We Have A Dream
Setiap manusia mempunyai impian. Tak kiralah impian tersebut besar menggunung sehingga sekecil-kecil perkara. Walau pada suatu ketika impian tersebut dikatakan suatu yang sukar untuk dicapai, namun dengan tekad dan azam yang tinggi, insyallah semuanya diperolehi. Bergantung pula kepada usaha kita. Tidak cukup hanya mengimpikan itu ini, namun tiada usaha dilakukan. Dengan impian sudah ramai manusia berjaya, tokoh politik, usahawan, agamawan dan masyarakat biasa seperti kita. Pasanglah cita-cita, tekadkan azam, bulatkan iltizam anda. Bergeraklah seiring dengan target anda tersebut. Rempuhlah segala halangan yang menghalang anda untuk terus berjaya. Tak kiralah apa jua yang anda ingin lakukan selagi mana ia selari dengan norma kehidupan dan syariah kita. Amat rugilah manusia tidak mempunyai impian. Tiada impian maksudnya tiada matlamat. Tiada matlamat pula menyebabkan hanyutnya kehidupan kita entah ke mana. Begitulah pentingnya impian terhadap kehidupan kita.
Tengahari saya berpeluang untuk mengikuti sesi perbincangan yang diaturkan Majlis Profesor UTM di de Tropica berhampiran Tmn Tropika UTM. Perbincangan kali ini berkisarkan Teori Darwin. Rakanku, Saudara Zaki menghantar SMS mengajak untuk turut serta dalam majlis ilmu tidak formal tersebut. Sambil menikmati mee kari & jus kari yang dihidangkan, saya khusyuk mendengar sesi perbincangan tersebut, walaupun seketika sukar untuk memahaminya. Beberapa prof. yang hadir saling berbincang mengenai teori yang berusia 150 tahun tersebut dari perspektif Islam. Pada hemat saya hampir tiada mahasiswa yang tahu akan kewujudan majlis tersebut. Setiap minggu topik perbincangan bertukar dan menariknya ia dijalankan secara santai. Itulah antara inisiatif Dr. Zaini, NC UTM untuk membudayakan Budaya Ilmu di kampus. Itu impian UTM dalam memastikan kampus kita setanding dengan pusat pengajian utama dunia yang terkenal, mungkin seperti Oxford dan Cambridge (masih teringat suasana indah kampus tersebut semasa mengikuti X-UK 09 lalu). Anda bagaimana? Apakah IMPIAN anda?

betul...tanpa matlamat suatu impian xkan tercapai..
ReplyDeletekata orang..dari angan2..lahir lah impian..impian yang kan mnjadi suatu realiti bile kite brusahe tuk mencapainya..
thank..satu entry yang baik..leh jadi peringatan buat semua..=)
dapat juga sms tu, tapi terbaca selepas 1jam msg tu dhantar..aduh
ReplyDelete