. Baru penulis ingat kisah-kisah form 1 then dilukis time cuti sekolah.. Sebenarnya penulis ada buat komik lain jugak..tapi komik pasal cerita sekolah nie istimewa sebab penulis bersusah payah colour setiap pages...cerita dalam komik nie tak lari dari kisah seorang remaja yang baru nak kenal dunia katakan..hahaha. About relationship, cinta...Dari form 1 sampai form 3. Memangla sampai form3, sebab lepas tu penulis sambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, kat Cheras. Balik semula cerita kat SMKHC..Di sekolah nie penulis bukan la popular boy.. penulis jenis pendiam..diam dan terus berdiam. Kiranya penulis termasuk dalam golongan skema..hmm. Ntoh la budak-budak nie macam diorang bagi gelaran. Gelaran paling lama..Diorang panggil penulis, ayambrand. Dari sekolah rendah lagi..hahaha. Mungkin sebab nama penulis bunyi macam ayam..aimran lantak korang la..kenangan lama.

Masa tu maklum la orang kata baru masuk zaman remaja hingusan..hahaha. Di pendekkan cerita penulis pernah jatuh hati kat seorang gadis melayu nie..memangla. Korang nie..Namanya Iqlima bt Rostam. Bijak orangnya. Dari awal lagi penulis tahu dia ni memang pelajar cemerlang. Penulis pulak tak stabil dalam pelajaran..sekejap ok sekejap down..Kalau parent zaman sekarang kata, anak yang cemerlang anak yang banyak dapat A..Aduhai kesian penulis tengok anak-anak sekarang. Belajar bagai nak rak tapi perangainya..YaAllah teruk bebenor orang Perak kate..Tak balance. Suruh anak-anak kejar akademik sahaja. Agama dan akhlaknya terburai..

4 comments:

  1. wah...nk tgk komik tuh.display r..nk2!!!!

    ReplyDelete
  2. salam yan..wah tahniah ler hang jadi pembaca pertama kolum blogku..hehehe.saje nak try way..alahai yan aku takde scanner nak scan komik tuh..dalam hard copy je..sorry..t aku jump jalan cmne nak publish aku publish ok. aku post samb crite.. DARI CATATAN REMAJA.

    ReplyDelete
  3. komik pasal SMKHC??
    rasa nye macam pernah baca sikit la aimram, time form3 ... if i'm not mistaken... =)

    ReplyDelete
  4. mmm...komik SMKHC? rasanyer macam pernah baca sikit ...time form3 dulu... aimran , cr la cara show that comic... boleh kiter baca full..

    ReplyDelete

Sila komen.