Friday, February 6, 2009

REAL leardership Conference ke2, PICC, Putrajaya



Sekitar dataran Putrajaya


Bersama rakan seperjuangan MPP di PICC.

Salam rakan sekalian, dalam perhubungan. Sudah lama kita tidak bertemu untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai sekeliling kita. Kesibukan tugas samaada dalam kepimpinan pelajar mahupun sebagai pelajar biasa membantutkan aku untuk menghantar gambar dan penulisan. Allahamdulillah segalanya sudah selesai.Selepas pilihan raya, pemilihan barisan MT dan seterusnya kursus induksi dalaman di UTM semuanya berjalan dengan lancar. Hanya kepenatan kadang-kadang membantut niat aku utk bersama-sama rakan yang lain bermain bola setiap petang. Mana tidaknya, jika orang lain habis kelas boleh terus ke kolej, tidur, berehat dan beriadah, aku pulak di studio menghabiskan kerja tertangguh atau di bilik MPP merencanakan program. Lewat kali meeting berlarutan hingga lewat malam, sebelum aku pulang ke bilik. Gambar di atas adalah program terbaru yang aku terlibat. REAL leadership conference kali ke2 di PICC, Putrajaya. Program ini bertujuan mengumpul semua pemimpin pelajar di seluruh Malaysia di bawah satu bumbung mendengar ucapan tokoh-tokoh negara.


Aku mendapat tahu yuran penyertaan utk program trsebut mencecah RM300!!Semua ditaja UTM. Program ad hoc seperti ini memerlukan persedian mental dan fizikal. Aku pada masa itu dalam kursus induksi MPP di KTDI, tetapi diminta utk menghadiri ke conference tersebut pada hari sabtu 31/01/09. Kami dari UTM terdiri drpd barisan MPP dan PEMADAM bertolak ke PICC pada lewat malam Jumaat. Tiba di Putrajaya seawal subuh, mandi dan terus bergegas ke PICC. Sesi ceramah tersebut berlangsung seharian yang dihadiri oleh Dr. Faiz, angkasawan, CEO Petronas dan D.Maznah Pengurus SECURITY force dan ramai lagi. Aku juga sempat berkenalan dengan rakan sejawatan dari universiti lain. Alahamdulillah banyak input aku dapat, walau kepenatan.

2 comments:

  1. salam...
    1st of all...sye nk ucp thniah skli lg coz dlantik sbg mpp utm tuk pngal ni..
    awk mmg de ciri2 kpimpinan yg tinggi...:)
    ingat!!!
    tunai tngunggjawab sbaiknya...
    pe2 pun yg kte wat niat krn Nya...
    I'Allah...Dia akn bantu kite dalam apa jua rintangan..
    n remember...be a humble person always...wink2~~

    ~~NurInspiration_nasuha~~

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk semua sokongan anda!!

    ReplyDelete

Sila komen.