Thursday, July 16, 2009

Apabila anonymous bagi komen..

Salam
"Anonymous" gelaran bagi mereka yang suka menyembunyikan identiti diri supaya tidak dikenali. Terima kasih kerana sudi membaca entry penulis. Perkara baik itu jelas. Perkara buruk itu juga jelas. Hancurlah dunia jika kita harapkan semua manusia menjadi alim ulamak baru boleh berbicara dan saling menasihati. Agama menyuruh umatnya menyampaikan dakwah. Walau sepotong ayat atau kata-kata. Dakwah bukan sahaja mengenai agama. Tetapi apa jua perkara yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Sama ada dalam tutur kata atau perbuatan kita. Kita mungkin tidak mahir dalam suatu ilmu. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berusaha mempelajarinya. Manusia itu tidak maksum. Sering alpa dan melakukan kesalahan kerana manusia itu INSAN. Insan pula ialah PELUPA. Tidak salah kita saling ingat mengingati. Penulis mengucapkan terima kasih kerana dengan komen anda, insyaallah penulis akan belajar bidang-bidang ilmu lain pula supaya tidak menjadi bodoh dan diperbodohkan. Itu lebih elok dari insan yang tahu akan sesuatu perkara tersebut DOSA tetapi dipejam mata hatinya bagi menafikannya..
"Apabila perkara dosa dikatakan baik, perkara baik dikatakan dosa.."
Salam berfikir..

No comments:

Post a Comment

Sila komen.