Tuesday, April 7, 2009

Peringatan untuk AKU!!

salam segala salam...

Pening aku dibuatnya..melihat telatah diri sendiri pada perspektif berbeza. Sebagai orang lain yang melihat seorang manusia lain. Banyak sungguh kepincangan diri. Lompong sana sini.Takkala aku sebagai pemimpin atau pelajar biasa. Sibuk kejar keperluan dunia hingga alpa keperluan di "sana". Kalau dahulu aku sempat membisik dakwah islamiyah di studio..kini kesibukan aku di peringkat "atas" menyebabkan aku tak tercover tempat lama..YaAllah ampunilah hambaMu ini.
Sedikit sungguh sumbangan ku pada agama ini. lintang pukang pengurusan diri. Tidak tertib. Lompat sana sini tanpa arah tuju. takkala disaat akhir ini, aku tersedar. Duduk memikir akan tanggungjawab dan beban amanah yang terpaut pada bahu ini. lega rasa dapat aku coret sebentar catatan yang jua menjadi peringatan sang penulis ini. Aku akan tempuhi minggu akhir pengajian semester ini dengan penuh sabar,tekun, dan berhati-hati sebelum aku menganjak ke tahun 3. Bukan mudah untuk membawa muatan kargo yang banyak di atas kapal di tengah laut gila mengganas. Silap hari bulan semuanya jatuh tenggelam!!. YaAllah kurniakanlah hambaMu ini dangan "pembantu" yang ku idamkan itu agar kelak sedikit sebanyak urusan ku semakin mudah...InsyaAllah.

3 comments:

  1. wasalam dan kesejahteraan keatasmu...emm..saya x de nk coment pe2. Juz nk beri pringatan juga utk diri yg serba kkurangan ini. Even sibuk mane pun kite,x kite lupa tngunggjawab kite pdNya.If perkara baik yg kite nk wat 2 x kesempatan, ingatla...saat 2 kan dkurniakan jgk.Cme kdang2 kite x sdar. Jika niat kita ikhlas...I'Allah...Ingat ksusahan di dunia kan dbalas kesenangan di sana t..Slamat mnempuh final exam n all the best...
    ~suha~

    ReplyDelete
  2. cayok2!!! usehe + yakin +berjaye.haha..
    jgn tao kritik aku jer..

    ReplyDelete
  3. semoge segala urusan kau dipermudahkan..amin..
    good luck!

    ReplyDelete

Sila komen.