Monday, September 29, 2008

DARI CATATAN REMAJA (EPISOD2)

Ish2 malas penulis nak cerita pasal student sekarang. Dah banyak keluar kat media tu..pergilah membaca. Tengok masyarakat kita macam mane ok or ko?. Ini tidak asal keluarga engkau cukup makan minum sudah ye? Orang lain lantok engkou la. Harta aku harta aku, nak..cari sendiri! Eh penulis bagi nasihat nie layak ke? Apa la penulis sendiri tak berkahwin lagi sibuk bagi nasihat..Memang la aku tak berfamily lagi. Tapi penulis belajar dari masyarakat sekeliling jugak. Manusia-manusia...

Meh kita balik cerita tadi pasal penulis jatuh hati tadi..dah melarat cerita pasal orang kita tak sudah sampai kiamat. Hmm..Iqlima. Penulis rasa dia baik orangnya, taat dekat ibu bapa, rajin..Suatu hari tu time kelas pendidikan seni form 1 dia tak sengaja rosakkan karya agung yang penulis cipta..yo la tue..Sebab masa dah tak cukup so dia buatkan balik karya tu sebagai ganti yang penulis punya...dan karya tu penulis masih simpan dalam special box dah 6-7 tahun!.Mula-mula segan jugak nak kenal..suatu haru tu sekolah penulis ada anjurkan request. Penulis pun oder la kek..To: Iqlima,Ucapan: Boleh berkenalan?, From: Aimran. Then berapa hari kemudian kek tu sampai la ke tangan Iqlima.

Petang hari yang sama penulis balik rumah macam biasa. Time duduk berehat, tiba-tiba telefon rumah berdering. Angkat..” Hello nak bercakap ngan siapa?”....”nie Aimran ye?nie mak Iqlima..”...........ah sudah Iqlima report kat mak dia!!...punya la berpeluh cakap dengan mak dia. Macam 1st time berjumpa dengan mak mertua..hahaha. Rupanya mak dia nak tahu anaknya berkawan dengan siapa..tak marah pun. Baik emak dia. Tahun demi tahun masa terus berlalu sekarang sudah 6-7 tahun penulis masih berkawan dengan dia...berkawan biasa sahaja. Kadang-kadang kalau my parent buat open house penulis mesti jemput dia datang makan..Sebabnya family dia sungguh baik dan mereka pernah ajak beberapa kali makan tengah hari bersama-sama!...Terharu. Tapi hajat penulis untuk ajak family dia datang makan di rumah masih tak kesampaian..

Hampir seluruh adik beradiknya kenal. Kakak sulung Iqlima kawan sekolah agama abangku di Surau Jabal Nur.. penulis pun pernah sekolah kat situ tapi tak sempat tamatkan pelajaran, sebab penulis dah malas belajar 2 sesi. Satu hari penuh, pagi petang pergi sekolah. Last-last penulis pun berhenti sekolah agama dekat time peperiksaan UPSR..Kononnya nak fokus kat UPSR..tetapi result tak ler cemerlang mana..3A. Haha, padan muke aku. Kata orang lepas laa nak masuk sekolah menengah...hahaha. Setiap kali penulis pulang dari sekolah agama, mesti ikut Iqlima dari belakang naik basikal..aduh Aimran..kalau dah angau..Si adiknya, Rashid bersekolah kat sekolah teknik sama..paling bongsu, tak silap masih bersekolah di SMKHC, Seri Gombak nie...

Sekarang Iqlima melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Sehari sebelum penulis bertolak ke Kuala Pilah untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrilulasi Negeri Sembilan (KMNS), macam biasa,
jemput kawan-kawan penulis makan di rumah. Sebelum balik Iqlima beri sebungkus plastik. Dalam tu ada starter pack kad prabayar. Dia kata...”Aimran tolong pastkan hadiah nie pada Zharif..”..hah? Zharif?. Ceh ingat untuk penulis..hehe. Dalam minggu suai kenal di KMNS penulis pun berusaha mencari Zharif..untuk sampaikan barang amanah katakan..pendekkan cerita penulis pun berjumpa dengan jejaka bernama Zharif..Akhirnya tahu la penulis siapa si Zharif yang Iqlima kenal semasa Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. 5tahun tempoh yang lama penulis pendam. Tetapi akhirnya terus padam...Sedikit pun penulis tak marah kerana sekurang-kurangnya dapat kenal dengan sebuah keluarga yang baik dan dia merupakan salah seorang rakanku yang masih lagi menetap di Taman Seri Gombak......Terima kasih jemput la datang rumah lagi...... penulis pun simpan kembali komik yang dilukis dalam kotak fail atas rak.. penulis tahu nilai seni mungkin tiada, tapi nilai sentimental lukisan......tiada nilainya.

PERANCANG: Lima tanda hati keras membatu

PERANCANG: Lima tanda hati keras membatu

Lima tanda hati keras membatu

Written by Aisyah
Wednesday, 25 June 2008
Lima tanda hati keras membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

http://web.utm.my/msi/index.php?option=com_content&task=view&id=21&Itemid=2
Last Updated ( Wednesday, 25 June 2008 )

shopping di TAR

crowded!!.penuh sesok ngan orang.bergerak mcm semut.tuh ler condition yang aku boleh katakan..memang ramai orang datang ke jalan TAR utk beli for setiap kali raya.dari barang2 wajib hari raya..biskut raya,baju raya..and so on. smapai ler ke suis raya?!hah?serius aku pun teruja tengok.cntik and creative. Cover suis yang dihias ngan corak2 colourful.rm10 satu. raye kali ni dapat ler sepasang kasut itam bata.cntik.utk pergi kuliah haru isnin..haha smart day.kasut lame dah rosak. baju raye 2helai.bli baju je.warne biru muda n tua..penat jugak.buke pose kat anw citu..orang sanggup makan berbuke pose kat kaki lima jlan TAR tuh..serius.aku dah lame gile tak datang shop kat cni. time kecik2 dulu.maybe berbelas tahun dulu!aku sempat amik gambor dengan camera nikon adikku. untuk ciapkan uraban design ayoh said.Sambil shopping buat asiignment...hahahaha

Friday, September 26, 2008

HAH? pukul 10! yaallah ni malas aku nak tido ni..asyik terlajok je. eh aku de studio hari ini..alamak mampuih aku.suppose nye aku kn tunjuk progres kat lecturer aku..ah camne ni.hmm..pikir2.takpe kot i hope de lagi anok buah aku dok balik hari ni.hope2 diorang dah present proper ngan en jak.aiseh leh plok terlajak ni..besenye time ramadahan ni klu aku tak tido lagi before 12pm jawabnya memanga aku tak tido terus.takut terlepas subuh. jadi subuh trex t. takut terlepas sahur.semalam berfore balik dari studio aku ngan wan sahor ciap2 kat meranti tuh. favourete nasik paprik..em2..balik je bilik dalam kol 3.30am. basuh badan sikit.melekit.wat solat sunat sikit.kang rugi plok dok solat ujung2 ramadhan ni..klu nak layan badan nak je aku landing atas katil tuh...nak pendek cite pas solat aku tertido n bangun2 dah pukul 10!Astrafillullah..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, September 21, 2008

DARI CATATAN REMAJA (EPISOD1)


assalamualaikum dan salam perpaduan buat teman2 yang sudi membuka blog perancang@bandar.com nie..buat pendahuluan anda semua dijemput untuk baca karya pertama saya dalam penulisan..dari catatan remaja

------------------------------------------------------

Selasa 6/5/08

Hari terus berlalu. Sekarang penulis tengah bercuti semester kedua..tetapi penulis tak merancang apa aktiviti cuti ni. Hmm..semalam semasa penulis masuk bilik tidur, ternampak sebuku kertas putih bersaiz A4 dalam kotak fail yang tersusun kemas atas rak. Penulis buka...wou. Nie komik yang penulis buat semasa sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest..masih elok lukisannya.. penulis tatap jalan ceritanya satu persatu muka surat..hmm..Fikiran aku mula melayang-layang memikirkan zaman persekolahan..zaman mula-mula bercinta katakan...menarik. Tak terfikir aku idea untuk melukis peristiwa pada setiap minggu menjadi suatu koleksi cerita hidup penulis yang menarik. Mungkin lukisan nie taklah sehebat artis-artis komik kegemaran penulis..tapi memang minat melukis. Dari sekolah rendah lagi. Bila naik sahaja sekolah menengah penulis pun try la masuk pertandingan melukis..banyak jugak pertandingan penulis join. Paling best dapat wakilkan sekolah untuk pertandingan melukis peringkat daerah Gombak. Masa tu penulis tingkatan satu..agaknya. Ntoh dah lame tinggalkan sekolah...tak berapa sure.

-------------------------------------My Comic ----------------------------------------

Terpampang cover komik penulis..SMKHC, by AIMRAN, dibuat pada tahun 2002..hmm. Baru penulis ingat kisah-kisah form 1 then dilukis time cuti sekolah.. Sebenarnya penulis ada buat komik lain jugak..tapi komik pasal cerita sekolah nie istimewa sebab penulis bersusah payah colour setiap pages...cerita dalam komik nie tak lari dari kisah seorang remaja yang baru nak kenal dunia katakan..hahaha. About relationship, cinta...Dari form 1 sampai form 3. Memangla sampai form3, sebab lepas tu penulis sambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, kat Cheras. Balik semula cerita kat SMKHC..Di sekolah nie penulis bukan la popular boy.. penulis jenis pendiam..diam dan terus berdiam. Kiranya penulis termasuk dalam golongan skema..hmm. Ntoh la budak-budak nie macam diorang bagi gelaran. Gelaran paling lama..Diorang panggil penulis, ayambrand. Dari sekolah rendah lagi..hahaha. Mungkin sebab nama penulis bunyi macam ayam..aimran lantak korang la..kenangan lama.

Masa tu maklum la orang kata baru masuk zaman remaja hingusan..hahaha. Di pendekkan cerita penulis pernah jatuh hati kat seorang gadis melayu nie..memangla. Korang nie..Namanya Iqlima bt Rostam. Bijak orangnya. Dari awal lagi penulis tahu dia ni memang pelajar cemerlang. Penulis pulak tak stabil dalam pelajaran..sekejap ok sekejap down..Kalau parent zaman sekarang kata, anak yang cemerlang anak yang banyak dapat A..Aduhai kesian penulis tengok anak-anak sekarang. Belajar bagai nak rak tapi perangainya..YaAllah teruk bebenor orang Perak kate..Tak balance. Suruh anak-anak kejar akademik sahaja. Agama dan akhlaknya terburai..