Saturday, May 30, 2009

Antara menuntut hak dengan keihklasan..

Salam..
Antara menuntut hak dengan keihklasan?
Setiap tahun pelajar dari ipta dari seluruh negara pergi ke agensi gov. dan private utk menjalani latihan praktikal atau mungkin juga latihan mengajar di sekolah bagi bakal pndidik. Sering kali terdengar suara rintihan mahswa yg tdak mmpnyai ckup wang belanja bagi mnmpung kos semasa mnjalani lathan praktikal. Termasuklah kos utk tambang, makan mnum, mmbyar sewa rumah jika tinggal jauh dari family dan yuran pndftaran lathan praktikal itu sndiri. Tempoh latihan antara 2bulan-6bulan mengikut kelaziman. Jika dilihat masa untuk mnjalni latihan adalah swaktu cuti akhir smester. Rata-rata duit pnjaman atau scolarship yg dapat di awal sem telah habis digunakan bagi menmpung perbelanjaan spnjang sem. Bagi pelajar tajaan biasiswa seperti JPA mungkin boleh menarik nafas lega kerna diberikan wang saku sebanyak RM10 sehari. Tetapi bagaimana jika mahswa tersebut dari keluarga yang susah dan tidak mempunyai sumber kewangan lain selain mengharap duit pnjaman PTPTN semata-mata?.
Jika mahasiswa tersebut menjalani practikal di agensi kerajaan, tiada elaun diberikan. Berbeza jika di sektor swasta. Sedikit imbuhan diberikan kepada mahsswa kerana sambil menjalani latihan di syarikat mereka, mahsswa tersbut telah bekerja. Sedikit sebanyak membantu syarikat beroperasi walaupun sumbangan mereka tidak banyak. Seharusnya pihak kerajaan dan universiti seharusnya memikirkan kembali dasar pemberian elaun kepada mahaswa yang menjalani latihan praktikal, kerana mereka ke agensi tertentu bukan untuk bercuti. Beban kerja yang diterima sama banyak seperti mana beban seorang staf yang telah bekerja di agensi tersebut. Malah penulis berpendapat lebih banyak tugasnya berbanding staf yang hanya duduk melepak, mengumpat dan membuang masa di tempat kerja!.
Sebagai contoh, angaran kos harian di menjalani latihan di bandar
Tambang: RM4-RM6 (mengikut jarak dan jenis pgangkutan awam yg digunakan)
Makanan : RM5-RM10 (hanya lunch)
Lain-lain : >RM5
*Tinggal dengan family+Menggunakan pengangkutan awam
**Tidak termasuk mereka yang menyewa rumah atau kolej
Tidak dinafikan bahawa, tujuan utama mhasiswa mnjalani latihan tersebut adalah bagi mndapatkan sebanyak mana knowledge dan pengalaman bekerja di lapangan mengikut bidang ilmu masing-masing. Tetapi bagaimanakah aspek kebajikan mahasiwa semasa berada di luar kampus? Mengikut pengetahuan penulis beberapa insiatif dan elaun khas diberikan oleh pihak u apabila mendapat peruntukan khas. Itu pun bukan setiap tahun. Tahniah diucapkan kepada IPT yang sentiasa berusaha memohon peruntukan khas daripada kementerian bagi memberi sedikit elaun kepada penuntut mereka yang menjalani latihan di luar. Pelatih juga masih dilindungi skim insurans jika mengalami kecederaan semasa latihan tersebut.
Sesetengah berpendapat mahswa perlu lebih bersifat ikhlas dalam mncari knwldge dan experience di agneso kerajaan kerana mereka telah diberikan peluang untuk mencari ilmu di agnesi tersebut. Tetapi bagaimana pula hak mereka dalam mencari ilmu tersebut. Adakah mereka dapat memberi perhatian sewaktu menjalani latihan jika menahan lapar kerana semata-mata ingin berjimat untuk membayar tambang ke tempat latihan setiap hari?
Dicadangkan kepada pihak IPT supaya yuran pndafataran dan perkihdmatan tersebut dihapuskan atau dikurangkan, hujahnya mahswa tidak berada di dalam kampus semasa menjalani latihan mungkin terdapat beberapa kes pelajar memilih untuk membuat latihan di dalam kampus kerana mempunyai kemudahan penginapan dan tempat kerja. Kemudian dcadangkan kemnterian mungkin boleh mempertimbangkan pruntukan khas dan diberikan kepada pelatih melalui agnsi tempat mereka berlatih.
Diharapkan pihak kerajaan melalui kemnterian bertanggungjawab dan IPT dapat terus menjaga kebajikan para mahasiswa mereka yang bakal meneraju negara dengan ilmu yang diperolehi mereka...
Pengerusi
Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
MPP UTM 0809

No comments:

Post a Comment

Sila komen.