Tuesday, July 14, 2009

Wacana ilmu di PWTC 2

Salam.
Alahamdulillah. Aku masih dikurniakan kesihatan yang baik. Cukup untuk aku melakukan aktivti harian. Walau kadangkala terasa juga kesunyian semasa menuntu ilmu keseoarangan. Wajar aku mencari teman yang boleh menasihati agar tidak terus tersesat. Aku tinggalkan wacana ilmu dengan pelbagai persoalan dan tafsiran di benak. Melihat ketabsuban manusia dan keinteletualan. Aah..aku penat memikirkan. Aku sendiri tak pasti apa itu keintelektualan sebenar. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk berhenti berfikir..dan befikir. Itu lah yang menarik sepanjang aku memegang tampuk kepimpinan ini. Berpeluang menyertai pelbagai program. Sama ada ditaja oleh parti politik tertentu atau hanya sebagai peserta biasa yang memenuhi kuota jemputan. Tapi malang bagi aku jika menganggap diri sendiri ini hanya sebagai pemeriah majlis orang kenamaan negara. Sebaliknya ada yang lebih beharga, iaitu PENGALAMAN. Pengalaman yang tidak boleh dicari dengan hanya membaca buku di perpustakaan. Elemen kehidupan itu perlu dicari...malah aku syorkan kepada rakan lain untuk merebut dan mencari pengalaman. Jangan kecilkan skop pemikiran anda!. Nah..keluar kalian semua dari selimut keselesaan bagi mencari PENGALAMAN yang bertaburan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen.