Bila sebut staf kerajaan ape agk2 terpikir kat dalam kpale? Malas? Meeting tingkap? Masuk kerje lambat? Suka delay kerje yang bertimbun atas meja? Menjawab telefon dengan kurang sopan dan banyak lagi igauan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat apabila berurusan saban hari dengan mana-mana agensi kerajaan. Peluang aku untuk menjalani practical di agensi kerajaan membuka hati dan minda untuk aku menilai situasi tersebut. Mungkin benar dakwaan mereka yang pernah mengalami situasi kurang menyenangkan apabila berurusan dengan agensi kerajaan. Tetapi tidak semua staf berkelakuan sedemikian rupa. Walaubagaimanapun masih ada pekerja yang bermalasan membuat kerja hanya kerana tidak dapat bayaran atau pendapatan seperti mana diberikan majikan di sector swasta. Persoalannya adakah isu gaji dan kadar kenaikan pangkat yang lambat menjadi faktor utama mengapa kelemahan dan ketidakcekapan di agensi kerajaan wujud.
Terdapat banyak faktor kita boleh kupas dan dibahaskan. Lihat bagaimana pula dengan suasana tempat kerja. Adakah tempat kerja kita mengujakan, menceriakan dan membuat kita sentiasa bersemangat untuk bekerja 5hari setiap minggu? Bagaimana pula hubungan antara staf bermula dari tukang cuci, technician, pembantu tadbir sehinggalah ke peringkat pegawai tertinggi? Wujud dalam suasana harmoni atau keji mengeji dalam sesi umpat-mengumpat @ meeting tingkap? Adakah kita amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Aku tidak terkejut jika ada manusia yang bermuka-muka apabila membuat kerja, hanya politik kata sahabatku. Bila bos lalu depan meja mula lah kita membusykan diri. Jika tak goyang kaki. Bagi aku tak salah untuk kita bersantai-santai sambil membuat kerja tetapi perlu seiring dengan hasil tugasan kita.
Masih banyak ruang bagi memperbaiki perkhidmatan awam di negara ini. Kecekapan dan keberkesanan kerja tidak terletak pada kemegahan pejabat yang mencucuk langit tetapi bergantung kepada masyarakat yang menghidupkan aktiviti dalam pejabat, tak kira lah anda pegawai beso atau sekecik-kecik pegawai…
Kepada sahabat handai yang sedang menjalani practical di mana-mana sekalipun, teruskan usaha anda untuk mencari ilmu sebanyak mungkin!. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan untuk bermalas-malasan. Tunjukkan kebolehan anda!!
Psttt..guys nanti minggu depan makan tempat bese..kat KWSP!! Hahahah..
Salam... Silalah layari laman blog aku...
ReplyDeleteschuderiafasniz.blogspot.com
Hehehe...
Segala2nya yg berkaitan dgn LI pun turut dimuatkan dlm blog tersebut...
;p