Wednesday, July 29, 2009

Makin merisaukan..

Salam.
Wabak H1N1..adakah kita patut takut dan risau? atau teruskan hidup sepeti biasa. Anggap saja h1n1 itu hanya seperti demam biasa. Pensyarah memulakan kelas dengan lawaknya bersahaja. Tapi penuh makna jika difikir. Dibawa kami untuk berfikir bersama, apakah yang wajar dilakukan oleh kita selaku manusia yang tidak terdaya dan berkuasa bagi mengelak wabak penyakit seperti h1n1 ini. Dipertikaikan oleh pensyarah tersebut sejauh mana ketelusan pihak bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan perkembangan mengenai statistik yang dikeluarkan. Kemungkinan bagi mengelak perasaan panik, cemas dan ketidaktentuan di kalangan sesuatu komuniti, adalah wajar pihak berkenaan tidak menghebahkan jumlah sebenar mangsa wabak berkenaan. Dari pemerhatian kasar penulis sepanjang sebulan pengajian semester ini bermula, symptom2 yang terpampang di banner jelas, terang dan nyata disenaraikan oleh pihak berkenaan bagi memberi peringatan kepada warga kampus. Malah boleh dikatakan hampir setiap bilik, ruang, atau tempat awam lain, kita pasti melihat ada yang demam, selsema dan batuk! Hampir setiap kawasan..lihat saja di kalangan rakan2 anda. Adakah mereka demam secara kebetulan? Dari pengalaman rakan2 yang mendapatkan rawatan, mereka yang mengunjungi pst kesihatan juga makin bertambah mencecah ratusan orang setiap hari. Penulis tidak pasti apakah prosedur yang digunapakai oleh pst kshatan di semua pengajian tinggi. Adakah hanya semata-mata kuarantin? Atau menasihatkan pesakit utk pulang kg. halaman (bergaul pula dengan komuniti di tempat tinggal) Sesetengah kes, pesakit diminta datang semula membuat pemeriksaan selepas beberapa hari jika masih tidak pulih. Adalah tidak wajar perkara ini hanya dipertanggungjawabkan kepada pst kesihatan di kampus semata2. Tetapi sebaliknya semua pihak di dalam kampus perlu mengambil berat akan kebersihan diri masing2. (walaupun wabak ini berada ditahap tidak terkawal). Teruskan berdoa, dan mohon perlindungan dari ALLAH swt.
Hanya sekadar pendapat..

No comments:

Post a Comment

Sila komen.