“Hasutan”
Ditulis oleh : Noor Aimran Bin Samsudin
Dari pemerhatian penulis, semakin hampir dengan PRK maka makin banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini mungkin terdiri daripada kumpulan-kumpulan tertentu atau pihak luar yang cuba mencemari PRK kali ini. Atas apa jua alasan pihak terbabit, pada hemah saya, provokasi seperti itu bukanlah suatu yang perkara yang sihat. Apatah lagi kejadian-kejadian yang sepatutnya tidak layak berlaku di dalam sebuah gudang ilmu ini. Saya pasti mereka ini hanya cuba menangguk air keruh bagi mendapat perhatian pihak tertentu. Dari pemerhatian saya juga, terdapat beberapa blog segera atau blog picisan yang dihasilkan sempena PRK kali ini dengan tujuan bagi melaga-lagakan kumpulan-kumpulan tertentu serta mempengaruhi mahasiswa bahawa tidak perlu turun mengundi.
Selama ini PRK yang belangsung di kampus kita berjalan dengan lancar dan aman, jika hendak dibandingkan dengan kejadian dibeberapa kampus di Lembah Klang. Alahamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku setakat ini di kampus kita. Jika tahun kebelakangan ini para calon dari kumpulan-kumpulan tertentu masih boleh bertanding dan bersaing secara sihat, membina dan bertanggungjawab mengapa PRK kali ini, ada pihak yang ingin cuba mewujudkan suasana kerisauan, saling tidak mempercayai akan kepimpinan yang bakal dipilih dan sebagainya. Ingin saya lontarkan kepada anda beberapa persoalan, adakah dengan memperlakukan provokasi yang tidak sihat, ia mampu melahirkan kepimpinan yang benar-benar berkualiti? bertanggungjawab? amanah?. Adakah dengan menyimbah cat, menyerang peribadi seseorang dengan penulisan yang tidak bertanggungjawab itu mampu memastikan kemenangan calon anda tersebut bakal membawa perubahan yang lebih baik? Saya pasti, perbuatan keji mengeji melalui medium facebook dan blog adalah suatu perkara yang benar-benar tidak bertangungjawab dalam konteks mahasiswa sebagai golongan cerdik pandai.
Pada pendapat saya, ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mempengaruhi mahasiswa dengan aktiviti yang tidak bermoral ini tidak hadir ke Perjumpaan Bulanan Naib Cancelor pada hari ini yang bertemakan “Berpaksi Inovasi Mengangkasa Universiti Menjana Nilai Tinggi”. Mereka gagal menghayati hasrat UTM dalam usaha untuk terus memacu kejayaan dan bergerak pantas ke hadapan. Mungkin kejadian-kejadian ini bersifat sementara namun, perkara tidak sihat ini haruslah dikekang dari awal supaya tidak menjadi barah dalam masyarakat apabila keluar. Adalah benar, realitinya beberapa strategik harus disusun dalam usaha memenangi PRK. Namun mengapa perkara yang tidak sihat dijadikan sebagai budaya bagi mencapai matlamat? Mengapa tidak, golongan anonymous di belakang setiap kumpulan ini memainkan peranan yang lebih sihat dan membina? Bahkan para calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding tidak tahu menahu akan usaha dan kerja-kerja kotor golongan ketiga ini.
Tidak hairan apabila bertanya kepada mahasiswa mengenai politik, persepsi negatif yang wujud benar-benar menyedihkan mereka. Sebenarnya masih ada individu yang benar-benar ikhlas dalam melibatkan diri dalam kepimpinan kampus. Ia bukan sahaja melibatkan pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga dalam menjaga perihal kebajikan mahasiswa malah menyuarakan pelbagai isu di peringkat nasional kepada kepimpinan negara. Itulah antara peranan sebuah majlis tertinggi yang dipilih oleh seluruh mahasiswa bagi mewakili mereka. Politik kampus seharusnya menjadi sebuah platform terbaik melahirkan kepimpinan di masa hadapan. Saya percaya, kepimpinan yang baik terhasil dari suasana yang baik juga. Oleh hal demikian saya ingin menyeru kepada para penulis blog, Facebook dan pelbagai medium lain supaya tidak menghasut, mengugut, dan menuduh tanpa usul periksa. Jadilah mahasiswa yang lebih bertanggungjawab dan beretika dalam penulisan anda.
Penulis adalah,
Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan
Majlis Perwakilan Pelajar UTM 0809
Politik sempit mahasiswa akan gagal dinoktahkan apabila pemikiran eksterim dan fanatik kepada individu tertentu masih disetkan dalam kpale hotak mahasiswa.
ReplyDeleteBudaya hasutan,samseng,demontrasi adalah budaya orang2 bebal dalam berpolitik..
Kematangan sesebuah organisasi dilihat berdasarkan tadbir urus,matlamat,visi dan beberapa lagi pendekatan yang mencerminkan mahasiswa yang bukan lesu dan terbilang.
Hanya mahasiswa yang boleh diistilah cerdik akademik tapi bebal pemikiran otak dari sudut sosial sebenar adalah penyebab pilihanraya umum mahupun kampus kacau bilau.
Sebagai mahasiswa terbilang,pemimpin dipilih bukanlah berdasarkan tipu muslihat dan mahupun paras rupa serta yang sama waktu dengannya.
PEMIMPIN DIPILIH BERDASARKAN:
1.Sahsiah dan keperibadian
2.keimanan dan ketakwaan
3.tubuh badan yang sihat
4.amanah dan dipercayai
5.daya juang yang tinggi
BUKAN DIPILIH BERDASARKAN:
1.Cantik dan hensem
2.kaya dan loaded
3.bijak membelit dan menipu
4.monarki kekeluargaan
5.gangsterisme
P/S:penulis merupakan pemerhati politik dan pilihanraya kampus serta exco pengajian tinggi pemuda