Tuesday, May 26, 2009

Kereta lembu besi KL

Menteri berkaitan...anda naik ke tren mcm kami??


Salam kepada semua kekawan. Adakah anda pernah mengalami seperti ini situasi di atas?..Gambar tersebut dipaparkan di akhbar utusan pagi nie. That is reality. Situasi ini bukannya berlaku di negara jiran sewaktu pulang berhari raya ataupun di India yang kita tahu akan kesesakan yang berlaku, tapi situasi ini berlaku di Malaysia. Negara yang dikatakan akan mencapai status maju tahun 2020. Dimanakah silapnya? Sistem pengangkutan awam di negara kita sering kali dikatakan sebagai yang terbaik. Dari pemerhatian saya, situasi seperti ini mula terjadi apabila harga minyak melambung suatu ketika dahulu. Kemudian diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi yang merosot sekarang. Rakyat lebih selesa menggunakan pengangkutan awam. Walaubagaimanapun sistem yang ada sekarang tidak dapat ditampung oleh bilangan pengguna yang semakin bertambah. LRT Star dan Putra yang kini di uruskan oleh Rapid KL sebuah anak syarikat kerajaan. Termasuklah bas Inrtakota yang terdapat di ibu negara. Kita sepatutnya memberi kredit kepada RapidKL kerana menyediakan bas yang selesa dan cantik. Tetapi malangnya itu hanya kosmetik semata-mata. Lewat & sesak!!. Tak kira dimana-mana, sama ada jalan utama, tempatan atau bandar. Begitu juga sistem LRT. Perasaan menjadi geram apabila diumumkan di buletin utama baru-baru ini kadar kenaikan tambang baru akan dibentangkan di kabinet. Apa dah jadi dengan surcaj 30% lalu? Janji nak turun!!. Sampa sekarang apa citer nih?? Nih nak naikkan lagi..tolong lah kami, sebagai mahasiswa juga turut terkena tempias kenaikan tersbeut jika diluluskan. Bukan semua mahasiswa berkenderaan sendiri. Kami semua naik bas! Naik tren. Berasak-asak untuk pulang ke kampung halaman dan pergi menuntut ilmu. Sampai bila??Sampai bila kami akan tersepit dan berdiri berjam-jam di dalam tren atau bas? Adakah mungkin suatu hari rakyat akan menggunakan kereta lembu pergi KLCC?





2 comments:

  1. nadia dah hadapi kesesakan dlm tren tu sejak skolah mnengah lagi..
    (^_^)v

    ReplyDelete
  2. Menteri pengangkutan..Dato' Seri Ong Tee Kiat..Sampai bile masalah ni akan berterusan??
    Harge minyak dh turun tp hrge tiket slalu naik?
    tiket Ganu ke utara pun skarg dh cecah RM60.
    Pdahal isu ini telah diutarakan di kbinet dan dibahaskan di perlimen?
    Tp still x de prubahan...
    Smpai bile kite harus brdiam diri??

    ReplyDelete

Sila komen.