Salam
Alahamdulillah. Semalam penulis berkesempatan utk bertemu dengan pelajar baru buat pertama kali. Itu adalah pertemuan rasmi penulis dengan pelajar baru selepas pulang dari praktikal. Apabila melihat tunas baru yang akan mewarnai dunia perancang bandar di Malaysia, penulis yakin mereka semua akan berjaya. Jika dahulu semasa penulis mendaftar masuk, ramai senior memberi nasihat dan panduan bagi meneruskan survival sebagai pelajar planning. Sekarang penulis pula mengambil peranan utk membantu adik-adik planning dalam mencapai impian mereka. Tak kira lah pilihan anda yang ke berapa. Semuanya adalah ilmu. Fardu kifayah buat anda. Tidakkah anda terfikir mengapa Allah "mencampakkan" anda ke dalam bidang planning? Di amanahkan mempelajari ilmu ini dan mengaplikasi pula dalam masyarakat. Jika doktor bertanggungjawab merawat pesakitnya, planner pula lebih luas konteksnya iaitu bertanggjawab terhadap suatu komuniti yang besar!. Dari aspek sosial, ekonomi dll.. Melibatkan perancangan berpuluh tahun. Kesannya juga lebih besar iaitu sistem kehidupan manusia..silap merancang padah jawabnya. Sepanjang 3 tahun penulis disini tidak pernah lihat suatu jalinan kerjasama dalam konteks kebaikan dan saling bantu membantu dikalangan pelajar tempatan kita. Masih jauh. Masing-masing masih dengan kumpulan tertentu. Berpecah. Senior dengan ego seniority nya. Junior dengan bodoh sombong malu bertanya. Malah dikalangan mereka sendiri. Penulis berharap kita dapat belajar bersama-sama dalam sebuah jemaah, sebuah komuniti pelajar ijazah sarjana muda perancang bandar dan wilayah. Saling bantu membantu, nasihat menasihati, berfikiran positif dan saling hormat menghormati. Elakkan perasaan prejudis antara kita. Islam mengajar kita untuk berkerjasama dan bersangka baik. Belajar lah mana yang baik dari senior. Nasihat lah kami jika tersalah. Maka penulis berharap adik-adik kalian explore bidang ini dengan sebaiknya. Para pensyarah dan senior anda sedia membantu.
Penulis
Pelajar Tahun 3SBW
No comments:
Post a Comment
Sila komen.