Monday, July 20, 2009

Harga tiket naik lagi..

Salam
Ada beberapa isu yang menarik perhatian penulis antaranya isu kenaikan tambang bas. Pelbagai hujah dikemukakan oleh pihak yang bersetuju kenaikan tambang. Begitu juga di pihak yang tidak mampu untuk naik kereta besar seperti pihak yang bersetuju tersebut. Semuanya berbalas hujah adakah wajar atau tidak tambang dinaikkan. Pihak pengguna merasakan tidak wajar jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan yang disediakan. Tidak memuaskan. Harga dan kualiti perkhidmatan masih tidak selari. Satu berjalan. Satu berlari. Harga terus menghisap darah di tengkuk. Perkhidmatan pula di takuk bertatih. Adalah wajar pihak yang bersetuju menaikkan tambang tersebut terlebih dahulu naik pengangkutan awam bersama-sama rakyat pergi kerja, sekolah, universiti, pasar dan sebagainya. Penulis, memohon kerajaan mempertimbangkan potongan harga kepada para pelajar dan mahasiswa kerana tidak semua dari kami berkenderaan dan berada!

No comments:

Post a Comment

Sila komen.