Thursday, July 23, 2009

2 lagi kampus ditutup-H1N1

Salam dan sejahtera.
Batuk, selsema, demam..antara symptom H1N1. Terpampang di dada akhbar utama, apabila 2buah lagi IPTA iaitu UiTM Seri Iskandar & Seberang Prai telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan. Nampaknya wabak ini mula merebak ke dalam institusi pengajian tinggi yang menempatkan beribu-ribu pelajar. Mohon pihak terbabit supaya terus meningkatkan kempen kesedaran dan berusaha mencari suatu mekanisma yang terbaik bagi mengekang merebaknya wabak tersebut di dalam kampus. Pihak kesihatan di setiap IPTA perlu meningkatkan kerjasama dengan pihak kementerian dalam memaklumkan perkembangan wabak tersebut di kampus masing. Penulis kehairanan bagaiamana mereka yang telah diisytiharkan status sebagi 'disyaki' tidak dikuarantin di tempat khas. Sebaliknya mahasiswa tersebut masih boleh keluar pergi ke tempat awam seperti kelas, berjumpa kawan dan sebagainya kerana keingkaran suspek untuk mengikuti nasihat pihak kesihatan kampus. Adalah wajar diwujudkan sebuah tempat kediaman khas bagi mengasingkan mereka disyaki tersebut untuk tinggal sementara dan disediakan dengan kemudahan yang mencukupi seperti di blok tertentu kolej kediaman pelajar. Ini kerana penulis berpendapat tidak cukup hanya mengeluarkan arahan supaya suspek pulang ke rumah masing-masing sepanjang kuarantin. Bagaimana pula mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut? Apakah tindakan pihak pentadbiran kampus? Bagaimana pula dengan pelajar tersebut tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman yang terletak jauh dari kampus seperti Sabah dan Sarawak? Selain itu, penulis juga memohon agar semua mahasiswa yang mempunyai simptom wabak tersebut agar terus ke pusat kesihatan kampus selain mematuhi segala arahan yang diberikan.
Noor Aimran B Samsudin
Pengerusi
Jab. Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809

No comments:

Post a Comment

Sila komen.